You are here >
Home / perniagaan internet / Kenapa tidak sanggup labur RM10 jika ia boleh menjadikan Ramadhan anda lebih baik tahun ini? - Blog Perniagaan Internet
Kenapa tidak sanggup labur RM10 jika ia boleh menjadikan Ramadhan anda lebih baik tahun ini?
Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda
Your Privacy is SAFE
Harapan Ramadhan
Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Salam Ramadhan daripada Raja Kamil. Saya mohon ampun dan maaf sepanjang kita bersama.
Apakah persiapan Ramadhan anda tahun ini?
Apakah azam Ramadhan anda kali ini?
Saya masih ingat lagi dengan kawan saya, Mohd. Nizam bin Abu Bakar (bukan nama sebenar), pada Ramadhan yang lepas, ketika beliau berjumpa dengan saya, beliau ada berceritakan tentang azam beliau untuk berhenti merokok.
Subhanallah. Walaupun tidak berjaya berhenti merokok, tetapi beliau berjaya mengurangkan jumlah rokok yang diambil. Biasanya 2 kotak sehari, kini seminggu sekotak pun susah nak habis. Terkejut betul saya dengan ‘die hard smoker’ seorang ni. Bila saya tanya beliau, apa rahsianya. Katanya, berkat Ramadhan.
Subhanallah, maha suci Allah. Jadi, pembaca yang dihormati sekalian, bagaimana? Masih tidak percaya dengan kelebihan bulan Ramadhan?
Baiklah, terus terang saya katakan, saya seorang yang agak jahil dalam hal-hal agama Islam. Tapi, Alhamdulillah, sejak 13 tahun lalu, saya cuba mendalami Islam. Saya cuba beramal dengan apa yang saya pelajari. Saya pernah terbaca dengan sebuah hadith yang dikeluarkan Imam Bukhari, “Siapa yang berjalan di atas jalan mencari ilmu, dipermudahkan baginya jalan ke syurga”.
Masih segar lagi dalam ingatan saya, teguran seoarang budak kecil kat pudu raya, “Abang, belilah buku ni”, kata adik yang naik ke atas bas yang saya naiki sambil mempromosikan buku panduan lengkat solat. “Makan mahal-mahal boleh, pakai mahal-mahal boleh, belanja kawan kat sebelah boleh(sambil menunding seorang bro di sebelah saya, saya tak kenal pun). Apalah sangat RM10 jika dibandingkan dengan fadhilat dan kelebihan yang boleh abang dapat dengan buku ini”. Jika abang belajar dengan ikhlas, dan beramal dengan ilmu tu, insya Allah, redha Allah abang akan dapat”
Petah sungguh budak tu berkata-kata.
Sambung budak tu lagi, “Apa yang lebih baik daripada Redha Allah?” …..
Baiklah. Sebenarnya, saya ingin mengajak anda semua untuk mendapatkan sebuah ebook tulisan seorang sahabat saya, Fathi.
Ebook beliau sepatutnya bertajuk, 7 Langkah Untuk Menjadikan Ramadhan kali ini diterima. Namun, setelah beliau kemas kini ebook beliau tersebut, ianya dinamakan semula dengan Panduan Menghayati Ramadhan.
Selain ilmu asas mengenai bulan Ramadhan, Fathi juga ada membocorkan Rahsia untuk kekal segar ketika berpuasa. Bagi mereka yang selalu gastrik, ada beliau terangkan cara mudah untuk mengelakkan ianya berlaku ketika berpuasa.
Begitu juga dengan simpton-simpton lain. Beliau ada terangkan secara praktikal. Pada saya RM10 ni, sangat-sangat berbaloi. Terutama, bila saya teringat budak kecil yang saya jumpa di dalam bas satu ketika dahulu. “Apalah nilai RM10 dengan keredhaan Allah yang abang akan dapat dengan sebab buku ni”.
Hurm, saya rasa itu sahaja. Saya tidak katakan, jika anda tidak membeli ebook ini, Ramadhan anda tidak bermakna. Tetapi, saya sangat-sangat sarankan anda untuk dapatkan satu. Mungkin bagi sesetengah pembaca, ini adalah buku agama yang ke seratus, tetapi bagi sesetengah yang lain, mungkin ini adalah buku agama yang PERTAMA untuk tahun ini. “Shame on you Kamil !”
Untuk maklumat lanjut, dan cara mendapatkan Panduan Menghayati Ramadhan, silalah layari http://panduan-ramadhan.info/
betul betul kalau nak ilmu labur RM1000 pun tak rasa apa sebab ilmu boleh buat lebih RM1000 yang awak laburkan serius
betul 2…ramadhan ni la yang kita perlu buat amal bnyk2…bnyk klebihan,,,
Hmm..budak tu mengembalikan rational daripada emotional..
pandai dia buat orang fikir…
itu lah pasal. Segan betul saya
ebook islamik mula memecah masuk k pasaran IM. satu percubaan yg baek…
Yeap, mari meriahkan dengan menerbitkan ebook2 islamik
Salam Ramadhan RK…
hari ni hari first kegembiraan umat islam
terima kasih, salam ramadhan kepada mantra juga. Tahniah di atas pointer sem lepas. Sory, lambat wish.