Anda adalah apa yang anda fikirkan !

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE


Salam hormat;

Percayakah anda, jika saya katakan
kita adalah ciptaan Allah yang paling hebat?

Kita dikurniakan akal fikirkan.
Maka, seharusnya kita gunakannya ke jalan
kebaikan.

Dalam post ini, saya nak ajak anda
berbincang mengenai kefahaman tentang sebuah
kata-kata
“Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan”.

Apa kata anda, tentang ‘quote’ tersebut?
Kongsikan dengan saya di ruangan komen di bawah.

PS : Saya adalah apa yang saya fikirkan.
Saya berfikir, bahawa, saya mestilah
menjadi seorang Hero pada negara
Sweeden. Alhamdulillah…..itulah apa yang
saya dapat.
Tonton video di bawah (ambil masa sikit nak loading)

http://rkurl.com/FikirMaju
:D

Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)

Incoming search terms:

  • aku adalah apa yang kamu fikirkan (1)
  • allah adalah apa yg kamu pikirkan (1)
  • apa yang aku fikirkan sekarang ni (1)
  • ayat hafalan tingkatan 4 mp3 (1)
  • ciri orang berjaya rujuk al quran (1)
  • kata berfikir hebat (1)
  • kita adalah apa yang kita fikirkan - al quran (1)
  • tanda-tanda beriman kepada qadha dan qadar (1)
  • usaha kalau nak berjaya ayat quran (1)

Komen :

comments

Filed under: Pembanguan Diri

10 Responses to Anda adalah apa yang anda fikirkan !

  • ummu_abdullah

    Pemikiran dan perasaan adalah dua benda yang berbeza namun saling berkait antara satu sama lain…

    Membetulkan pemikiran mudah, namun membetulkan perasaan itu sukar sekali. Sedangkan ramai yang lebih mudah terpengaruh dengan apa yang dirasakannya sekarang berbanding dengan apa yang difikirkannya sekarang…

    Buktinya, berapa banyak kali kita terfikir bahawa aku kena buat sesuatu perkara namun tak mula membuatnya kerana tiada mood…

    Pemikiran yang dikuatkan berkali-kali akan menghasilkan perubahan dari segi emosi, ketika itu kejayaan sudah tidak lagi jauh dihadapan…

    • Raja Kamil

      huhu, terima kasih. Contoh yang menarik.
      Betul juga, saya sendiri selalu je tak update blog ni sebab takde mood :p

  • Buat Duit Online

    Betul, terima kasih RK. Saya selalu rasa yang saya ni looser.
    Sebab tu sampai sekarang saya looser je dalam pelbagai bidang.
    Mulai hari ini, saya akan berfikir positif, terima kasih !

    • Raja Kamil

      Satu lagi, selain sentiasa berfikir untuk berjaya, kurangkan juga menyebut perkataan-perkataan negatif. :shock:

  • rimi

    Assalamualaikum sdra Raja Kamil,

    Saya percaya tentang apa yang sdra katakan kita ciptaan Allah yang hebat… cuma kurang bersetuju dengan ungkapan kita adalah apa yang kita fikirkan… ada sebabnya… kalau ungkapan itu digunakan untuk memotivasikan diri bagi mencapai kejayaan dalam apa jua bidang kerjaya… saya boleh bersetuju, kerana ia bertujuan baik dan tidak menyentuh persoalan qada dan qadar.
    tapi kalau ungkapan tersebut menjurus kefahaman kepada pemikiran sendiri, atau membuat rumusan dalam semua perkara berdasarkan apa yang difikirkan sendiri, saya tak boleh setuju, kerana pemikiran manusia tidak mampu untuk memikirkan semua perkara. pemikiran manusia boleh menjurus kepada perkara baik dan buruk. Jadi kita sebagai manusia boleh berfikir mengikut kadar kemampuan berfikir, dalam masa yang sama perlu kepada panduan yang menjadi garis panduan atau petunjuk kepada kebenaran, bagi orang Islam petunjuk bagi pemikiran adalah al-Quran dan as-Sunnah.

    • Raja Kamil

      Salam, terima kasih atas pandangan anda.
      Betul, untuk berfikir, kita perlukan garis panduan dan bagi kita umat Islam, Al-Quran dan As Sunnah lah panduan kita.

      Allah S.W.T telah berfirman:
      “maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” Asy-Syams: Ayat 8-10
      footnote: nya dalam ayat di atas adalah merujuk kepada ‘jiwa’ (berdasarkan ayat 7 dalam surah yang sama).

      Allah juga telah berfirman :
      ” Dan manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya” – An-Najm : ayat 39)

      “dan sesungguhnya, usahanya itu kelak akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu” – An-Najm : ayat 40-42)

      Betul saudara. Pemikiran manusia tidak akan pernah dapat memikirkan semua perkara. Contohnya, berapa ramai daripada pembaca blog ini tahu bahawa ketika musim sejuk, Penguin jantan yang mengeramkan telur. Manakala penguin betina pergi mencari makan? Mungkin ada, dan mungkin juga tiada.

      Dan, pemikiran kita ini tidaklah dapat mencakupi semua aspek, seperti alam ruh. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku, kecuali sedikit.

      Walaubagaimanapun, pemikiran manusia ini jauh lebih hebat berbanding semua makhluk lain yang berada di bumi.
      Dan pemikiran yang hebat ini akan menjadi pemikiran yang SUPER Hebat andaikata kita pemikiran kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

      Allah telah ilhamkan kepada manusia untuk berbuat baik dan berbuat buruk. Kerana apa?
      Freedom. Kebebasan. Dalam Islam, kita telah diberitahu, apakah perkara-perkara kebaikan, dan apakah perkara-perkara yang membawa kebinasaan.

