Cara bina blog sendiri – Budak sekolah pun tahu buat

Salam hormat;
Bulan 11 ini ada sedikit pertambahan tanggung jawab iaitu, menjaga adik-adik. Memandangkan ummi dan abah saya menunaikan haji, saya mem’volunteer’kan diri menjaga adik-adik. Oh…bestnya balik kampung.
Saya memang suka bersama adik beradik. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Walaupun dengarnya macam suatu kerja yang berat, tapi sebenarnya tidak. Kat rumah ni ada 2 orang je adik saya.
Yang seorang Raja Norasiah, 15 tahun dan seorang lagi Raja Kamaluddin, 13 tahun.
Tak kecil sangat (tak merengek) dan tak besar sangat (maintenance tinggi).
Di kesempatan bersama mereka, minggu lepas, saya ada mengajar mereka cara membina blog sendiri menggunakan platform blogspot.
Ini blog-blog mereka:
1. http://rajakamaluddin.blogspot.com – toys & science freak
2. http://triliciousrecipe.blogspot.com – mencipta makanan paling sempurna, sedap+murah+senang=?
Tak sangka betul….cepat mereka belajar. Sebenarnya ada tiga kemungkinan, bagaimana mereka dapat membina blog tersebut.
1. Senang je nak buat blog ni
2. atau, Adik-adik saya cepat pickup
3. atau, saya yang pandai mengajar..(ahakz)
Baiklah, dalam entri ini, saya akan mengajarkan anda bagaimana nak bina blog menggunakan blogspot.
Diharap, kepada mereka-mereka yang belum memiliki blog, dapat menjadikan ini satu permulaan.
———————————————————————————–
3. atau, saya yang pandai mengajar..(ahakz)
Cara di bawah mungkin berbeza dengan cara yang diajar oleh orang lain, namun cara yang saya gunakan ini, sangat berkesan dan efektif, selain ianya mudah diikut.
Langkah Pertama
Buka akaun gmail. Ye, saya maksudkan, daftar sebuah akaun email yang baru menggunakan gmail.
Jika anda sudah ada akaun gmail, anda boleh langkau langkah ini.
Untuk buka akaun gmail; sila layari www.gmail.com dan klik pada butang create account
Ataupun, jika anda tidak tahu bagaimana, lihat video di bawah, bagaimana mendaftar akaun gmail
Langkah Kedua
Dengan menggunakan username dan password yang sama (seperti akaun gmail tadi), log in di blogspot.com
Lihat contoh dalam video di bawah
Langkah Ketiga
Basic setting untuk blogspot. Lihat video di bawah
Langkah Keempat
Bagaimana menulis entri atau post dan trik-triknya. Lihat dalam video di bawah
Langkah Kelima
Cara menjadikan blog anda hidup dan canggih
(bersambung dalam post akan datang)
————-
Sedikit isu semasa. Bagi pelawat blog RK ini, anda mungkin pernah dengar tentang swisscahs. Berita baik buat anda, 3000 pelabur Swisscash akan dapat balik duit mereka yang berjumlah, RM30 Juta
Syarat-syaratnya:
1. Bukan mereka yang merekrut
2. Membuat pelaburan sebelum amaran Kerajaan dikeluarkan
Untuk maklumat lanjut, boleh lihat petikan daripada Utusan Malaysia di bawah
3,000 dapat semula wang pelaburan Swisscash
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Biarpun jumlah mangsanya sebelum ini dikatakan ramai, tetapi hanya kira-kira 3,000 pelabur skim pelaburan haram Internet, SwissCash berpeluang mendapat semula wang pelaburan mereka seawal tahun depan.
Skim pelaburan yang mana 80 peratus disertai profesional lelaki dan pernah menggemparkan negara itu melibatkan pelaburan RM30 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar pada sidang akhbar mengenai perkembangan penyiasatan SwissCash di sini hari ini.
Menurut Zarinah, pembayaran itu dibuat berdasarkan penghakiman terhadap dua defendan Amir Hassan dan Albert Lee Kee Sien, perancang utama skim itu, pada 6 November lalu.
