Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda
Dalam dunia perniagaan internet ini. Ada 2 pelaburan yang anda akan laburkan. Iaitu, masa dan duit.
Ada kalanya anda hanya perlu melaburkan duit sahaja, adakalanya masa sahaja dan adakalanya kedua-duanya serentak.
Apa yang menarik tentang perniagaan internet ini ialah, kuasa memilih adalah 100% di bawah kawalan anda.
Anda boleh memilih samada untuk melaburkan masa atau duit atau kedua-duanya sekali. Dalam post kali ini saya ingin membawa anda untuk mengenal pasti, bilakah pelaburan-pelaburan ini perlu digunakan.
Tidak semua keadaan anda perlu melaburkan duit, dan begitu juga masa.
Duit
Anda akan membuat pelaburan duit jika anda inginkan sesuatu berlaku dengan segera. Orang kata, ada duit, jalaaaaan.
Ya, memang betul pun. Katakan anda ingin memulakan perniagaan menjual epal di internet. Nak buat website, upah orang. Domain dan hosting serahkan pada orang. Urus sana, urus sini, upah je orang. Nak import epal, minta agen uruskan. Pendek kata anda hanya tinggal untuk kira berapa keuntungan yang anda akan terima.
Menarik bukan ? Senang betul kerja macam tu. Sebab itu kata-kata “Money make money” kadang-kadang betul.
Walaubagaimanapun;
Oleh kerana semuanya anda upah orang, justeru anda memerlukan perbelanjaan yang besar. Itu tidak termasuk lagi
jumlah $$$$$$ yang anda kena tipu. Maklumlah, anda tidak tahu apa-apa. Cukup bulan, anda hanya tunggu keuntungan
masuk.
Model pelaburan begini hanya sesuai apabila anda :
-mengetahui dengan mendalam, setiap langkah yang perlu dibuat walaupun anda mengupah orang. Hatta membuat laman web,
anda perlu tahu, perbezaan website beharga RM100 dengan RM10 000.
-bijak menguruskan aliran tunai. Jika tidak, untung lebur, modal lesap.
-mestilah mempunyai sejumlah dana yang besar
Masa
Baiklah, jika di atas, anda melaburkan duit. Dalam bahagian ini, saya akan tunjukkan apa itu pelaburan masa.
Kita mengambil internet bisnes sebagai case study. Sama juga dengan kes di atas. Anda ingin menjual epal secara online.
Anda tahu, anda memerlukan laman web. Andapun belajarlah sendiri. Mula-mula anda cuba menguasai penggunaan blogspot, kerana
ianya free. Kemudian, anda cuba mempelajari bagaimana membina laman web sendiri. Kemudian, bila ada duit sikit, anda beli
domain, hosting. Anda ambil masa untuk belajar apa itu FTP, HTML, itu lah ini lah. Untuk website sahaja anda mengambil masa
2 ke 3 tahun. (ada bunyi-bunyi macam pengalaman anda sendiri ke?
)
Seterusnya, anda menghabiskan masa untuk mempelajari SENDIRI, apa itu import eksport. Bagaiamana nak berurusan dengan kastam dan lain-lain. Di situ, anda mengambil masa 1 tahun.
Pendek kata, bagi mereka yang memilih model pelaburan masa ini, banyak masa yang dihabiskan. Semuanya eksplore sendiri.
Untuk membina SATU perniagaan internet sahaja, mungkin memakan masa sehingga berpuluh-puluh tahun.
Sesuai untuk :-
-mereka yang tidak mempunyai sebarang dana
-berjiwa kental. Ada orang, separuh jalan sahaja, kemudian putus asa
-cepat belajar. Lagi cepat anda belajar satu-satu perkara, lagi pendek masa yang anda akan laburkan
Duit & Masa
Pelaburan jenis ini bersikap pertengahan. Ianya sesuai untuk kebanyakan orang. Saya masih ingat lagi, 4 tahun yang lepas, rujukan-rujukan berkaitan perniagaan internet dalam bahasa Melayu, hampir-hampir tiada.
Tidak seperti sekarang, cakap sahaja, medium apa yang anda mahu, ebook, buku, seminar, CD, DVD, video, audio, pendek kata semua ada. Beruntung betul anda.
Pelaburan duit yang anda perlu buat ialah, mendapatkan ilmu tersebut.
Pelaburan masa yang anda perlu lakukan pula, ialah mengikut satu per satu apa yang diajar.
Orang kata. Kalau nak berjaya, ikut cara orang dah berjaya.
Apa maksudnya? Maksudnya ialah, anda copy dan paste sahaja apa yang orang lain buat.
Bukan copy paste, artikel dalam blog saya ni, kemudian anda letak dalam blog anda
.
Sebaliknya, copy dan paste apa-apa tindakan yang dilakukan oleh orang yang berjaya.
