1-1 = 0 ? Salah, jawapannya 8 !!!

Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE

Salam hormat;

Berikan saya sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan anda di Tanya Apa Sahaja : Edisi 1
Siapa-siapa yang belum bertanya lagi, bolehlah berbuat demikian :)

Baik, dalam entri kali ini saya ingin membawa anda mengimbas kembali matapelajaran matematik yang kita telah pelajari ketika tadika dahulu. Saya tahu, ramai yang suka matapelajaran ni. :) kan..kan..kan…?

Dulu-dulu, masa tadika kita ada belajar, 1 tolak 1 sama dengan sifar kan? Ye, secara teorinya begitulah.
Saya masih ingat lagi, cikgu tadika saya, namanya Cikgu Ila. Cikgu Ila kata;
“Ahmad ada 1 limau, limau tu Ahmad beri kepada Ali,  berapa limau yang Ahmad ada sekarang?”

Semua murid ramai-ramai menjawab……”kooooooooosong cikgu”.

Tiba-tiba seorang murid mengangkat tangan. Kamil namanya. (blog ni saya punya, biarlah saya jadi Hero…hehe)
“Salahlah cikgu, jawapannya lapan”.

“…pap, pap….”, penampar cikgu Ila singgah di pipi Kamil. (biasalah, hero kalah dulu)
Cikgu dulu-dulu memang garang, tak macam sekarang, cubit sikit dah masuk balai (ye ke?)

Cikgu Ila, “Awak ni Kamil, dah berapa kali saya kata, 1 tolak 1 sama dengan kosong. Dah-dah, ambil tisu ni,
jangan dok menangis lagi. ”

Kamil – sambil mengesat air mata – “baik cikgu, mata saya masuk habuk” – sambil teresak-esak.

Coooooooooooooooop !

Ok, itu drama yang berlaku di sebuah tadika. Point saya ialah, kita semua belajar, 1 tolak 1 sama dengan 0.
Itu dulu. Masa saya kecik-kecik, saya takde blog, jadi saya tak dapat nak jawab balik kat cikgu tu.
Lagipun cikgu tu perempuan, kalau lelaki……

Orait, dalam blog ini, saya akan BUKTIkan kepada anda, bagaimana 1 tolak 1 sama dengan 8.

Sebenarnya, tak semestinya 8. Kadang-kadang, boleh jadi 3, boleh jadi 10 dan boleh jadi lebih lagi.

Tapi takpe, dalam post ini, saya ambil 8.

Teorinya bermula begini. Petang tadi, ketika saya melayari bahtera rumah tangga facebook,  saya terjumpa sebuah
post yang menggusarkan jiwa saya.

Post ini dibuat oleh salah seorang rakan fb saya yang juga merupakan seorang web designer. Dalam post beliau, (dekat wall),
beliau ada nyatakan beliau berasa gembira kerana mendapat tempahan membina laman web. Link laman web berkenaan pun, ada
disertakan sekali dalam wall tersebut.

Atas dasar kasih dan sayang sesama saudara seagama, saya menegurnya. Tunggu, apasal saya nak tegur-tegur orang plak, salahke berkongsi berita gembira di fb ? Atau, salahke pekerjaan membina laman web tu?

Tak salah. Bahkan, sebenarnya bila saya mula-mula membaca wall beliau, saya tumpang gembira. Yelah, kawan-kawan dapat untung, mestilah gembira. Manalah tahu, dia nak belanja saya nasi ayam ke…kan..kan..kan?

Soalnya, bukan wall tu yang menjadi masalah, tetapi link laman web beliau itu yang menjadi problem. Terkejut saya, kerana, laman web yang beliau siapkan adalah berkaitan dengan Wine.

Wine tu apa? Wine tu adik beradik arak. Arak ni, tak kisah adik dia ke, abang dia ke, kakak ipar dia ke, tetap juga arak.

Ada sebuah hadith tentang arak yang saya ingin kongsikan dengan anda

Dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bermaksud: ” Dilaknat oleh Allah ke atas arak (itu sendiri), peminumnya, orang yang memberi khidmat (menyediakan arak), penjual, pembeli arak, tukang perah, orang yang terlibat dengan proses pembungkusannya, orang yang membawa arak-arak tersebut dengan lori, si penerima barangan tersebut dan orang yang makan hasil jualan arak tersebut.”

Ok, saya tak nak ulas tentang hadith ini. Untuk kepastian, anda boleh tanya ustaz di tempat tinggal anda. Tapi, hadith di atas tu, kan terang lagi bersuluh maksudnya.

Saya copy hadith tu, dan kemudian, saya paste dekat wall facebook kawan saya tadi. Bukan nak tunjuk hero ke apa (walaupun saya ni hero dalam blog ni). Cuma, atas dasar kawan-kawan, tegur je lah.

Mungkin ada yang tanya, kenapa tak tegur melalui mesej je? Kenapa mesti tegur dekat wall? Tak poyo ke?
Saya pun ada fikir benda ni, cuma bila saya melihat jumlah rakan facebook kawan saya ni dekat 4000 orang, saya jadi risau.

