Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda
Penat memandu daripada UTP selepas memberi talk di sana, masih belum hilang lagi. Dah 3 hari, kepala ni terasa berat. Namun, rasa ingin berkongsi dengan para pembaca blog ini buat saya kuatkan diri.
Mereka yang membaca blog ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Sebelum ini, saya ingatkan student IPT dan mereka yang baru bekerja sahaja, rupanya tokey-tokey kedai pun ada. Mana saya tahu? Beberapa orang yang hadir talk di UTP hari tu (bukan pelajar UTP), adalah pemilik-pemilik perniagaan dan kedai.
Apabila ditanya, bisnes ok ke tak, mereka jawab ok. Kata mereka, ingin menambahkan lagi income dengan ‘mengonline’kan perniagaan mereka. Mereka ini berumur 40 tahu ke atas. (siapa kata bisnes internet untuk budak2 muda je :p )
Ok, dalam post ini, saya akan kongsikan beberapa sebab, mengapa anda perlu mempunyai kedai online.
Sebelum anda terkeliru, kedai online tidak sama dengan minisite.
contoh minisite : www.akuseorangblogger.com
contoh kedai online (shopping cart) : www.delicioushub.com
Pendek cerita, minisite fokus pada 1 atau 2 produk, manakala kedai online fokus kepada banyak produk.
Untuk menjadikan tip ini menarik, saya buat dalam bentuk case study. Ok ?
Katakan anda merupakan seorang pemilik kedai batu nisan (ada orang sebut, nesan).
nisan
Anda telah menjalankan perniagaan hampir 10 tahun, sejak anda kecil lagi. Perniagaan anda, makin lama makin berkembang, tetapi, sampai satu tahap, tak boleh kembang-kembang dah.
. Mana tidaknya, jumlah orang yang meninggal di kampung anda, makin lama makin berkurang. Bukan kerana orang kampung anda, panjang umur, tetapi kerana dah tak ramai lagi yang tinggal di kampung.
Anak-anak muda, berhijrah ke bandar. Bila dah tua, dah kaya, beli apartment tepi pantai. Balik kampung, haram.
Dekat bandar pula, kedai batu nisan boleh dibilang. Tak macam di kampung, ramai yang boleh bina batu nisan dan kebuk kubur.
Ini tidak boleh jadi, fikir anda. Anda tahu, apa yang anda perlu buat ialah, buka kedai batu nisan di bandar. Tapi, kena ada modal yang besar. Sewa mahal, kos sara hidup tinggi, sewa? bil-bil? . Itu tak termasuk kaki pow lagi.
Ok, itu case study dia. Penyelesaian untuk masalah anda di atas banyak, tetapi, dalam post ini, saya fokuskan kepada mengonlinekan perniagaan anda.
Memandangkan anda ada banyak produk batu nisan, maka minisite tak sesuai. Yang sesuai ialah, kedai online atau shopping cart.
Nak bina, agak teknikal sedikit. Tetapi, boleh belajar perlahan-lahan.
Setelah kedai online anda siap dibina, bolehlah mempromosikan kedai online anda. Jangan lupa, kedai online anda, mestilah mengandungi perkara berikut:
1. Maklumat produk => gambar yang jelas, dan penerangan ringkas
2. Tentang anda atau syarikat anda
3. Maklumat untuk menghubungi anda
Untuk promosikan kedai anda, boleh dibuat secara percuma atau berbayar.
Kalau percuma, biasanya akan menggunakan banyak masa. Anda boleh aktif berforum, meninggalkan alamat laman web ketika membuat komen di blog-blog, dan SEO.
Kalau berbayar pula, anda boleh iklankan kedai online anda menggunakan Adwords, iklan di surat khabar online, harakah atau berita harian dan seumpanya, iklan di blog-blog dan banyak lagi. Tapi, pastikan dulu, kedai online anda tu cantik. Baru orang berminat nak layari laman web anda nanti.
Ok, berikut saya senaraikan skrip-skrip kedai online yang boleh anda gunakan.
- Cube Cart
- Os Commerce
- Zen Cart
- Joomla Shopping Cart
- WP Shopping Cart
- Niaga Kit (baru)
Ok, senarai di atas adalah skrip-skrip kedai online atau shopping cart yang anda boleh guna. Di kesempatan ini, saya ingin membuat sedikit review mengenai niagakit.