Semasa penghakiman itu mereka bersetuju membayar RM30 juta kepada SC dan wang itu digunakan untuk membayar pampasan kepada para pelabur skim berkenaan.
Zarinah berkata, pampasan yang bakal diberikan itu mengikut pelan persetujuan pengagihan yang diputuskan oleh mahkamah.
Berdasarkan perintah mahkamah, SC perlu melantik pentadbir dan mengiklankan di dalam akhbar makluman dan prosedur pembayaran, katanya.
“Kami ingin menegaskan bahawa hanya pelabur-pelabur yang layak dan mempunyai bukti pelaburan berhak mendapat pampasan tetapi individu yang menjadi perancang utama dan merekrut ahli dalam skim ini adalah tidak layak.
“Pampasan itu turut mengambil kira keuntungan yang diperoleh sebelumnya. Ini bermakna wang pampasan yang diterima adalah setelah ditolak dengan keuntungan yang pernah diperoleh pelabur.
“Kriteria lain yang diambil kira dalam proses pembayaran adalah pampasan juga hanya dibayar kepada pelabur yang membuat pelaburan sebelum amaran dikeluarkan oleh SC mengenai skim tersebut,” jelas beliau.
Pada 25 September tahun lalu, SC telah mendapat perintah Mahkamah Tinggi membeku dan merampas akaun tiga defendan termasuk Dynamic Revolution Sdn. Bhd. berjumlah RM35 juta itu.
Sebelum itu, mahkamah turut mengarahkan Amir Hassan memindahkan semula kesemua wang itu yang disimpan di dalam enam akaun bank di Hong Kong dan lapan akaun di Singapura dipindahkan ke Malaysia. Ia merupakan kejayaan SC dalam kes penguatkuasaan sivilnya terhadap skim pelaburan Internet itu.
Kegiatan SwissCash yang menjanjikan dividen 300 peratus selepas pelaburan selama 15 bulan terbongkar kira-kira setahun lalu.
Difahamkan skim pelaburan haram itu menerima deposit antara RM380 juta dan RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.
Beliau menegaskan, mangsa-mangsa penyelewengan SwissCash diminta mengemukakan bukti pelaburan, kad pengenalan atau pasport dan bukti pembayaran bagi pelaburan yang dibuat melalui pemindahan telegraf, transaksi bank dan perbankan Internet.
Zarinah berkata, SC masih melengkapkan segala perincian penipuan itu setiap hari dan setakat ini, akses kerugian yang dicatatkan adalah sekitar RM31 juta.
Katanya, badan itu telah mula menerima pertanyaan berhubung skim tersebut sejak Januari hingga September 2006 tetapi hanya bertindak menyekat laman web itu pada Jun 2007.
“‘Kami mengambil masa untuk menyekat laman web SwissCash kerana dalam tempoh berkenaan SC hanya menerima pertanyaan bukannya aduan penipuan.
“Tetapi pada 5 September 2006, SC ada mengeluarkan amaran kepada pelabur-pelabur dalam laman web rasmi SC ,” ujar beliau.
Ditanya sama ada SC akan membayar pampasan kepada pelabur yang membuat pelaburan pada dan selepas tarikh tersebut, Zarinah berkata:
“Kemungkinan pelabur tidak akan dibayar pampasan tetapi SC akan mencadangkan tempoh tertentu untuk memastikan pelabur yang tidak menyedari akan amaran itu layak diberikan pampasan.”
Zarinah mengingatkan pelabur tempatan supaya berhati-hati ketika membuat pelaburan dalam skim seperti SwissCash yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa dalam tempoh singkat.
“Ini adalah Skim Ponzi, yang mana pulangan dibayar kepada pelabur awal daripada pelaburan yang dibuat oleh pelabur-pelabur lain.
“Skim seperti ini pasti akan mengundang kerugian, pelabur- pelabur bukan sahaja tidak akan menikmati pulangan yang dijanjikan tetapi juga kehilangan pelaburan prinsipal,” kata beliau.
