Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Salam hormat;
Saya mulakan entri kali ini dengan persoalan :-
- Percayakah anda, sebenarnya barang-barang yang anda beli beberapa hari yang lepas, adalah hasil ‘copy dan paste’ daripada produk orang lain ?
- Tahukah anda, inovasi adalah ‘menciplak’ hasil kerja orang lain tetapi menjadikannya lebih baik
- Bagaimana ‘copy dan paste’ dan ‘menciplak’ dapat diaplikasikan secara online?
Semua persoalan di atas akan dijawab sebentar lagi.
Ciplak, pirasi, lanun, plagiat danterdapat pelbagai lagi istilah lain yang memberi maksud, “jangan curi hasil kerja aku”.
Kalau kita tonton television satu ketika dahulu, heboh media membanteras isu pirasi. Kenapa? Ini adalah kerana, masing-masing pihak atau syarikat yang mengeluarkan sesebuah produk itu, merasakan yang mereka tidak akan untung, jikalau ada pihak lain mengaut keuntungan daripada hasil kerja mereka.
Ok, cukup.
Itu adalah cerita orang yang tidak mahu orang lain mendapat keuntungan daripada hasil kerja mereka. Sekarang, saya nak bercerita tentang, satu perkara yang sangat jarang berlaku di Malaysia. Masih lagi berkisarkan ‘copy dan paste’.
Iaitu, satu pihak, yang nak orang lain memperoleh keuntungan daripada hasil kerja mereka. Apa yang istimewanya, ialah, ia boleh dilakukan secara online.
Mereka mencipta produk. Mengupah orang lain untuk membina laman web untuk mereka. Memastikan bahawa laman web mereka adalah laman web yang dapat menjual, bukan sebagai ‘showcase’ sahaja. Tetapi, mereka tidak menjual produk mereka sendiri, sebaliknya menjual perniagaan yang mereka bina tadi.
Secara offline, ada juga konsep sebegini. Sesebuah company yang tidak dapat mempertahankan syarikatnya, akan menjual syarikat tersebut kepada pihak lain. Ada juga yang, mengambil kesempatan pada musim kegawatan ekonomi, membeli syarikat-syarikat kecil yang mempunyai ‘track record’ yang baik dalam bisnes mereka sebelum ini, namun tidak mempunyai modal untuk meneruskan bisnes. Kiranya,
Syarikat Dibina oleh A -> Ada masalah, B beli syarikat A tadi – A dapat duit untuk run bisnes lain, manakala B, dapat syarikat yang berpotensi untuk meneruskan bisnes asal syarikat
Dalam kes di atas, siapa yang rugi? Kalau tanya saya, dua-dua untung.
A dapat duit. B dapat syarikat. Dua-dua dapat apa yang mereka nak dapat.
Berbalik kepada kisah online tadi. Perkara yang sama juga boleh berlaku, malah lebih baik.
Kita ambil kisah A dan B tadi, tetapi versi online.
A ada produk dan website -> B berminat nak beli produk + website A -> Pada masa yang sama, C,D,F dan G juga berminat nak dapatkan produk dan website A -> A bijak, lalu membuka 9 jualan , lesen hak cipta terhadap produk beliau. -> B,C,D,F dan G beli lesen tersebut dan masing-masing menjalankan perniagaan tadi.
Apa A dapat => Duit dan kredibiliti
Apa B,C,D,F dan G dapat => Jimat masa dan peluang perniagaan, kerana masing-masing tahu bertapa sukarnya untuk mencipta produk sendiri dan membina laman web.
Ok, saya tak nak cerita panjang lebar. Anda boleh buat research terhadap perkara yang saya nyatakan di atas.
Boleh guna istilah-istilah di bawah untuk membantu research anda ;
- MRR
- PLR
- Master Resell Right
- Private Label Right
- Turnkey website
Akhir sekali, saya mempersembahkan, video tutorial yang saya rakamkan 2 hari yang lalu. Video ini berkaitan, dengan cara, bagaimana nak mempunyai perniagaan produk digital sendiri, dalam tempoh 5 minit sahaja.
