Mengapa menganggur sedangkan tanam anggur boleh buat duit?

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE

Salam hormat;

Kepada pembaca blog yang budiman. Saya nak tanya sikit.
1. Kat kawasan anda tinggal, ada tak orang-orang lepak?
2. Agak-agak diorang tu ada kerja ke, atau apa?

Baik, sebenarnya begini, semalam saya berjalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan saya tinggal. Apa yang menyakitkan mata ialah, nampak budak-budak melepak. Nak tegur, takut pula, sebab saya sedang berdiet, kurang tenaga (alasan je tu).

Bukan hari tu, je, beberapa hari sebelum tu pun sama. Saya tengok, takdelah diorang ni cacat ke apa. Sempurna, sihat wa alfiat. Itu jenis yang lepak kat luar rumah, kalau tengok kat shopping complex, lagi ramai.

Lebih kasihan lagi, ialah mereka ini golongan muda, dan rakyat tempatan kita sendiri. Bukan Melayu je, tapi 1 Malaysia :D .

Mungkinkah ini berlaku, kerana kekurangan peluang pekerjaan?

Baiklah, andailah betul, puncanya ialah tiada pekerjaan, dalam post ini saya kongsikan beberapa idea untuk jana pendapatan.

Kumpul Kertas

Memanglah selekeh kerja ni, tapi saya nak bagitahu sikit pengalaman saya. Minggu lepas, saya kumpulkan beberapa longgok kertas terbuang daripada rumah. Penuh juga lah satu kereta. Oleh kerana saya ni seorang ayah dan suami minthali, saya kosongkan seat depan sebagai tempat duduk , Tuan Permaisuri dan anakanda-anakanda.

Owh ye, kereta saya guna ketika itu, Proton Saga. Bonet penuh dengan kotak-kotak, dan seat belakang, penuh dengan kertas.

Saya bawa terus ke kilang kitar semula kertas di Kepong. Perjalanan adalah sejauh 5km pergi balik. Ambil kira setiap 1km=RM0.20 pengunaan minyak. Maka modal saya ialah RM1.00. (kereta saya setiap bulan servis maa ! :) ).

Dipendekkan cerita, setelah timbang*, saya dapat bayaran RM19.20. Untung saya, RM19.40 – RM1.00 = RM18.40

*timbang = kat kilang tu, saya tak perlu buat apa-apa. Saya akan masuk ke tempat timbang kereta. Kemudian loceng berbunyi, saya ke depan ke tempat pengumpulan kertas. Bangla ke India, saya tak pasti. Mereka keluarkan kotak dan kertas daripada kereta saya.

Kemudian saya timbang sekali lagi. Loceng berbunyi sekali lagi. Saya keluar kereta, menuju ke kaunter. Dan dapat bayaran RM19.40
Ka ching, RM19.40 duit HALAL, masuk lagi. :)

Ok, kalau nak kumpul kertas sampai tinggi Batu Caves, memang lah mustahil.

Jadi, saya kongsikan idea kepada anda.

Saya tak buat, sebab saya ada 6 Perniagaan yang perlu saya uruskan. :P

Ok macam ini.

Katakan, anda tinggal di kawasan kejiranan. Setup sebuah pusat pengumpulan kertas terbuang di taman perumahan anda.

Sebelum itu, anda perlukan :
1. penimbang (kalau nak murah, cari kat mudah.my)
2. tali rafia (RM0.50 ke RM1.20)
3. kalkulator (kalau hp anda ada kalkulator, tak payah beli baru)

Ok, apa yang anda perlu buat sekarang ialah. Bina satu poster untuk promosikan servis anda.
Sebelum itu, anda perlu tetapkan harga untuk sekilogram.
Ok, saya tak tanya pula hari tu, berapa harga kertas 1kg di ambil.
Anda kena cek sendiri lah lepas ni.

Setahu saya, harga kertas ada beberapa jenis.
Setakat yang saya tahu, kertas putih dan kertas bewarna.
Kertas putih tu, kiranya kertas A4 lah. Kertas bewarna pula, kotak, surat khabar dan lain-lain.
Kertas putih lagi mahal bayarannya.

