[kena baca] Mat Rempit. Bakal Masuk Syurga

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE

TV, MHI, Surat Khabar dan Radio. Tidak berhenti-henti menyebut tentang Mat Rempit.

Semuanya mengutuk kejahatan yang tidak berperi kemanusian yang dilakukan mereka.

Ragut, lumba haram dan pelbagai lagi sumbangan mereka kepada keruntuhan sosial negara Malaysia.

Tiada kata yang sesuai untuk menggambarkan kejahatan mereka.

Ya, itu semua anda tahu. Apa yang anda tidak tahu, Mat Rempit akan masuk syurga. Tak percaya ?

Sebelum saya beritahu kenapa, saya nak berkongsikan anda sebuah buku yang menarik tentang Mat Rempit.

Evolusi Elly Daripada Rempit Kepada Juara

Secara ringkasnya, buku ni menceritakan sebuah kisah benar bagaimana seorang loser (mat rempit) menjadi seorang Juara. Bagus untuk dibaca sebagai satu motivasi.

10 Sebab Mengapa Mat Rempit masuk SYURGA :

  1. bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga
  2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau bom syahid di Palestin.
  3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. Saya kadang-kadang kesian melihatkan ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.

    Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat

  4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.

    Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid

  5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat.Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar
  6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi.

    Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia

  7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam.

    Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni

  8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.

    Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.

    Mafhum Hadith Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya ..

  9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

    Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.

    Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ‘sense’ yang istimewa. (sixt sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

  10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.

    Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa

Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.

===================

Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi.

Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak bertepatan dengan natural seorang Manusia. Segala kritikan, komentar dan teguran adalah amat dialu-alukan.

Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi) (exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)

Incoming search terms:

  • www club motor helle (18)
  • mat rempit (16)
  • MAT REMPIT BAGUS (11)
  • blog motivasi mat rempit (1)
  • kebiasaan mat rempit (1)
  • rempit kartun (1)

Komen :

comments

Filed under: Peribadi

53 Responses to [kena baca] Mat Rempit. Bakal Masuk Syurga

  • mezangger

    aku rasa masalah mat rempit ni bukan lah besar sangat,ia nya sengaja di besar besarkan sebagai satu escapism dari isu isu yang lebih serius seperti rasuah,pecah amanah,salah guna kuasa…etc.etc..berapa jumlah kos untuk menangani mereka?berapa nilai kos hasil ragutan mereka?(bukan semua kes ragut di lakukan oleh mat rempit)berapa harga air setan yang mereka teguk,berbanding yang di teguk bapak setan di high class membership club,kelab kelab malam dll,mereka cuma pecahkan amanah ibubapa mereka selain kepala mereka yang pecah berbeza berapa juta tabung amanah rakyat yang di pecahkan untuk mengisi poket orang orang berkenaan.
    Cuba fikir berniaga apa yang boleh menghasilkan jutawan jutawan usahawan dan ahli ahli politik dalam sekelip mata?……fikir fikirkan lah..

  • ayuleee

    mmg lah Allah itu bersifat dgn ar rahman dan arrahim. masalahnya, mat2 rempit ni, dia baca ke artikel2 dalam internet ni. ada ke masa diaorang buka internet untuk mencari bahan2 bacaan untuk menyedarkan jiwa yang bercelaru. tapi, mmg tak boleh dinafikan, andai Allah mahu memberikan hidayah, jahat macam mana pun, akan kembali ke jalan yang benar jugak. susah untuk kita ramal dan kita duga nasib2 manusia di depan kita, sah kan nasib orang, nasib kita sendiri pun belum tentu dapat kita ramal. dunia inikan tempat ujian, semoga…dan semoga kita semua dapat menghadapi ujian Allah dengan sabar…amin…

  • Seri_Madayu

    Amaaaaaan DUNIA… Kalau SMUA MAT REMPIT SEPERTI DI DALAM ARTIKAL Bro RK ni :)