Saya risau, kalau-kalau rakan facebook beliau ini juga dah baca wall tersebut (yang pasal dapat upah bina laman web arak), tetapi mereka memandang dari sudut berlainan. Maksud saya, potensi buat duit dengan membina laman web berkaitan arak. Atas concern tersebut, saya tanpa berfikir lagi, terus paste dekat wall kawan saya tu.

Ok, walaupun saya hero cerita ni, tetapi, yang akan menjadikan cerita ini menarik, bukan kisah saya, sebaliknya kisah kawan saya tu.

Nama pun orang baik-baik dan tulus ikhlas. Kawan saya ini, menerima nasihat saya dengan amat terbuka sekali.
Apa reply beliau pada post saya tadi?

Ini jawapannya :

“:) isk bagus bagus, perbincangan sebegini. Saya telah pun menolak beberapa blog creation niche sebegini. “

dan juga mesej beliau kepada saya

“:) terima kasih tuan. telah saya tolak job yg berkaitan website create dlm niche tersebut. :)

Baik kan kawan saya tu? Tentulah baik, seorang hero mestilah berkawan dengan hero cerita lain untuk maju ke hadapan. :D

“…erm, ok En. Hero, kawan anda dan anda memang sama-sama baik, cuma saya masih tak faham, tang mana yang 1-1=8 tu?”

ok, soalan yang bagus.

Tang mana? ha…ini lah nak dijadikan cerita ni.

Betapa agungnya kekuasaan Allah itu, sejurus kawan saya tolak semua tempahan laman web berkaitan dengan arak, kawan saya ini, dapat 8 (baca : lipan LAAAAAAAPAN) lagi tempahan laman web tetapi dalam niche yang berlainan.

Bila saya dapat tahu perkara ini, saya mengucap panjang tanda kesyukuran. Betapa Dia telah membuktikan melalui kawan saya ini, sesiapa yang mencintai dan mengangungkan syariat Allah, pasti Dia tidak akan mensia-siakan hambanya.

Cash tu. Allah bayar cash kepada kawan saya tadi.

Kalau satu laman web beliau dapat upah USD100, bila dah tolak tempahan satu laman web, secara logiknya beliau akan kerugian USD100 lah kan. Tetapi ini, tidak, apa yang terjadi, sebaliknya dapat USD800.

Subhanallah.

Saya tak tahu bagaimana saya nak kongsikan rasa syukur saya tu melainkan berkongsikan kisah ini kepada pembaca blog saya.

Saya harap, anda dapat mengambil iktibar daripada kisah ini. Cuma, janganlah mengharapkan hik,ah atau ganjaran, sebaliknya biarlah ikhlas. Ganjaran itu semua, kalau datang rezeki, kalau tak datang pun, sudah tentu ada hikmahnya.

Supaya anda sendiri merasa aura kisah saya ni, jemputlah tengok skrin shot wall kawan saya tu.
(nama saya terpaksa padamkan untuk privasi)

<< klik untuk gambar besar

Selamat beramal;

Raja Kamil

Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi) (exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)

Komen :

comments

Filed under: Cerita Motivasi | Tagged

13 Responses to 1-1 = 0 ? Salah, jawapannya 8 !!!

  • Jaws

    peargh..
    betul laa..
    1-1 = 8.
    pasni aku akan cuba praktikkan juga..
    trimas for sharing..

  • hidrogen

    kisah benar ni memang menarik. kalau buat sesuatu yang baik walaupun tak dapat 8 di dunia mungkin boleh dapat 8 di akhirat. 8 di akhirat sudah tentu jauh lebih baik dari 8 di dunia.

  • Fazli

    good example. nice artikel. tq for sharing.

  • [...] 1-1 = 0 ? Salah, jawapannya 8 !!! [...]

  • pakar blogger

    Salam..

    1 huraian yg panjang lebar yg diberikan, tetapi ending nyer amat berguna kpd Usahawan kerana jangan terlalu mengejar keuntungan tetapi melanggar syariat islam..

    Tq

  • zuls

    satu pengalaman yang betul2 menarik. dan memberi pengajaran..

  • paeh

    saya ada terbaca post tu dan komennya. tahniah RK dan rakan RK juga…. ;-)

    • Raja Kamil

      @Paeh Trimas Paeh :D

  • karim

    hari sabtu keje la bro… rakan2 teruskan komen ye.. :mrgreen:

  • karim

    Tapi dalam masa yang sama bro sendiri akan mendapat “tempiasnya” tapi tak tahulah bila, esok,lusa,tulat,… tanpa kita sedari… 1-1+?? yang penting IKHLAS DARI HATI.

    • Raja Kamil

      @Karim huhu, saya rasa saya dah dapat “tempiasnya” tu. Saya dapat pembaca blog yang setia seperti bro…hehe, terharu.
      Offtopik, gathering WC tak datang ke bro ;) ?

  • hmjebat

    Kadang-kadang kita bukannya tak tahu tentang halal-haram sesuatu perkara tu, cuma terlupa/terlalai akibat duit.

    Sebab itulah pentingnya ‘tazkirah’, iaitu peringatan. Tegur-menegur antara satu sama lain, kadang-kadang boleh menyedarkan seseorang yang ‘lari track’.

    • Raja Kamil

      @Hm Jebat Betul. Terima kasih bro atas peringatan ini. :)