Ok, cincai-cincai, katakan ini harga dia :-
1 Kg kertas A4 = RM0.60
1Kg suratkhabar/kotak = RM0.30

Harga anda perlu ambil :-

1 Kg kertas A4 = RM0.20
1Kg suratkhabar/kotak = RM0.10

Ok, oleh kerana anda menjalankan pusat pengumpulan kertas terpakai. Anda tidak perlu risau, kerana anda akan ke kilang, seminggu sekali je.  Save minyak maa…..

Ok. sekarang, anda perlu promot servis anda.

Anda boleh guna ayat saya di bawah ni.

MEMBELI KERTAS TERPAKAI DENGAN HARGA TINGGI

Kepada kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik. Jika anda nak duit mudah, mari jual kertas terpakai di rumah anda kepada saya. Anda boleh terus datang ke [alamat anda]. Kami membeli dengan harga tinggi.

Rumah Anda Bersih, Duit Pun Dapat

PS : Kami juga menerima kotak-kotak kertas

*Kertas atau kotak yang basah tidak dikira

Anda tulis lah iklan tu besar-besar di atas manilakad. Tampal, kat pintu masuk kawasan perumahan anda.
Kalau ada budget lebih, boleh fotostat iklan bersaiz A4 (bahagi dua). Lepas tu, upah budak makan aiskrim, tolong edarkan, ke rumah-rumah.

Oklah kan, kalau sebulan dapat RM300 ke RM500 tanpa buat apa-apa. Mula-mula je penat sikit nak setup. Lama-lama, orang sampai bagi Free je kertas kat anda. “Mat, kau ambillah kotak kat luar rumah aku tu, aku nak balik kampung ni, takut tak sempat”. :D

…huhu lenguhlah pula tengkuk ni padang laptop.

Untuk idea buat duit seterusnya….tunggu !!!!!

Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi) (exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)

Incoming search terms:

  • harga kertas terpakai (75)
  • jual kertas terpakai (75)
  • membeli kertas terpakai (55)
  • harga kotak terpakai (54)
  • tempat jual kertas terpakai (23)
  • jual kotak terpakai (17)
  • mengapa menganggur (14)
  • menganggur (11)
  • harga kertas recycle (10)
  • dimana nak jual kotak (10)

Komen :

comments

Filed under: idea buat duit | Tagged , , ,

70 Responses to Mengapa menganggur sedangkan tanam anggur boleh buat duit?

  • chaijudin

    hallo saya dari indon

    saya kerja part time di slah satu hotel 5 start KL

    saya minta idea , saya kerja di bagian sampah2 hotel la

    box steroform untuk taruh ikan, – ke pelastik , basket2 plastik i boleh supplay

    ada idea nak jual kat mana tu barang?

    baru 5 bulan di KL tak ada yg bawa ber jalan2 tak tau situation n market la

  • [...] Buat duit dengan kertas [...]

  • jimmy

    :grin: kertas terpakai boleh jual harga kertas naik kot

  • Amry

    salam…saya pelawat baru..sekadar berkongsi pendapat
    Penelitian yang bagus….
    Ada modal…kos…untung kasar bersih…hmm…
    berniaga kena amik sumer tu..tak kira la jual apa pon..kan kan kan…modal lebih dari untung susah jgk…? :grin:

    P/S : penah kutip n jual barang tak guna kat umah…dapat la duit makan sikit…duit 0 dalam poket..uhuks

  • Hadi

    betul tu. kawasan saya pun sama. aduhai meLAYU.. huhu,,, juara melepak sehingga larut malam. pagi tidur… huhu…. aduhai meLAYU… :sad:

  • haziri

    uih menarik.. Selain tu boleh jgak kumpulkan besi2 yang menyemakkan rumah anda. semua tu ada harga tu. Kalau x, xkn orang g potong cable telekom, tnb suma tu. Kat kampung ada pakcik ni kerja dia mmg kumpul besi buruk jer. boleh menampung diri dan keluarga. tapi apa yang penting bersungguh2..

  • mhj

    salam bro
    bagus idea bro tu dah practice tapi tak puas hati sebab tak adepun org kita buat bisnes ni. kaum lain ade la pastu cekik darah pulak.

