[kena baca] Mat Rempit. Bakal Masuk Syurga

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE

TV, MHI, Surat Khabar dan Radio. Tidak berhenti-henti menyebut tentang Mat Rempit.

Semuanya mengutuk kejahatan yang tidak berperi kemanusian yang dilakukan mereka.

Ragut, lumba haram dan pelbagai lagi sumbangan mereka kepada keruntuhan sosial negara Malaysia.

Tiada kata yang sesuai untuk menggambarkan kejahatan mereka.

Ya, itu semua anda tahu. Apa yang anda tidak tahu, Mat Rempit akan masuk syurga. Tak percaya ?

Sebelum saya beritahu kenapa, saya nak berkongsikan anda sebuah buku yang menarik tentang Mat Rempit.

Evolusi Elly Daripada Rempit Kepada Juara

Secara ringkasnya, buku ni menceritakan sebuah kisah benar bagaimana seorang loser (mat rempit) menjadi seorang Juara. Bagus untuk dibaca sebagai satu motivasi.

10 Sebab Mengapa Mat Rempit masuk SYURGA :

  1. bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga
  2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau bom syahid di Palestin.
  3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. Saya kadang-kadang kesian melihatkan ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.

    Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat

  4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.

    Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid

  5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat.Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar
  6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi.

    Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia

  7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam.

    Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni

  8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.

    Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.

    Mafhum Hadith Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya ..

  9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

    Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.

    Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ‘sense’ yang istimewa. (sixt sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

  10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.

    Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa

Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.

===================

Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi.

Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak bertepatan dengan natural seorang Manusia. Segala kritikan, komentar dan teguran adalah amat dialu-alukan.

Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi) (exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)

Incoming search terms:

  • www club motor helle (18)
  • mat rempit (16)
  • MAT REMPIT BAGUS (11)
  • blog motivasi mat rempit (1)
  • kebiasaan mat rempit (1)
  • rempit kartun (1)

Komen :

comments

Filed under: Peribadi

53 Responses to [kena baca] Mat Rempit. Bakal Masuk Syurga

  • pendekargrafix

    hehe.
    jikalau kebanyakan mat rempit di malaysia mempunyai jiwa, san biah soleh macam tu, insyallah, mat rempit akan lebih dihormati. mereka lah yang seterusnya menjadi belia tonggak negara. tetapi…………….
    kita doakan semoga mat rempit kesayangan kita tidak terus menjadi samseng jalanan.

  • bilgo

    bleh2.

  • zuls

    bagus bro.. jomkita tukar2 link lak…

  • bilgo

    @bro zul nanti komen la sket yer

  • bilgo

    Kat sini bleh dapat sket info pasal mat rempit

    http://inforempit.blogspot.com/

    Cuma ia blum siap sepenuhnyer lagi.

  • zuls

    betul2. lepas tu cari ebook berkaitan naiki motor atau berkaitan motor. tentu laku.. haha..

  • bilgo

    HEHEH.pastu ajak mat rempit tengok.

  • zuls

    pastu letak tema – pusat informasi mat rempit terkini – hahaha..

  • zuls

    huhu.. buat setakat mampu.. conquer keyword mat rempit betul2..

  • bilgo

    banyak materian nak kena kupas ni.

  • zuls

    dah buat nanti bagitau.. blog tu amik niche mat rempit jer. jangan amik niche lain.. mesti best, ramai orang masuk..

  • bilgo

    cadangan menarik :)

  • zuls

    huhu.. bagus..kena wat entry khas kat blog tu.. bukak personal blog satu

  • bilgo

    @Zuls geram kat mat rempit ni.tu yang dok ambik tahu perkembangan.

  • zuls

    @wanmus betul tu jauh panggang dari api

  • zuls

    @bilgo bagus2 bilgo memang berinformasi pasal amt rempit ni

  • wanmus

    Alhamdulillah lh kalau dapat kurangkan..

  • bilgo

    skrg polis lancarkan ops bersepadu.membenteras mat rempit,ragut dan pelbagai jenayah lain.Tp kat sekitar bandaraya.Dlm 16% jenayah ragut dan Rempit dapat dikurangkan.

  • bilgo

    tp sukan yg salah.heheh.

  • wanmus

    @Bilgo, mat rempit rasa merempit tu bersukan lah..tu yg jadi cmtu tu..hoho

  • wanmus

    mat rempi akan dikira baik jika wat macam Bro Rk cakap tu..tapi macam jauh panggang dari api je..hehe

  • bilgo

    merempit memudaratkan masyarakat.baik pergi bersukan.:-)

  • zuls

    huhu.. susah.. apa nak jadi pada masyarakat kita.. lagipun sape suruh merempit.

