4 Cara Berjimat Dalam Perbelanjaan Harian


Rahsia Otai IM Seantero Dunia !

Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Your Privacy is SAFE
Bagaimana saya berjimat sehingga RM500 sebulan.
Mungkin idea di bawah ini anda sudah tahu, dan mungkin ianya baru bagi anda.

Tapi yang pasti, saya dapat berjimat sehingga RM500. Sebelum itu, mari kita perhatikan
ada apa dengan RM500 itu?

Jika sebulan anda dapat berjimat RM500, setahun anda akan dapat berjimat RM6000.

Katakanlah duit itu anda tidak buat apa-apa kecuali menyimpan di Tabung Haji (recommended).

Untuk 10 tahun, anda akan dapat menyimpan RM60,000. Itu belum masuk dividen yang anda akan
terima setiap tahun.

Katakan purata tambahan daripada dividen yang anda akan dapat ialah RM170. Untuk 10 tahun,
anda akan dapat RM1700. TANPA BUAT APA-APA !

Total anda akan dapat menyimpan dengan hanya berjimat cermat ialah, RM61,700

Jadi sekarang anda tahu bukan, apa itu nilai penjimatan RM500 sebulan?

Baik, sekarang saya akan kongsikan 4 cara saya berjimat sehingga RM500 sebulan, dan pernah saya dapat jimat
lebih daripada itu, ie (RM1000+)

[1] Isi minyak kereta bila tangki hampir kosong sehingga penuh.

Dengan cara ini, saya dapat menjimatkan masa dan duit minyak saya. Kebiasaannya, orang takut nak isi minyak penuh-penuh.
Jadi, kita akan isi sedikit-sedikit.

Masalahnya akan timbul, bila anda dapati, anda sebenarnya membazikan masa, tenaga dan wang anda apabila anda
terpaksa mengisi sehingga berkali-kali.

Katakan, untuk sebulan, anda perlu mengisi penuh kereta anda sebanyak 2 kali. Untuk ke Petronas (atau pam minyak lain), anda perlu berbelanja
RM10 (duit minyak pergi balik), jadi, total anda hanya perlu belanjakan RM20 sahaja sebulan.

Berbanding, kalau anda jenis isi sikit-sikit, anda perlu isi sebanyak 10 kali. Kita ambil kira-kira yang sama seperti di atas, RM10 untuk duit minyak.
Untuk 10 kali, anda telah keluarkan RM100. Iaitu pembaziran RM80.

[2] Topup untuk 3 bulan sekali

Saya tahu, bawah sekarang ini ada kemudahan topup  secara online. Tapi, tahukah anda, sebenarnya masih ramai lagi yang beli topup di kedai-kedai?

Katakan kos untuk ke kedai topup ialah RM10 (pergi balik). Biasanya orang akan topup sikit-sikit. Jadi, dalam
sebulan, sekali topup RM10, umummnya orang akan pakai RM50 sebulan.
(ini yang biasa, tidak terlalu jimat, dan tidak terlalu tinggi penggunaan)

Jadi, dalam sebulan kita akan ke kedai sebanyak 5 kali. Dalam sebulan, kita akan keluar belanja RM50. Itu untuk bayar minyak sahaja.

Tapi, bagaimana kalau anda hanya topup 3 bulan sekali sahaja? Bermakna, anda hanya akan keluarkan belanja perjalanan, sekali
sahaja. Anda topup RM100 ke RM200, dan ianya dapat bertahan sehingga 3 ke 4 bulan. Kadang-kadang, pada hari-hari
perayaan, bila kita topup nilai yang tinggi kita akan dapat RM30 ke RM50 topup percuma. (jimat lagi).

Berbanding topup sikit-sikit, kos anda hanyalah RM10 sahaja. Kalau tiga bulan, RM150 (topup sikit-sikit). Bermakna purata sebulan anda dapat jimat ialah hampir RM50

[3] Membeli belah ketika kenyang

Saya tak tahu bagaimana nak terangkan, tetapi anda cubalah. Saya pernah membeli belah ketika perut kosong.
Saya juga, pernah membeli belah ketika dah kenyang.

