Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda
Perbankan Internet atau e-banking
Seperti yang saya telah janjikan dalam post yang lalu, saya ingin berkongsikan satu perkara yang penting bagi setiap perniagaan internet – online banking.
Secara asasnya, kebanyakan bank di Malaysia menawarkan khidmat perbankan online atau juga dikenali sebagai e-banking.
Caranya sama sahaja dengan penggunaan bank konversional.
5 kelebihan e-banking :
1. Bil, sewa dan pembelian prepaid boleh dibayar menggunakan e-banking
2. Menjimatkan masa. Ye lah, kadang-kadang, nak ke bank sahaja sudah 30 minit, itu belum lagi ambil kira kesesakan lalu lintas, beratur panjang
3. Jimatkan duit. Kalau bank tu disebelah rumah, jalan kaki pun boleh. Bagi yang bank jauh daripada rumah, minyak kereta atau tambang kenderaan awam mungkin agak membebankan
4. Bila-bila masa. Ya, bila-bila masa pun boleh. Termasuk luar waktu pejabat. Anda boleh buat pemindahan duit kepada abang, kakak atau lain-lain, walaupun jam 3 pagi
5. Peroleh mata ganjaran. Ya, mungkin masih di peringkat BETA, namun berita baik bagi pengguna M2U, anda akan peroleh sejumah point bagi setiap transaksi online
6. Sebenarnya banyak lagi kelebihan menggunakan perkhidmatan e-banking ini
Antara contoh-contoh bank dan laman web mereka ialah :
1. Maybank >> www.maybank2u.com.my
2. CIMB >> www.cimbclicks.com.my
Cara memohon :
Melalui Kaunter
Paling mudah, hanya minta borang permohonan menggunakan khidmat e-banking. Cakap sahaja pada kaunter khidmad pelanggan, tahulah mereka menguruskannya.
Melalui Mesin ATM
Tidak semua bank menawarkan perkhidmatan ini. Namun, permohonan melalui ATM agak “tricky” sedikit. Rujuk pada “brochure” yang disediakan pihak bank untuk mudahkan urusan
Keperluan asas eBanking:
1. Komputer dan sambungan internet. Sudah tentu, jika tidakk, ia bukanlah dipanggil e-banking
2. Telefon Bimbit beserta nombor – Setiap transaksi secara e-banking, perlu disahkan dengan nombor unik transaksi. Ianya akan dihantar ke telefon bimbit anda
~tamat isu ebanking~
Pay Per Lead
Baiklah, saya tak sabar nak berkongsikan perkara ini kepada anda semua. Sebab itu saya gabungkan sekali dengan post hari ini
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, izinkan saya masuk ke dalam minda anda sebentar.
Bayangkan, ada seorang hamba Allah ini begitu bermurah hati untuk berikan anda duit. Dia tinggal tidak jauh daripada anda.
Setiap kali anda menyapa rakan anda, hamba Allah ini akan membayar anda. Setiap kali anda sapa, anda dibayar.
Menarik bukan ?
Mungkin hamba Allah ini tidaklah sekaya mana untuk berikan anda duit dalam jumlah yang besar, namun nilai 20 sen /sapa, bagi saya adalah tinggi.
Bayangkanlah, dalam sehari, berapa ramai anda bertemu dengan rakan-rakan ?
Ramai bukan? :)
Katakan anda mempunyai 1000 orang rakan, anda sudah berjaya mendapat RM200, percuma-percuma sahaja. Tanpa buat apa-apa,
selain menyapa.
Bestlah kan jika begitu ?
Ok, cukup-cukup. Saya tak nak menganggu minda anda lama-lama.
Baiklah,apakah itu pay per lead?
Daripada penerangan di atas, saya harap anda boleh nampak konsepnya.
Mari Kita Lihat PPL Dari Segi Perkataan
Pay Per Lead juga dikenali sebagai PPL.
Kita pergi, perkataan demi perkataan.
Pay = bayar
Per = setiap
Lead = prospek
Maksudnya ialah, anda dibayar bagi setiap prospek yang anda bawa kepada saya.
Prospek ? Aduh, susah tu.
Tak lah, tidak susah. Prospek yang saya maksudkan itu ialah, “email” . Setiap email yang anda dapatkan, anda akan mendapat bayaran.
Baik, itu berkenaan dengan maksud PPL.
Persoalannya, bagaimana nak berikan “email” itu kepada penganjur PPL ?
Kebiasaannya, anda perlu mendaftar untuk mendapatkan unik link milik anda. Unik link ini adalah tidak akan sama, antara seorang dengan seorang yang lain.
