Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera; Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke kampung halaman. Adeh, macam karangan sekolah yang bertajuk "Kampung Halaman" pula. Ok, ok. Saya nak cerita. Minggu lepas, saya dan famili, balik kampung, di Sg. Besar, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
. Apa yang menariknya, selain dapat berjumpa dengan ibu dan ayah yang tercinta, serta adik beradik yang makin debab, saya juga berpeluang berborak-borak dengan seorang jutawan. Real punya jutawan. Nama beliau, saya rahsiakan, kerana beliau lebih suka underground. Dalam entri ini, saya bukan nak share gambar-gambar yang saya tangkap bersama beliau, tetapi lebih kepada apa yang disampaikan oleh jutawan tersebut kepada saya. Ye lah, benda baik, kita share lah kan.
Sebelum saya kongsikan beberapa falsafah dan pandangan jutawan ini, saya ceritakan sedikit riwayat hidup Mr. Millionaire ini. Sebelum itu, definisi jutawan yang kita akan gunakan ialah,
Mempunyai Sejumlah Simpanan Cair (iaitu, simpanan yang boleh dicashkan dengan pantas), Yang Bernilai Lebih Daripada RM1,000,000
Maksudnya, nilai tanah, rumah, kereta, isteri set pinggan mangkuk, sofa, set karaoke, dan segala yang sukar untuk dicashkan dengan kadar segera, TIDAK diambil kira. Yang diambil kira ialah, saham, cash, unit trust dan simpanan bank sahaja. Berbalik pada kisah jutawan ini, beliau mempunyai simpanan cair bernilai sejuta ke atas, pada usia 35 tahun. Apabila ditanya, bila beliau bercita-cita untuk menjadi jutawan? Jawabnya, pada 10 tahun sebelum itu. Pada ketika itu, beliau bekerja sebagai seorang engineer dengan gaji RM1,000 ++. (seribu lebih je) Memang kitaorang berborak panjang. Ye lah, saya pun nak jadi jutawan, jadi belajarlah dengan jutawan.
Beliau ni, jutawan dalam bidang perniagaan. Lebih tepat, berkaitan kejuruteraan awam. Bukan, jutawan internet :p. Itu, skrin shot boleh tipu punya !!!
Tapi, buku akaun, takda tipu maa…… Saya just kongsikan beberapa perkara dalam bentuk point, untuk mudah para pembaca blog ini menghadam dan seterusnya mempraktikkan tulisan ini bersama-sama. 1. Sikap jutawan. Ingat tak, saya ada nyatakan, usia jutawan ini mula merancang untuk menjadi jutawan? 25 tahun. Berapa gaji beliau ketika itu? Seribu lebih. Kalau gaji beliau dinaikkan ke RM5000 sebulan pun, dalam tempoh 10 tahun beliau hanya dapat kumpul, RM 600,000. Itu kalau tak makan cik Bedah oi. Anak bini beliau nak makan pasir pun kena bayar. (gula pasir). Jadi, saya sangat teruja, bagaimana beliau dapat lakukannya dalam tempoh 10 tahun. Satu tempoh yang mustahil untuk menjadi jutawan bagi seorang yang gaji bulannya adalah seribu lebih sahaja. Betul lah kata pepatah, Nak seribu daya, tak nak beribu dalih.
Memang daya yang dikeluarkan oleh En. Jutawan ini, merupakan sesuatu yang hampir-hampir tidak ada dalam diri ramai orang. (termasuk saya, buat masa ini). Apa "daya" tersebut :- 1. Jujur – Apabila orang dapati kita jujur, secara tidak langsung, kepercayaan orang terhadap kita makin tinggi. Ini seterusnya akan membuka lebih banyak peluang kepada kita. 2. Tepati janji – Bila berjanji nak siap sebelum seminggu, sebelum 2 hari kerja tersebut siap (siap + perfect) 3. Tauladan – dua daya di atas, lebih kepada adab dengan pihak atasan. 2,3 tahun selepas memasang cita-cita menjadi jutawan, beliau diberi peluang untuk memegang jawatan yang lebih tinggi. Diceritakan kepada saya, pernah satu hari beliau, memberikan tugasan kepada orang bawahan. Ditanya kepada pekerja itu, "Bila boleh siap ?" Jawab si pekerja, "2 minggu (saya tak ingat, seminggu ke 2 minggu)". Kata si Jutawan "Kerja macam ni, 2 hari je boleh siap". Jawab pekerja, "Tak bolehlah, sambil memberi pelbagai alasan".
