Mempelbagaikan Sumber Pendapatan

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE

Salam hormat;

Musim haji tahun ini, agak terasa oleh saya dan keluarga. Mana taknya, tahun ini, rezeki Ummi dan Abah, untuk menunaikan haji ke baitullah. Alhamdulillah.

Doakanlah agar Ummi dan Abah, selamat di sana dan mendapat haji yang mabrur.

Ok, dalam post kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit pendapat dengan para pembaca yang dihormati.

Adakah anda setuju, jika saya katakan, jika kita hanya mempunyai satu sahaja sumber pendapatan, sebenarnya kita meletakkan risiko yang tinggi terhadap masa depan kita?

Kenapa saya kata demikian?

Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

Katakan, anda merupakan seorang pekerja makan pemakan gaji. Satu hari, anda mendapat notis daripada majikan anda. You Are Fired !!!! Adui, pedih rasanya ulu hati. Satu demi satu gambaran datang dalam fikiran ketika itu.
Anak bini nak makan apa? Sewa bulan depan, macam mana nak bayar? Kereta baru ni, bakal kena tariklah jawabnya.
Semua ! Apa aku nak jawab dengan mak ayah bila dapat tahu anaknya seorang pengurus syarikat diberhentikan kerja?

Macam-macam lagi. Itu semua berlaku kerana hanya kita mempunyai satu sumber pendapatan sahaja.

Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Liang Lahad

Sebelum saya membawa para pembaca lebih jauh, saya nak ‘clear’kan  cuci otak pemikiran kita terlebih dahulu. Pertama, duit bukan segala-galanya walaupun tidak dinafikan bahawa tanpa duit hampir segalanya susah nak dapat. Kedua, ada perkara yang lebih berharga daripada duit, iaitu ILMU.

Dengan dua perkara tersebut, jika para pembaca memaminya, barulah anda dapat memahami perkara seterusnya yang akan anda baca.

Ok, dalam point ini, saya ingin memberikan contoh betapa ilmu ini lebih berharga daripada duit. Bekas parajurit negara (tentera/askar), sebelum bersara, mereka diberi tempoh 2 tahun untuk mempelajari bidang-bidang kerja yang mereka minati.

Ada yang memilih pertukangan, pembinaan dan lain-lain.  Cuba kita renungkan, sumber pendapatan utama tentera hero negara kita tadi adalah berkhidmat untuk negara. Tetapi, mereka mencari sumber pendapatan tambahan dengan MEMPELAJARI ilmu atau kemahiran baru yang saya yakin, bukan tugas mereka sebelum ini.

Dalam kondisi kita, tiada siapa yang memerintahkan kita untuk menghadiri kursus-kursus bahkan membeli bahan rujukan, namun itulah yang sepatutnya kita lakukan. Luangkan curi masa anda untuk menghadiri seminar, kursus, atau workshop, ataupun, dapatkanlah bahan bacaan atau video kemahiran dan lain-lain yang boleh meningkatkan skill anda.

Sebagai contoh, ada seorang jutawan ni, tugas utama beliau adalah menjadi seoarang jurutera awam. Sumber pendapatan beliau ialah, gaji (pekerja makan pemakan gaji). Namun, apabila beliau mempunyai masa, beliau akan membeli bahan-bahan bacaan berkaitan kewangan, motivasi dan pengurusan. Bukan itu sahaja, pada hujung minggu, beliau mengambil diploma (takde kaitan dengan degree beliau sebelum ni) , master dan phd (takde lah sekaligus, tetapi step by step).

Berkat usaha beliau, beliau mempunyai visi hidup yang lebih jelas, dan pada umur 35, beliau berhenti kerja sebagai Retire Young, Retire Rich aka financial freedom. Simpanan beliau di Tabung Haji, menjanjikan pulangan tahunan yang lebih daripada gaji beliau ketika bekerja sebelum ini. (gaji bulanan terakhir beliau ialah RM16k sebulan)

Dari mana sumber pendapatan beliau? Saya listkan satu-satu (lelaki ini, saya kenal rapat. Sangat rapat)

  1. Properties (termasuk rumah sewa)
  2. Trading
  3. Dividen tahunan daripada Tabung Haji (bila saya tanya kenapa tak simpan dalam ASB/N, kata beliau, syubhah)
  4. dan lain-lain

Saya amat yakin, yang mendorong beliau mendapat kejayaan pada usia yang muda seperti diceritakan adalah kerana ilmu pengetahuan tambahan yang beliau perolehi.