Kemudian, link ini, anda boleh promosikan melalui :
1. email
2. Friendster,myspace,facebook dan yang seumpama dengannya
3. Blog. Jika anda mempunyai blog, anda boleh promosikan link tersebut di blog anda.
Pembayaran
1. Seperti yang diterangkan di atas, anda akan dibayar bagi setiap email yang anda terima.
2. Maklumat bank dan maklumat peribadi anda akan diambil, untuk proses pembayaran komisen nanti
3. Bagi sesetengah penganjur PPL ini, anda akan dibayar apabila mencapai jumlah email yang tertentu. (lihat terma dan syarat program PPL yang anda sertai)
4. Tempoh bagi kebiasaan program PPL adalah di antara sebulan hingga 3 bulan. Namun ada juga yang lebih
Kenapa anda perlu sertai program PPL ?
1. Biasanya, penganjur PPL menawarkan sesuatu yang PERCUMA. Samada ebook, software atau apa sahaja yang mana harganya jika dijual mungkin bernilai puluhan hingga ribuan ringgit.
2. Daftar adalah PERCUMA
3. Peluang dapat duit mudah. Sama seperti cerita mula-mula tadi, hanya sebarkan link sahaja, dan anda sudah selangkah menerima duit secara online (yang mungkin duit pertama anda terima daripada online)
4. Peluang untuk rakan anda menyertai PPL adalah tinggi, kerana mereka bakal mendapat produk PERCUMA
Apakah kelebihan program PPL kepada penganjur ?
1. Pihak penganjur bakal mendapat prospek yang ramai, yang mana keuntungan yang bakal diperoleh lebih tinggi daripada apayang dilaburkan. Namun, tidak semua mencapai target.
2. Pahala. Ada pihak penganjur yang suka-suka tabur duit. Sangat-sangat jarang berlaku
3. Popular. Percayakah anda, pihak penganjur bakal menjadi popular kerana program PPL yang mereka anjurkan?
4. dan 1001 macam lagi sebab, pihak penganjur mengadakan program PPL ini.
Glossari :
Ada beberapa istilah yang biasanya anda akan temui apabila menyertai program PPL ini. Di bawah adalah sebahagiannya.
1. PERCUMA – samada ebook, software atau seminar percuma
2. OTO – atau One Time Offer. Perhatikan “offer” atau tawaran yang diberikan pihak penganjur ini, kerana kebiasaannya, tawaran yang diberi adalah sesuatu YANG TERLALU MURAH daripada biasa, dan ianya datang hanya sekali.
3. borang Opt In – borang yang digunakan untuk mengambil maklumat mengenai anda. Biasanya nama dan email
4. Confirmation link – link akan dihantar ke alamat email yang anda berikan untuk tujuan pengesahan, sebelum anda dapat memuat turun (download) produk yang dijanjikan. Pastikan anda memberi email yang sah tau ![]()
5. Newsletter – follow up email. Pihak penganjur, biasanya akan menawarkan newsletter kepada anda, sebagai salah satu langkah menghargai anda. Newsletter ini dihantar terus kepada email anda. Biasanya, merupakan tip-tip dan panduan-panduan yang anda jarang dapati di internet
6. Unsubscribe – atau berhenti langganan. Bagi saya tindakan ini adalah tidak bijak. Ini kerana, biasanya, penganjur PPL akan beri lagi anda software, ebook atau tip-tip yang sangat bernilai. Namun begitu, jika anda mendapat pihak penganjur PPL yang “terlalu rajin” buat newsletter, unsubscribe sahajalah. Biar pada muka !
itu adalah sebahagian sahaja. Jika anda temui istilah-istilah yang tidak difahami, anda boleh bertanya terus di ruang komen di bawah
PS : Ehem, Raja Kamil, buat post tentang PPL ini, ada apa-apa ke ? (jawapan saya : tunggu je lah)
Penaja Kami :
Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
Incoming search terms:
- kelebihan online banking (3)
- 4 kebaikan e-banking (2)
- karangan e-banking (2)
- kelebihan online bank (2)
- kelebihan e-banking (2)
- karangankebaikan e banking (2)
- 4 kebaikan e banking (1)
- kelebihan perkhidmatan e-bank (1)
- kebaikan penggunaan bank (1)
- kebaikan khidmat perbankan online (1)


saya berminat,blh email saya x mcm mana nk join
salam.. saya masih blur psl PPL nih tapi nak jugak join program PPL RK ni. Macam mana nak join?
i do not have any good experience with Bidvertiser, they pay lower than Adbrite so i do not use them on my website.-~*
ok saya pun nak cuba sekarang, kut-kut berjaya,,,
Insya Allah boleh !