  • yuzree

    Salam untuk semua…
    alhamdulillah, baru hari ini dapat membaca artikal dari Raja kamil…mmg bernas idea yang diberi….
    Untuk makluman semua…mmg berbaloi sebenarnya menjual barangan terbuang nie…terutama kertas,kotak dan yang sewaktu dengannya…hahaha….kalau rajin korang bleh dapat pendapatan yang amat berbaloi….
    Yuz nak kongsi sedikit pengalaman yuz dlm bisnes jual kertas n kotak nie…. Yus dulu sehabes sekolah menengah, macam-macam keje yang yuz buat daripada menoreh getah sampai lah meniaga (tolong mak)… satu hari tu yuz melihat beberapa nyonya tua melompat-lompat kat dalam tong sampah.. apa dia org buat yerk?… oleh kerana yuz dah ter’curious dgn mak nyonya nie… yuz pon pegi tanya kt die… nape dok terlompat-lompat cam kere kene belacan kt dalam tong nie… kan ker tmpt nie busuk, hapak, dan memual kan… nak tau apa nyonya cakap… “adik, Lu tak tau ka…ini tompat arrr, bleh bagie luet oooo…. apa penting, lu kena usaha… Lu masih muda maa…jangan malu mau lompat dalam ini tong sampah…. ini tompat lu tengok manyak busuk…tp lu tak tau.. dia punya value (terkesima yuz bila nyonya tua cakap mat saleh..hahaha)manyak tinggi oooo…”… yuz pon tengowk ar apa nyonya tu buat… rupa2nye.. dia kutip kotak2 kosong, surat khabar, kertas dan yang sealiran dengan nyer… Yuz pon terfikir, kenapa cina tua nie bleh buat kerja yang kotor, terlompat-lompat dalam tong sampah, pergi lorong2 belakang, kutip kotak dan lain2… kenapa yuz x cuba… semua tu kan duit… Sejak hari itu…nyonya tersebut telah menjadi kawan yuz… dan pendapatan yang yuz dapat untuk bulan pertama mengumpul kotak, surat khabar dan kertas ialah RM300..berbaloi kan… mmg berbaloi….. dan bulan2 yang seterusnyer pendapatan saya bertambah-tambah lagie… hahaha…best2..mmg best..Yuz buat keje jual kotak nie sampai lah yuz dapat keje tetap…tp yuz ttp teruskan usaha jual kotak nie sbb dh sebati dengan jiwa yuz…
    sekian…

  • inn

    salam…mcmana lak kita nk iklankn produk kita…dh 2hari anto kt s/khabar kertas photostat tu,tp cam takder respon…i yg tak sabar or slh strategi salah…minta tlg idea..tq

    • Raja Kamil

      Hurm…..berapa keping iklan yang kamu buat?
      Kalau boleh, pastikan iklan tu, sampai kat sekitar rumah je.
      Biasanya, orang jauh-jauh susah sikit, yang dekat-dekat je senang.
      Kalau dah buat, it is a matter of time je. :)
      Tunggu :)

  • Azizah

    saya tanya dimana sykt nak saya hantar jual sendiri kertas2 di KL tu??????? Saya tanya tak jawab???

    • Raja Kamil

      Biasa saya cari kedai ke, kilang ke, saya tgk http://www.701panduan.com/

  • supersonic

    waaa. paman tq.

    Yang xde internet, jadi stokis untuk
    minyak wangi, susu ig plus, sabun,
    madu dan lain-lain..

    Iklan kan dalam surat khabar.

    Kos iklan dalam RM100-RM150

    Pastikan barangan yang orang yang
    beli bulan-bulan.

    Kena research lah sikit

    Ape…? xde idea?

    Beli majalah ‘mingguan wanita’

    See iklan type ape yang paling banyak
    ulangan.

    Then request untuk jadi stokis.

    Memang kena modal sikit.
    Nama pun dah business kan.

    1 kali iklan dapat 3 custumer

    1:3
    10:30

    30 custumer… banyak tu..

    tiap-tiap bulan lak untung..

    just to share.. :cool:

    • Raja Kamil

      Sharing yang bagus…..hebat !!!