Biasanya, bila shopping, saya bawa isteri dan anak-anak. Jadi, kalau kami tengah lapar ketika itu, bayangkanlah ragam anak-anak. Nak itu ini.

Kalau dah kenyang, diorang nak cepat balik.

Daripada situ sahaja dah jimat banyak.

Biasanya, purata beli belah (sebulan sekali), saya belanja sehingga RM250. Barang dapur dan keperluan.
Namun, jika membeli belah ketika kenyang, saya dapati saya hanya berbelanja sekitar RM100 sahaja.

Perbezaannya RM150. Banyak tu.

Bila kaji-kaji balik, rupanya, saya banyak beli benda yang tak diperlukan ketika lapar.

[4] Tips makan di luar

Sekali sekala makan di luar, memang best. Bagi yang dah berkeluarga, ia ibarat berikan cuti kepada si isteri.
Namun, nak makan kat luar ada straterginya.

Ini apa yang saya buat.

1.order benda yang sukar nak dimasak di rumah
2.minum air suam

Biasa kita nampak, kawan-kawan kita akan order, nasi goreng, nasi goreng kampung.
Tak stylo lah ^_^.

Bukan apa, masakan itu, adik anda pun boleh masak. Tambah-tambah, dah ada perencah nasi goreng Adabi. Senang je nak masak nasi goreng.

Bila makan kat luar, pada sayalah, kita makanlah sesuatu yang istimewa.
Seperti mi bandung, chicken chop, ikan tiga rasa dan lain-lain.
Yang mana, ianya sukar dimasak di rumah.

Mungkin kerana perlukan bahan-bahan yang banyak.

Satu lagi, jika anda perasan, bila anda order air suam, anda akan pelik. Banyak sangat pernjimatan
yang dapat dilakukan.

Saya pernah keluar makan dengan 5 orang.
Kali pertama, kami order air macam-macam.
Ada sorang kawan tu, order ABC.
Ces~, mentang-mentang saya belanja.
Pap, semua sekali RM43.20

Beberapa ketika selepas itu, kami makan di gerai yang sama, order makanan macam
biasa tapi kali ni, order air suam je.
(saya cakap, air saya tak nak belanja, kecuali air suam).
Nah, kali ini saya hanya bayar RM27.50

Nampak tak? Beza betulkan ??

Baiklah, saya rasa itu sahaja perkongsian saya dengan anda, beberapa teknik berjimat dalam kehidupan harian.

Moga ianya bermanfaat buat anda. Kalau anda ada tip-tip berjimat yang lain,
kongsikanlah diruang komen di bawah. Mana tahu, ianya akan memberi manfaat kepada semua
orang yang membaca post ini.


Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)


asLFq7x 4 Cara Berjimat Dalam Perbelanjaan Harian

Incoming search terms:

  • cara berjimat (921)
  • cara berjimat cermat (334)
  • cara untuk berjimat (113)
  • cara berjimat duit (111)
  • cara-cara berjimat cermat (103)
  • cara nak berjimat (96)
  • cara cara berjimat cermat (82)
  • bagaimana hendak berjimat (52)
  • PERBELANJAAN HARIAN (51)
  • berjimat (50)

Komen lah der/sis ...

39 Comments

  • Lady Mz

    Reply Reply January 31, 2011

    Minta izin copy paste utk tampal dibilik..
     

    • Raja Kamil

      Reply Reply January 31, 2011

      Boleh :D

  • hasbi arifin

    Reply Reply October 25, 2010

    salam, tips nie mmg terpelik dari yang  pelik

    Normal
    0

    false
    false
    false

    EN-MY
    X-NONE
    X-NONE

    MicrosoftInternetExplorer4

    /* Style Definitions */
    table.MsoNormalTable
    {mso-style-name:”Table Normal”;
    mso-tstyle-rowband-size:0;
    mso-tstyle-colband-size:0;
    mso-style-noshow:yes;
    mso-style-priority:99;
    mso-style-qformat:yes;
    mso-style-parent:””;
    mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt;
    mso-para-margin-top:0cm;
    mso-para-margin-right:0cm;
    mso-para-margin-bottom:10.0pt;
    mso-para-margin-left:0cm;
    line-height:115%;
    mso-pagination:widow-orphan;
    font-size:11.0pt;
    font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
    mso-ascii-font-family:Calibri;
    mso-ascii-theme-font:minor-latin;
    mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
    mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
    mso-hansi-font-family:Calibri;
    mso-hansi-theme-font:minor-latin;
    mso-bidi-font-family:”Times New Roman”;
    mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