Dengan cara demikian, anda bukan sahaja dapat menjimatkan duit anda, malah anda juga dapat menjimatkan masa anda.
Jika anda ingin mempelajari cara membina laman web, belilah produk yang mengajar anda cara membina laman web.
Jika anda ingin mempelajari apa itu perniagaan internet, belilah produk yang berkaitan.
Anda boleh mencontohi mereka-merka yang dah berjaya.
Saya tahulah, sebab saya pun pernah beli produk yang beliau hasilkan.
Penaja Kami :
Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)


huhu.. Yojipun apa kurangnya..
sapa yg nak ilmu… try coach ngan RK… mmg semua dia ajar…
mana yg lain nie…
dulu Product make money, tapi sekarang money make money.. Pelik tapi benar. Contohnya anda ada produk yang bagus tapi tidak dipromosikan, adakah ianya berjaya dijual? tidak akan berjaya! Tapi jika promosinya hebat, sekelip mata produk anda akan glamer merata tempat. Tapi nak promosi perlukan duit dan upah. Itulah maksudnya money make money
Jadi, mari kita wat promosi!promosi!Promosi! <— BUKU IK RJJIT Tekankan perkara nie.. Jutawan dah cakap… Apa lagi… Wat la pomosi…
Betul, promosi tu wajib untuk semua produk kalau nak naikkan sales
Tapi bila duit kureng, itu yg menyebabkan usaha promosi terbantut. tapi ada kaedah free utk promosi kalu tak silap saya.
camne tu kongsi2 lah
bernas sekali komen wanmus, menunjukkan wan mus ni memang berpengalaman
Wanmus ni mesti banyak mentelaah buku takpun hadiri seminar, aku tengok dier macam terer.
otai tu… jgn main2 ngan dia…
pengalaman byk… idea bernas kuar… kalu nak survey ape2 bgi je ke kat dia… comfirm laju je… hehehe
memang otai, hari tu aku masuk youthsay pun sebab click dekat iklan dia.
Thanks RK for sharing rumusan pelaburan duit dan masa.. Sangat sesuai untuk sedarkan diri saya mengenai masa..
Bagus la.. Perkongsian dan peringatan buat semua..
betul! masa itu emas..banyak orang leka dan lalai maka masa pun beredar pergi tak kembali lagi.
pelaburan internet…. for me tak ada benda yang senang tanpa usaha. so biar dapat keuntungan dari usaha ,jangan harap duit tu beranak hasil pelaburan.
setuju ngan pandangan awak.. ada segelintir orang sukakan cari duit sambil goyang badan, goyang kaki dan goyang pinggang.
ada segelintir lagi nak melakukan sesuatu sebab bila dia dpt income dia rasa puas.
dari kedua dua golongan diatas ada berjaya dan ada gagal.
@zul contoh yang menarik !
@yoji teringat saya lagu, “jika kau fikirkan kau boleh”
@Sapikk takpe bro, slow-slow
@hairy terima kasih. Hurm, makan dalam ?! Saya makan nasi
@alone saya pernah dengar orang kata, kalau kita kedekut dengan orang, orang akan kedekut dengan kita …hurm…wonder
@hazman aka species1980 ye setuju. orang putih kata, PASSION
@Julius fokus…fokus…fokus…
@Mohd Safuan komen yang menarik.
@sharifah azian , ini yang sms saya tu ke? Hurm, yang penting jangan sesekali berputus asa.
Hantar bundle jerk..
tu jawapan yang banyak dikompresskan…compression. cara cepat.
Hahahaha.. Dikompress Cepat la antaqnya..
Saya memang minat dengan perniagaan internet. Macam-macam dah cuba…tapi..habuk gak. Mungkin benar kata kawan kita, untuk memulakan sesuatu di internet kita kena pandai dalam apa itu FTP, HTML, kalau tidak…hancur. Saya dah menceburi dalam berbagai -bagai perniagaan MLM, sebut saja apa jenisnya, semua sudah saya sertai, tapi….semuanya tak menjadi, yang sedihnya ditipu oleh upline. Duit habis beribu-ribu ringgit, hasilnya tak nampak langsung.
Saya sekarang cuba
Mungkin rezeki sharifah di dunia online.. Saya yakin dan pasti hampir 70% rakyat malaysia menyertai dan mengetahui apa MLM..
Jadi, semakin ramai yg kurang utk menyertai disebabkn dugaan yang hebat.. :0
Jgn cepat putus asa.. Dimana-mana pun ada cabaran..
Semoga anda akan mendapat RM1 pertama di internet..
