Ukur Baju Di Badan Sendiri.

06

Saya ada jumpa sorang pak guard ni di KL.
Gaji dia RM1500.
Anak 4 orang, bersekolah lagi semua.
Wife, dia tak bekerja.

Saya tanya dia, “Bang, gaji banyak tu, cukup ke. Sekarang ni semua mahal. Dok K.L lagi…”

Dia jawab, “Insya Allah cukup”

Saya balas balik, apa tips dia bang? Ada kawan saya ni, setiap bulan, gaji tak pernah cukup.

Dia jawab, “Ukur baju di badan sendiri. Ok lah dik. Saya nak pergi lunch dulu”.

Pak Guard tu pun keluar nak pergi makan. Perasan kat tangan dia, bekal nasi dan sebotol air kosong.

Leave A Response

* Denotes Required Field