    Ingat jangan membeli belah ketika kita lapar, so termasuk lah masa kita nak beli juadah untuk berbuka puasa
    \eh tak ada lah saya gurau aje
    Masa nak beli juadah berbuka puasa, kiyta akan beli makanan yang kita suka atau suka sikit-sikit.
    Biasalah tu,kan
    Tapi saya akan beli makanan yang saya tak suka, isy  isy, kalau tak suka kenapa beli, kan ?
    Sebabnya ialah kalau beli yang suka, mesti banyak punya, lebih dari yang sepatutnya, kalau boleh control pun, tak kekal lama.
    Kedua, kalau makanan tu kita suka atau tak suka, mesti kita akan makan punya, pasal apa ? pasal dah laparrr, apapun kita makan.
    Ingat sebab puasa, kan mendidik kita mengingat golongan kurang bernasib baik, yang kebuluran, bukan nak jamu selera..

  • syukran

    Reply Reply August 1, 2010

    thanks RK for the infos…

    yg menarik bg saya:

    - membeli belah ketika kenyang…

    minum air suam pula mmg sy setuju,,,jimat sungguh walaupun kebanyakkan kedai masih kenakan 20 sen se’gelas’ ..

  • inn

    Reply Reply July 28, 2010

    salam…thanx for sharing….hmm nmpk biasa2 tp sbnrnya kita perlu lakukan utk penjimatan.just nk share,jgn guna wit syiling utk berbelanja…semua syiling masuk tabung..hasilnya agak lumayan…terima kasih

  • zuls

    Reply Reply July 27, 2010

    Sekarang ni otak tengah ligat juga untuk berjimat.. salah satu yang selalu buat sekarang ni ialah minum air suam. Air kopi atau nescafe saya minum selepas tu.

    Kadang-kadang waktu ofis, bungkus jer makanan, makan kat ofis, air sendiri buat.

    Dapat jimat banyak gak situ..

    Yang penting kena tahu kedudukan budget semasa dan buat tracking. Kadang-kadang banyak benda yang boleh dijimatkan tapi tak sedar sebab lalai.

    • jassnida

      Reply Reply May 8, 2011

      minat sgt nak belajar cara2 berjimat

  • newbie

    Reply Reply July 27, 2010

    assalamualaikum,,
    yup, saya sokong tips2 nih. artikel yg bagus ttg tips berjimat yg selalu dipandang sepi oleh org ramai,, :smile:

  • musi

    Reply Reply July 23, 2010

    Salam. memang beguna betoi formula YM Raja Kamil , teman sokong 100%. dan . . .
    Berjimat memang suruhan & tuntutan Islam insyaallah mendapat ganjaran. Paling selamat ialah bawa minuman filter(energy water) dari rumah bubuh dlm bekas yang cun-lah atau beli mineral water di kedai ubat ia murah. Air ni selamat diminum tiada unsur kimia dan cemaran.
    Saya tambah satu lagi penjimatan utk menabung. Ape saje yg kite beli mintak diskaun..10 sen 20se, $1.00 .. wajib ni! semua duit diskaun tu masuk dlm tabung, jangan dibelanjakan.. maa bulan ni kita dapat banyak cimpan piteh kan… walaupu naik teksi mintak diskaun 20 sen ke … ke ? tk.

  • azaz

    Reply Reply July 22, 2010

    Terima kasih atas tip2 penjimatan yang bro RK kongsi tu. Saya cuma nak tambah satu lagi iaitu kalau nak bayar bil bulanan eloklah kita bayar secara online. Bukan sahaja bayar bil, kalau boleh semua urusan berkaitan perbankan contohnya bank-in, bayar kad kredit dan semak penyata akaun kita boleh buat di internet. Skrg kalau nk byr cukai tanah dan cukai taksiran pun kebanyakkannya dah boleh secara online. Penjimatan yang boleh kita perolehi ialah jimat masa untuk beratur,jimat duit parking, jimat masa rehat tengahari dan jimat duit minyak.