Ayuh teruskan usaha dan padamkan kenangan pahit dari ingatan agar hari esok lebih bercahaya.
maafkan saya sebab saya dah melalut dengan ayat ayat sastera.
cuba.. jangan tak cuba. kalau selalu duduk depan PC eloklah buat online. Buat MLM ni selalu kena jumpa2
Jika yg memalu.. Leh la buat IM.. Apa pun, semua ada cabaran.. Perlu ada ILMU.. Perlu belajaq…
betul, semuanya memang perlukan ilmu, banyak buku2 free ada sekarang ni, memang banyak orang yang suka kongsi ilmu.
penssyarah saya dulu bagitau, untuk tau ilmu baru, mula2 kita kena tahu kaedah mencarinya dulu.
Tetarik betul dengan komen zul..memang ada benarnya..disenangkan cerita, kita perlukan pelaburan masa dan duit.duit perlu gak utk benda2 yang kita wajib gunakan, dan masa digunakan utk explore dan belaja selok-belok dalam perniagaan. apepun, saya sendiri menggunakan wang dan masa utk menjalan bisnes internet. tapi yang penting, kepuasan. sebab saya xterlalu memikirkan duit, tapi bila dapat belajar something dari IM, pun dah cukup bagus. sesiapa sahaja yang mengajarkan sesuatu yang mendatangkan kebaikan pada saya, saya anggap dia guru saya.
ku dapat mengesan keikhlasan dalam penulisan awak. steady bro.
sekadar meluahkan apa yang ada difikiran
perggh zul sedang mengekori ku dengan begitu rapat, nampaknya perlumbaan semakin sengit. yehaaaaa!!!!
zuls bersmgat skrang..
Semua bersemangat baguih!! Bagi cabaran kepada semua!!!
cabaran yg menyoronokan..
Yo yo ooo.. jer korang nih.. korang beratus2 dah.. aku ketinggalan jauh ni.
Kedua-dua masa dan duit memerlukan perancangan dan fokus. Tanpa fokus, objektif tidak akan dicapai malah membazirkan masa dan duit. Tanpa perancangan, kita akan membuang masa dan duit…yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pulak…
Ya.. Jika tiada tujuan… MAka tiadalha wang yg kita akan dpt..
Main redah jerk.. Mana nak dpt duit.. Dpt ler lelah bro…
kalau nak redah gak kena bukak mata luas luas sebab kalau redah pejam mata pakai cium tanah le.
kalau kita ada minat yang mendalam tentang sesuatu perkara sure kita sanggup korbankan masa dan duit …..
Yups… Jika dah minat.. org ckp apa pun.. Kita lali dah..
Contoh :- Modified reta pasang turbo… Mana nak pesot kat Malaysia nie 300 KMJ…
Renung2kan.. Selamat Menyimpan…
Tak pe…kat landasan kapal terbang bule pesot, bila kapal terbang tak landing, kite gi pesot.
kita tggu kapal terbang nak landing baru pesot, bru leh test laju ngan kapal terbang… hehehe
Hahahahaha.. Nak2 pesot biaq sekarang.. Nak2 kena tukaq jet nie.. MAsuk enjin sukoi baru mantop nie.. Pesot mamat yoji n ie…
ko kena pakai enjin sukhoi yg korek blok punyer baru leh ligan yoji.
smgat yg berterusan tu pun penting dalam dri… btul x
Betol.. Mcm semangat aku nak potong YOJI nie.. Dari tadi dok komen.,…. HAhahahahahah
Aku tak tau pasai apa adrenelin aku laju jerk nak ligan YOJI… HAhahaahahahaha
aku bgi komen lgi nie nak bgi ijamidayu bersmgat lgi nie… hahahaha
aku memang tak terpotong dah ni bro yoji ngan ijamidayu..tapi tak pe aku cuba merapatkan jurang perbezaan agar aku dapat mendekati petak nombor tiga.
perggh rasa mcm aku tulis ayat skema jer. jangan gelak ye kawan kawan.
camne rizalsaid… wanmus dah dpat nie… cpt berusha lebih…
Yergh.. Kena ligan.. Jgn xligan.. Ayat penuh ayat pujuk rayu la 2.. Apa pun kami akan saling memesot..
hahaha…
… pesot jgn xpesot
buleh lelah aku nak pesot ngan korang.
hahaha.. nnti aku bgi spray lelah tu… comfirm clear lepas nie..
hahaha… lelah ke? buat senaman jari dulu… warming up, baru lambat lelah.
yerps, minat minat jugak, jangan sampai papa kedana
HAhaahha… 2 paling betoi!!!
ya. langkah yang bijak ialah dengan menduplikasikan teknik mereka yang telah berjaya dan mencampurkannya (blend) dengan style sendiri.
duit dan masa tu dua benda yang sangat berkaitan.
kadang2 ada org yang xnak keluarkan modal, tapi nak berjaya dalam masa yang singkat. xboleh la camtu.
kena keluarkan modal, dan dalam masa yang sama, ambil masa untuk rancang strategi dan melaksanakannya.