Beliau menegaskan, para pelabur skim-skim haram tidak boleh pada bila-bila masa mengharapkan badan pengawas selia kewangan memulangkan semula wang pelaburan mereka seperti kes SwissCash.
“Dan, bukan semua kes berjaya diselesaikan seperti SwissCash,” tambahnya.



November 15th, 2009 at 5:53 pm
waaa… cantik sungguh background blog mereka tu.. dah lama tringin nk wat background gitu.. huhu..
November 15th, 2009 at 7:25 pm
Hebat belaka budak sekolah sekarang semua dah ada blog. tak macam zaman saya dulu2..untuk mereka ada otai yang mengajar
November 16th, 2009 at 1:11 am
Dh Banyak wat blog tp ada problem bila nk publish. Cari kt google x jumpa sapa leh tolong
mas
November 16th, 2009 at 4:12 am
Salam Rk!
Off course lah bro yang pandai mengajar..
Hehe..
KEEP IT UP bRo
November 16th, 2009 at 4:15 am
hehe….nanti dah habis ikut tutorial ni, mesti boleh buat juga
November 16th, 2009 at 4:15 am
ha ah, budak2 zaman sekarang dah advance belaka
November 16th, 2009 at 4:16 am
haha….takde lah…saya kat rumah takde benda nak buat…tu yang ngajar diorang buat blog. Nanti leh lah ajar diorang letak adsense pulak
November 16th, 2009 at 4:17 am
sebab dia ialah jarang update……update je selalui. Dalam 2,3 bulan ada lah.
Kalau nak cepat, rajin-rajin komen kat blog orang (blog ni pun boleh). dalam seminggu dua, dah ada dalam google
November 16th, 2009 at 6:50 am
Salam RK
Kadang2 buat blog dah ok tapi nak mendapatkan trafik itu yg jadi masalah. Bagaimana boleh kita mewujudkan trafik? tak semestinya terus tinggi, lebih elok meningkat berdikit2 tapi sentiasa bertambah, kan?
November 16th, 2009 at 6:52 am
Salam Baguznet;
Betul tu, nak dapatkan trafik itu yang susah. Sikit demi sikit dan kita maintainkan.
Maklumat lanjut cara untuk tingkatkan trafik, boleh layari http://www.akuseorangblogger.com
November 16th, 2009 at 7:33 am
salam bro.sy dah dapat email u psl muhklis tu.sabar je la.dugaan..sy tgh blaja gak nak buat blog.dah buat skit.nak repair2, tambah bg cantik..hehehe
November 16th, 2009 at 7:35 am
Terima kasih Warung Bisnes;
Doakan saya agar urusan saya dimudahkan Allah.
PS : cantik layout blog saudara
November 16th, 2009 at 10:47 am
komen tu datang dari org yg busuk hati dan PHD yang tinggi… sabarla.. dunia memang mcm tu.. lagikan ustaz yang mengajar ilmu agama pun kene maki..
November 16th, 2009 at 12:12 pm
salam abg RK..(abg tu..rse hormat ckit)
baru bce emel pasal mamat ape nme die lpe plak..sbar ye bang..kami smue support abg..don wori la..dh banned blom mamat tu dri masuk blog abg ni??
entri ni mmg bagus untuk newbie yg mcm sy ni ha..huhu
sbnarnye rmai yg xtau nak buat blog..klu diorg bce info ni kompom nangis terharu..hehe
November 16th, 2009 at 12:45 pm
betul….Ustaz pun kena maki hamun, inikan blogger macam saya. Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen ini
November 16th, 2009 at 12:47 pm
Hehe, segan lah panggil abang. Hurm, tak tahu macam mana nak ban…..saya berharap entri ini membantu semua orang yang baru dan yang lama. Nantikan sambungannya…
November 16th, 2009 at 12:58 pm
ala..malu2 plak die..huhu senang je nk ban tu..dkat cpanel ade..tp xingat nme die pe..sy dh try dh..huhu
bro de prob dgn nk rep komen kt cni..ade error yg naik..knp ek??huhu..