  • paman

    rasanya mcm tidak sesuai pulak buat bisnes mcm ni kalau di tempat/penempatan tu berdekatan atau dah banyak sgt ‘kedai logam’..kalau nak tunggu diri sendiri yang kumpul,mcm lambat, walaupun sebenarnya boleh mendidik diri kita sendiri untuk mnjaga kebersihan dan alam sekitar.. ada idea tak en. RK yang pemurah? :roll: :lol:

    • Raja Kamil

      huhu, idea takde En. Paman. Tapi, saya ada satu cerita.
      Bapa mertua saya, kerja kat KL. Kebanyakan kertas, diambil daripada ofis. Tapi sayang, kedai scrap ada kat rumah beliau, dekat Kepong.
      Hint saya :
      1. Cuba baca kisah bapa mertua saya tadi, tapi cuba terbalikkan cerita. (gantikan KL dengan Kepong, Kepong dengan KL) – kurangkan pesaing

      • paman

        ooo i c… mentality kena betol la.. kenapa la saya x ‘nmpak’ ye..betol2.. erm,,itu bagusnya blog sebegini..tukar2 pendapat..semuanya bernas..saya kena tolak yang negatif..baru jadi positif..

        • Raja Kamil

          Bagus bro !!!

  • Hafiz Lidin

    saya ada ternampak satu iklan berkenaan sampah. tajuknya ‘jutawan sampah’ kalau tak silap. mungkin boleh tambah satu lagi cerita dalam ebook tersebut hehe

    • Raja Kamil

      Ha ah, itu produk Cikgu Murni bro Hafiz. Cuba bro search username tu. Beliau memang kreatif !

  • lia

    oleh yang demikian saya akan set up bisnes ini.sebab menguntungkan kot .sebenanya saya baru je jual catalog 32kg tapi dapat RM8 JE.TAK PE LA DUIT JUGAKKAN

    • Raja Kamil

      Akak jual kat siapa? Kat apek/lori kutip kertas, atau jual direct? Ikut pengalaman saya, jual direct jauh berlipat kali ganda lebih untung.

  • Azhar Hafiz

    Di Singapura mereka panggil apek yang buat bergini karang guni :lol:

    • Raja Kamil

      :D

  • mohd johadi

    Anak muda yang suka melepak ni sebenarnya diorang belum sempat nak berfikir ketahap cam 2 . Tapi bila dah ada org yang mulakan dan berjaya baru meraka akan berfikir.

    • Raja Kamil

      …………itu lah :(

  • Ben

    RK : TQ idea yang baik… di inrernet ada tak yang dikategorikan sebagai sampah dan boleh buat duit…

    • Raja Kamil

      Hurm…….tak tahu lah pulak. Bro ada contoh spesifik, sampah macam mana tu?

  • vandoel

    1 idea bernas tuan RK,

    dalam stor rumah saya pun banyak benda-benda yg boleh
    dikitar semula…senang-senang boleh saya kumpulkan dan
    jual.kat tempat saya dah ramai buat bisnes ni,memang betul,
    semuanya india…

  • supersonic

    ermm….

    best gak idea kumpul kertas a.k.a sampah ni..
    meh aku bagi satu lagi idea.. yeahhh….

    ape dia????

    Bayar Bill..

    huhu, you all tahu tak, kebanyakan orang terpaksa keluar pejabat untuk membayar bill-bill pada hujung bulan..

    memang buang mase, and ade yang pemalas..
    serious aku cakap. aku tak lah.. :cool:

    so, pe kate you all buat ‘service’ bayar bill melalui INTERNET dari rumah…

    part time pun boleh gak..

    sekali bayar you all charge RM3.00 je..

    setiap hujung bulan income paling busuk RM150.00
    ok,lah tu, sape nak bagi kan???

    cara nak promote lak,
    buat banner then tampal depan pintu rumah je..

    bagi yang duduk rumah flat,

    katakan terdapat 200 pintu..

    200 x RM3.00 = RM600.00

    ha.. tadi aku kate RM150 kan, hehe, ju just untuk 2-3 bulan pertama sahaja.. lepas tu dia akan jadi viral mulut-ke mulut..

    selamat mencuba…

    erm..

