Kenapa newbie gagal menghasilkan jualan !

Berikut adalah kenapa para newbie gagal menghasilkan jualan.
1. Mereka mencipta musuh, bukan mencipta kawan
Keterangan : Saya adalah seorang newbie. Saya tahu bahawa Irfan Khairi, adalah pesaing bagi saya. Adalah tidak wajar, saya memburuk-burukkan beliau (terutama secara terang-terangan). Apa yang patut saya buat, ialah, saya menghubungi beliau, menghadiri seminar beliau, atau sekurang-kurangnya tidak memburuk-burukkan beliau.
Kenapa? Kerana, saya masih newbie. Mungkin ilmu saya lebih daripada Irfan Khairi, tetapi, beliau sudah mempunyai pengikut setia yang ramai. Itu satu. Satu lagi, antara kata-kata seorang newbie dan Irfan Khairi, yang mana anda akan dengar? ![]()
2. Bina jenama sebelum produk.
Ramai newbie, akan membina produk terlebih dahulu. Berbulan-bulan usaha dibuat, research juga tidak ketinggalan. Memang confirm, produk ini ‘on demand’. Walaupun pesaing sudah ada, tapi tak mengapa. Produk yang anda bina ini, menutup setiap kelemahan produk-produk sedia ada.
Dan, hari pelancaran pun tiba….
Promosi tiada. Anda sangat yakin, apa yang penting ialah quality produk didahulukan. Pap, hari pertama, tiada jualan. Hari kedua tiada jualan. Berlarutan sehingga hari ke 7. Adalah satu jualan. Alhamdulillah. Kemudian, produk anda tidak kedengaran lagi. Hanyut ditelan masa.
Itu adalah situasinya.
Ramai newbie yang saya jumpa seperti itu. Saya juga dulu begitu. Sepatutnya, jika anda belum dikenali lagi, lebihkan juga pada promosi.
Kualiti produk diutamakan, promosi produk jangan kurang.
Cerita saya !
Pada bulan 6 tahun 2008, saya keluar dengan jenama RajaKamil.com . Supaya lebih mudah orang sebut, saya bahasakan diri sebagai RK. Banyak tip yang saya kongsikan. Semuanya, saya berikan secara Percuma.
Sehinggalah satu hari, sebuah produk percuma saya tidak dihargai oleh beberapa individu. Saya lantas, terus komersialkan produk tersebut, dan jadilah ia Rahsia USD50 Sehari
3. Beri orang lain kenali anda dengan jual murah.
Anda baru sahaja berada di persada online. Tak sampai sebulan pun. Anda datang dengan produk anda. Anda yakin, produk anda lebih baik daripada pesaing anda. Anda buruk-burukkan pesaing anda. Anda mengatakan produk anda lebih bernilai.
Lalu, anda pun menjual dengan harga RM40 ke atas.
Ulasan.
Tiada masalah. Menjadi masalahnya ialah, apabila ego anda terlalu tinggi. Anda over confident. Cadangan rakan-rakan anda supaya harga yang anda letakkan dikurangkan kepada RM20 ke RM30 langsung tidak diendahkan. Terus, anda pun lemas dalam ‘kesyokan’ diri sendiri anda. ![]()
Cadangan:
Siapa pun anda, anda berhak terhadap produk anda. Cadangan saya ialah, anda berikan harga review terlebih dahulu. Lebih baik ialah, dapatkan testimoni daripada pesaing anda. Tidak salah mencuba. Jika pesaing anda memberi testimoni kepada produk anda, ha, itu lah durian runtuh namanya.
Kelebihan anda ialah, produk anda yang berkualiti. Kelebihan pesaing anda ialah jenama yang telah terbukti berkesan.
Gabungkan kedua-duanya, dan anda akan mendapak keuntungan yang optomum.
Baiklah, itulah serba sedikit, yang saya nampak, mengapa newbie tidak dapat menghasilkan jualan lebih daripada 30 jualan.
Indikator:
| Jumlah jualan | Nota |
| kurang 30 | Newbie |
| 31 ke 70 | Average |
| 71 ke atas | ada potensi untuk lebih maju |



October 2nd, 2009 at 1:43 pm
be humble…
klu ada salah silap, harap ditegur…
bukan apa, kadang-kadang mereka berasa lebih baik daripada orang lain. tak salah, namun sehingga memburukkan orang lain itu yg salahnya.
