Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda

Beberapa minit sebelum saya menulis post ini, saya telah menerima sebuah email yang menarik.
Bukanlah kali pertama saya menerima email sebegini, namun, kali ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsikan kisah ini kepada semua pembaca blog Raja Kamil yang budiman.
***EMAIL Daripada Abg Din******
Salam Sejahtera RK,
Terima lah salam persahabatan dari saya untuk RK.
Saya sebenarnya memang berminat untuk belajar internet & seterusnya membuat
bisnes di internet, menambah pendapatan, menambah kawan dan menambah ilmu & pengetahuan.
Syukurlah malam ni terbuka hati meluangkan masa untuk melayari internet. Kalau ikutkan hati memang
penat kerja seharian. Allah telah membuka pintu hati untuk melayarinya malam ini.
Saya juga ada menerima emil dari Razif yusof, Zamri Nayan, Raja Internet kita IK & yang lain2nya.
Kerana sebok dek tugas, emil yang saya terima hanya baca2 gitu sahaja.
Fikir2 balik, x leh jadi ni, kena buat sesuatu.
Kalau tak bermula hari ini bila lagi. Gagahkan juga hati untuk terus melayarinya.
Saya telah membeli ebook Mentor Jutawan dari Razif Yusof, kerana dek sebok memanjang,
sampai sekarang saya tak jua membuka ebook tersebut.
Dah 2 x saya memohon RY mendownload ebook tersebut, tapi masih lagi x de kesempatan utk
membacanya.
Tuhan telah membuka hati saya untuk bersama RK bagi menunjuk ajar saya dalam hal2 untuk memahirkan
diri dalam bidang bisnes dalam internet.
Terfikir, kenapa orang boleh berjaya, sedangkan aku tidak.
Kekadang terfikir & tertanya2, apa yang nak aku promosikan dalam blog aku. Sedangkan aku x de blog.
X de bisnes, x de produk yang nak aku paparkan untuk pembeli….
Tetiba malam ni terbaca lak pasal menolong menjual produk orang lain kita dapat hasilnya.
Itulah gerak hati yang tuhan beri untuk menghubungi RK.
Cukulah setakat ini dulu ekkk… nanti kita berbicara lagi.
Keletihan, baru balik dari Kursus di Kem Kewangan hari ini.
Salam perkenalan yang iklas dari saya.
Abg din.
=====EMail : Daripada saya kepada Abg Din======
Salam hormat Abg Din.
Satu penghormatan bagi saya, kerana dek kesibukan Abg Din,
masih lagi sempat menulis email kepada saya.
Saya rasa, inilah yang dinamakan semangat. Semangat untuk berubah.
Mengikut pengalaman saya, orang yang bersemangat ini ada dua jenis.
Jenis yang pertama ialah mereka yang akan terus berjaya dengan lajunya.
Sekelip mata. Daripada kosong, kepada expert. Semuanya kerana semangat
yang mendorong untuk berubah.
Satu lagi jenis semangat ialah, semangat yang membakar diri.
Kerana terlalu bersemangat, habis semua diredah. Semua orang kata,
nak ikut. Ini bahaya.
Ok, oleh kerana Abg Din, baru balik dari Kem Kewangan, mungkin apa
yang saya beritahukan
nanti, Abg Din, dapat hadam dengan baik.
Begini. Cara paling cepat untuk berjaya ialah mendapatkan panduan dan mentor.
Tapi, sebelum itu, budgetkan terlebih dahulu, berapakah MODAL yang Abg
Din sanggup laburkan
untuk perniagaan internet ini. Jangan rendah sangat, jangan tinggi
sangat. Sedang-sedang gitu.
Saya cadangkan RM500. Duit tu guna untuk :-
1. Beli panduan
2. Beli domain dan hosting
3. Kos bina laman web (saya cadang Abg Din upah orang, jangan buang
masa nak belajar daripada A sampai Z)
Ok, sebelum Abg Din, beli sebarangan panduan, sila ambil kira perkara berikut.
1. Apakah modul bisnes internet yang Abg Din, nak ceburi. Affiliate
ke? Jual Ebook ke? Jual produk fizikal ke? Adsense ke? Blogging ke dan
lain-lain.
2. Untuk tentukan modul apa yang sesuai untuk Abg Din, Abg Din, kena
kenali diri dahulu. Masa yang dapat diperuntukkan seminggu untuk
bisnes internet, kelebihan (pandai menulis, pandai memujuk dan
lain-lain).
3. Baca dahulu kisah kejayaan dan KEGAGALAN orang lain. Jangan asyik
baca yang berjaya je. Baca juga yang gagal. Saya cadangkan, pergi ke
forumĀ www.wangcyber.com/forum . Boleh baca post-post yang ada di sana.
4. Common sense. Tolonglah gunakan kecerdikan yang Allah bagi pada
kita. Kalau sesuatu itu “Too good to be true” janganlah join.
Oklah Abg Din. Saya pun dah penat juga ni.
Saya doakan Abg Din berjaya hendaknya.
Ikhlas;
Raja Kamil
================================
Penutup
Abg Din ini bukan sebarangan orang. Contohi sikap beliau, “Belajar Hingga Ke Liang Lahad”.
Penaja Kami :
Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)
PERCUMA : Rahsia Bina Syarikat RM1.3 Juta dengan kos bawah RM1490 (terhad untuk 259 orang lagi)
(exp; 8/5/2012)
Bagaimana menghasilkan jualan yang menggila dari Facebook (exp; 18/3/2012)
Incoming search terms:
- teknik abang din (1)
- teknik abg din 2012 (1)





Saya suka dengan jawapan dari Raja Kamil.. Sangat padat.. kadang-kadang saya pun dapat email seperti abang din ni.. tapi agak susah untuk memberikan jawapan yang tepat. Tapi selepas saya baca post ini, saya dah dapat idea baru untuk membalas email orang yang bertanya.. terima kasih Raja Kamil!
tak sangka pula ada sorang Razif Yusoff tu dipanggil RY. huhuhu… ada RK, RB dan kini RY pula. abg din tu mungkin keletihan dari segi fizikal. tapi semangatnya kuat.
Satu entri yang berkesan.
Tuan cadangkan juga kepada Abg Din agar buat solat istiqarah minta petunjuk. Itulah yang saya buat. Semua minat IM saya sekarang lebih menjurus kepada irama blogging. Saya dah stop cabang yang lain, tumpukan pada yang satu ini.
terima kasih
@Ladfe Amir
Orang kuat Aku Seorang Blogger nih….^_^
Solat istikharah, bagus tu. Mohon petunjuk daripada Allah.
Saya juga doakan saudara maju dengan berblog.
PS : Ladfe tu apa ye?
PPS : Tadi saya baca blog saudara, best dan terharu