Kenapa perlu baca Al-Quran walaupun tidak faham?

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE

Ya Allah ampuni daku… rintih Alif pada Sang Pencipta. Terasa berdosa kerana, tidak seperti Ramadhan sebelumnya, masuk 10 Ramadhan sahaja sudah hampir khatam dan kadang-kadang sudah masuk ‘sesi’ kedua bacaan Al-Qurannya.
Ramadhan kali ini terasa kosongbagi Alif, sehinggalah beliau terbaca artikel ini http://eramuslim.com/oase-iman/kisahku-khatam-al-qur-an.htm

Apa yang paling memberi kesan kepada pemuda itu ialah, petikan sebuah email di dalam Bahasa Inggeris dalam artikel tersebut.

Why do we read Quran, even we can’t understand Arabic?

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur’an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in everyway he could. One day the grandson asked, “Grandpa, I try to read the Qur’an just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.” The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show this grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”
“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.” The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal-basket and was now clean, inside and out. “Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah (SWT) in our lives.”

Maksudnya email tersebut di dalam Bahasa Melayu ialah;

Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya.  Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”.  Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. icon sad Kenapa perlu baca Al Quran walaupun tidak faham?

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Subhanallah. Tersentak Alif bila membaca artikel berkenaan yang sebelum ini sering memberi alasan nak tunggu faham Al-Quran baru hendak membacanya selalu.

Komen penulis :

1. Sebaik-baiknya fahamilah isi Al-Quran
2. Jika tidak mampu atau tidak sempat, jangan lah sampai tak baca atau kurang membaca Al-Quran.
3. Jom baca Al-Quran


Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)


asLFq7x Kenapa perlu baca Al Quran walaupun tidak faham?

Incoming search terms:

  • baca alquran (36)
  • baca quran (31)
  • akibat tidak membaca al-quran (26)
  • baca Al Quran (20)
  • kesan tidak membaca al-quran (15)
  • belajar baca al quran (13)
  • membaca al quran (11)
  • kenapa rezeki ditarik allah (1)
  • kenapa kita kena bangga dengan alquran (1)
  • hadis bnyak orng yg baca alquran tapi d Laknat (1)

Komen lah der/sis ...

22 Comments

  • amal..

    Reply Reply April 5, 2011

    baguh2..tp baca al-quran juga perlu kpd tazyin(berhias)cantik..ada lg hiasailah al-quran dengan suara yg baik(ada hadis nabi),bacalah al-quran dgn tartil(tersusun)(al-quran) dan byk lg..kalo da pandai suma tu..cuba kaitkan budaya hidup membaca al-quran  selalu..dan ajaklah rakan2 anda membacanya bersama dsambil cuba mencari maksud ayat2 yg d baca..

  • musi

    Reply Reply September 3, 2010

    Assalamualaikum wm.wb.
    Teman pun mintak izin nak copy ataulink, untuk sebaran n pengetahuan ilmu.
    Allah subhanahu wataala maha mengetahui,  bahasa al quran hanya dimengerti oleh orang arab, segelintir bangsa lain. Namun ia untuk di sebarkan dan dipelajarinya. Dulu tok imam tok haji lebai pun ramai jugak tak faham maknanya.  namun mereka tetap membaca, mempelajari tajwid,tafsir dan sebagainya dengan penuh iman dan khusu', tanpa prasangka dan alasan. Kita tak perlulah alasan tak itu dan ini. Patuhi dan imani ia kalamullah yang memuatLimpahan  himah,rahmah dan semuanya.  Pe herankan la ni dah de terjemahan kan?  Nak tunggu faham, sampai kiamat pun kalo tak baca dan pelajarinya ia tak faham.  Jadi bacanya dengan baik(betul tajwid) sambil kaji maksud pelan2 kan nan faham lah,  betulkan?
    Wassalam

  • wan

    Reply Reply November 22, 2009

    nk copy paste boleh x

    • Raja Kamil

      Reply Reply November 22, 2009

      boleh je, kalau tak nak link kat blog saya pun takpe. Ilmu untuk dikongsikan :)

  • sah90

    Reply Reply October 9, 2009

    Bagus tul post ni.
    Menambah semangat nak membaca Al-Quran.
    Tq Rajakamil.. :oops:

  • TanyaLelaki.com

    Reply Reply September 26, 2009

    akum rk, sebelum ni saya tak tau pun.. tima kasih diatas pengetahuan itu tadi.. semoga rk selamat dunia akhirat..
    :roll:

  • DM

    Reply Reply September 15, 2009

    Its a very interesting story..betul, ikhlas saya mengatakannya. Cumanya sedikit risau jika kita ‘play save’…dengan erti kata sebenar, kita akan terus membaca al-Quran tannpa perlu memahami dan mendalami maksudnya…sedih,kan?