PS : ebook dan produk digital yang ada di pasaran boleh juga dikategorikan sebagai bahan rujukan (sumber ilmu)

Money Make Money

Duit buat duit. Pelik tetapi benar. Jika anda mempunyai modal, anda boleh menghasilkan duit. Persoalannya, mana nak dapat modal tu?

  1. simpanan
  2. pelaburan (di atas tadi)
  3. jual tin/besi buruk/barangan terpakai/surat khabar lama
  4. menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan
  5. menjadi agen kepada produk-produk berkualiti dan on demand, samada offline atau online
  6. dan banyak lagi

Dengan sedikit (sebenarnya boleh dapat banyak sebagaimana saya menjadikan jual barangan terpakai sumber pendapatan sampingan sekarang ini, hehe, guna teknik ni lah ), modal yang dapat daripada point-point di atas, dapatlah kita menjalankan perniagaan kita sendiri.

Kenapa Berniaga Bukan Bekerja Part Time

Ok, sekarang, anda dah ada ilmu pengetahuan. Dah ada modal sikit. Ha, jangan tunggu lama-lama :) . Terjun je. Tapi jangan lupa bawa pelampung.

Persoalan sekarang, mana satu saya nak jadikan sumber pendapatan, kerja part time, atau berniaga sendiri?

Saya ada seorang jiran sebelum ini, yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Pagi bekerja, petang menjual burger. Ada sorang kawan pua, pagi petang bekerja. Tapi, lain-lain bos lah. Ada 2 bos. Pagi bekerja di Pam Minya, petang bekerja di 7E.

Mana satu lebih baik? Dua-dua , memperoleh pendapatan  tambahan (dan juga sumber pendapatan kedua).

Pada saya, dua-dua ada kelebihannya. Tetapi, saya sendiri prefer kepada bekerja sendiri. Jika boleh, maksud saya jika kita mempunyai akal yang sihat, lebih baik jadikan sumber pendapatan kedua ini datang daripada perniagaan. Mengapa?

1. macam biasa, semua orang nak hidup bebas. Dah lah pagi jam 9 sampai 5 petang, kita kerja dengan orang. Petang pula, kita kerja lagi dengan orang. Tak best lah. hehe

2. Berniaga ni, lebih adventure. Hari-hari dok melangut dalam ofis pun tak best. Masa kita, adalah masa kita. Tak macam bekerja, masa kita adalah masa majikan kita. Kalau nak cerita soal curi masa ketika bekerja, memang takkan habis, cuma cukup saya katakan, jika kita bekerja makan gaji, kita lebih mudah nak peroleh rezeki tak berkata.

Mana taknya, pagi masuk jam 7:50 punch kad, lepas tu keluar minum dengan rakan-rakan. Masuk balik jam 9, 9 setengah. Kul 10 pagi, berhenti jap, hisap rokok. Tension katanya. 10.30 baru habis tension. Kul 1 keluar rehat.
Kul 2.00 masuk pejabat, borak-borak topik “kau makan apa?”, tunggu makanan hadam. Kul 2.30, baru teringat nak solat Zohor, pergi surau dan solat sehingga terlalu ‘khusyuk’ tak sedar dah jam 3. Pukul 3, masuk pejabat dan baru nak buat kerja. Kul 4.50, teringat yang hari ni, orang rumah ada urusan, tak dapat nak ambil anak. So, keluar awal sikit, takut jem, kesian kat anak tunggu lama-lama kat nursery. hehe….bila mau berkat da kalau macam ni.

Cerita di atas tu, macam rekaan, dan macam realiti. Ada unsur-unsur tokok tambah sebenarnya, tetapi saya tahu ianya benar-benar berlaku kerana saya juga pernah makan nasi gaji.

sebenarnya, banyak lagi kelebihan yang ada pada berniaga atau bekerja sendiri ini. Cukup lah 2 point di atas untuk membuka mata anda. :)

Bila dah ada sumber pendapatan baru, kita akan menjadi lebih tenang bila menghadapi waktu-waktu sukar.
Saya sendiri, mempunyai pendapatan online dan offline. Insya Allah, pada post akan datang, saya akan bincangkan Perniagaan Online Vs Offline.

Ok, diharap, post ini, dapat mencana pemikiran kreatif di kalangan masyarakat Malaysia.

PS : Kalau nak tahu mengenai lelaki jutawan di atas, saya perlukan sekurang-kurangnya 20 komen untuk post ini.

