‘Tabayyun’

02

Ini mafhum Hadis yang kami belajar dan wajib hafal masa Form 1,

“Cukuplah (berhenti) seseorang itu,
– Berbohong
– Dengan bercakap tentang
– Apa yang dia dengar”

Dalam arab dia,
‘Kafal mar.a kaziban, an yuhaddisa, bikulli ma samia’

Ini mafhum hadis Nabi.
Kami wajib hafal masa form 1.

Masa tu tak nampak apa relevannya.
Sekarang, baru nampak.

Orang kita, baru baca headline, dah boleh karang ulasan 3 buah buku.

Lepas tu, jenis tak double check.

Kalau melibatkan 2 pihak, tak dengar story 2 pihak.

Dalam Al-Quran, Allah guna perkataan ‘Tabayyun’

Kita tak tabayyun berita yang kita dapat. Kemudian terus share. Kemudian damage berlaku. Rupanya, berita tu tak betul.

Tapi, ada pihak telah mengalami kerugian.
Mungkin melibatkan harta, maruah dan mungkin juga nyawa.

Saya nak ingatkan satu je. Kita hidup, bukan kat dunia je. Allah yang Maha Teliti, tidak akan lepas daripada menghisab setiap perbuatan kita.
Termasuk, menyebarkan berita2 tak benar ni.

Sempena hari guru ini, saya kongsikan satu lagi mafhum hadis murobbi Agung kita, Nabi s.a.w,
“…kalau tak dapat berkata yang elok-elok, lebih baik senyap”

Wallahua’lam

Nak klik share tu mudah.
Agak2 tak takut api Neraka, tekanlah share tu banyak2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *