Selsema Babi yang menyenangkan dan kelebihan affiliate

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE


Selsema Babi

Salam hormat dan selamat tahun baru saya ucapkan kepada kaum Muriat yang tinggal di tenggara Kelantan :)

Masalah demi masalah yang menimpa saya menyebabkan ke’update’an blog ini agak terganggu. :(

Setelah talk di MMU tempoh hari, saya hampir tidak dapat menggunakan internet. Hanya sekali dua kali ke cyber cafe untuk selesaikan tempahan produk.

Masa yang amat singkat dirasakan apabila saya terpaksa travel ke beberapa tempat yang sederhana jauh antara satu sama lain sebelum ini.

Memang memenatkan. :)

Tapi, demi masa depan agama,diri, keluarga dan masyarakat, itu semua saya buang jauh-jauh. Alhamdulillah, masih ada masa lagi untuk saya membuat sebuah lagi post pada kali ini.

Post ini saya tuliskan khas buat para pelawat Raja Kamil dot biz.

Seperti yang hampir semua kita ketahui, kita telah dikejutkan dengan serangan sejenis virus selsema haiwan (lagi) ke atas manusia.

Nama yang boleh kira saintifiknya, Influenza A1, atau nama komersialnya ialah Selsema Khinzir afka* Babi.

Saya tidak mahu ulas mengenai punca-punca penyakit ini tersebar dan kesannya pada kita. (Dalam akhbar kan ada banyak).

Saya cuma ingin mengatakan bahawa selsema ini merupakan kesan dari perbuatan-perbuatan kita semua. Inilah hukum Allah kepada kita. Peringatan buat yang beriman agar segera bertaubat.

Tidak mustahil selepas ini, akan ada pula selsema badak air ataupun tapir liar :P .

Walau apa pun nama yang diberi, semua ini adalah dari Tuhan.

*afka = also famously knows as

–renungkanlah–

Sistem Affiliate yang menyenangkan.

Itulah ungkapan yang saya rasa sangat sesuai bagi sistem affiliate.

Bagi yang baru tahu apa itu affiliate, affiliate lebih kurang dengan wakil jualan atau agen bagi perniagaan offline.

Apa yang membezakan affiliate dengan agen jualan ialah, ia adalah satu sistem untuk perniagaan online.

Seperti yang kita patut ketahui, apa-apa perniagaan boleh dijadikan ‘online’ . Jual ikan masin kita boleh jual secara online, jual topup pun boleh, jual laksa penang, kedah siam dan sumatera pun boleh. Pendek kata, semua pun boleh.

Kelebihan sistem Affiliate

  1. menjimatkan masa
  2. menjimatkan kos pengiklanan
  3. meningkatkan produktiviti
  4. meningkatkan jualan
  5. mendapat keuntungan yang tidak terjangkau dek kudrat kita

Kelemahan sistem Affiliate

  1. perlukan pengurusan ahli yang cekap
  2. persediaan yang rapi perlu dibuat semasa permulaan pelancaran
  3. perlu sediakan bahan promosi, banner dan surat jualan yang baik

Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kelemahan sistem Affiliate ini.

Secara ringkasnya, sistem Affiliate dapat membantu sebarang perniagaan online untuk mendapatkan jualan.

Cara kerja sistem affiliate :

Laman Web Jualan

V

Laman Pembayaran

V

Sistem Affiliate merekodkan jualan dari ahli affiliate

V

Pembayaran dibuat

V

Webmaster terima wang dan email memberitahu bahawa jualan tadi adalah dari ahli Affiliate

V

Pembayaran komisen , biasanya 20% hingga 75%

Webmaster dapat duit, ahli affiliate pun dapat duit (win-win situation)

Dua-dua untung. Webmaster untung, ahli affiate untung. :)

Bagaimana meningkatkan jumlah ahli affiliate ?

Setelah mengetahui konsep sistem affiliate ini, saya boleh rumuskan dalam sebuah formula matematik yang mudah.

Lebih ramai ahli affiliate = Lebih tinggi keuntungan yang diterima

Masalahnya, bagaimana nak tingkatkan jumlah ahli affiliate. Berikut adalah cara-cara untuk meningkatkan jumlah ahli affiliate bagi produk anda. – berdasarkan pengalaman sebenar saya

1. Tidak menghadkan penyertaan ahli affiliate kepada pembeli produk sahaja

2. Meletakkan pautan atau link ke laman penerangan affiliate di muka hadapan web jualan. Terutamanya di bahagian atas atau bawah

3. Memberikan komisen yang tinggi

4. Merendahkan ‘treshold’ pembayaran. Kadang-kadang, anda boleh menetapkan jumlah bayaran yang tertentu untuk pembayaran dibuat. Sebagai contoh, untuk mendapatkan wang komisen, seseorang ahli affiliate perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 5 jualan terlebih dahulu. Lebih mudah syarat yang anda tetapkan, lebih ramai yang akan menyertai anda