Ok, sampai di sini sahaja. Akhir kata, saya mohon doa pembaca sekalian untuk Ummi dan Abah saya yang akan berlepas ke tanah suci pagi esok.

Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi) (exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)

Incoming search terms:

  • sumber pendapatan sampingan (30)
  • pendapatan jurutera (8)
  • maksud sumber pendapatan (2)
  • sumber pendapatan berniaga (2)
  • mempelbagai pendapatan (1)
  • sumber utama pendapatan sesebuah perniagaan (1)

Komen :

comments

Filed under: Cerita Motivasi, Peribadi, perniagaan internet

18 Responses to Mempelbagaikan Sumber Pendapatan

  • Zaini

    Salam RK,

    Betul apa yang dicakapkan. Kerja makan gaji macam kurang berkembang sikit otak. Sebab buat benda yang sama. Sampai satu tahap sudah bosan.

    Kalau bisnes sendiri, hari-hari ada pengalaman baru. Beli dapat jual satu benda walaupun untungnya tidak seberapa, kepuasan itu ada. Menarik dan baru ada cabaran.

    Jika murah rezeki, diberkati, insya-ALLAH kita boleh berjaya.

    p/s: Ini pengalaman dan pendapat saya sendiri sahaja.

  • islahi

    apa itu pendapatan offline ??

    • Raja Kamil

      Pendapatan Offline = kerja, berniaga secara konvesional

  • Nurul Anggun

    ermm.. tak ada lah smp keluar ke kedai mamak, cuma terkadang ter’curi’ waktu sikit..anyway thanks atas peringtan..

  • nurulanggun

    salam..
    Thanks RK atas info yang amat berguna..
    ermm..sbg kaki tgn awam, agak tersentuh jugak lah dgn artikel RK ni..sikit2 tempias ada jgk terkena walaupun dgn tak sengaja. apa pun kl ada yang ter’lalai’ ms menjalankan tugas tu, pandai2 lah cr jalan utk cover blk supaya rezeki yg kita dpt tu berkat..

    • Raja Kamil

      W’salam,
      Saya tidak berniat untuk menuduh membuta tuli, cuma menyatakan apa yang saya selalu nampak di kedai-kedai mamak ketika saya yang tidak bekerja ni sedang sarapan (kul 10).

  • awang noh ahmad

    tak tahu lah rk,,,,
    saya ni dah setahun cari,, bagaimana sember untuk menjana pendapatan sampingan,,,

    tak dapat lagi ni

    • Raja Kamil

      kalau macam tu, cuba lah lawati http://wangcyber.com/forum , kat sana ada banyak benda kita boleh belajar

  • Penang

    Memang betul…penting ada berbagai sumber pendapatan. Kita tak tahu apa yang akan berlaku esok hari. Dengan ada banyak sumber pendapatan, risiko kewangan pada masa depan dpt diatasi dengan mudah

  • Najib

    Betul tu RK!! Zaman sekarang xboleh hidup ngan satu sumber pendapatan jer..Kena kreatif utk mencipta sumber pendapatan lain. Perniagaan internet byk sgt peluang utk buat duit, yg penting rajin belajar tambah ilmu..Sooner or later we will get !!

  • liza

    salam,

    siapakah dia itu raja kamil? saya pun mahu tahu juga

  • abdfatah

    siapa jutawan tu haa? nak tau jugak ler…

  • mazlan

    sy bangga dgn kejayaan org melayu kini..sudah ramai yg jadi jutawan..yg tersohor dan ada yg senyap2 je..shukur alhamdulillah..tp masih ada yg terkial2 lagi …nk buat biz..modal xde..gaji cukup bayar hutang bulanan..kekadang missed bil bulanan..korek lubang tutup lobang..tp tk putus asa..ingin cuba lagi…

  • Khairul Hazwan

    uhu..sy rasa sy tahu siapakah lelaki yang dimaksudkan tersebut..lelaki tu mmg rapat..rapat sangat-sangat dgn RK :-)

  • Tan Soon Vee

    Artikel yang bagus sekali,saya juga ingin nak tahu siapakah jutawan yang disebut olek RK itu

  • jedi79

    Salam RK, nice artikel, dengan erti kata lain multiple streams of income adalah penting dan kena bermula dengan ilmu,ilmu boleh dimulakan dengan membaca dan usaha yang lain. Saya nak tau gak sapo jutawan tu yek.ok tunggu 19 org lagi ni komen…