Si jutawan mencabar "Saya boleh buktikan, kerja ni boleh siap sebelum 2 hari, kalau saya boleh buat (saya tak ingat sangat apa cabaran yang diberi jutawan tu)". Tapi, apa yang diceritakan, memang sungguh mengharukan. Malam tu, beliau pulang ke rumah lewat, siapkan tugasan yang ingin diberikan kepada pekerja tadi. Keesokannya, En. Jutawan, memanggil pekerja tadi, "Nah, ini kerja semalam. Dah siap." Dengan sikap seperti ini, orang bawahan, tidak berani memberi alasan, kerana boss boleh buktikan. Kalau ada yang beri alasan, anak ramai, si jutawan tanya, "Kamu ada berapa orang anak?", Si pekerja menjawab, "4 orang".
Si jutawan jawab kembali, "Saya ada lebih ramai anak daripada kamu, saya ada 6 orang anak". Kalau pekerja datang lambat, si jutawan bertanya, "Kenapa lambat?" . Jawapan standard. Trafik jam, rumah jauh. Beliau akan bertanya lagi, "kamu tinggal mana?". Jawapannya, Subang Jaya, Kajang, Bangsar, (sekitar KL). Si Jutawan menjawab, "Saya tinggal di ****** – tempat tersebut 1 jam daripada KL (kalau tak jem)." Saya boleh sampai 7:30 pagi, kenapa kamu yang tinggal dekat dengan KL, datang lambat? itulah sedikit cerita mengenai jutawan yang saya temui. Buat pengengetahuan, saya balik Kampung, Hari Ahad, pulang ke rumah hari Khamis. 4 hari saya di sana. Sepanjang saya berada di sana, hampir setiap masa saya borak dengan jutawan ini. Maksudnya, banyak benda yang saya dapat daripada jutawan ini.
Ujian
Kalau ikutkan, saya nak post pelajaran-pelajaran yang saya dapat daripada En. Jutawan ini, setiap hari ketika berada di sana, namun, ujian diberikan kepada saya. Laptop saya, dengan bangganya, merosakkan dirinya. Sayang, tak dapat nak update.
Saya
Saya ada satu sikap, "kalau tak sudi, saya tak beri". Saya terfikir, untuk menceritakan segalanya tentang jutawan ini melalui post ini, Namun, saya taknak menjadi seperti orang yang shok sendiri. Justeru, saya akan postkan dari semasa ke semasa apa yang boleh kita pelajari daripada jutawan ini. Itupun, kalau ada permintaan. Nak ke? PS : Apa yang istimewanya tentang jutawan ini berbanding jutawan lain sehingga saya sendiri nak bercerita tentang beliau di dalam blog ini?
- saya jumpa face to face
- ketika saya berada di bilik beliau, (ketika beliau ke tandas), saya ternampak sebuah buku bank, dan saya buka, saya terlihat jumlah terkini untuk akaun tersebut, ada RMxxx,000 . Itu baru satu akaun. Kat atas meja jutawan ini, ada lebih daripada 5 buku akaun. Tak sempat nak belek-belek, En. Jutawan, keluar bilik air :p
- Beliau berhenti kerja pada umur 38 tahun. Financial freedom. FREEDOM. Bukan seperti kebanyakan jutawan dan 'jutawan' yang lain, masih terpaksa bertungkus lumus MEMAINTAINKAN kejutawanan mereka.
- Jaga solat. Tak pernah ada satu waktu solatpun, ketika saya bersama beliau, beliau miss.