  • Bilgo

    kalau ada yg baik pun org akan kata mat rempit.sbb pemikiran masyarakat kita mmg mcm tu.

  • zuls

    ada betulnya, jahat dan baik ada dalam diri manusia

  • ilhamputra

    wah.betol ke mat rempit pon ade yang baik.

  • wanmus

    @abgzol. ala kalau hati diorang dah tertutup, ckap macamna pun tetap diorang wat bodoh je selagi tak kene kat batang hidung sendiri..yang penting diorang tau nak bersuka-ria

  • wanmus

    Mat rempit ni kekadang dia tak tahu benda dia buat tu salah, sebab dia kata dia buat tu untuk suka-suka, bukan untuk duit..padahal dia menyusahkan orang tu tak salah ke? sengal betul mat rempit

  • mantra

    Best la post ni Rk…teguran halus

  • zuls

    @bilgo memang tepat sekali
    @ abgzol huhu.. hrap2 diorang ada tengok

  • abgzol

    ..kalau ada mat rempit baca post ni kan bagus :) sekurang2nya mereka akan berfikir apa yang RK cuba sampaikan..gunakan kelebihan ‘merempit’ untuk kebaikkan diri & masyarakat..

  • bilgo

    @Zuls Bukan la.mat rempit ibarat petrol dengan tangki minyak.tak ada minyak tak bleh nak rempit.hehehhe

  • zuls

    @wanmus: mat rempit dengan motor ibarat lagu dan irama.

  • Bilgo

    mcm mana la nak buat kan.nak haramkan moto.susah la pula pada org yg kurang kemampuan.nanti sy nak pergi keja pun susah.

  • zuls

    @bilgo, meamng sakit hati gak tu, motor aku dulu pun nyaris2 kena angkut sekali gara2 makan mat rempit lari nyorok dari polis dikedai makan tempat aku parking.

  • Bilgo

    @Zuls.sakit hati tgk mat rempit ni.tu yang betul2 ambik tahu tu.kalu depa x susahkan org tak per la.

  • wanmus

    Mat rempit tu memang tak boleh dipisahkan selagi ada motor ni..

  • zuls

    @abdfatah : seemamangnya begitulah siapa yang dah terjebak, nak patah balik bukan senang

  • zuls

    @ bilgo, nampaknya bilgo mengikut rapat cerita rempit ni, memang bagus dan prihatin

  • Bilgo

    baca berita pagi ni.pasal mat rempit lagi
    ader ker rompak guru.bukan ker dulu guru yang dok ajat mereka supaya jadi orang yang berguna?

    dengan kes ragut lagi.
    wanita mengandung 3 bulan meningal dunia.
    Ya Allah Apa nak jadi ni..

  • Bilgo

    ada satu kes kemalangan ni melibatlan seorang pakcik umur dlm 45-50.penungang moto.tgh terbaring berlumuran darah ni.datang mamat kerek ni sound tu la merempit lagi.rasanyer dia buta kot.tak reti beza.bukan nak bagi pertolongan.ingat semua peningan motor MAT REMPIT ke?

  • Bilgo

    ni lagi satu.ada ker patut.pemikiran rakyat malaysian ni kan.semua orang yang bawak motor tu mat rempit.ada ke patut?

  • Bilgo

    yang tak seronoknyer kan.kalau polis buat sekatan untuk tangkap mat rempit.kita yg bawak moto punya berhemah ni pun kena tahan dan kena tolak moto sama mcm mat rempit tu.rasa mcm nak pelempang jer polis gan mat rempit tu.

  • Bilgo

    tah la.apa la mat rempit ni

  • wanmus

    Diorang nak kepuasan dan kenikmatan hidup sementara, tu jadi cmtu tu..cube tanye bekas2 mat rempit yg dan tua skit tu, pasti dia kata merempit ni merugikan je..tau plk dia rugi, tapi nape dia nak sgt buat dulu..sebab suka

  • Bilgo

    kalau di tgk pada latar belakang mat2 rempit ni.ada yang belajat kat universiti.tp,tu la merempit gak dorang nak.bukan tak pandai.tp tak tahu pilih.

  • wanmus

    wah…betul jugak tu, berguna jgk Mat Rempit..tapi nak ke diorang wat cmtu?

  • abdfatah

    realitinya tidak semudah yang disangka. namun boleh diusahakan untuk kembali ke pangkal jalan…

  • Bilgo

    wah.tu kalau mat rempit nak taubat la.
    dekat astro hari tu ada cita pasal mat rempit yang bertaubat,para rempit boleh jadikan ia sebagai tauladan

  • zuls

    :) pos yang menarik, banyak kisah2 orang alim yang asalnya memang asalnya banyak buat salah tapi bila betul2 bertaubat, diangkat Allah menjadi orang-orang alim lagi warak.