      Dengan keadilan Allah, Dia memberikan kita kebebasan untuk berbuat baik dan buruk. Sudah tentu, jika Dia, inginkan semua manusia berbuat baik, ia akan berlaku. (rujuk dalil pertama)

      Kita adalah apa yang kita fikirkan !
      Berfikir itu merupakan satu ‘pekerjaan’. Dan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah di atas kehendak kita sendiri (dengan izin Allah).

      Maka, dengan keadilan Allah (sekali lagi), di akhirat nanti, kita akan diberi ‘reward’ berdasarkan pekerjaan kita tadi.

      Anda kata, kita berfikir untuk melakukan kejahatan, dan kita juga berbuat jahat. Maka tunggulah pembalasannya.

      Begitu juga jika kita berfikir untuk berbuat baik, dan kita berbuat baik. Insya Allah, ganjaran lumayan menanti kita di sana.

      Satu lagi, saya yakin saudara/i, dan juga pembaca blog ini (muslim), adalah mereka yang beriman dengan Al-Quran.

      Jika kita rujuk dalam ayat-ayat Al-Quran dan habith-hadith. Kita akan dapati, banyak garis panduan untuk menjadi seorang berjaya.

      Lihat sahaja ayat hafalan Tingkatan 4. Surah Mukminun. Allah nyatakan, ciri-ciri orang beriman yang BERJAYA, satu per satu.
      1. Solat khusyuk
      2. Meninggalkan perkara yang sia-sia
      3. Mengeluarkan zakat
      4. Tidak terlibat dengan seks luar nikah

      Itu dalam surah Mukminun. Dalam juzuk 30. Banyak juga ciri-ciri orang berjaya yang dinyatakan.

      Dalam hadith pula,
      1. Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya
      2. Sebaik-baik kamu, adalah mereka yang berbuat baik kepada keluarga….
      3. Di antara tanda-tanda kebaikan seseorang itu ialah, meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
      4. dan banyak lagi hadith menceritakan bagaimana untuk menjadi muslim yang terbaik

      Kesimpulannya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Dan seperti yang dinyatakan oleh Rimi di atas, sebagai muslim, kita hendaklah menjadi Al-Quran dan Sunnah itu sebagai garis panduan dalam kehidupan kita untuk mengukur kejayaan kita. (know the boundaries)

      Sebagai contoh. Saya dulu bersekolah di kampung. Sentiasa dapat no 1. walaupun, gred peperiksaan saya sederhana sahaja.
      Namun, bila saya berpindah ke bandar, sayalah yang mendapat nombor terakhir, walaupun dengan result yang sama seperti di sekolah kampung tadi.

      Maksudnya, definasi kejayaan adalah subjektif. Kita tak tahu apa itu ‘kejayaan’ yang sebenar.

      Ada orang dapat seringgit setiap bulan dengan adsense, sudah mengaku berjaya.
      Ada orang dapat berpuluh-puluh ribu dengan adsense, masih kata, jauh ketinggalan.

      Kan itu subjektif?

      Tapi, kita (umat Islam) beruntung. Kerana apa?
      Kerana kita tahu, matlamat kita. Kita tahu, apa-apa ciri-ciri yang perlu ada pada kita untuk meraih gelaran “mukmin berjaya”.

      Akhir kata;
      Islam ini mudah. Janganlah menyusah-nyusahkannya. Bagi yang berkesempatan, dalami lah Agama Islam. Belajarlah daripada sirah. Dan paling penting, beramallah dengan ilmu tersebut.
      Insya Allah, berjaya dunia akhirat.

      Bagi yang takde kesempatan, buatlah sebaik yang boleh untuk Islam kita. Sumbanglah sesuatu walau sekadar senyum kepada orang.

      Islam Agamaku, Allah Tuhanku, Malaysia Negaraku !

      - wallahua’lam

      PS : Saya hanya manusia kerdil. Sekadar menyampaikan apa yang saya belajar dan tahu. Andai kata tersalah. tolong TEGUR saya.

      PPS : Antara tanda-tanda kehancuran sesebuah kaum ialah, hilangnya budaya TEGUR-MENEGUR.

  • lanchini

    ” Jika kau fikirkan kau boleh,
    Kau pasti boleh melakukan,
    Jika kau fikirkan ragu-ragu,
    Usahamu tidak menentu ”

    Inilah lirik lagu yang sy selalu dengar kat
    radio suatu masa dulu. Saya rasa ramai orang
    tahu pasal lagu ni, sebab kat tv pun selalu
    ditayangkan..

    Saya setuju dengan RK, kita adalah apa yang kita
    fikirkan. Kalau hidup nak berjaya, kita kena
    fikir yang kita boleh berjaya dulu. Then
    kenalah usaha ke arah kejayaan tu.. Bila
    otak dah set ‘boleh berjaya’, secara automatik
    kita akan ada keyakinan diri yang akan mendorong
    kita untuk sentiasa bermotivasi berusaha ke
    arah kejayaan tu.. Dan InsyaAllah, Dia tidak akan
    mensia-siakan usaha kita, pasti ada ganjaran
    atas setiap usaha.

    Terima kasih

    • Raja Kamil

      Terima kasih Lan Chini (dok Chini ke?)
      Ye, bila kita dah set kita boleh berjaya, kita akan sentiasa positif dengan segala halangan.

      Setiap masalah adalah cabaran. Setiap halangan adalah cabaran. Dan setiap cabaran adalah satu cabaran untuk meningkatkan tahap kejayaan kita.

      Thumb Up !

      • lanchini

        Yup, Chini mari.. Anak peneroka felda Chini Timur 3.

        • Raja Kamil

          Siapa kata anak Felda tak boleh berjaya. Hebat……sekarang ni, sebutlah apa bidang pun, kebanyakannya telah diterokai anak Felda. Syabas bete