Tinggalkan komen anda ye…..nak juga tahu, ramai yang berminat nak baca entri tentang jutawan ini pada masa akan datang?
Penaja Kami :
Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi)
(exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)
Incoming search terms:
- cerita jutawan (27)
- karangan internet dan saya (8)
- kisah hidup jutawan malaysia (4)
- sikap jutawan (3)
- jika saya seorang jutawan karangan (3)
- internet DAN SAYA (3)
- internet dan saya karangan (2)
- kisah kejayaan jutawan dunia (2)
- contoh karangan jika saya seorang jutawan (2)
- contoh karangan aku seorang jutawan (2)



Salam..
Jaga solat insyallah anda dapat tepati masa dan jujur dalam perniagaan..=)
Salam,
Amat tertarik dengan cerita jutawan ini. Kalau kita nak berjaya dalam apa-apa pun bisnes kita perlu ajak
orangatasan untuk join kita iaitu ALLAH. Jika ALLAH bersama kita, kita akan berjaya dalam apa bidang sekalipun.Wassalam.
salam..hehe..tertarik dengan perkataan RM5000 tu kalau tak makan, dalam masa 10tahun baru RM600k lebih, tu pun kalau tak makan

pernah satu ketika(masa tu mak saya sakit teruk), dan pada masa tu jugak saya memang dah lebih dari 2tahun bekerja dan part time buat duit online..ada la sikit2 nak hidup senang, tapi bila tukar niat dari 'aku nak cari duit lebih supaya hidup senang' kepada niat 'aku kena usaha cari duit lebih banyak lagi untuk mak aku', secara tidak langsung terus income datang mencurah-curah,alhamdulillah
walaupun memang realitinya saya memang ikat perut kaw-kaw semata-mata nak capaikan niat tu…sebab tu suka dengan ayat tu kot..hehe..niat yang akan pengaruhi minda dan aksi kita…
ps: RK ni sama umur dengan saya rasanya…si Aqif n Juan still boleh jalan laju-laju lagi..silap haribulan, income RK pun dia cantas
insyaAllah
Nak jadi jutawan paling penting jaga hubungan dengan Allah kerana Dia lah yang akan mengurniakan pd hambanya…jutawan bahagia dunia akhirat
Satu perkongsian yg menarik…..
semoga Tuan RK juga akan menjadi jutawan insyaAllah….
ya. tiada alasan. Konsep penting tu. Tapi tak semua orang boleh buat dengan baik.
nice sharing…
pasal cabaran tu.. saya rasa, konsep yang jutawan tu nak tegaskan ialah..
"Tiada alasan"…
@shuth terima kasih, saya bersetuju dengan bro. “Tiada alasan”
Salam Tuan RK…
Boleh tanya tak berapa tahun lagi target tuan untuk jadi seorang jutawan ?
saya pun tertarik juga dgn ayat yg last tu “Jaga solat..
apa yang saya pelajari, apabila kita jaga solat. kita mempunyai hubungan yang baik
dengan Allah, maka kita juga Insya-Allah akan diberi rahmat dalam bentuk hubungan yang baik
dengan keluarga, rakan dan…. .apabila kita ada hubungan baik, urusan kita sehari-hari juga kurang rintangan..
Selalulah juga improve kualiti solat dari masa ke semasa..
Saudara Kamil,
Jutawan tu, your _____ kan?
hehe, terus kongsi tip…
[...] Jutawan, ujian dan saya ? | Blog Perniagaan Internet Says: July 6th, 2010 at 7:39 pm [...]
[...] Previous || Next [...]
terima kasih kerana share cerita ni…cukup menarik dan saya tertarik nak join venture bersama-sama dengan yang lain untuk dapatkan sambungan cerita menarik ni…bagaimana ya…boleh tak tuan RK email kat saya…atau mungkin maklumkan melalui email…saya bukannya pro sangat mengenai update2 dan yang sewaktu dengannya…
Teman memang sangat hauskan hidangan dan menu sebegini. RK , tuan mesti(huh sorry noo) bagi kat teman, mesti!!, teman tunggu nii, TK.
moral dari cerita Jutawan ni….
