Selsema Babi yang menyenangkan dan kelebihan affiliate

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE


Selsema Babi

Salam hormat dan selamat tahun baru saya ucapkan kepada kaum Muriat yang tinggal di tenggara Kelantan :)

Masalah demi masalah yang menimpa saya menyebabkan ke’update’an blog ini agak terganggu. :(

Setelah talk di MMU tempoh hari, saya hampir tidak dapat menggunakan internet. Hanya sekali dua kali ke cyber cafe untuk selesaikan tempahan produk.

Masa yang amat singkat dirasakan apabila saya terpaksa travel ke beberapa tempat yang sederhana jauh antara satu sama lain sebelum ini.

Memang memenatkan. :)

Tapi, demi masa depan agama,diri, keluarga dan masyarakat, itu semua saya buang jauh-jauh. Alhamdulillah, masih ada masa lagi untuk saya membuat sebuah lagi post pada kali ini.

Post ini saya tuliskan khas buat para pelawat Raja Kamil dot biz.

Seperti yang hampir semua kita ketahui, kita telah dikejutkan dengan serangan sejenis virus selsema haiwan (lagi) ke atas manusia.

Nama yang boleh kira saintifiknya, Influenza A1, atau nama komersialnya ialah Selsema Khinzir afka* Babi.

Saya tidak mahu ulas mengenai punca-punca penyakit ini tersebar dan kesannya pada kita. (Dalam akhbar kan ada banyak).

Saya cuma ingin mengatakan bahawa selsema ini merupakan kesan dari perbuatan-perbuatan kita semua. Inilah hukum Allah kepada kita. Peringatan buat yang beriman agar segera bertaubat.

Tidak mustahil selepas ini, akan ada pula selsema badak air ataupun tapir liar :P .

Walau apa pun nama yang diberi, semua ini adalah dari Tuhan.

*afka = also famously knows as

–renungkanlah–

Sistem Affiliate yang menyenangkan.

Itulah ungkapan yang saya rasa sangat sesuai bagi sistem affiliate.

Bagi yang baru tahu apa itu affiliate, affiliate lebih kurang dengan wakil jualan atau agen bagi perniagaan offline.

Apa yang membezakan affiliate dengan agen jualan ialah, ia adalah satu sistem untuk perniagaan online.

Seperti yang kita patut ketahui, apa-apa perniagaan boleh dijadikan ‘online’ . Jual ikan masin kita boleh jual secara online, jual topup pun boleh, jual laksa penang, kedah siam dan sumatera pun boleh. Pendek kata, semua pun boleh.

Kelebihan sistem Affiliate

  1. menjimatkan masa
  2. menjimatkan kos pengiklanan
  3. meningkatkan produktiviti
  4. meningkatkan jualan
  5. mendapat keuntungan yang tidak terjangkau dek kudrat kita

Kelemahan sistem Affiliate

  1. perlukan pengurusan ahli yang cekap
  2. persediaan yang rapi perlu dibuat semasa permulaan pelancaran
  3. perlu sediakan bahan promosi, banner dan surat jualan yang baik

Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kelemahan sistem Affiliate ini.

Secara ringkasnya, sistem Affiliate dapat membantu sebarang perniagaan online untuk mendapatkan jualan.

Cara kerja sistem affiliate :

Laman Web Jualan

V

Laman Pembayaran

V

Sistem Affiliate merekodkan jualan dari ahli affiliate

V

Pembayaran dibuat

V

Webmaster terima wang dan email memberitahu bahawa jualan tadi adalah dari ahli Affiliate

V

Pembayaran komisen , biasanya 20% hingga 75%

Webmaster dapat duit, ahli affiliate pun dapat duit (win-win situation)

Dua-dua untung. Webmaster untung, ahli affiate untung. :)

Bagaimana meningkatkan jumlah ahli affiliate ?

Setelah mengetahui konsep sistem affiliate ini, saya boleh rumuskan dalam sebuah formula matematik yang mudah.

Lebih ramai ahli affiliate = Lebih tinggi keuntungan yang diterima

Masalahnya, bagaimana nak tingkatkan jumlah ahli affiliate. Berikut adalah cara-cara untuk meningkatkan jumlah ahli affiliate bagi produk anda. – berdasarkan pengalaman sebenar saya

1. Tidak menghadkan penyertaan ahli affiliate kepada pembeli produk sahaja

2. Meletakkan pautan atau link ke laman penerangan affiliate di muka hadapan web jualan. Terutamanya di bahagian atas atau bawah

3. Memberikan komisen yang tinggi

4. Merendahkan ‘treshold’ pembayaran. Kadang-kadang, anda boleh menetapkan jumlah bayaran yang tertentu untuk pembayaran dibuat. Sebagai contoh, untuk mendapatkan wang komisen, seseorang ahli affiliate perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 5 jualan terlebih dahulu. Lebih mudah syarat yang anda tetapkan, lebih ramai yang akan menyertai anda