Aku mula paham tentang buat duit di internet nie..
Bukannya masa dan wang sahaja.. Kebijaksanaan kita juga penting..
Jika tidak bijak guna wang dan masa… Tiada juga hasil..
Ada masa tiada wang.. Bijak guna peluang dan ruang… Ha!!! Mantop gak hasilnya..
betul kita kena guna kebijaksanaan juga utk berjaya ditambah satu lagi kekreatifan. ( tak tahu aku samada perkataan kekreatifan ada ke tak dlm kamus dewan bahasa)
huh macam pantun! mantap ayat.
teknik duplikasi? otai MLM selalu sebut ni.
Mana2 pun.. Kita perlu duplikasi..
duplikasi tu betul sistem tu tapi bukan semua orang reti nak duplikasi…kebanyakkan dupli tapi tak mau kasi.
ada yang bukan duplikasi, tapi plagiarized lak. Tiru pos orang tapi tak bagi credit kat penulis asal. Harap2 aku tak termasuk dalam golongan ni.
Topik Menarik Tapi Makan Dalam..hehehe
mcm saye plak kalo nak ckp MLM tu Mau Dekat Rm 3000 jugak Lebur..Blum Campur Duit Minyak Ngan Mkn Minum Prospek..huhuhuhu..
Kalau ebook ..hehehe rasenye Banyak Jugak La… ape pun xdapat…
pape pun Usaha Tangga Kecemasan.. Eh Silap.. Kejayaan..
toloooong laa beri tunjuk ajar….
p/s kasimo tu org perak jugak ke… ate nape xdipelawe …
MLM ka apa.. Semua ada kepercayaan tersedniri utk berjaya..
Semua perlukan USAHA.. Tiada USAHA tiadalah HASIL YOP!!!
Apa pun pada aku, semua perlu dicari dan dipelajari dan dipraktikkan..
p/s : KAsimo org Lahad Datu, Sabah
kadang kadang kita gagal mencapai matlamat ialah disebabkan fokus kita tak constant…kejap kekiri kejap keatas. itu yg tak sampai garisan penamat.
Yes betoi 2 bro.. Apa pun.. Keep on focus la masalah aku skrg.. Apa pun, akan aku usahakan jua.. Seperti apa yg dikata..
teruskan usahamu ijamidayu, moga kemenangan dlm genggaman mu.
isk aku pun nak menang gak. isk isk isk
saya pun pernah join MLM, setakat ni balik modal, balik modal jer berenti, masa habis banyak sangat
Masing2 ADA focus dan matlamat masing2.. RUmah tepi pantai sanggup harung ombak..
Paham2kan..
rumah tepi pantai tak per lagi, kalu rumah tengah laut lagi brutal!
Slam..hoho.. saya rse sye tergolong yg spesis mase.. Sume mende sye xplor sendiri.. nsib baik x sampai bertahun2.. hehe.. sye rse sye cume pndai teknikal je skrg ni.. yg berkaitan menjana duit, msih jauh perjalanan sye.. ditambah lg sye ni msih budak2 kecik..huhu
Syabas Kasimo sbb tergolong dlm golongn yg berjaya..
tdk lupw RK juge..
Semua berjaya.. Ia subjektif juga.. Tidak semestinya anda menjana wang yg banyak anda baru dikira berjaya..
Apa pun, itu pendapat kecil dari aku la..
kalau berjaya mengekalkan kebahagiaan rumahtangga pun kira berjaya jugak….ya perkataan berjaya tu terlalu universal.
Yes bro.. Apa pun semuga semua success…
kita doakan agar tuan nyer blog pun sihat hendaknya.
betul tu bro, berjaya menkomen 100 pos pun kira berjaya jugak
explore sendiri! bagus tuh! berjaya explore pun kira berjaya jugak
semuanya terletak atas fikiran atau kemapuan diri… kalu fkir bleh kita bleh lakukan…
Jika kita tidak mampu berfikir? Macam mana?
Apa pun, persediaan dlmm perlu utk memastikan kita tidak hanyut…
yg xmampu berfikir tu la yg jadi mrh sukat kat org…. pastu kata la org xbgi support la ,refund la … btul x bro..
Yups betoi 2.. Jika kita tak amal. Dan baaca btoi2.. Mcm mana nak berjya.. DOk salahkan org lain.. Kesalahan sendiri tidak nampak.. Aiyak!!! ( Peringatan buat diriku jua )
utk aku skali…
Ya , peringatan utk ku jua!
sama2 kita mngingati
Saling ingat menginat.. Sambil pancung ko yoji..
pakat2 pancung semua…
aku pun nak turut sama memancung.