October 2nd, 2009 at 5:54 pm
kurang fokus pun yer juga.
bila nampak orang ni kata boleh buat duit, dia beli.
orang lain kata tu boleh buat duit, pun dia beli juga.
ini merujuk kepada saya.
hehehehe…
October 2nd, 2009 at 6:52 pm
Bagus tips ni RK. Anyway dah tukar ke theme asal? kenapa dengan theme baru tu?
October 2nd, 2009 at 7:24 pm
hurm, tukar ke asal, sebab ada sorang pengiklan ni tak boleh nak bertolak ansur. Take time sikit, kalau nak masukkan iklan di theme baru.
October 3rd, 2009 at 6:21 am
tips2 ni memang berguna untuk orang newbie mcm saye ni.. thanks
October 4th, 2009 at 11:33 am
bagus tip ni
tq rk
October 5th, 2009 at 1:57 am
akum.. betul cakap rk, binakan nama dan jenama, bagi saya yang newbie ni, tak boleh nk lawan cakap rk.. walaubagaimanapun.. kita boleh menyuarakan pendapat ye.. bagi saya jgn terlalu fikirkan duit shj.. kualiti adalah lebih penting.. bila orang dh kenal.. baru lah terkenal.. pastu barulah.. booom
October 8th, 2009 at 10:16 am
Info yang sangat menarik, thanks for sharing.
October 9th, 2009 at 12:41 am
Kesimpulannya,
Jangan memburukkan satu sama lain..
Sebab bila kita memburukkan orang lain,
kita menunjukkan attitude kita yang buruk.
October 9th, 2009 at 6:55 am
hrm memang tip yang bagus sekali untuk newbie seperti saya juga. Orang baru mestilah buat cara orang baru.
November 5th, 2009 at 8:29 am
Kekadang ada newbie yg xsabar…Mungkin ingat perniagaan internet ni leh cepat jd kaya..Jd baru usaha sket xmenjadi terus putus asa..
November 6th, 2009 at 4:12 am
Salam,
potensi industri e-commerce masih besar. market masih banyak belum explored.
apa yang newbie perlu faham
1) membina jenama tidak mengambil masa sehari.
2) fahami audience, market trend, user interaction trend,
3) berguru dengan orang-orang yang patut.. kan RK
November 11th, 2009 at 6:46 am
Memang susah bagi newbie yang baru dalam bisnes internet untuk membina jenama sendiri, ia perlukan masa. Yang penting bina kredibiliti yang baik dulu supaya ramai orang kenal tentang kemampuan kita.
November 17th, 2009 at 10:33 am
biasanya newbie ni tak tau haluan mana diorang nak follow, luas sangat dunia internet marketing nie. adsense, clickbank, mudah, ebay, ebook, affliate. kena fokus satu2 dulu. lepas dah mantain, then try yang lain pulak. itu la pendapat aku bro.
btw all the best semua!
blogging for fun, people & information
syedakmal
November 17th, 2009 at 10:54 am
betul bro….betul macam Syed Akmal katakan, kita terlalu nak kejar semua perkara sampai tak terkejar
November 22nd, 2009 at 11:01 am
yes bro. betul tu. btw ada produk baru tak? kalau ada tu bgtau saya dulu bro. hahah. boleh tolong bagi review.
RK idola ku. heheh.
blogging for fun, people & information
syedakmal
November 24th, 2009 at 6:22 am
Salam RK,
Memag betul. saya sokong sebab bagi saya, cipta nama dulu baru menghasilkan produk.
Sebab tu ramai yang membuat program affilaite kerana mereka tidak perlu mencipta produk. Just promosi dan membina nama dengan menjadi top affiliate.
Tapi sebelum dapat menjadi top affiliate kita juga perlu tahu cara2 untuk membina nama kita kerana tanpa nama, orang tak kan yakin untuk membeli dari link kita walaupun kita promote produk orang lain
November 24th, 2009 at 10:33 am
Nama tu perlu, tapi kalau takde nama, jangan sampai tak buat apa-apa….
December 2nd, 2009 at 6:52 am
setuju sangat, nama memang sangat penting. rajin rajin la beri sumbangan melalui forum, facebook, twitter. insyaAllah anda akan di kenali.
December 2nd, 2009 at 9:28 am
hurm, nasihat yang bernas…..thanks bro !