  • fortd

    Reply Reply July 22, 2010

    aaa laaa… mmg btol apa yg RK gtaw kat atas tuh… kene try nih… hehe…

  • nik

    Reply Reply July 22, 2010

    Salam sejahtera
    Memang tip penjimatan yang baik. Sentiasa lakukan akan nampak perbezaan yang banyak terutama dalam janka masa yang panjang.

  • Cyril

    Reply Reply July 22, 2010

    :razz: Bagus idea nie. Thanks

  • Cyril

    Reply Reply July 22, 2010

    sangat bagus idea nie. Thanks

  • Nasran

    Reply Reply July 22, 2010

    Alhamdulillah…tip yang sangat prkatikal dan boleh dipraktikkan segera…Terima kasih bro Kamil…

  • syuk

    Reply Reply July 21, 2010

    topup la online. berbahloi bahloi :lol:

  • xaturen

    Reply Reply July 21, 2010

    Tips. yang bagus nih.. saya cuba ikut ley… ;-)

  • karim

    Reply Reply July 21, 2010

    Perkongsian yang sangat berguna, terima kasih… lama tak update bro… :smile:

  • yunne

    Reply Reply July 21, 2010

    Saya sangat bersetuju dengan tips yang diberikan…
    Ada lagi tips yang baik untuk dipraktikkan…
    Menyuruh lelaki (kawan, suami, anak, ayah) untuk membeli barang.. confirm hanya barang yang perlu yang akan mereka beli.. kalau menyuruh mereka membeli… mereka akan beli mengikut list dan barang yang murah..
    Ini yang selalu dipraktik dirumah oleh ibu saya.. kerana kalau ibu yang membeli barang.. mesti selalu terbabas… dan akhirnya banyak barang yang tidak diperlukan dibeli…
    dan akhirnya tempat yang paling ideal bg brg2 tersebut adalah di dalam = tong sampah.. :oops: so, jgnlah brsahabat dengan syaitan…. membeli mengikut hawa nafsu… :twisted:

  • Fais Shafie

    Reply Reply July 21, 2010

    Salam RK,

    Nak tambah sikit pasal point ke 2 tu (Topup untuk 3 bulan sekali)

    Sekarang banyak pakej yang disediakkan oleh syarikat komunikasi. Untuk memilih pakej2 ini. Boleh je search di internet. Pilih pakej ini mengikut keperluan. Contoh terbaik, seperti saya seorang pelajar, so saya menggunakan upax celcom..hantar sms hanya 1sen kepada no celcom lain dan antara no upax adalah 0.5 sen..panggilan 15sen 1 minit..

    Menggunakan cara ini, saya memang betul2 top up 3 bulan sekali. Serius! walaupun ada buah hati yang selalu saya mesej. Memang penjimatan berganda :D

    p/s: kepada umur yang 25 tahun ke atas..xleh abik dah upax ni..RK umo berapa :grin:

  • lankatan

    Reply Reply July 21, 2010

    salam semua..
    bagi saya semua tips tu betul..badget dh di atur ..tips dh di beri..yg penting JATI DIRI..
    perlu ada jati diri dlm apa jua perkara..terima kaseh RK..

  • Fazli

    Reply Reply July 21, 2010

    boleh buat cara yang RK ajar tu. tapi nak mendisiplinkan diri tu memang susah. hehehe… good info. saya suka. mengingatkan diri saya balik untuk berjimat…

  • maranello9

    Reply Reply July 21, 2010

    thanks for the amazing tips bro. memang dapat berjimat macam ni .Selalunya senang nak plan tapi susah dilaksanakan . hehe .
    nak tambah satu lagi tip boleh bro ? :)
    Kata-kata Mr.Robert Kiyosaki : Kill Your Debt First .Itu yang first sy ikut lepas grad. Jimat duit lepas tu bayar ptptn sy sekali gus . 40K pinjaman beres .Tips En Raja Kamil ni boleh menolong kita save dulu lepas tu bebas dari hutang .