REZEKI sesunggguhnya datang dari Allah..
semakin kita sentiasa mensyukuri apa yang Allah berikan
semakin banyak yang Allah akan kurniakan…..
pernahkah kite terfikir kita sebenarnya dah jadi JUTAWAN?
JUTAWAN apa????
fikirkanlanlah sendiri…….
Masyaallah…saya amat tertarik dgn ayat yg last ni “Jaga solat. Tak pernah ada satu waktu solatpun, ketika saya bersama beliau, beliau miss. ”
Ingatlah dalam apa jua pekerjaan kita…jaga solat adalah tunggak yg terpenting kerana harta kekayaan semuanya dtg dr ALLAH dan dia berhak menarik balik semua harta tersebut dgn sekelip mata. Jgn ikut hasutan syaitan
cerita la lagi……
akhirnya……ada jugek jutawan yg sudi kongsi ilmu & rahsia sambil sembang2….sambil ngekopi ginseng pastu ngiseng
trimas RK
hehe, ngekopi, ngeteh, ngedur, last-last sekali, ternga-nga
Salam. Cerita yang sangat bagus. Jutawan yg senyap & bagus kerana menjaga solat
bjya d dunia & akhirat.
moga2 akan ada lagi cerita2 yang berbentuk motivasi diri.
@Hadi, betul tu. Apa yang penting, kekayaan akhirat.
memang menarik, tapi cerita separuh jalan jer hehe
@Abg Aji, hehe, nak kumpul feedback dulu Abg Aji
panjangnye cite.. ngantuk aku.. tapi cite best la.. wuarggghhh
@Tanya Lelaki, terima kasih bro. Mak saya kata, kalau baca betul-betul sebelum tidur, kita akan mimpi apa yang kita baca…bro mimpi jadi jutawan tak malam tu ? :p
Saya pun meletakkan cita2 untuk menjadi jutawan.. Saya ada juga mengikuti seminar2 yang dibuat oleh orang2 jutawan.. Dengan ini dapat menaikkan semangat untuk merealisasikan hasrat untk menjd jutawan. Perkongsian yang baik kerana dapat menceritakan pengalaman salah seorang jutawan melayu yang perlu kita contohi.. Teruskan usaha untuk menyampaikan pengalaman anda bersama jutawan tersebut.
@ZaieN Terima kasih. Memang salah satu stratergi nak jadi jutawan, ialah selalu mendapatkan ‘aura’ jutawan tu.
RK kongsi la lagi..nak tahu gak..”saya pun mahu jadi jutawan” -iklan power root
@Faiz Shafie, huhu…..saya pun mahu jadi jutawan.
Satu perkongsian yang menarik dari saudara RK.
Harap dapat diteruskan. Saya tunggu cerita selanjutnya.
@Hasbullah, terima kasih
Bro, memang best cerita ‘jutawan dan bro”..eh, sedap pulak bunyinya
Buleh buat tajuk ebook nih…
Teruskan, saya akan sentiasa menanti update daripada bro..
Citer-citer tentang kejayaan orang ni memang dapat membakar semangat. Tak salah jika berkongsi. Semua orang nak jadi jutawan, tapi ramai yang terkandas di tngh jalan.. macam saya
Salam Tuan RK,
Saya setuju, bukan mudah nak jadi jutawan tetapi semangat + usaha + tawakal yang menentukan seseorang orang bakal menjadi jutawan atau tidak. Insyallah.
Thanks sebab post yang menarik ini
@Jersi Bola
Tak mudah, tapi tak mustahil
Terima kasih bro, sudi ziarah.
wah teruskan lagi kongsi pasal jutawan ni.. susah nak jumpa jutawan macam ni ni..
@Zuls hehe, bro pun Jutawan apa…insya Allah, saya akan tambah lagi kisah seperti ini.
satu kisah jutawan yang menarik..
update sokmo ya rk…
@mirlme terima kasih. Insya Allah, saya update lagi
Salam,
Perkongsian yang menarik.