    RM600 sebulan… XNAK KE… :mrgreen:

    • Raja Kamil

      Wow…….you are really amazing. Geligalah bro :)

    • paman

      mmg kreatif la en. supersonic ni..akal kalau dh set untuk perniagaan, benda macam tu pun boleh jadi jgak ye.. tp kesian pulak bagi sesiapa yang tiada internet kat rumah..pandangan saya, paling penting untuk urusan mcm tu, kita kena ada dan mesti buat akaun semasa (jenis akaun bank kita) kerana akaun simpanan tidak boleh menerima lebih daripada 150 tranksaksi sebulan(kalau tidak silap),yela kan,bayaran bil tu mesti di buat atas pemotongan dari akaun kita kan?..nanti lagi susah nak turun naik bank untuk update akaun bank..saya pernah terkena (ehehe)..p/s: untuk berkongsi sahaja..

      • Raja Kamil

        En Paman pun kreatif juga. Sebab pernah ‘terkena’. Mungkin sikap ni perlu ada dalam diri semua orang “never give up, but tune up !. Go, go, go !!! “

  • AZROL

    bgus2 cdangan tu rk.. Drpada duk buang masa tk dpat apa2, baik kita cri duit lbih dgn buat bisnes ni..

    • Raja Kamil

      :)

  • benbaz

    Salam.
    Orang melayu mentalitinya nak keje best-best. Nak duduk dalam aircond. Keje cenggini mane ada kelas kononnya. Kalau tak dapat keje best, lebih baik lepak. Itu sebab bab lepak ni juaranya anak muda melayu. Tak tahu camne nak tukar mindset diaorang ni…

    • Raja Kamil

      Hurm…itulah pasal. Kalau dah takde kerja, buatlah apa sahaja. Jangan nak menunggu kerja ofis. …susah kan mentaliti “Aku Bos” ?!

  • Nasrol Da Emiratus

    Nice…ensuring future sustainability..GOGOGO
    Bukan saja kertas botol plastic pon boleh…

    • Raja Kamil

      betul….kat rumah mertua saya, Kepong, ada sorang nyonya ni, kul 6 pagi dah pergi beroperasi. Kumpul botol-botol plastik

  • Amir Badang

    aku dh penah wat dh jual2 kertas ni..
    botol plastik, besi, tembaga..semua aku dh penah jual..
    mmg menarik..

    • Raja Kamil

      Cayalah bro…nak jual barang terpakai, hati kena kering, biarlah apa yang kereta sebelah cakap (masa berhenti kat trafic light)

  • Mohd

    ermm…kertas @ apa-sahaja benda sebenarnya adalah ‘duit’ dalam minda orang yang mengintai ,merebut dan mencipta duit..

    • Raja Kamil

      Asalkan ‘duit’ bukan tujuan hidup sudahlah ;)

  • sah90

    cayalah…
    Macam2 cara buat duit halal ni.
    Tinggal kita je sanggup ke tak nak buat..:)

    • Raja Kamil

      Betul tu…kalau kita dalam keadaan “do or die”, sudah tentu kita sanggup buat apa sahaja

  • Penang

    Masalah ngan barang terpakai, bila mereka tahu bernilai dan boleh jual, harta orang pun diorang curi. Contohnya besi. Bila ada peluang nak dapat duit…setengah orang guna dengan cara yg salah pula. Macam-macam dengan sikap manusia…

    • Raja Kamil

      hurm…sebut pasal barang curi…penutup longkang depan rumah saya pun pernah kena curi :(

  • razak

    wahh bro,bisnes recycle ni memang boleh buat duit.adakalanya harga barang terpakai ni melambung tinggi bukan setakat kertas jer,besi,plastik pun berguna sekarang.satu idea bisnes yang menarik tapi tak ramai orang kita berminat..dan satu lagi kenapa orang India banyak terlibat dalam perniagaan barang terpakai ni?

    • Raja Kamil

      Saya pun tak tahu, kenapa orang India biasanya terlibat dengan recycle business ni. Ada yang tahu ke?

      • paman

        biasala..kita kan dalam 1malaysia.. apa yang saya tahu,, lesen perniagaan jenis “disposal” ni byk di beri kepada bangsa ni..
        secara ringkasnya di panggil ‘kuota’.. kalau di beri satu bngsa sahaja,,bangsa lain akan terpijak.. yang penting dalam perniagaan adalah kreatif dan pandai mencari, merebut dan menggunakan peluang..saya harap ada yang betul apa yang saya utarakan di sini..

        • Raja Kamil

          ic ic

      • razak

        agak saya la bro,bisnes ni jadi trend turun temurun diorang kot. yang pasti biz ni memang masyuk tambahan pula bila harga bahan scrap meningkat.kita pun untung boleh jual barang2 terpakai kt rumah.tapi skrg barang tak terpakai kt rumah boleh jual kt mudah.com kan.. :grin:

        • Raja Kamil

          mungkin gak kot…..

  • lanchini

    Kalau dah otak bisnes, benda yang dikategori ‘sampah’ pun boleh dibuat duit ;-) . Tapi masalahnya, kawan2 kita yang duk melepak atau merempit tu tak pikir sampai ke tahap ni. Mereka syok dgn dunia diorang tu..Diorang tak pikir bagaimana nak tambah income, nak perhabis duit mak bapak diorang ada la.. Kat Malaysia ni dah banyak peluang pekerjaan sebenarnya, antara nak ke tak nak je..

    • Raja Kamil

      hurm….ada idea tak macam mana nak mengatasi masalah ni ?

      • lanchini

        Ramai pihak yg concern masalah ni.. Dan banyak action dah diambil. Kalau di tempat saya, pihak felda sediakan satu tempat belajar komputer secara FREE. Ada internet PI wimax lagi. Tapi sambutan still suam2 kuku. Tahap kesedaran anak peneroka kat situ still rendah. Lebih ramai orang merempit dari ke tempat belajar komputer tu.. :cry:

        • Raja Kamil

          Mungkin sebab masih lagi mentaliti subsidi. Dengar cerita, anak-anak peneroka Felda, dapat banyak juga kelebihannya. Betul ke?

      • Anwar Yassin

        Kalau tentang rempit, ada kaitan dgn moto. kena buat sesuatu dengan moto.

        Tapi masalah utamanya adalah berpunca dari keluarga sebenarnya. Tak boleh salahkan orang luar.

  • abdfatah

    kat tempat aku dah ada kilang memproses. gerenti tetiap minggu boleh duit mudah. dapat 10 ke 20 kilo jadi ler. bleh kumpul sikit2 secara sambilan…

    Buat duit dengan kertas terpakai. Memang cool..

    • Raja Kamil

      Kayalah kau lepas ni…:)

      • abdfatah

        peluang keemasan jangan dilepaskan… kertas nih hari hari akan terbuang. rugi tak buat duit dengan kertas terpakai nih.

        • Raja Kamil

          Ha ah, betul tu Fatah. :)

  • paeh

    idea sangat menarik…. itu baru kertas. kalau tin, kaca, besi lagi hebat…

    • Raja Kamil

      Betul tu Paeh, kalau besi lagi masyuk…huhu

  • whizzkid

    hehe.. good idea.. bape kg ek sme kertas bro tu?nak kene buat kire2 gak ni.. :D

    • Raja Kamil

      Alamak, tak ingat pulak. Dah dapat duit, terus masuk kereta… :)

    • romzi

      :smile: terima kasih sa ucapkan kerana saudara sudi memberikan sa panduan dalam mencari kejayaan di kala hidup yang di penuhi dengan penghinaan dari,jika saudara sudi membantu sa dengan idea2 yang bernas dari saudara insyah allah jika sa berjaya sa akan dalam melaksanakan dan mencari kejayaan sehingga sa berjaya sa nak dermakan separuh dari pendapatan sa ke anak2 yatim anggap ini adalah janji sa semoga kita di berkahi oleh allah swt dan sa doakan semoga saudara dapat lagi membantu saudara kita di luar sana yang juga sebaya dengan sa mudah2han mereka menyedarinya ribuan terima kasih sa ucapkan kerana sudi membri tunjuk ajar assalammualaikum.

      • Raja Kamil

        Ya Allah, berikanlah kekayaan hati dan jiwa kepada hambaMu ini.

    • Azizah

      d KL kat mana nak hantar direct jual?

      • Raja Kamil

        Alamak, tak tahu lah pulak…..hurm, boleh tgk kat http://www.701panduan.com kot