5. Membuat pembayaran tepat pada waktu yang dijanjikan kepada ahli affiliate yang layak. Dengan cara ini, ahli affiliate berkenaan akan memberitahu rakan-rakannya yang lain dan seterusnya akan meningkatkan jualan anda

6. Menggunakan interface, atau sistem affiliate yang mudah difahami. (eringgit.com merupakan contoh sistem affiliate yang SUSAH difahami :P )

7. Menyediakan ‘sales letter’ yang mengiurkan sesiapa yang membaca. Sales letter atau surat jualan ialah , ayat-ayat yang dikarang khas untuk menerangkan barang-barang jualan. Masukkan sebanyak mungkin elemen 5W 1 H (nak tahu kena tanya Yoji ;) ) di dalam sales letter anda. Gunakan ketiga-tiga media dalam sales letter anda.  Video, audio dan tulisan yang memikat. (video di www.duitmania.com merupakan satu contoh elemen video. Ia boleh meningkatkan jumlah ‘conversion’ atau sebaliknya. Ammar, kamu punya adalah sebaliknya, better fix it now)

8. Sediakan bahan promosi selengkapnya. Banner, newsletter, artikel dan lain-lain

9. Didik ahli affiliate anda agar berjaya membuat jualan  dengan memberikan mereka bahan-bahan rujukan

Sebenarnya banyak lagi tip-tip dan teknik yang dapat meningkat jumlah ahli affiliate anda. Segalanya akan diperolehi apabila anda melaksakannya nanti.

Sistem Affiliate saya !

Saya sebenarnya masih lagi dalam tempoh menguji keberkesanan sistem affiliate yang saya guna. (sama dengan  yang www.duitsurvey.com gunakan).

Untuk itu, saya ingin mengajak sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan jumlah keuntungan perniagaan mereka untuk menggunakan sistem affiliate yang saya syorkan.

1. Skrip sahaja – RM30 (sold out)
2. Skrip + pemasangan – RM50 (lagi 7 sahaja)
3. Skrip + pemasangan + bahan promosi (5 banner, 3 newsletter dan 3 blog advertorial) – RM370 (1 sahaja lagi)

————-tamat post mengenai kelebihan affiliate————

Tips Saya

Dah lama saya tak buka surat khabar. Terutama yang berbahasa Inggeris. Baru-baru ini, ketika saya dalam ‘malas mode’, saya selak-selak lah sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Sungguh mengujakan

Sebabnya, dalam keratan akhbar yang saya baca itu, ada sebuah kolum khas yang memberitahu apakah carian yang tertinggi di Malaysia menggunakan internet. Jika tidak salah, akhbar ini memaparkan 10 perkataan yang paling popular di cari oleh rakyat Malaysia

So What !

Hurm, masih tak tahu lagi ? Dengan carian yang tinggi, anda akan mendapat trafik yang sungguh banyak. Saya masih ingat, ketika saya membuat ulasan mengenai nabi palsu di www.rajakamil.com dulu, dalam sehari sahaja saya telah memperoleh 200+ pelawat yang ingin mengakses ‘keyword’ tersebut.

Ok, Jadi bagaimana ?

Bagaimana nak memanipulasikan maklumat ini ? Sangat mudah. Selitkan 4 hingga 5 kali perkataan yang ‘hot’ tadi. Sebagai contoh, saya menggunakan keyword ‘selsema babi’ untuk mendapatkan trafik bagi post kali ini. Terima kasih Allah kerana menjadikan aku SMART

——penat nya menulis—–

Twitter

  • Saje nak update. Saya sebenarnya agak susah nak menggunakan internet sekarang ini.
  • Kepada peserta komentator terbanyak, saya mohon maaf tak dapat nak update keputusan untuk minggu lepas. (tapi saya dah ada keputusannya)
  • Cerita kun fayakun dari Indonesia mengenai tawakkal sungguh menginsafkan. Cuba lah cari di youtube :)
  • Tak habis tonton Laskar Pelangi di youtube
  • Saya ada 4 ebook yang masih tergendala, lalalalalala
  • Wanmus, Zul, Yoji mari kita ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Bilgo dan Md Yaakub :D
  • Hairy, jangan ‘basah-basah’ tau. Hari bersejarah dah hampir :)
  • Jawz, study week ni tak yah lah susah-susah donlod movie baru :P . Tak ke mana dc++ tu. Hahaha
  • Saya tak tahu, korang perasan ke tak, tapi saya macam rasa lain macam je baca post ni semula. Seolah-olah bukan RK yang dulu. :( Adakah aku sudah matang :(
  • Say no to tidak !!!!!

Puas hatiku !!! Dapat juga buat sebuah post yang mempunyai 1080  patah kata !


Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi) (exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)

Komen :

comments

Filed under: perniagaan internet

89 Responses to Selsema Babi yang menyenangkan dan kelebihan affiliate

  • zuls

    @aley, betul tu takleh nak salahkan orang lain, manusia sendiri yang salah…

  • noorzza

    sesungguhnya…Allah Maha mengetahui…Sebab tu…terang terang dalam Al Quran mengharamkan umatnya menyentuh, apalagi makan daging tu… macam macam penyakit yang memudaratkan yang di bawanya…dulu JE sekarang selsema babi lak..lepas tu…entah apa lagi…

  • aley

    di akhir zaman, ada dikatakan datangnya penyakit yang berpunca dari sikap manusia sendiri….dan penawarnya cukup payah untuk dicari..kadangkala berjaya, kadangkala gagal…renungkanlah diri kita sebelum dipanggil…

  • zuls

    patutla kurang trafik dari blog RK, buat blunder macam tu..

  • zuls

    silap link lak.. cuba klik sekali lagi

  • zuls

    alamak, tersilap rupanya, patutla takde trafik dari Rk lagi.

    zul,
    http://www.zulseffort.blogspot.com

  • wanmus

    Zuls, apsala takleh pun masuk blog awak tu?

    Blog not found

  • zuls

    huhu. betul tu.. berbalik pada isu selsema babi ni aku ada bagi sikit pandangan kat blog aku.

  • wanmus

    RK kan dah jadi ayah orang..tu memang lah matang tu..

  • zuls

    hehe.. bila baca balik pos diatas.. macam best je… adakah Rk sudah matang?

  • zuls

    @sharifah: hrm, memang betul.. kita memang patut ambil ni sebagai Iktibar

  • sharifah

    sabar en mustaza……x salah kan kalau kita nak berdikusi pasal tajuk selsema babi atau tabir, kan ini isu semasa gak dan saya rasa ini adalah ujian dari allah kepada semua manusia di dunia ni. walaupun belum sampai ke malaysia…..kat malaysia pun apa kurangnya, gejala sosial begitu menjadi2, mat rempit pun dah jadi membunuh.

    ya allah…jauhkanlah kami semua dari azabmu ya allah

  • melayu boleh

    Lain macam posting kali ini…ada apa2 ke..

  • gezza

    Salam,
    Cakap pasal selsema babi. Kan di beritahu, babi itulah punca,
    pelbagai penyakit , tetapi masih ramai lagi yang meminati,
    daging khinzir ni.Itu sudah tentu satu dari bala-bala dari Allah.Tetapi kena redho.Kena hapuskan saja…keakar umbi.
    Maksudnya..tak payah lagi beri permit ke atau buka ladang ke. Katakan saja.Wabak yang merbahaya.
    Tapi sapalah nak dengar itu semua? susah ya..he he degil dan keras kepala la tu!

  • zuls

    wow! tip yang menarik wanmus, bila wanmus nak buat contest?

  • wanmus

    Sebenarnya dalam menulis blog, lagi cachy kite puny tajuk, lagi best..

  • Julius

    Hmm…macam2 penyakit sekarang…berpunca dari haiwan & sikap manusia juga. Ya, penyakit kadang2 dapat melenyapkan ego seorang manusia

  • zuls

    @d-_-b : betul memang ada kaitan kuat dengan internet marketing.

  • pencarimaklumat_2020

    hm, bahaya tol la sekarang ni..
    macam2 virus kuar..
    baca paper hari tu selsema burung pun dah dikesan kat Hong Kong.

    hai, macam2 la wabak penyakit membunuh sekarang ni..
    kalau buleh tutup terus je airport. janji kita selamat ye tak?

  • sapawi

    Terima kasih kerana diberi peluang untuk berkongi peluang.Sekadar ingin bekongsi ilmu tentang H1N1 virus. See detail at:

    http://pro-success.blogspot.com/2009/04/influenza-virus-subtype-h1n1.html

    http://pro-success.blogspot.com/2009/04/swine-flu-facts-and-fallacies.html

    Thanks!

  • setiap penyakit pasti ade ubatnya….

  • bilgo

    itu lah kerja orang barat,cuba merosakan bangsa lain dengan mencipta pelbagai virus
    Moga Allah Lindungi kita Semua.Amin

  • d-_-b

    even virus tu tak mempunyai kaitan yg kuat dengan internet marketing.. tapi isunya tetap digunapakai olehencik dengan baik skali :) keep up a gud work.

  • ilhamaya

    klu sy le elok kita ikut cam negara mesir hapuskan smua babi yg ada kat m’sia ni sb segala punca penyakit merbahaya dtgnye dr si babi ni lah..