Sy kadang-kadang baca jugak buku2 motivasi mengenai kisah-kisah kejayaan orang berjaya. Tp tentu tak sama dengan kisah individu mr. jutawan yang RK jumpa dan bercakap secara face to face ni. Biasanya kita cuma teruja apabila nengok kemewahan dan kejayaan mereka. Di sebalik kejayaan mereka ni, terselindung kisah-kisah jatuh bangun diorang yang patut dijadikan teladan. Lebih-lebih lagi mereka yg jadi jutawan hasil dari titik peluh sendiri.
@Lanchini Salam;
Betul tu, kisah jutawan ni berbeza-beza. Kalau nak dijadikan motivasi, boleh tengok lifestyle mereka. Ada yang low profile seperti Warren Buffet (pakai kereta Volvo lama je), atau se’techno’ sepeti Bill Gates
Even, ada yang semurah hati seperti Syed Mukhtar Al Bukhary
Sangat menarik..Terima kasih RK atas perkongsian ini..
Yang paling tertarik financial freedom ketika umur 38tahun..
Hehe, Juan muda lagi, boleh push
Assalamualaikum W.B.T Tuan Raja Kamil,
Pertama sekali saya mohon maaf kerana jarang berkomunikasi dengan tuan melalui ruangan komen ini. Ini berikutan saya sentiasa menjadi pembaca setia blog ini dan masih lagi segan-segan untuk meletakkan komen di blog Tuan.
Kisah yang Tuan kongsikan ini amat memotivasikan diri saya untuk menjadi jutawan dalam 10 tahun akan datang (atau mungkin lebih pantas? Insya-Allah). Saya percaya Tuan Raja Kamil juga bakal menjadi jutawan dan akan berkongsi lebih banyak tips yang hebat dan berguna bersama para pembaca setia.
Saya doakan kejayaan Tuan. Insya Allah. Salam kejayaan.
Waalaikumussalam W.B.T Saudara Aqif;
Pertama sekali, saya mohon janganlah rasa bersalah kerana kurang berinteraksi di blog ini. Menjadi pembaca setia pun, sudah membuatkan pinggul saya kembang semacam.
(kembang bangga)
Saya doakan saudara akan cepat-cepat menjadi jutawan. 5 tahun? Boleh kot.
Kalau ikut facebook saudara, huhu, aktif benar berniaga.
Terima kasih atas doa saudara, moga saudara juga peroleh kejutawanan dunia dan akhirat.
Salam mesra
salam bang,sy minat sgt nak jadi kaya,tapi di sy ni suke sgt bagi alasan x de mase la itu, ini la.sy ade join bnyk MLM tapi tak le p,sbb sy ni mls.abg bole tlg sy tak??
W’salam dik, saya pun minat juga nak jadi kaya. Hurm, nampaknya adik dah ada jawapan untuk permasalah adik, kurangkan beralasan, sebaliknya, tukarkan kepada tindakan. Kalau join MLM, fokus pada satu je. Jangan dok kejap, sana, kejap sini. Kemudian, sebarang perjumpaan yang dibuat, pergi ! Selagi tak bercanggan dengan hukum Agama, takpe.
mmg menarik nie bro.. sambung seterunya bro.. boleh menaikkan semangat.. tambah2 bab p/s tu..
huhu, ramai juga yang suka bab ps
salam RK…menarik citer RK nie…teringin nak jadi jutawan, tapi bukan mudah nak jadi jutawan. pokok pangkalnya kena berusaha dan kuat disiplin..kalau free tambah lagi citer tentang jutawan nie yer…
Salam Din. Saya pun teringin juga. Buat masa ni, jutawan rupiah tu, Alhamdulillah, dah lepas.
Salam Tuan RK.
Satu perkongsian yang menarik ni. Saya memang suka cerita2 yang menginspirasikan.
Harap dapatlah kiranya Tuan RK meng’entri’kan tip2 dari jutawan tu
Salam saudara Shukor.
Insya Allah, jika ada masa, saya akan meng”entri’kan tip-tip dari jutawan ini