P_150[1]

Jimat RM4000 Baiki Sendiri Laptop Yang Terlalu Panas (overheat)


Baiki Laptop Panas Sendiri

Salam hormat;

Alhamdulillah, ketika saya menulis entri ini, saya baru sahaja selesai membaik pulih sendiri laptop "cari makan" saya ni.

Laptop ASUS jenis K42Jr

1x1.trans Jimat RM4000 Baiki Sendiri Laptop Yang Terlalu Panas (overheat)

Ok, disebabkan tidak banyak entri yang saya jumpa cara nak DIY baiki laptop disebabkan overheat ni, apatah lagi dalam Bahasa Melayu, saya pun ingin mengambil inesetif bagaimana saya lakukannya.

Terus terang saya beritahu, saya telah buat research bagaimana nak perbaiki laptop yang overheat ni, tapi apa yang saya jumpa, kebanyakan tip mereka ialah, guna cooling pad. Pada pengalaman saya menggunakan pelbagai cooling pad, ianya tidak berkesan. Mungkin saya tak pakai cooling pada yang power mower kot .. huhu ~

 

Ok, dekat bawah ni saya senaraikan apa yang saya lakukan.

Langkah Pertama : Kenal Pasti Kenapa Laptop Saya Terpadam

Pertama sekali, apa yang saya buat ialah, saya install Speed Fan (http://www.almico.com/speedfan.php ), sebenarnya tak install pun tak mengapa.

Cuma, saya install Speed Fan bagi tujuan, mengetahui suhu laptop saya bagi tujuan mengesahkan bahawa laptop saya mengalami Overheating, bukan kerosakan lain.

Memang betulpun, daripada Speed Fan, saya dapat tahu, yang laptop saya telah mencecah suhu lebih 100 Celcius. Saya tak tahu suhu sebenar berapa, kerana lepas capai 100 darjah Celcius, laptop saya terus terpadam.

 

Langkah Kedua : Reset Power Option

Seterusnya, apa yang saya buat ialah, saya reset semula Power Option laptop saya. Saya menggunakan Windows 7, jadi cara untuk buka Power Option ialah,

Control Panel -> Hardware and Sound -> Power Options

Seterusnya, saya pilih option Balanced

Setelah saya set semula power option, saya dapati, ada penurunan sedikit pada suhu Laptop. Daripada 100 menjadi 92 darjah celcius.

Masih tidak bagus, kerana bila-bila masa sahaja, boleh cecah 100 darjah celcius

 

Langkah Ketiga : Tindakan Extreme, Untuk Kesan Yang Drastik !

Langkah ketiga yang saya ambil ialah, saya buka bahagian bawah laptop saya, di bahagian kipas.

Seterusnya, saya ambil vakum dan vakum kipas tersebut.

Selepas vakum kipas, saya vakum pula ruang keluar udara di laptop. Tujuannya, adalah hendak bersihkan

kipas dan ruang udara laptop daripada habuk.

 

Tidak cukup dengan vakum, saya ambil "tisu lembab" bayi saya, dan saya bersihkan bilas kipas laptop satu per satu.

Tada….

Sekarang, saya tengok kembali Speed Fan, dan suhunya terus jatuh ke 70 darjah celcius.

 

Untuk pengguna laptop yang extreme macam saya ini, 70 darjah celcius tu, dah kira ok. 1x1.trans Jimat RM4000 Baiki Sendiri Laptop Yang Terlalu Panas (overheat)

 

So, setel masalah saya.

Kalau tidak tadi, dah melayang RM4000 untuk beli laptop baru. Alhamdulillah.

 

Selamat mencuba !

 

Amaran : Sila pertimbangkan tip-tip daripada artikel ini jika laptop anda masih di bawah warranty !

Baiki Laptop Panas Sendiri


Penaja Kami :

Iklan Teks Serendah RM10 Sahaja! (klik sini untuk info)


1x1.trans Jimat RM4000 Baiki Sendiri Laptop Yang Terlalu Panas (overheat)

Incoming search terms:

  • baiki laptop (88)
  • laptop panas (68)
  • cara baiki laptop (43)
  • cooler laptop yang bagus (31)
  • punca laptop terpadam sendiri (28)
  • kesan laptop panas (22)
  • kenapa laptop terpadam sendiri (15)
  • laptop terpadam sendiri (14)
  • cara membaiki laptop (13)
  • cara baiki laptop tak boleh on (3)

Komen lah der/sis ...

8 Comments

  • Gigahertz

    Reply Reply June 10, 2014

    kami pakar dalam membaiki repair faulty motherboard laptop / chipset & komputer anda yang mengalamai kerosakan seperti:

    -No Power / Tak boleh ON
    -No charging / Tak boleh Cas
    -No Display / Tiada Paparan
    -Auto Shutdown / Mati Tiba Tiba
    -Hang & Freeeze

    Dan berbagai lagi jenis kerosakan. Kami boleh membaiki hampir kesemua jenis laptop seperti:
    -Acer
    -HP
    -Compaq
    -Emachines
    -Dell
    -Asus
    -Lenovo
    -Fujitsu

    Laptop Minor Part Problem:
    1) Keyboard not working
    2) Laptop Too hot
    3) Power connector / on/off switch problem
    4) laptop internal speaker no sound , noise
    5) Lan Port not working
    6) USB port Not working
    7) Laptop hinge broken
    8) Laptop battery problem
    9) Laptop adapter problem
    10) Laptop drive dvdrw /dvd problem
    11) laptop webcam problem
    12) laptop hard disk problem
    13) laptop memory problem
    14) laptop wireless problem OR cant connect wifi
    15) laptop touch pad problem

    ——————-Contact US ——————————–
    Gigahertz 0163149620 Office 0361278196

    • Raja Kamil

      Reply Reply June 15, 2014

      Bagus2, sape ada komputer rosak, boleh komen brother ni.
      Tapi, kalau dia caj sampai kopak, korang blah je lah. haha

  • Azrisham

    Reply Reply February 15, 2012

    Terima kasih perkongsian yang sangat berguna ini. Biasa yang saya buat bagi tidak panas sangat, saya lapik benda di bawah laptop. Jika nak lebih bagus guna cooling pad.

  • butik pengantin

    Reply Reply February 15, 2012

    Kalau barang elektrik yang ada litar pencetak nie kena berhati-hati masa membersihkannya.
    kaedah vakum memang ok berbanding kalau guna berus sebab habuk tidak berterbangan.
    Habuk pun boleh menyebabkan litar pintas.

  • shahrir

    Reply Reply February 15, 2012

    Perkongsian yang berguna. Mungkin ada setengah daripada pengguna laptop mahupun desktop yang tidak tahu tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh saudara.  

    • Raja Kamil

      Reply Reply February 15, 2012

      Terima kasih. :)
      Boleh share dekat kawan-kawan, mungkin mereka ada masalah dengan laptop mereka.

  • Secerah Pawana

    Reply Reply February 14, 2012

    sangat melampau la nak beli laptop baru sebab overheat je. HAHA

    • Raja Kamil

      Reply Reply February 14, 2012

      tadi fikir nak beli laptop baru, bukan sebab overheat, tapi sebab ia tak berfungsi. Bila tengok puncanya overheat, try lah nak resolve sendiri. Ingat kalau tak boleh elok juga, memang kena beli baru lah :)
      Tapi, Alhamdulillah, setel :)

      ps : saya bukan pakar laptop, saya hanya seorang Usahawan Internet :), jadi yang penting ialah laptop yang berfungsi

Leave A Response

* Denotes Required Field