Teknik Affiliate : Jangan Jadi Affiliate bagi web yang sediakan pendaftaran affiliate di laman utama

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE

affiliate cartoon

Salam hormat;
Ketika ini saya sedang mengreview sebuah ebook berkaitan dengan pemasaran Affiliate oleh seorang member forum WangCyber.com.

Baru membaca, bahagian pertama, tiba-tiba terlintas di hati saya, “dah banyak panduan affiliate yang keluar.
Tapi, ramai yang masih belum dapat menjana apa-apa dengan affiliate ni”

Semua ini, mesti ada penjelasannya, dan apa yang saya fikir, berikut adalah beberapa sebabnya.

1. Kebanyakan IM tempatan menggunakan skrip yang asasnya daripada Post Affiliate. Samada dari Amirol atau Bearned.
Guna skrip ni, kelemahan paling ketara adalah cookies managernya. Potong line sikit je, habis cookies yang kita tanam tu, terpadam.

Ok, itu punca pertama.

2. Punca kedua pula ada kaitan dengan punca pertama tadi. Iaitu, tak sedikit IM yang paparkan link pendaftaran affiliate di muka utama.

Contoh;

Cuba tgk pada anak panah berwarna merah.

Ok, ini nasihat saya kepada anda yang menyertai mana-mana affiliate, BERHENTI (kurangkan) daripada mempromosikan laman web yang paparkan link pendaftaran affiliate di muka utama (biasanya link tersebut ada di atas dan di bawah)

Reason, disebabkan kebanyakan IM guna skrip Post Affiliate, maka, jika ada link lain, secara automatik, cookies yang baru akan menggantikan cookies kita.

Ini merugikan. Maksud saya ialah, andai orang yang terima link affiliate kita tadi, daftar affiliate (yelah, dah link pendaftaran ada depan mata), secara automatik, link affiliate kita tadi sudah tidak valid, kerana, sudah pasti orang tadi akan membeli daripada linknya sendiri.

Ok, yang ini faham?

Bagi IM yang mempunyai web jualan yang menyediakan program affiliate, ini saranan saya.
1. Jangan paparkan link affiliate di muka utama. Kesian ahli affiliate kita nanti. :)
2. Jadi macam mana nak promosi program affiliate kita?

  • melalui mailing list
  • melalui forum
  • melalui blog
  • email kepada pelanggan

Pesanan ini saya tujukan juga kepada diri saya sendiri…hehe, pernah gak buat kerja jahat ni dulu. hehe :D

Ok, setakat ini sahaja dulu.
Feedback anda amat diharapkan.

PS : Jika anda inginkan 7 Rahsia Pemasaran Affiliate secara percuma, sila dapatkan di DOWNLOAD SINI

Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)

Incoming search terms:

  • teknik affiliate (26)
  • AFFILIATE RAJA KAMIL (19)
  • jadi affiliate (18)
  • laman web yang menggunakan affiliate (17)
  • skrip website affiliate (1)
  • skrip affiliate (1)
  • program affiliate yang sap support (1)
  • pendaftaran affiliate (1)
  • jadi afiliate (1)
  • website affiliate raja kamil (1)

Komen :

comments

Filed under: affiliate | Tagged , ,

21 Responses to Teknik Affiliate : Jangan Jadi Affiliate bagi web yang sediakan pendaftaran affiliate di laman utama

  • Mohd Rushaidin Muhamed

    Terima kasih atas info ini …. sgt menerima…. semoga seua mendpt manfaat ;-)

  • hadi

    Setuju apa yang dikatakan oleh abgzol, mesti bagi BONUS yg byk & menyiurkan :mrgreen:

  • mat

    :grin: last last … dua2 tak dapat sale … semua duk masuk daftar affiliate je … kekeke

  • Anwar Yassin

    RK, informasi ni sangat baik. Banyak stimulate pemikiran baru untuk produk saya kelak. Tapi kalau dibandingkan antara jual poduk sendiri atau promosi affiliate, jual produk sendiri lagi lumayan.

    Tip ni bagus untuk mereka yang nak buat side income melalui affiliate.

  • inuyasha

    time kasih utk info tu. patut la, klik byk tp sale xde. huwahaha… nasib. bagi tunjuk ajar skit bro…

  • abgzol

    ..biasanya apa yg berlaku apabila agen menawarkan hadiah yg gempak dah tentu si pembeli akan clearkan semua cookies! Hmm..dah tentu jawapannya sama gak cookies yg lama akan terpadam. So, jalan terbaik nak dapatkan sales..kena bagi ler bonus yg unik & mengiurkan seperti yg RK selalu buat :-) dan jangan lupa bagi tunjuk ajar bagaimana nak clearkan cookies coz ramai gak yg masih tak tau..ho! ho! ho! Walau apa pon ribuan terima kasih RK kerana mendedahkan kelemahan ini & akan membuat mereka yg terlibat utk lebih berhati-hati kalau tak mau hilang komisyen!

    • Raja Kamil

      Lama tak jenguk mai Abg Zol :p
      Tapi betul lah, kata Abg Zol tu…banyak bagi bonus….:)

  • Basyir

    Terima kasih..
    Satu pembongkaran yang menarik.

    Tetapi, jika link untuk daftar affiliate di laman utama
    di buka pada ‘window’ yang baru, adakah akan memberi
    ‘effect’ kepada cookies yang pertama?

    dan khabarnya Bearnerd telah update SAP beliau.
    ini mesejnya:

    Update dilakukan terhadap cookie protection bagi memastikan cookie affiliate tidak dipadam
    jika pengguna klik link sendiri untuk test link afiliate selepas mendaftar sebagai affiliate.

    Jawapan terhadap isu WangCyber.com di

    http://www.wangcyber.com/forum/teknik-pemasaran-internet/26302-teknik-affiliate-jangan-jadi-affiliate-bagi-web-yang-sediakan-pendaftaran-affiliate-6.html

    Cara update skrip:

    Copy fail affiliate.php ke public_html dan Overwrite terus.

    Ikhlas,
    Basyir

    • Raja Kamil

      kalau masih guna sistem yang lama, memang dia akan replace. Tapi, sistem baru ni, tak tahu pulak.

  • zik

    erm… terima kasih RK… hehe

  • ana

    Ada benarnya apa yg RK cuba sampaikan..Skrg br saya paham..

  • Mat

    pada pendapat saya pula, script yang tanam cookie tu tak berapa bagus utk affiliate yang baru nak promote sebab affiliate yang baru tu promote jadi sia-sia.

    contoh 1, A promote hari ni dan B promote esk so dalam kes ni, A yang akan dpt jualan. Tak adil bagi B sebab B yang buat pembeli itu tergerak hati untuk membeli.

    contoh 2, sama juga beli satu-satu produk launch, mesti email kita penuh dengan promosi-promosi yang di buat oleh affiliate. jadi kalau kita kita klik salah satu link dari email tu. so cookies yang pertama akan dapat jualan. malah pembeli tu beli sebab email yang ke 3. bukan ke sia-sia email ke 3 tu buat promosi. (contoh ni utk promosi tanpa hadiah lah)

    RK faham kot yg saya maksudkan…

    Hanya pendapat…

    bagi saya kedua-dua script ada pro dan cont masing2.

  • lanchini

    Salam RK,

    Sy ni bukan pandai sgt pasal bahasa2 programming ni, jadi tak boleh nak tambah tolak apa yang RK dan Ammar Zahar katakan. Tapi saya pasti akan jadikan tips sebagai panduan untuk memilih produk2 affiliate yang akan datang.

    Thanks RK

  • Ammar Zahar

    Salam..:)

    Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya pernah menggunakan banyak script affiliate. Termasuk Clickbank, PayDotCom, RAP, JV Manager dan banyak lagi. Setahu saya, script affiliate semua menyimpan cookies kali terakhir. Sebagai contoh, kalau pembeli klik 2 kali pada link affiliate, klik kali ke-2 akan disimpan cookies dan dikreditkan jualannya manakala klik yang pertama memang gigit jari. Sepanjang saya menggunakan script affiliate, semua menggunakan cara yang sama seperti ini.

    Tak ada masalah paparkan link untuk daftar affiliate kerana sebagai affiliate, kerja kita menarik prospek yang ingin membeli. Bukannya prospek yang ingin daftar affiliate. Mengikut pengalaman saya, kalau orang tu benar-benar ingin membeli, dia akan beli tanpa daftar affiliate. Kalau ada prospek yang kita tarik tu daftar affiliate, ia dipanggil cold prospect atau prospek yang mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah untuk membeli.

    -Ammar Zahar

    • Raja Kamil

      W’salam, Terima kasih saudara Ammar, atas komen yang penuh dengan informasi ini.
      Benar kata saudara, jika menggunakan skrip affiliate yang “advance”, semuanya menyimpan cookies untuk kali terakhir,
      walaupun, ada affiliate baru yang cuba “potong line”.

      Walaubagaimanapun, lebih 70% web jualan di Malaysia yang mempunyai program affiliate sendiri, menggunakan skrip yang berasas daripada skrip Post Affiliate.
      Skrip ini, hanya support, ciri-ciri yang asas sahaja. Daftar affiliate – track affiliate.

      Saya yakin, saudara Ammar pernah mencuba skrip ini pada salah satu web jualan saudara, sudah tentu, saudara pernah berhadapan dengan mereka yang membeli daripada link sendiri. Inilah yang saya maksudkan dengan “potong line”, akibatnya, affiliate gigit jari. :)

      PS : Ammar Azhar, kalau nak swap list luar negara, informlah saya :)

  • syed

    betul tu, saya sangat besetuju dengan anda.
    saya pernah promote satu ebook tu gune iklan berbayar, sampai sebulan je 1 jualan pun xdapat ni semua disebab kan cookies..

    huhu~ tq bro, moga lebih berhati2 dalam mebuat pilihan lepas ni ..

  • ummu_abdullah

    saya akan buang sekarang juga…

  • Rash

    Betul tu, rugi promote susah-susah lepas itu cookies digantikan. Good tip bro, keep it up.

    - Rash -

  • MyIkhtiar

    Wah… satu tips yang menarik..

    tapi macam mana kalau IM hanya membenarkan komisen diberikan setelah mencapai 2 3 jualan. ?

    maksudnya kat situ kite dah tak boleh beli melalui link sendiri,,