    terima kasih sekali lagi

  • mieja

    Reply Reply July 21, 2010

    waaaaa…..bagus2…. :mrgreen:
    pendedahan yg jrang kita fikirkn…bagus2…terbuka ckit minda sy..btul laa org kta, bnyk kta membaca,bnyaklaa kita tahu..bnyk yg kita alami,bnyk laa pengalaman kita…hehe..
    tQ rK :lol:

  • Imah Ismail

    Reply Reply July 21, 2010

    Idea yang Brilliant yang org selalu x perasan ttp selalu buat.. x pnh mgkaji dan x tau pn klu x di beritahu.. jimat sesuatu yang mudah sebenarnya tapi tidak di ambil berat.. x tau cara bagaimana? x tau kat mana blh jimat? sebab x mengkaji di mana silapnya.. dengan adanya panduan ini mmberi panduan yang berguna untuk orang lain.. thanks.. semoga dapat berjimat dengan tip-tip y diberikan…

  • Pakji Atan

    Reply Reply July 21, 2010

    yaa, salam Pak Raja, lamo dah kita tak sembang2

    1- Pak Raja kata 1 bln jimat 500, 1 thn dah jimat 3000, ilmu hisab mana pak Raja guna ni? pelik punya kira2 yee. kalau 1 bln jimat 500, 1 thn jadi 6000 lah. kiraan pak raja dalam1 thn ada berapa bulan? 6 bln?

    2 – Petrol kereta – tip jimat minyak pastikan tangki selalu penoh, jgn tunggu sampai kosong baru nak isi tak betol! ini hasil kajian Shell

    3 – Kos topup h/set. oreng2 bandar takyah ulang banyak kali kekedai beli topup, online dah. oreng2 kempong je perangai cam tu, gi naik motor je atau jln kaki, taknyak kos pon

    4 – memang betoi! gi shopping perut lapak, nafsu pon lapak, maka banyaklah order! tengoklah bulan puasa oreng2 gi shopping dgn perut & nafsu lapak, tangan kiri kanan penoh dgn habuan nafsu! betoi tak? tip taknak banyak belanja ke shopping pegi dgn perut & nafsu kenyang! baru kocek selamat! betoi kata Pak Raja tu. ini satu petua jimat kocek

    5 – ikut amalan nabi s.a.w. kita selepas makan minum seteguk dua jee dgn plain water, jimatkan! tapi manusia ni terlalu sangat ikut sedap nafsu maka balun macam2 jenis air semuaya manis2 pulak tu. tak hairanlah sekarang ni muda2 lagi dah dapat anugerah sakit kencing manis! pastu darah tinggi, pastu sakit jantong, pastu gooolll! amalkan minum banyak plain water selepas 1 jam makan barulah proses penghazaman berjalan baik, badan sehat & power! ni tak, habis balun sepinggan dua nasi lantak setengah liter air macamana perut tak buncit! rosak sistem penghazaman! problem perut. kalau manusia ni makan ikut cara nabi penyakit pon tak banyak.
    Nabi dah kata punca segala penyakit adalah dari perut. sebab perut tu disumbat macam2 menu. menu pulak tu macam2 bahan kimia – pengawet, pewarna, perasa & macam2 lagi lah. sebab tu lah macam2 penyakit timbul skrang ni.

    musim hujan & sejok laktu jgn minum plain weter jee Pak Raja, plain water tu dicampur dgn 1 sudu madu tualang barulah badan kita kuat imiuniti nya. Nabi dah kata makanlah madu, sesunggohnya pada madu tu banyak khasiatnya untuk badan. Pakji hari2 tak mis makan madu, minyak habbatulsaudak, minyak zaiton – extra virgin oil dan susu kambing, barulah badan sehat & power! kalau nak cerita pasal jaga kesihatan ni panjang Pak Raja, lain kali je lah

    oklah Pak Raja stakat ni lah komen pakji, wassalambissawab, Pak Raja tanye hambo jawab.