ERROR:
Can’t find the ‘commentformid’ div.
ni error die..sy je ke or org lain kne gk tu xtau..better cek plugin seting (ceh macam pndai sangat je aku ni..wakaka)
November 16th, 2009 at 1:03 pm
saya seorang yang pemalu…wakaki…
error ek……nanti saya cek….terima kasih bagitahu. Dah beribu dapat komen baru ada orang nak tegur. Terima kasih bro
November 16th, 2009 at 1:32 pm
ooo..same2..jap2..yg ni leh plak..ni mesti seting kat wp-thread comment tu..plih slah satu jer bro..kt cni yg sy nmpak de 2 button untuk reply..so plih slah satu jer..
wp-thread comment tu mmg cpat majok klu ade pesaing die..huhu sebb tu error..yg lagi satu ok..
diorg malu kot nk tegur..hehe
November 16th, 2009 at 1:37 pm
huhu, macam2 kat plugin zaman sekarang. Kuat merajuk…
November 16th, 2009 at 2:06 pm
plugin pn mcm org gk..diorg ni lg nk di belai..haha klu tak hbis semua prob..huhu
dh lari topik dh ni abg RK..hehe sori..
November 16th, 2009 at 4:44 pm
Asalamualaikum…
Rk pasal orang macam tu (sapek ekk?)buat tak kisah jer.. memang ramai kat dunia nie.. biar tuhan je yang balas. By the way sebenarnya dah lama saya folow RK .. baru nie tergerak nak komen… sorry ahhh jgn marah… byk input, byk membantu org baru cam saya.. thanks alot..
November 16th, 2009 at 9:28 pm
huhu, macam-macam lah kamu
November 16th, 2009 at 9:29 pm
Tentang orang tu, takpe lah, saya maafkan sahaja. Terima kasih kerana mengikuti perkembangan saya, anda baca pun dah kira menyokong saya. Jikalau komen, lebih-lebih lagi saya hargai.
November 17th, 2009 at 1:37 am
laaalaaa~
November 17th, 2009 at 3:09 am
sapa dia tu? seorg usahawan internet ker?
salah satu etika menjadi seorg usahawan internet ialah jangan caci org lain, maki org lain , hina org lain
sabar jelah..Tuhan sentiasa melindungi org yang beriman.
November 17th, 2009 at 3:58 am
RK, biasa la tu. Ada sesetengah orang yang suka dan menghargai apa yang kita buat.
Ada sesetengah pula, tak suka dengan apa yang kita buat.
Lumrah la tu.
Tapi teruskan apa yang anda buat. InsyaAllah rezeki masing masing.
November 17th, 2009 at 4:02 am
hihi…:D
November 17th, 2009 at 4:03 am
terima kasih saudara…..
November 17th, 2009 at 4:03 am
betul tu, kita buat kerja kita je…..
November 17th, 2009 at 5:05 am
huhu..bertuah gak dpt jadi follower saudara RK..xpe, cacian dan hinaan kan ble digunakan sebagai batu loncatan untuk newbie macam saya..hehe
thanks a lot bro.
November 17th, 2009 at 9:00 am
Lawa gak design blog tu… Tgk la… sape sifunya… memang hebat
November 17th, 2009 at 11:35 pm
dah lama sebenarnya tak gi blog ni…malas le nak baca ayat-ayat panjang berjela ni…nama pun cikgu tadika!..he,he,he…
November 17th, 2009 at 11:39 pm
Salah satu ciri-ciri orang berjaya.tak malas……..kalau nak malas pun, kena ada skill…hehe
November 18th, 2009 at 1:36 am
salam.bro,klu ada lagi kes-kes mcm orang ‘tut’…biarkan jer.buat je kite punye keje.ada tak idea2 baik dari bro yg sy boleh tambah dalam blog sy?ye la…sy ni pun baru2 lagi ni.heheheh..tq bro.
