Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda
Dalam post yang lepas, saya telah membuat satu survey.
Ramai antara pembaca blog RKb ini rupa-rupanya segan memberi respon di ruangan komen
. Kebanyakannya, hanya menghantar email.
Walaubagaimanapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang memberi respon terhadap survey yang dibuat.
Keputusan survey :
Soalan 1. apakah topik ‘make money online’ yang paling anda ingin tahu?
Jawapan majoriti : b) Buat duit daripada blog
Soalan 2. Bagaimanakah cara penyampaian yang anda ingin terima?
Jawapan majoriti : c) Penerangan bergambar
Soalan 3. Apakah jenis bahasa yang anda ingin saya gunakan ?
Jawapan majoriti : d) bahasa santai
Buat Duit Dengan Blog
Simple tapi penting
Ramai yang terlepas pandang tentang satu perkara yang sangat penting, iaitu, memilih NICHE.
NICHE atau pengkhususan topik atau dalam wikipedia a focused, targetable portion (subset) of a market sector.
Cara mendapatkan niche yang menguntungkan
Ok, kini anda telah mengetahui apakah itu niche. Persoalaanya sekarang, macam mana nak dapatkan niche anda sendiri ?
Caranya mudah, hanya menjawab sahaja persoalan di bawah:
1. Apakah perkara yang paling membuatkan anda sangat gembira bercerita tentangnya ?
2. Bagaimanakah anda ingin menjana duit dengan blog berkenaan ?
3. Bilakah kali terakhir anda menjumpai artikel/berita mengenai niche anda di media (surat khabar, TV,radio)
Contoh:
1. Apakah perkara yang paling membuatkan anda sangat gembira bercerita tentangnya ?
Bola. Saya sangat gembira bercerita tentang MU dibelasah Barca. Bila ada sahaja perlawanan Barca secara live di Astro, sayalah orang yang paling depan berada di depan TV di mapley.
Setakat nak bercerita tentang player Barca, saya no hal. Cakap je siapa saje, saya boleh cerita peribadi player tu sejak dia belum lahir hingga sekarang.
2. Bagaimanakah anda ingin menjana duit dengan blog berkenaan ?
Ada banyak program buat duit dengan blog yang saya boleh sertai. Adsense, Nuffnang, iklan sendiri, Text Link Ads dan banyak lagi.
Tapi saya ingat, saya nak fokus pada Adsense lah.
Persoalan ini sangat penting kerana, setiap program mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan pendapatan yang OPTIMUM.
Jika anda lihat blog, rajakamil.biz tidak ada satu pun, iklan adsense, manakala blog rajakamil.com, mempunyai iklan adsense.
3. Bilakah kali terakhir anda menjumpai artikel/berita mengenai niche anda di media (surat khabar, TV,radio)
Kalau cerita mengenai Barca, asal ada saje match diorang, saya dapat tahu daripada Berita Sukan di TV3.
Banyak maklumat saya boleh dapat daripada TV dan media massa lain.
Perkara ini penting kerana, anda boleh mengetahui ke’popular’an sesuatu niche. Lagi banyak berita mengenai sesuatu niche di media massa, lagi besar potensi untuk niche tersebut berkembang dan seterusnya, blog yang dihasilkan bakal mendapat sejumlah TRAFFIK yang besar.
Selain daripada itu, andai jika anda sudah kebuntuan idea untuk menulis di blog, anda ada ‘source’ daripada media massa.
Gambar? Video klip? Artikel? Kalau dah masuk media ni, cakap je apa sahaja, mudah sangat nak dapatkan kelak.
Baiklah, cuba anda pula lakukan.
Untuk mudahkan kerja anda, sila download Work Sheet Niche Brainstorming di bawah.
Download Di Sini | HP Nokia N97 Tak Percuma
Daripada contoh jawapan di atas,agaknya apa niche yang saya pilih untuk dijadikan blog ?
Penaja Kami :
Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)


haii…saya nyer blog kene ban dgn google camne nak buat yer…aku baru nak cuba mungkin blog aku tak menepati syarat kot….cuba check aper masalah pd blog aku yer…http://now-supplements.blogspot.com
boleh tulis kat google, tanya diorang kenapa ban. Biasanya kalau blog copy paste memang google ban jer terus. Tambah2, blog buat semata-mata untuk adsense
sy ingin exchange link dgn saudara..sy dh add link saudara dlm blog sy
TQ
ehm. niche memang main peranan. Kalau berterabur..memang sakit sket la..
salam RK. saya baru blajor buat blog di alamat di atas. http://jauharimdsomnh.blogspot.com/ . soalan, camna nak upload dia supaya org lain boleh surf. TQ.
Hurm, jika anda sudah buat blog. Anda tidak perlu buat apa-apa. Beri sahaja alamat blog anda kepada kawan-kawan.
Dalam kes anda, ajak kawan-kawan ke jauharimdsomnh.blogspot.com
saya masih lum nampak cam na nak dapat duit dgn mudah dlm internet…
Salam fik, selamat datang ke blog RK.
Sebenarnya Fik,buat duit kat tenet ini bukannya langkah untuk dapat duit mudah. Ianya perlukan juga usaha.
Tetapi, jika dibandingkan dengan kerja lain, buat duit kat tenet ni, seminggu sejam pun dah cukup.
Asalkan, tahu caranya. Nak tahu caranya, Fik kenalah rajin lawat blog saya. Saya akan beritahu sedikit demi sedikit
Oo.. gitu ke.. harap-harap ada lanjutan dari artikel ni.. Thanks bro..
menarik bro. tahnk u so much.. ni yang best jadi ahli VIP ni.. dapat angkat harga murah.. nak buku 3 cara adsense for domain tu
Hai.. nilah yg jadi bila guna server commpany…!!
apa dia tulis? Tu haah kat bawah ni.. huhuhu.. nyampah I tau.. habis cam no..
IWSS Security Event (mhkulkjpxy002)
This URL has a Web security rating that prohibits it from being accessed based on corporate policy. The requested site is either a known or suspected source of malware.
URL: http://www.ziddu.com/download/5248384/CaraMendapatkanNicheyangmenguntungkan.xls.html
Content rating rule: Web Reputation – Very Low
Tak dapat den nak nolong, terpaksolah ekau bukak dokek CC
tip niche keyword. memang satu kemahiran yg tak ternilai, kena menguasai ni
jadi, benda ni tak perlu ada klik ke? Just generate trafik ke domain for adsense punye site aje?
Ha ah. Tak perlu klik pun. Di bayar berdasarkan impression. Kalau nak buat, kena tengok TOS dia, tak nak langgar. Nanti kena ban
thanks 4 da worksheet..
thanks bro for this tips.boleh dijadikan guide ni kenapa blog dibuat
@Mantra , terima kasih mantra
wah…nice tips ni bro RK…
tq2 for da worksheet tuh ye…