Kalau tak ‘jatuh’ itu bukan hero namanya

[Kalau tak ‘jatuh’ itu bukan hero namanya]

Satu hari, saya buntu, tak tahu nak buat apa lagi untuk jana income.
Saya cakap dalam hati, lagi seminggu, kalau takde perkembangan, saya cari kerja.
Bayangkan, sudah dekat 2 bulan, saya takde income yang tetap.
Ada masa ok, ok lah.
Ada masa tak ok, tak oklah.

Malangnya, kebanyakan masa tak ok.
‘pap’, dapat email daripada paypal, bagitahu saya terima komisen daripada satu produk yang saya promot.

Alhamdulillah.

Walau tak banyak, tapi saya rasa cukup gembira.
Ia seolah-olah signal daripada Allah, agar saya jangan cepat berputus asa.

Saya tekad, duit kali ni, saya nak guna untuk beli ebook.
Saya perasan, rasa “bajet bagus” akan membunuh potensi saya.

Saya perlu rasa diri tidak pandai, tidak cukup dan sentiasa dahaga ilmu.

Sudah lama saya tak invest untuk ilmu pada ketika itu.

Dengan izin Allah, saya buka warrior forum, dan pada ketika itu, ada satu produk, yang saya AMAT YAKIN, ini semua ketentuan Allah, saya beli produk tu, dan saya bersyukur sangat.

Kerana dalam produk yang saya beli 3 tahun lalu tu, sebenarnya, merupakan satu anjakan paradigma kepada pandangan saya tentang IM.

Daripada income langsung tak stabil, sekarang saya dah ada income yang stabil.

Daripada langsung, buntu tak tahu nak buat apa, saya sekarang ada banyak projek sedang QUE untuk pelancaran.

Alhamdulillah, syukur.
Dan tadi, saya cuba buka thread warrior forum tersebut, MASIH ADA !!!

Dan paling best, harga ebook tu masih sama, 5 usd (lima dollar atau RM15 je) …..

Pengajaran yang saya dapat dengan pengalaman saya ni, ialah,
1. jangan putus asa
2. bagi EXTRA tempoh masa
3. talian hayat bagi orang beriman adalah ALLAH
4. jangan berhenti cari ilmu
5. investment terbaik ialah ilmu
6. kadang-kadang kita ada banyak resource, tapi kita tidak dapat guna, kerana kita terlalu tertekan. Chill bro/sis, take five
7. siapa sangka, penyelesaian untuk satu masalah besar, serendah 5 us dollar
8. tambah sendirilah pengajaran lain

Tapi, saya amat bersyukur, perjalanan saya masih belum berhenti.
Bayangkan kalau 3 tahun dulu, saya quit macam tu je, berapa ramailah agaknya saya tidak dapat bantu hari ini.

Oklah ….. kepada anda yang rasa nak quit, tak kisah bisnes apa pun yang anda sedang buat,
bertenang dulu … cuba cari penyelesaian.

Kadang-kadang penyelesaian perlu dapat daripada luar.

Ok lah, saya perlu berehat, esok nak sambung perjalanan. &_&

ps : ini link ebook 5 dollar tu, http://rkurl.com/usd5
Selamat maju jaya;

Ikhlas;
Raja Kamil
www.RajaKamil.biz

About The Author

Raja Kamil

...

10 Comments

  • Safaras Zakaria

    Reply Reply January 12, 2017

    Alhamdulillah…..terbaik tn rk….setuju sangat dengan apa tn rk katakan itu.

  • Ismail

    Reply Reply November 27, 2016

    Setuju dgn titan. Masing masing ada turning point dia.terkadang rasa give up gile bila hari hari berlalu dengan “telor”. Tapi bila dia masuk tak henti henti seminggu asyik tersengih sorang.. Haha.. Ape ape pun balik kepada yang satu kerana dr yang satu itu akan bercambahnya kepada yg lain.

  • Nawawi Mohshin

    Reply Reply June 22, 2016

    Saya baru beli dan yeap, harganya masih lagi USD5! Terima kasih Tuan. ‘Tazzabar’ rasanya nak khatamkan ilmu ‘mamat 5 dollar’ tu. Hehe. ๐Ÿ˜€

  • titan

    Reply Reply January 20, 2015

    setiap orang ada turning point dia.

    janji kita tak putus asa.

  • Nadri

    Reply Reply January 10, 2015

    Alamak!!!..otai IM power pn dulu beli & baca e-book utk berjaya..klu blogger newbie yg baru berjinak2 utk buat duit secara online mmg patut contohi usaha otai..

  • zulpress

    Reply Reply August 31, 2014

    Terima kasih, RK. Sy dah beli ebook ini melalui tuan lama dahulu. Benar, ia amat membantu memberikan pelan yang mudah tapi praktikal.

  • radzi musafir

    Reply Reply April 18, 2014

    terima kasih,

    info yang sangat berguna ๐Ÿ™‚

  • sangat setuju atas apa yang dikatakan..bak kata orang ilmu biar tinggi melangit,tapi hati biar rendah ke bumi..stay foolish,stay hungry..

Leave A Response

* Denotes Required Field