Ubah Cara Buang Sampah Dan Dapat Duit


Salam hormat;

Ketika saya menulis post ini, saya baru sahaja pulang daripada 'membuang sampah'.

Apa yang bestnya ialah, saya dapat duit dengan hanya mengubah cara saya membuang sampah.

 

Ok, itu kiasannya sahaja. icon biggrin Ubah Cara Buang Sampah Dan Dapat Duit

Sebenarnya saya baru pulang daripada Kilang Kitar Semula di Kepong.
Kalau anda tinggal dekat kawasan Kepong, anda boleh pergi ke Kawasan Industri Kepong untuk kitar semula kertas.

Kertas-kertas yang saya 'buang' ini dikumpul oleh bapa mertua saya. Dekat beberapa bulan jugaklah.
Ada kertas daripada ofis beliau, suratkhabar, buku-buku lama dan macam-macam lagi.

2 hari juga saya ambil masa memunggah masuk kertas-kertas ni ke dalam kereta. Ada 2 trip.
Kelmarin pergi, saya kitar semula kertas dapat RM73.25. Tadi pula pergi, kitar semula, dapat RM92.40.

Ini kumpul kertas secara pasif. Kalau secara aktif dengan idea yang saya pernah kongsikan di post saya dahulu,
"Mengapa Menganggur Sedangkan Tanam Anggur Boleh Buat Duit" mungkin boleh dapat lebih lagi kot.

Ini gambar saya dengan resit pembayaran yang saya dapat;

image201011110001 Ubah Cara Buang Sampah Dan Dapat Duit

 

Ini pula gambar di kilang kitar semula kertas.

Photo1043 300x225 Ubah Cara Buang Sampah Dan Dapat Duit

 

Selain kertas, anda boleh juga kumpul tin, botol, plastik, kotak dan macam-macam lagi.
Saya tak jadikan ini sebagai income saya. Namun, jika anda benar-benar nak jadikan "kumpul sampah" ini sebagai mata pencarian anda, (ada orang jadi jutawan dengan kumpul sampah sahaja), anda boleh dapatkan panduan eksklusif menerangkan stratergi-stratergi menjana RM2000 ke RM5000 sebulan dengan kumpul sampah di www.jutawansampah.com

Pada pendapat saya, tiada alasan untuk anda yang tiada duit untuk buat duit dekat Malaysia ni.

Sekian perkongsian saya di blog ini.
 

 


Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)


asLFq7x Ubah Cara Buang Sampah Dan Dapat Duit

Incoming search terms:

  • perniagaan kitar semula (89)
  • bisnes kitar semula (21)
  • kitar semula kertas (18)
  • kilang kitar semula kertas (16)
  • bagaimana membuat perniagaan kitar semula (11)
  • cara berniaga kitar semula (1)
  • jutawan kitar semula (1)
  • jutawan kumpul tin (1)
  • kitar semula dan buat duit (1)

Komen lah der/sis ...

4 Comments

  • saharol

    Reply Reply December 20, 2010

    Teknik ni saya suka…
    3 in 1..
    Dapat duit + Bantu kerajaan kurangkan kos yang berjuta/million korek balik semua sampah2 yang masih boleh dikitar semula + Jaga alam sekitar
     
    P/s; Sampah itu duit… Tahi kambing = jadi baja pun duit..
    Hehehe…

  • PP

    Reply Reply November 23, 2010

    dengan teknologi sekarang sampah juga mungkin sudah boleh dijadikan antara income utama

  • Juan

    Reply Reply November 12, 2010

    Saya juga ada lakukan demikian. Tapi, saya tak dapat banyak pun.
    Mungkin kerana saya jual terus pada van yg selalu bunyi…
    "old news paper, surat khabar lama"..haha..

  • amry

    Reply Reply November 12, 2010

    "DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN" Pepatah yang paling sesuai  untuk gambaran diatas….
    p/s : kalau dikumpul duit kitar semula tu….ish, boleh juga la nak lepas time2 sesak… :)

Leave A Response

* Denotes Required Field

Current ye@r *