5. Membuat pembayaran tepat pada waktu yang dijanjikan kepada ahli affiliate yang layak. Dengan cara ini, ahli affiliate berkenaan akan memberitahu rakan-rakannya yang lain dan seterusnya akan meningkatkan jualan anda

6. Menggunakan interface, atau sistem affiliate yang mudah difahami. (eringgit.com merupakan contoh sistem affiliate yang SUSAH difahami :P )

7. Menyediakan ‘sales letter’ yang mengiurkan sesiapa yang membaca. Sales letter atau surat jualan ialah , ayat-ayat yang dikarang khas untuk menerangkan barang-barang jualan. Masukkan sebanyak mungkin elemen 5W 1 H (nak tahu kena tanya Yoji ;) ) di dalam sales letter anda. Gunakan ketiga-tiga media dalam sales letter anda.  Video, audio dan tulisan yang memikat. (video di www.duitmania.com merupakan satu contoh elemen video. Ia boleh meningkatkan jumlah ‘conversion’ atau sebaliknya. Ammar, kamu punya adalah sebaliknya, better fix it now)

8. Sediakan bahan promosi selengkapnya. Banner, newsletter, artikel dan lain-lain

9. Didik ahli affiliate anda agar berjaya membuat jualan  dengan memberikan mereka bahan-bahan rujukan

Sebenarnya banyak lagi tip-tip dan teknik yang dapat meningkat jumlah ahli affiliate anda. Segalanya akan diperolehi apabila anda melaksakannya nanti.

Sistem Affiliate saya !

Saya sebenarnya masih lagi dalam tempoh menguji keberkesanan sistem affiliate yang saya guna. (sama dengan  yang www.duitsurvey.com gunakan).

Untuk itu, saya ingin mengajak sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan jumlah keuntungan perniagaan mereka untuk menggunakan sistem affiliate yang saya syorkan.

1. Skrip sahaja – RM30 (sold out)
2. Skrip + pemasangan – RM50 (lagi 7 sahaja)
3. Skrip + pemasangan + bahan promosi (5 banner, 3 newsletter dan 3 blog advertorial) – RM370 (1 sahaja lagi)

————-tamat post mengenai kelebihan affiliate————

Tips Saya

Dah lama saya tak buka surat khabar. Terutama yang berbahasa Inggeris. Baru-baru ini, ketika saya dalam ‘malas mode’, saya selak-selak lah sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Sungguh mengujakan

Sebabnya, dalam keratan akhbar yang saya baca itu, ada sebuah kolum khas yang memberitahu apakah carian yang tertinggi di Malaysia menggunakan internet. Jika tidak salah, akhbar ini memaparkan 10 perkataan yang paling popular di cari oleh rakyat Malaysia

So What !

Hurm, masih tak tahu lagi ? Dengan carian yang tinggi, anda akan mendapat trafik yang sungguh banyak. Saya masih ingat, ketika saya membuat ulasan mengenai nabi palsu di www.rajakamil.com dulu, dalam sehari sahaja saya telah memperoleh 200+ pelawat yang ingin mengakses ‘keyword’ tersebut.

Ok, Jadi bagaimana ?

Bagaimana nak memanipulasikan maklumat ini ? Sangat mudah. Selitkan 4 hingga 5 kali perkataan yang ‘hot’ tadi. Sebagai contoh, saya menggunakan keyword ‘selsema babi’ untuk mendapatkan trafik bagi post kali ini. Terima kasih Allah kerana menjadikan aku SMART

——penat nya menulis—–

Twitter

  • Saje nak update. Saya sebenarnya agak susah nak menggunakan internet sekarang ini.
  • Kepada peserta komentator terbanyak, saya mohon maaf tak dapat nak update keputusan untuk minggu lepas. (tapi saya dah ada keputusannya)
  • Cerita kun fayakun dari Indonesia mengenai tawakkal sungguh menginsafkan. Cuba lah cari di youtube :)
  • Tak habis tonton Laskar Pelangi di youtube
  • Saya ada 4 ebook yang masih tergendala, lalalalalala
  • Wanmus, Zul, Yoji mari kita ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Bilgo dan Md Yaakub :D
  • Hairy, jangan ‘basah-basah’ tau. Hari bersejarah dah hampir :)
  • Jawz, study week ni tak yah lah susah-susah donlod movie baru :P . Tak ke mana dc++ tu. Hahaha
  • Saya tak tahu, korang perasan ke tak, tapi saya macam rasa lain macam je baca post ni semula. Seolah-olah bukan RK yang dulu. :( Adakah aku sudah matang :(
  • Say no to tidak !!!!!

Puas hatiku !!! Dapat juga buat sebuah post yang mempunyai 1080  patah kata !


Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)

Incoming search terms:

  • kebaikkan injection influenza (1)

Komen :

comments

Filed under: perniagaan internet

89 Responses to Selsema Babi yang menyenangkan dan kelebihan affiliate

  • hani

    cuti sekolah nanti saya nak gi kl jumpa anak saudara .lama xjumpa mereka.dulu mereka di kelantan bulan depan di kl.
    kalau melancong pun biar penyakit ghaib dulu dan ekonomi ok baru ok,xgitu kawan2

  • Rahsia Jualan

    tu la wt pe la nk gi jauh2 sdgkan bumi sendri pun xabis teroka lagi.

  • bilgo

    betul tu.dan sapa2 yg merancang bercuti keluar negara batalkan jer.dlm negara sendiri byk lg tempat2 menarik.:)

  • zuls

    harap2 takde lagi kes, dan yang balik dari oversea terus di buat pemeriksaan baulah terkawal sikit

  • bilgo

    Malaysia hari ini diisytiharkan bebas influenza A (H1N1)

  • zuls

    harap2nya bebaslah

  • bilgo

    kita tungu dan lihat.bersama nantikan hari esok.:)

  • zuls

    esok dapat keputusan, Malaysia bebas atau tak.

  • bilgo

    mudah2 semua sihat2.
    kementerian kesihatan malaysia
    pula berharap semua 86 org yg menaiki penerbangan dgn seorang pesakit di hospital sg buloh.melapor diri.

  • zuls

    makin ramai yang mati ye

  • zuls

    banyak tuh.. mitnak2 dijauhkan juga

  • bilgo

    hehehe.mintak di jauh kan.

  • bilgo

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata, 8,829 orang dari 40 negara disahkan dijangkiti selesema babi.

    Jumlah kematian pula setakat ini ialah 74 orang.

    Timbalan Pengarah WHO, Keiji Fukuda berkata, 95 peratus kes berkenaan ialah di Amerika Utara.

    Jepun menduduki tempat kedua dengan 135 kes terbanyak diikuti oleh Sepanyol dengan 103 kes dan Britain, 101

  • zuls

    hahaha.. injection tuu.. orang nak jadi affiliate jerlah.. amik komisen tanpa modal

  • bilgo

    owh yer ker? oleh kerana bro Zuls nak jd yg pertama.saya jual satu topeng Rm 100.00.
    hehehe.6 kali bayar pun bleh. :)

  • bilgo

    heheh.tak bleh pura2 kang dia Bg Injektion sia2 jer.hehehe

  • zuls

    huhu.. sememangnya boleh diniagakan.. apa lagi biar sayajadi affiliate bilgo

  • zuls

    @bilgo takpun pura2 sakit

  • bilgo

    KUALA LUMPUR: Jualan topeng muka didapati meningkat sejak wabak Influenza A H1N1 dikesan di negara ini, minggu lalu.

    herm bleh buat meniaga ni.:)

  • bilgo

    hehehe.kena la selalu sket br la dia nak jaga,heheh :)

  • zuls

    ohh. tunang ngan nurse.. huhu.. terjaga kesihatan

  • bilgo

    rasa mcm doktor plak.wahal tak tahu apa pun.ni pun tunang yg ajar.cos dia nurse.tahu la serber sedikit.hehehe

  • zuls

    netul tu bilgo, nasihat bagus

  • bilgo

    terutama selepas keluar tandas dan sebelum makan

  • bilgo

    itu la.demam jer kena terus pg cek kat mana2 klinik or hospital.yer.basuh tangan sekerap yang mungkin

  • zuls

    @wanmus @bilgo sekrang ni kena hati2 virus tu senang juga tersebar..

  • bilgo

    mudah2 tak ada lagi yang terkena jangkitan.

  • bilgo

    hahah.dah tu dia skrg ada kat spital sg buloh.wuhuhu.dekat dgn kawasan rumah tu.

  • wanmus

    yang kat Malaysia sebab orang datang dari oversea sana..hhoho..dahlah pergi sana orang malaysia ooii masa ni..

  • Bilgo

    sekarang H1N1 dah samapai kat malaysia
    diharap semua berjaga2,sekiranya ada tanda2 sila ke hospital atau klinik berhampiran dengan segera

  • zuls

    @ilhamputar betultu.. mesti ada hikmah, kita kena yakin

  • ilhamputra

    pasti ada hikmah disebalik kejadian yg berlaku

  • zuls

    @ wanmus, itulah.. cehck analytics takde traffic dari Rk.. pelik tol.. thank u wanmus bagitau

  • wanmus

    Allah bagi bala ni nak suruh manusia sedar diri yang kite sebenarnya kerdil je..tuhan bagi virus kecil bersaiz nano pun dah mampu menghuru-harakan sebuah negara besar..

  • wanmus

    patutpon bro zuls, salah letak url rupenye..hehe

  • bilgo

    yer betul tu.sebagai manusia kita kena tabah menghadapi dugaan yg maha Esa.

  • zuls

    @noorzza , Allah jadikan babi ada hikmahnya, dan Allah jadikan bai tu haram pun ada hikmahnya.