    Al-Quran ni sumthing yang berat, diturunkan kepada manusia..jika kena dengan caranya mampu mengubah mentaliti dan perspektif kita. Menggerakkan kita dari dunia penuh ignorance, angan2 dan materialistik kepada jihad (bersungguh2), sikap ingin terus maju dan meningkatkan rasa izzah.. Cumanya, kita tak betul2 faham al-Quran. Kita tak rasa al-Quran tu utk kita, kita rasa Quran tu cam fairy tale story je..kisah rasul2 dulu yang seolah2 tak de kena mengena lansung ngan kita..sedih,kan? :arrow:

    Pernah tak dengar analogy ni.. Seorang pesakit yang demam bertemu dengan doktor. Si doktor akhirnya memberikan prescription panadol.. Tapi malangnya si pesakit tidak memakan ubat tersebut..tapi dok baca jer prescription tu setiap hari. “Panadol..panadol..panadol..” Jadi,tak berkesanlah ubat tu kan..

    Samalah seperti manusia yang sedang sakit dengan masalah jiwa (asyik kejar duit, tak nampak matlamat hidup, hidup utk diri sendiri)..kalau setakat membaca al-Quran tanpa ‘menghadam’ erti dan makna yang ingin Allah sampaikan…maka penyakit hat tak akan mampu dirawat..

    Eh, panjang pulak…sori la yer..semoga bermanfaat. Kalau bahasa yang tidak disenangi digunakan, mohon maaf bebanyak…

    p/s: pelik bila orang nak belajar Islam mesti start ngan belajar yang mana halal..yang mana haram. Sedang Islam yang awal2 dibawa Rasul selama 13 tahun di Mekah banyaknya berkisar pada aqidah dan ketaatan kepada Allah..

  • danzaimar

    Reply Reply September 10, 2009

    semoga semua ibadah yang dilakukan diterima Allah.. :o

  • HR

    Reply Reply September 10, 2009

    dakwah yang bagus..
    al-quran mmg penuh dengan seribu satu pengertian dan rahmah. moga2 amalan ni dapat saya teruskan walaupun selepas ramadhan..Insyaallah

  • fathaz

    Reply Reply September 6, 2009

    :cool: buat jugak.. tp x istiqamah.. aduss

  • ummu_abdullah

    Reply Reply September 6, 2009

    insaf dan berbuat… jangan tunggu lagi… JOM BERTILAWAH :evil:

  • hmjebat

    Reply Reply September 4, 2009

    Nak minta izin copy paste dan blast kat mailing list boleh tak?

  • Mantra

    Reply Reply September 4, 2009

    Thanks RK. Satu informasi yang sangat berguna untuk semua dibulan ramadhan

  • wings

    Reply Reply September 4, 2009

    bagus betul artikal ni..mempunyai maksud yg mendalam..
    thanks rk :???:

    p.s:satu lgi comel2 betul la icon2 smilies terbaru ni :oops:

  • Mas

    Reply Reply September 4, 2009

    Wah, saya speechless lepas baca kisah ni. Amat berguna dan bagus. Thank you for sharing this :)

    • Raja Kamil

      Reply Reply September 4, 2009

      Yeap, saya pun rasa macam tu masa saya mula-mula baca.

  • Hasbul Aqill

    Reply Reply September 4, 2009

    hmm
    betul kata RK
    at least kalau xpaham
    selalu membaca alquran
    betulkan tajwid
    satu motivasi kepada dunia IM kita ya.. :mrgreen:

    • Raja Kamil

      Reply Reply September 4, 2009

      bacalah Al-Quran, walau anda seorang Raja

      • hafiz KMM

        Reply Reply September 5, 2009

        walaupun anda Raja Kapoor :?:

Leave A Response

* Denotes Required Field

Current day month ye@r *