Best pulak dengar pasal E-banking ni.
Nak bukak jugalah nanti.:)
Pay per lead memang sesuai kalau ada banyak subscribers/kawan2..
trgkan aku bnda nih betul bleh?
apa PPL nier..
klu ader E-banking mcm maybank2u tu..apa lg yg kena wt nyer,
salam bro, kawan dah download 3 e-book percuma n kawan dah send subscriptions utk PPL ni..so pasni kawan nak buat ape?
Salam Nizam, lepas ni, boeh lah amalkan apa yang dikongsikan dalam blog dan ebook saya ni. Kalau bagus, kongsilah dengan kawan-kawan
akk tk pandai it blh ke tunjuk ajar cmne nk mulakn program ni.
Tahniah! Artikel yang sangat menarik. Memang PPL ni cara paling mudah nak buat duit – kalau kena caranya.
salam, sebenarnya sy tal berapa faham ttg program ni… apa yg perlu sy buat utk mengikuti ppl..?
PPL bahasa mudahnya ialah, promot dan terima bayaran
. Apa yg bestnya, promot barang percuma. Barang percuma, sape tak nak ?!
assalamualaikum rk saya masih xpaham lg la leh g tau mendlm lg
ppl memang best…
xfaham…
macam nak mula nie.saya keliru nie
i like PPL. memang best, coz, dapat info dari provider secara percuma. he
aku suka guna maybank2u, tapi kadang2 maybank2u ni slow sangat, ramai orang masuk rasanya
tapi touch n go xok lgi la… aku bt ari tu dia xterima lgi…huhuhu
memang senang gune online banking ni.even nak beli top up pon blh.aku kdg2 byr bil gune online banking je
skrang nie semua bank dah aku rasa yg guna bak online nie… sbb senang ….
aku byk guna maybank.. senang sgt guna online bank nie… tapi berhati2 jugak sbb kita xterasa duit kluar…
haha.. betul tue.. tup2 duet kite dah habis or tggal sikit jer..
hahaha…. aku pun pernah camtu…
Nak komen yang ebanking tu dulu. Bukan ape, sebab masih ramai beratur kat pejabat pos nak bayar bil. Padahal kat internet ni, just klik2 je..tak perlu beratur panjang
btul tu wanmus
tahniah dapat anjurkan PPL ni.apepon ebook tu memang menarik setelah saya baca.
mmg menarik… sbb datang dari pengalaman RK
tu la, hidup mesti penuh kesabaran
betul betul betul
today satu ari tunggu youthsays punya surveys tp semua dah complete dah plak. abihtu bg org yg baru2 ni nak survey apa? xde mender dah pon nak di surveynya. baru dpt singgit je nih.
hurm, sabau..sabau…saya pun antara yang baru join juga. Kalau tak silap saya, dia akan bagitahu kalau ada survey.
Doa-doakanlah ada-ada.
Saya doa, kamu doa, kita semua doa, insya Allah ada rezeki tak ke mana. Betul x ?
Insyallah ada lah tu. youthsays ni komuniti mencari survey dan bukanny diorang keluar modal untuk bagi survey. So survey akan bergantung kepada syarikat yang nak membayar diorang untuk wat survey, then barulah akan ada survey
Nak tambah sikit lagi, diorang wat camni supaya survey diorang ni betul2 bermutu dan berkualiti. Yerlah syarikat tu bayar bukan sikit kekadang berpuluh ribu..so sabar menanti next survey
ramai ke yg bt youthsays nie… sbb kalu buka kadang2 xbleh kadang lambat… mungkin ebook wanmus nie kot…
yana pun nak join gak…jgn lupa bgtau ek…dah sakit kepala ni carik duit
join yana jgn x join hee
kali nie comfim dah xsakit kepala…cpt join
bro,PPL still open lagi ke ?
@Airol bukak tapi sekarang ni sedang berehat selama 48 jam untuk maintenance
dah ok blik… bleh bt PPL cpt
saya pun berminat nak join PPL nie…menarik..
join cpt… ebook RK pun berkualiti
berminat la pasal PPL ni….
@ravemone ……hurm, memang senang nak buat duit dengan PPL ni. Tapi sebelum join kena pastikan dulu, siapa penganjurnya. Insya Allah, dalam blog saya ni, yang mana saya beritahu, adalah orang yang memang boleh dipercayai
mmg bleh dipercayai…
byk ilmu yg berguna dalm im nie rajakamil bgi….