Anda perlukan perkara-perkara berikut:-
1. Produk MRR (jikalau tiada, sila tonton video di bawah sehingga habis, kerana saya ada nyatakan bagaimana nak dapatkan produk MRR secara percuma)
2. NVU atau HTML editor yang lain (ada dinyatakan juga di dalam video di bawah)
3. Core FTP atau perisian FTP yang lain (juga dinyatakan dalam video bagaimana nak dapatkannya)
Panjang video : 27 minit +
Objektif video : Menunjukkan anda satu cara menghasilkan perniagaan di online dalam tempoh yang singkat
Selamat menonton:-
Video Tutorial – Bina laman web yang menjual produk digital kurang daripada 5 minit from Raja Kamil on Vimeo.
Dalam video ini, anda akan mempelajari bagaimana kita menggunakan produk MRR untuk menjual produk digital.
Tak sampai 5 minit, anda boleh mempunyai sebuah perniagaan yang boleh dijalankan secara automatik.
Care to share?
.this article is a teaser for my FIRESALE
Penaja Kami :
Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi)
(exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)
Incoming search terms:
- perniagaan digital printing (2)
- bina video tutorial (1)


Thanx for good info..
off topic : sape2 nak beli produk2 MRR & PLR, bleh tgk kat sini http://www.ebooksforresale.com
p/s: admin kalau rasa nak delete post sy ni delete la yer..
Thanx for good info..
off topic : sape2 nak beli produk2 MRR & PLR, bleh tgk kat sini http://www.ebooksforresale..
p/s: admin kalau rasa nak delete post sy ni delete la yer..
Salam RK;
Terima kasih di atas tutorial yang telah dikongsikan.
Cukup bermanfaaj bagi saya terutama bahagian menerima bayaran dari Paypal. Terima kasih sekali lagi.
boleh tak bagi link untuk download video ni? kecik sgt la
wah byk jugak produk ni rupanya. kena try jugak ni…
Salam RK..
terima ksih , info yang cukup bermanfaat..
terima kasih kembali
Kami mesti cuba… eceh… banyak produk MRR.PLR nih… leh try gak nih…den baru nak terjun dalam bidang nih…hehehe
Ha ah, memang banyak, boleh dapatkan yang fresh-fresh di http://www.firesale.dot-my.com
apa yang boleh saya cakap di sini hanya lah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas penerangan yang jelas dalam video tersebut, dengan penerangan percuma yang tuan bagi amat berguna pada saya, semoga dengan keikhlasan anda membantu newbie menjana wang di internet akan diberkati Allah hendaknya, ini yang dikata IM sebenar membantu pada yang memerlukan, saya doakan semoga satu hari nanti anda akan menjadi jutawan, sekian
Terima kasih kembali
Salam Raja Kamil, Terima kasih diatas perkongsian ilmu yang diberi. Tengok macam senang tetapi hakikatnya sangat susah labih2 lagi newbe macam saya ni,Walaupun susah saya tetap akan belajar dan menanti di video akan datang. Rasa macam nak berguru sahaja dengan Raja Kamil. Selamat maju jaya.
Dia akan jadi senang bila dah buat. Kalau tengok, kita akan ‘rasa’ je senang
Terima kasih diatas perkongsian Tuan RK di atas.
Sangat mudah rupanya untuk menjana pendapatan di internet ni. Semoga ramai yang memulakan pernigaan internet dengan cara yang betul. Bukan “join” skim cepat kaya yang banyak di internet sekarang ni.
Diharapkan, mereka dapat membuka mata dengan perniagaan yang sebenar.
http://www.easqueeze.com adalah salah satu contoh produk yang saya jual semula (nak beli lesen RR dia agak mahal).
TQ Rajakamil,info yang berguna bt para newbie yg sedang berjinak-jinak dlm bisnes internet.,
Nasihat saya kepada yang baru berjinak-jinak dengan IM ini, ialah, terus masuk pasaran antarabangsa. Kalau tidak, 5 tahun daripada sekarang, anda masih seorang IM macam saya. :p
Saya setuju dengan RK…
Saya pun dh try mase mula buat IM ni..lebih mudah buat sales dari tumpu pasaran Malaysia…
Tapi kena tmbh ilmu lg..
ape2 pun tq pd RK dgn info berguna ni…