  • abusahlan

    Reply Reply July 21, 2010

    Salam sejahtera.terima kasih kepada RK kerana memberi tips berjimat.saya amat berterima kasih kerana sebelum ni saya amat tidak tahu hendak berjimat.setelah saya membaca artikel ini saya akan mencuba untuk mempraktikkannya.terima kasih.semoga murah rezeki.

  • mazsleen

    Reply Reply July 21, 2010

    saya setuju dengan 4 cara penjimatan diatas..saya pon dah fixed kan at least kene simpan rm500 sebulan.. salah satu caranya..walaupon saya masih bujang..tapi saya jarang makan diluar…masak sendiri je..beli brg basah kat pasar seminggu punye stock baru rm30.. kalau makan kat luar..confirm2 sekali makan dah plg minimum rm10 kot..

  • Mazlan

    Reply Reply July 21, 2010

    Assalamualaikum…
    Tips yg diberi sgt berguna untuk dipraktikkan…sy juga pernah melakukan sebagaimana tips dr En. Raja kamil….

  • saycool

    Reply Reply July 21, 2010

    Salam RK,
    thanks atas perkongsian tips jimat..
    tips yg ke3 dan ke4 amat menarik perhatian sy..
    hehe..akan sy cube amalkan pada bulan ni..
    thanks again.. ;-)

  • Rais

    Reply Reply July 21, 2010

    Perkongsian yang menarik. Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa. Tips #3 tu susah sikit kot nak buat. lagi-lagi lah kalo pegi shopping masa dah nak maghrib. :grin:

  • sifu biz

    Reply Reply July 21, 2010

    Tip yang menarik walaupun nampak sampoii..

  • Ahmad

    Reply Reply July 21, 2010

    Tips yang sungguh pelik, tak pernah terfikir tapi kreatif dan mesti cuba hehe…

  • redfar

    Reply Reply July 21, 2010

    Saya sudah aplikasikan teknik yg pertama..
    bukan sebab apa.. memang akan jimatkan minyak dan masa kita..
    jadi saya pun membajetkan diri untuk mengisi bila tangki hampir kosong..
    dan teknik ini juga boleh meragut nyawa saya sebab meter dah mati..
    kalau motor mati tengah jalan memang nahas, lagi2 kalau kat tengah highway, mampus nak menolak motor.. kui3.. :mrgreen:

  • bluedianthus

    Reply Reply July 21, 2010

    Ada lagi RK. Kurangkan pengunaan gula dalam minuman. Seperti mana yang kita tahu, harga gula naik, harga minyak naik. Nak beli gula pun kena guna kereta nak pegi beli kat kedai runcit tu. Minyak lagi. Gula memang naik harga, sebab tak lama lagi nak raya. Bak kata RK, banyakkan minum air suam, rahsia awet muda tu. Hehe..

  • zai

    Reply Reply July 21, 2010

    kalo dipikirkan lagi banyak perkara lagi yang boleh kita jimat antaranya :
    takperlu beli suratkhabar setiap hari …baca akhbar di kedai makan/office/baca secara online…boleh jimat Rm1.50 x 31 hari = Rm 46.50.
    beli barang harian secara terus untuk kegunaan sebulan ,boleh jimat kos parking,kos masa,kos minyak..

  • amieyr

    Reply Reply July 21, 2010

    memang betul tu.. teknik nie memang berkesan.. :)

  • AINI

    Reply Reply July 21, 2010

    SYABAS…..TIPS ANDA. KEKADANG KITA TAK SEDAR TENTANG PEMBAZIRAN NI. KONON NAK CEPAT, BANYAK KERJA, BELIJELAH….WALHAL….
    SEORANG PAKCIK (ERA TAHUN 90AN) DARI BUKIT MERTAJAM PERNAH MEMBELI SEBIDANG TANAH DARI TAUKE CINA HANYA MENGGUNAKAN DUIT SIMPANAN YG DISIMPANNYA SEBANYAK RM0.20 (DUA POSEN) SETIAP HARI HASIL JUALAN KUDAPAN…..

  • mashita

    Reply Reply July 21, 2010

    betul juga. boleh jimat banyak nih..

Leave A Response

* Denotes Required Field

Current day month ye@r *