November 18th, 2009 at 1:43 am
Salam;
Salah satu cara untuk jadikan blog kita menarik ialah post yang menarik.
Antara jenis post-post yang menarik ialah :
1. post yang berbentuk perkongsian maklumat, contohnya seperti post ini. (PS : kalau ada sesape buat post tentang nak solvekan rubik cube dengan mudah, bagitahu ye, saya tengah belajar nak siapkan)
2. post yang mengulas isu-isu kontroversi
3. post berbentuk tutorial
November 18th, 2009 at 3:14 am
Salam buat Sdr RK dan sekelian..
Ilmu dan pengalaman boleh dikongsi bersama, namun utk melakukannya sendiri perlukan fokus dan tindakan segera dan tepat pada masanya..
Nak dapat traffic masuk ke blog kita boleh tapi perlukan juga sifat ‘mesra’ atau menampakkan keperibadian yg menyenangkan’ pada visitor blog kita tu..
Belajar dan terus belajar dr mereka yg dah dikategorikan sebagai berjaya itu. ajer..
p/s: Kalau RK nak tahu cara mudah selesaikan ‘rubik kiub’ boleh search kat YouTube sana.. macam-macam Adaaa.. tak gitu..?
pp/s: Satu lagi usah dipedulikan mereka yg cuba membuat ‘onar’ dlm Blog kita sbb ini mungkin adalah ‘teknik BlackHat’ kata org putih ler.. so, biarkanlah ia dgn labu-labunya.. biarkan.. biarkan!
November 18th, 2009 at 4:41 am
tumpang sekaki .. sape2 ade modem brodband maxis 2nd yg nak jual sms saye yee ..nak beli (harga murah2 skit yee).. area K.L @ Kajang… 017-3632642 (sms je…) sory bro RK komen kat sini…
November 18th, 2009 at 8:08 am
ok.tq bro.tgk dulu hasilnya nnti.so, nnti sy mtk bro dan rakan2 lain klu nak komen, komen ye.bg cadangan sekali klu2 ada.hehe
November 22nd, 2009 at 4:02 pm
Bila RK nak pi haji pulak?
November 22nd, 2009 at 4:27 pm
ha soalan bagus ni, nak cerita sikit. Bagi siapa2 yang dah ada duit, masukkan RM1300 dalam tabung haji dan daftar haji. Sebabnya kenapa tau, saya bulan lepas daftar haji kat tabung haji, pegawai tu cakap, ikut jadual saya lagi 17 tahun lagi akan dapat panggilan
…..
November 22nd, 2009 at 5:18 pm
Salam RK,
Wow lame nyer kene tunggu.betol mak saya ada cakap, dafatar haji awal2.sebb memang lama baru dieorang akan panggil.eheehe
December 3rd, 2009 at 5:34 pm
Saya dulu pun buat blog gune blogspot.. blog pertame saye, buat dan promote pemikiran perniagaan.. mase tu bru umur 16 tahun.. hoho.. lawak je saye dulu.. teringat zaman silam..
December 4th, 2009 at 9:54 am
kenangan tu…:D
December 29th, 2009 at 6:33 am
Saya dah tengok tutorial, tapi masalahnya vedeo kecil, kurang jelas.
sabelum ni saya dah cuba buat blog belum lengkap,saya tak pasti betul ke tak? saya nampak pelik, Boleh tak en kamil lihat blog saya-multigiften.blogspot.com dan komen dimana silapnya dan apa patut saya buat?
December 29th, 2009 at 1:05 pm
Salam, saya dah tengok, tak perasan pula apa yang silapnya.
February 4th, 2010 at 5:11 am
salam
Saya dah baca artikel dan videonya sekali
memang menarik tapi….. xdpt nak paham lah!
Saya dah bina laman blog tapi sampat kat part nak upload text bergambar, memang susah.
Saya cuba dptkan maklumat dari ramai org tapi masih xjelas.
Saya bukan dari background IT so xpaham bahasa IT.
Boleh ke beri sya tunjuk ajar sehingga laman blog dpt dibina dgn sempurna.
Terima kasih