Betul2 saya sangat setuju dengan mu yoji hehe
Wah.. Rugi sata dapat tahu lambat haritu.. Tapi menarik ebook karangan RK nie.. Baca tambah kan ilmu di dada ye..
salam…saya pun berminat ni…mcammana erk?
download ebook dlu bru dpt bt PPL
sya pun bru nak try PPL nie… kira raja kamil nie yg pertama PPL… harap kwn2 bleh bgi tunjk ajar …
boleh bagi tahu saya kat emel saya…
bgi tau ape tu
yelh bg tau kt emel aku…
aku xbrp phm lg lh bnd nie…
ttg online banking nie ek… senang je.. ko kena ade account ban diantara 2 bank tu… pastu bt kat mesin atm password pertama login… pastu bleh guna la e-banking nie… kalu x ym aku je yo_ji@ymail.com
bagaimana saya nak mempromosikan link ini…maklumlah saya ni bukannya pandai sangat pasal internet/komputer….
ada friendster, facebook or myspace?? bagi je link tu kat kwn2.. guna YM pon boleh hehe
btul cam fathaz ckp tu
Tentang PPL anjuran saya, anda semua jangan risau, selepas 24 jam dari masa pendaftaran untuk dapatkan ebook FREE, anda akan diberitahu bagaimana untuk menyertai program PPL ini.
[...] – dipercayai -PPL – sudah dibincangkan dalam pos sebelum ini -bidvertiser – adbrite – bayar ciput tapi sesuai untuk laman web yang mempunyai trafik* yang [...]
Salam. Saya pun dah download 3 ebook RK. Saya amat2 berminat nak join PPL RK gak. Jangan lupa gtau sayai macam mana nak daftar
RK ade bgi email rasanyer
Salam. Saya dah download 3 ebook RK. Saya berminat nak join PPL RK. Tapi macam mana nak daftar. Dah puas saya search di mana, tapi tak jumpa. Harap dapat maklumat.
aaa ambik kat sini
http://rajakamil.biz/ikan-kecil-untuk-ikan-besar
tula..dh keluar ke belum..ke baru2 nk promote?
Untuk PPL ebook saya , anda akan menerima email 24 jam selepas mendaftar. Bertenang, baca dulu isi ebook tu.
PS : ada tawaran hebat, tinggal 10 tempat daripada 100 tempat yang ditawarkan
cpat2… seblum terlambat
so, mcm mana nak daftar ppl ni?
download ebook dlu yg penting pastu email akan sampai bgi tau cam ne nak start PPL
dah stat ke PPL nih?kalau dah camne saya nak tau link promote saya? bole tolong RK?
kalau dah hantar nama dan email, lepas 24 jam, anda akan dapat satu lagi email yang beritahu bagaimana nak daftar
yap betul ape Yg Dikatakan RK nie
TQ RK..walaubagaimanapun saya msih kurg faham PPL ni.. tp da hmpir faham sekarang
nnti da kua PPL awak tu..jgn lupa btaw saya.. hehe caw..
Dah kluar pun PPL rajakamil.
Leh tengok kat http://freeebooks.wanmus.com/
Download ebook tu dulu then nanti akan dapat link untuk daftar free
sempat lagi promote link..:D
…. xpe nyelam sambil minum air
skill tu penting yoji.. kite kena belajar hek2
skill sendri boleh naikan setiap org…:D
leh jadi pembantu RK la wanmus ni.. hehe..
p/s: RK harap awak dpt tukar id sye dri syafiqzainal ke sapikk..hoho
hahaha..mmg bleh jadi nie sapikk
@Dr.Ariffaizal W’salam. Pada hemat saya, provider PPL yang paling reliable ialah yang dianjurkan oleh individu-individu tertentu.
Walaubagaimanapun, anda boleh juga melayari http://www.cj.com, (commision junction). Di sana ada pelbagai program buat duit seperti PPL yang diterangkan di post di atas
International PPL lebih lumayan jika kena teknik yang betul hee
yap… mmg lumayan…
Salam. Jika mengikut pengalaman, apakah provider PPL yang terbaik?
@Luqman Untuk mohon ebanking ni, ada beberapa bank tidak limitkan had umur. Namun, kebanyakan bank, menghadkan umur 18 tahun ke atas untuk perbankan online. Sepengetahuan saya, jika nak apply juga, cuba mohon dari pihak bank. Gunakan atas nama ibubapa atau penjaga.
aaa… betul ape kata RK nie
salam…
untuk mohon e-banking tuh,
ada limit umur ke? dan bagaimana pula dengan deposit?
mahel dok?
xmahal pun.. just buat kat atm je kalu dah ade maybank n cimb… kalu blum ade kena apply cam biasa…