Niagakit adalah sistem kedai online buatan Malaysia. (bangga tu)
Masih baru lagi di pasaran tempatan tetapi telah digunakan oleh beberapa peniaga. Cuba lihat senarai kedai online yang dibina menggunakan sistem Niagakit.
Ok, di bawah ini, saya akan tunjukkan beberapa video perbandingan dan demonstrasi ke atas sistem Niagakit ini.
Paparan, Kelajuan, User Friendliness
Admin Access (cara nak ubah template, nak tambah produk, inventori produk, pengurusan pelanggan)
Di bawah adalah jadual perbandingan antara Os Commerce, Zen Cart dan Niagakit
| Oscommerce | Zen Cart | Niagakit | |
| Free | Yes | Yes | No |
| Unlimited Products | Yes | Yes | Yes |
| Supports SSL | Yes | Yes | Yes |
| Edit Products | Yes | Yes | Yes |
| Edit Customers | Yes | Yes | Yes |
| Admin Can Edit Products In Order | No | Yes | Yes |
| Spreadsheet Database Upload | No | No | No |
| Product Attributes | Yes | Yes | Yes |
| Multiple Product Images | No | Yes | Yes |
| Coupons | No | Yes | Yes |
| Different Pricing Per Customer Groups | No | Yes | No |
| Graphic Template System | No | Yes | Yes |
| Live Shipping Quotes | Yes | Yes | Yes |
| Google Checkout Pre-installed | No | No | Yes |
| Paypal | Yes, but not IPN | Yes | Yes |
| Paypal Pro | No | Yes | No |
| Content Management System for Informational Pages | No | Yes | No |
| SEO Tools for meta tags and URLs | No | Yes | Yes |
| One Page Checkout | No | No | No |
| Multi-Lingual Support | Yes | Yes | Yes |
| Multi-Currency Support | Yes | Yes | Yes |
| Multi-Store Support | No | No | No |
| Web Hosting Requirements | Shared Hosting | Shared Hosting | Shared Hosting |
| Our Overall Opinion from 1 – 10 | 7 | 8 | 8.5 |
Antara kelemahan yang saya dapati dalam sistem Niagakit ini ialah :-
- Browser compatible. Paparan untuk Internet Explorer 6.0 tak berapa molek. Walaupun, ada yang katakan, jangan dilayan sangat, Internet Explorer 6.0 ni, tapi, buat masa ini, saya katakan, layan je dulu. Kerana apa? 40% daripada pelawat rajakamil.biz, rajakamil.com dan beberapa lagi website milik saya adalah mereka yang menggunakan browser IE 6.0.Itu adalah jumlah yang banyak. Ia seolah-olah, 40% bakal anda meninggalkan kedai anda. Jika pihak Niagakit ada terbaca post ni, mungkin boleh buat sesuatu
- Paparan Niagakit memang dah cun melecun, tapi just nak request, kalaulah pihak Niagakit boleh berikan pengguna Niagakit kebebasan mengawal kedudukan widget. Maksud saya, selain di sebelah kiri, boleh juga jadikan ia berada di atas, di bawah dan di bahagian kanan. Sekurang-kurangnya, taklah semua kedai online Niagakit, rupanya lebih kurang sama je :p
Buat mereka yang nak pakai Niagakit, kelebihan di bawah ni, mungkin boleh digunakan sepenuhnya. Ini boleh juga dikatakan KEKUATAN
- Hari tu saya ada jumpa lelaki di belakang Niagakit,
. Kata mereka, mereka menyediakan kursus instensif untuk para pembeli sistem Niagakit. Kalau nak tahu, diorang ni pun, antara yang hebat dalam Online Marketing. Sambil belajar cara guna Niagakit, bolehlah korek-korek rahsia marketing
- Kalau nak design yang unik, anda tak perlu cari jauh-jauh, salah seorang team Niagakit ini adalah designer bertaraf antarabangsa. Coding yang hebat dan macam-macam lagi lah. Dengan upah yang boleh kira murah, anda boleh jadikan kedai online anda lain daripada yang lain.
- 10 theme percuma tu bukan sedikit ! hoho
Kepada yang masih berkira-kira untuk memulakan kedai online, nasihat saya jangan lama-lama, lagi lama anda tunggu, lagi banyak persaingan yang anda akan hadapi. Tidak kisah mula dengan yang percuma dahulu atau yang berbayar. Yang penting anda mula cepat-cepat. Lakarkan dahulu stratergi perniagaan online anda nanti, dan terjemahkan ke dalam kedai online.
Jika anda tidak mahu complicated, saya cadangkan Niagakit. Kalau ada apa-apa, senang anda nak cari mereka, kat Malaysia je.
Penaja Kami :
Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
Incoming search terms:
- belajar buat kedai online (1)
- bina kedai online guna wordpress (1)
- cara guna free zen (1)
- contoh syarikat guna magento (1)
- kedai online skrip (1)
- kedai online wordpress (1)
- template perniagaan guna joomla (1)



Lot.my tu system dier based on opencart..and IMHO berbanding oscommerce and zencart ni, opencart lagi senang and simple nak manage and upgrade…saya pernah pakai zencart dulu..sbb susah gile nak upgrade lama gak saya tak upgrade..tp last2 sebab ade security holes abes hosting account ke hack..penuh ngan phishing site..huu…lepas tu terus tukar jek ke opencart..tak kuasa nak upgrade..hehe..
macam zencart and oscommerce opencart ni pon free..
kalau nak customize template pon tak susah gak la..meh la tengok2 kedai online saya kat http://sabahaccessories.com , semuanya hasil kerja saya sendiri..hehe..
owh..lagi satu Lot.my memang free..tapi limited to several products jek..kalau nak lebih2 kena upgrade…kalau barang yang dijual less than 10 kalau tak silap saya bule la pakai lot.my..
amirul. tak pnh la pulak dengar radio24. tapi Lot.my tu ada keluar dalam paper Utusan Malaysia harini. kalau tengok kat http://www.lot.my/about memang yg buat tu orang malaysia. otai2 diorang ni.
Cantek lah RK. Dapat ilmu baru harini. Minggu lepas baru saya dengar kat Radio 24 pasalLot.my. Harini dah jumpa sistem lain pulak. Nanti saya tengok mana lagi baik untuk perniagaan saya. Kalau ikut harga Lot.my menang sebab Lot.my percuma je. Kena compare features pulak.
Ilmu baru juga buat saya. Terima kasih Amirul
Ha ha ha! Menarik sungguh dengan cerita batu nisan tu, tapi itu satu idea yang menarik.
Anyway nice review siap dengan video lagi. Terima kasih.
p.s: Nanti kita tengok siapa yang menang.
Terima kasih otai sudi singgah
erm banyak juga rupanya…nak kena cuba jugak nie..terima kasih tuan RK..
Jangan cuba-cuba, tapi BUAT terus
salam tuan RK,
Terimakasih banyak krna seminar IM kat UTP itu ari. Sya adlah salah seorang peserta yg otai aritu. Bukan otai dlm IM tapi dlm bab lelain..hehe..
Banyak yg dpt sya pelajari dr tuan dan saya suka cara tuan memberi ceramah krna bg sya ianya jujur, bersahaja and tidak terlalu lantang mcm setengah org lain..
ok, semoga Allah swt memberi rahmat serta rezeki yg murah kpd tuan selalu.
sekian, tkasih.
Terima kasih otai
.
Tq, rk..memang tegah dipertimbangkan tentang ini..
…jangan lama sangat buat pertimbangan.
Lagi awal mula, lagi cepat dapat experience, dan kurang persaingan :p
hahaha kalau baca review dari RK mesti nak gelak.. memang kreatif dan bahasa yang sempoi sepoi-sepoii bahasa
kalau saya, baca komen dari bro Zuls, mesti tersenyum
Terima kasih bro
Kalau yang serious nak open kedai online, memang recommend sangat guna Niagakit ni.
Design pun sangat professional!
Ha ah, design diorang profesional kan.
RK tak putus2 bg info yg sgt bgus..tq!! ingt, do now!!!
Terima kasih, moga ianya menjadi Titik Tolak bagi mengonlinekan perniagaan anda
Waahh… tak tahu pun sistem niagakit camtu… Menarik jugak, tapi saya punya website juga banyak yang datang guna ie.. =)
Antara punca ramai yang masih pakai IE6 ialah, kerana ramai yang tak tukar XP ke Vista atau Win 7. Nanti, dalam 1,2 tahun ni, ramai lah yang tak pakai IE dah.
Bagi yang pakai sistem Niagakit ini, anda boleh maklumkan kepada pengguna, yang website anda sesuai untuk dipaparkan pada
1. Browser = bla..bla..
2. Screen = bla x bla
PS : UA kim salam kat AA ye
harap tuan RK berjaya….
Terima kasih aku paeh.