Catatan Buat Penerima Brim

10933821_10204487362078262_7934177252717811424_n

Kepada penerima BR1M.
Sedikit catatan untuk anda
….

?Tahun lepas

Tahun lepas, ketika hari dapat BR1M, kebetulan saya singgah ke sebuah kedai sate.

Hari bekerja dan bukan hari gaji.
Biasanya, kedai tu tak ramai orang.

Tapi, pada hari dapat BR1M tu, ramai pula orang.

Seperti biasa, mata memerhati, akal membuat analisa.
Lihat di parkir kereta. Keretanya biasa-biasa sahaja.

So, kesimpulan awal.
Majoriti yang datang, belanja guna duit BR1M.

Di kedai sate ini, makanan paling popular ialah sate, dan ABC Special, masing-masing meja, ada kedua-dua menu ini.

?RM10 per kepala

Sekali lagi buat analisa, makanan per kepala mereka ialah, RM10 ke atas.

Maksudnya, kalau satu meja tu, ada 10 orang, RM100 lah.

Kedai ini, berada di kawasan pinggir bandar (Tanjung Karang).

Kalau makan malam, biasanya RM5 pun dah dapat banyak.

So, saya boleh buat andaian, dalam seminggu ke dua minggu, duit BR1M tersebut akan habis.

? BR1M Habis
Sebagaimana duit BR1M yang dapat minggu ni, sesetengah orang, sudah pun habis belanja duit BR1M tu.

Nak sedapkan hati, cakaplah “Yang habis duit BR1M, bukan duit gaji aku. Duit gaji aku boleh tahan sampai next gaji”

AMARAN : Apa yang saya ceritakan di atas, adalah perkara normal yang akan dibuat oleh ramai orang. Samada penerima BR1M atau tidak.

?Rahsia luar biasa

Untuk jadi luar biasa, anda kena bertindak luar daripada kebiasaan.
Sebagai contoh, orang guna BR1M untuk beli barang dapur, anda guna BR1M untuk beli hartanah.

Luar biasa kan?
Bagaimana nak buat?
Cari lah ilmu.

ps : adoi, janganlah ambil contoh saya tu literally, tak semestinya hartanah, boleh jadi, emas, perak, bisnes, buat website, beli buku, pergi seminar.

In the first place, kalau anda tak dapat duit BR1M tu, tak effect pun hidup anda kan? So, gunalah ‘bonus’ ini untuk mencipta ‘bonus bulanan’ untuk masa depan anda.

Just my 2 cents….

One Reply to “Catatan Buat Penerima Brim”

  1. salam…sy sangat tertarik dgn kaedah yg dijalankan…. mungkin kita ada peluang untuk menjana bonus sendiri selain dari br1m…tp mungkin cara yang x kena pd tempatnya/ kita x tahu sumber yang dapat menjana income tambahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *