Tip Atasi Persaingan – Kaji Kekuatan Pesaing


Salam hormat;
Jika beberapa hari yang lepas, saya ceritakan bagaimana untuk bersaing dengan ‘otai’. (rujuk SINI)

Dalam tip ini pula, saya akan dedahkan bagaimana untuk mengatasi persaingan. Tidak kira daripada ‘orang lama’ atau ‘orang baru’.

Bagaimana caranya?

1. Bersaing di tempat yang kurang atau tiada pesaing

Jika anda mempunyai lebih dari satu option untuk memasarkan produk anda, lebih baik jika anda tidak terlalu menumpukan perhatian kepada pasaran yang mempunyai ramai pesaing.

Sebagai contoh, saya tidak perlu risau, jika ada lagi orang yang menerbitkan ebook mengenai Panduan Adsense For Domain, kerana pasaran yang ada sangat luas. Jika jualan saya daripada forum merudum, saya masih ada jualan melalui blog, newsletter dan pengiklanan lain

2. Kaji kekuatan Pesaing

Elakkan perasaan syok sendiri dengan merasakan, produk aku adalah produk yang terbaik secara membuta tuli.

Sebagai contoh, saya akan membeli produk yang saya rasakan akan memberi kesan kepada jualan produk saya untuk mengkaji kekuatannya.

Dengan kekuatan produk itu, saya akan jadikannya garis panduan untuk meningkatkan mutu produk saya.

3. Bersaing secara sihat

Bersainglah secara sihat. Ada sesetengah newbie, mengambil sikap memburuk-burukkan pesaing. Mungkin betul pesaing anda itu teruk, tetapi cara memburuk-burukkan pesaing anda menggambarkan hati anda yang busuk.

Tidak ramai yang suka membeli daripada penjual yang mempunyai hati yang busuk ini. Jadi elakkanlah, jika terlanjur, ambillah pendekatan meminta maaf secara terbuka.

4. Harga

Di sini ada 2 kes.
Kes 1
Harga produk anda lebih mahal daripada pesaing. Anda jangalah risau. Ada 2 restoran. Satu harga murah sangat. Satu harga terlalu mahal.

Tapi, anda tak pelik ke, kenapa kedua-dua restoran sentiasa mempunyai pelanggan? Kalau ikut logik, sudah tentulah restoran yang mahal tiada atau terlalu sediki pelanggan.

Ha, inilah manusia namanya. Perkataan inilah yang membuatkan sesuatu produk lain daripada yang lain, STANDARD.

Jika produk anda lebih mahal daripada pesaing, jangan risau, kerana anda mempunyai standard yang tinggi.
(tapi, pastikan kualiti produk yang anda berikan juga
tinggi)

Kes 2
Produk anda lebih murah daripada pesaing.

Jangan risau, berikan kualiti produk yang sama atau lebih daripada pesaing anda.

Setelah anda mengkaji kekuatan produk pesaing, sudah tentu anda tidak perlu risau untuk mengenal pasti kualiti produk pesaing anda.

Jadi, itulah serba sedikit, mengenai tip-tip ringkas untuk mengatasi pesaing anda. Persaingan itu bagus, jika anda tidak percaya, lihat sahajalah kesannya kepada perkhidmatan internet di Malaysia ini.

Disebabkan kurang pesainglah, streamyx asyik buat hal. Hoho


Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)


asLFq7x Tip Atasi Persaingan   Kaji Kekuatan Pesaing

Incoming search terms:

  • persaingan dalam perniagaan (83)
  • persaingan perniagaan (17)
  • kekuatan perniagaan (16)
  • bagaimana mengenalpasti pesaing restoran (1)
  • cara menangani saingan bisnes (1)
  • kekuatan dalam restoran (1)

Komen lah der/sis ...

6 Comments

  • mohd johadi

    Reply Reply March 24, 2010

    Dalam perniagaan mesti ada pesaing, kalau tiada pesaing macam mana kita nak maju. Jangan risau Tuhan dah bagi kita rezeki cuma kita kena cari.

  • Penang

    Reply Reply November 11, 2009

    Memang bagus jika ada persaingan sebab produk akan menjadi lebih berkualiti dan harga menjadi semakin rendah.

    Nak bersaing pun biarlah bersaing secara sihat. Ikut kreatifiviti sendiri bagaimana nak menarik pelanggan.

  • TanyaLelaki.com

    Reply Reply October 16, 2009

    @galut: mmg setuju sgt la tu.. kalau ada org yang boleh lwn astro.. ada la pesaing.. jd kita bole dpt harga murah bulan2 ye..

    p.s saya pun dalam pembikinan produk ni.. produk dgn niche sy laa hehe

  • sah90

    Reply Reply October 8, 2009

    Really simple trick/tip..
    Bagus2..
    Kongsi2lah lagi kalau ada tip bagus macam ni. :)

  • galut

    Reply Reply October 7, 2009

    Saya berharap ada pesaing baru tampil untuk bersaing dengan astro agar kita ada pilihan..he..heee…

  • soonvee

    Reply Reply October 6, 2009

    Saya setuju,industry yang monopoly satu pasaran biasanya perkhidmatan atau produknya tidak akan pergi ke mana-mana

Leave A Response

* Denotes Required Field

Current ye@r *