  • zuls

    huh.. panjang berjela jawab, mumtaza nampak tak suka, hrm.. tapi pada saya takde masalah.. Saya meamng suka blog buat duit yng ringan sedikit, ada selit isu2 semasa juga. Kalau ada kisah2 motivasi lagi bagus. Penat asyik dengar pasal duit. Hrm, adakah teknik ini merupakan double-edge-sword?

  • mustaza

    apolah ko ni… kalau na attract org lain pun biarlah betul sikit.. tajuk ko tu da mcam affiliate babi… sori ye… camtulah bunyinye.. ape kate ko buat page blog baru.. blog isu semasa.. nah di sini ko boleh letak isu H1N1 tu… ni blog raja kamil blog jana pendapatan bukan blog sisipan.. harap ko ta lari tema… kot aku terpaksa check out… bro plz lah… don’t mix not relevan issues just for get attraction be yourself.. dulu pun ko cakap gitu.. aku cedok balik… aku hanya mau blog raja kamil yg sebenar…

    • Raja Kamil

      terima kasih atas cadangan anda :) .
      Saya tidak pasti mengenai anda. Kalau saya sendiri, saya jenis yang tak up to date dengan isu semasa sebelum ni. Sudah banyak berita, saya terima daripada blog kawan2 atau forum perniagaan internet. Contohnya, krisis kenaikan harga minyak tahun lepas, saya perasan setelah terbaca sebuah post. Nasib baik sempat saya isi minyak pada harga sebelum naik.
      :)

      Sekali lagi terima kasih atas cadangan.

      PS : saya tertarik dengan ‘be yourself’ anda :) . Nak tahu? Ya, here I am. Here is myself. The one who look to any opportunity. And this post is posted with hope that I’ll get some traffic from search engine. Pray me a success

  • santira

    haha…swine influenza…harap2 tak hinggap kt malaysia la…

    • Raja Kamil

      Welcome my friend from MMU :)

  • zuls

    huhu.. macam virus selsema lak lajunya..

  • wanmus

    Betul tu..affiliate memang menaikkan jualan secara cepat..

  • zuls

    terima kasih RK pasal sistem affiliate ni, senang nanti nak cerita kat orang

  • zuls

    hehe, mana tau, sekarang ni semua boleh dijual..

  • wanmus

    Ingatkan Bro RK jual ubat selsema baby tadi secara affiliate..hehe

  • wanmus

    Laa Bro Rk jual sistem affiliate rupenye..hehe

  • ilhamputra

    memang tgh hot pasal isu selsema babi ni.moga bumi malaysia ni selamat dari virus ni

  • hairy

    btul tu zuls… Rk bertapa… baru laa syok tuan tanah ade.. kalo x..kami je yg datang sini tak bertuan..hehehe

  • hairy

    Rk bijak jugak.. guna topik HOt untuk tarik trafik,, ilmu berguna ni,,, TQ ..hehehe

  • zuls

    Selamat kembali juga kepada RK, lama dia bertapa

  • ilah

    Sama-sama la kita jaga kshatan n kbrsihan diri kita…ssungguhnya mncegah itu lbih baik dari mngubati..:)

  • mantra

    Tadi ada dengar Radio gak.katanya virus tu semakin pelahan sekarang.Gitulah hendaknye…

  • hairy

    kita sihat,,kluarga ceria..kluarga ceria.. ibu suka… ibu suke,..rakyat gembira.. rakyat gembira… kedai mamak rugi,…mamak rugi… hati senang.. . ape yg aku merepek ni…. serabut pale..huhuhu

  • hairy

    ape2 pun.. marilah kita jaga kesihatan ye….. :) ..

  • hairy

    dah besar bilgo dan md yaakub…jangan nakal2 lagi ye…hehehe

  • Yoji

    RK dah bt rekod peribadi nampaknya…. Suatu kejayaan gak nie… tahniah2

  • hairy

    dah stop ‘basah2′ ..kekeke

  • Yoji

    ooo ari lahir Bilgo dan Md Yaakub ek… selamat hari lahir diucapkan… semoga maju dalam dunia im..

  • punk3iz

    Wah..thanks RK sebab kasik tips ni. Maybe ni la yang Titan tengah dok menguji kat blog dia..hehe..rahsia titan dah bocor~

  • zuls

    Selamat hari jadi Bilgo dan Md Yakub, semoga anda dan kami semua dilimpahi rahmat Allah Taala.

  • samdaddycool

    seram…seram.. nasib baik tak suka makan babi.. erk..

  • hairy

    kalo kene kat malaysia..pastu kene lak kat binatang siamang… dah xpasal2 jadi virus siamang..hehehe

  • hairy

    virus tu mintak2 laa xsampai ke malaysia..