Newsletter : Idea bisnes offline

Ini adalah, salinan newsletter yang dihantar kepada subscriber saya.

Salam hormat;

Dah lama kita tak berhubung.

Macam-macam yang terjadi kebelakangan ini.

Saya agak sibuk dengan penubuhan syarikat baru.
Baru-baru ni, beli kereta, dan urusan pembelian makan masa. (kereta 2nd hand).
Kelmarin, Pak Long saya, meninggal dunia setelah koma sejak bulan Ogos lepas.
Benarlah, sesunngguhnya, dunia ini, hanyalah tempat persinggahan sementara.
Moga, penat lelah kita di dunia ini, hanya kerana Allah, dan dapat jadi bekalan
akhirat.
Ok lah tak nak lah anda ingat pak kiyai mana yang hantar email ni.
hehe….
Ok. Dalam email ni, straight forward je. Tadi, sebelum mandi, saya jenguk ke luar rumah.
Terpandang peti surat, dan dalam tu ada surat. Daripada jauh, kelihatan seakan-akan,
kad jemputan kahwin.
Kemudian, saya tertanya dalam hati, bagaimana sistem jemputan kad kahwin ni,
boleh ditukar kepada sistem jana wang?
Khususnya, untuk orang yang terdesak memerlukan duit.
Masa mandi, Allah bagi ilham kat saya.
Ini sekadar peracangan dalam kepala je, belum dibuktikan lagi.
Ye lah, namapun idea, Kalau buat dan jadi, namanya blueprint. hehe
Ok.
Apa dia?
Macam ni.
Biasanya, kita tinggal di kawasan perumahan, samada taman perumahan,

appartment atau kampung.

Pendek kata, tempat ada orang.

Langkah 1 : Tanya soalan ni, sanggup ke tak?

Sanggup tak, anda bersusah dahulu?
Sanggup tak, anda tahan malu?
Sanggup tak, anda tahan maki?
Kalau sanggup, pergi ke langkah 2.
Kalau tak, teknik ni, bukan untuk anda.

Langkah 2 : Apa yang anda nak offer?

Saya cadangkan, offer sesuatu yang berbaloi.
Berbaloi pada anda, dan berbaloi pada jiran anda.
Contohnya, (saya baru teringat).
Mak saya dulu, pernah buat.
Beliau, jual pizza.
Satu bulatan pizza, saiz besar, RM15.
Modal, dalam RM3 ke RM5 sahaja.
Ini, kita cerita tahun 1997.
Kalau sekarang ni, offer sesuatu, yang anda boleh untung
RM20 ke atas, untuk 1 jualan.
Kalau anda jual nasi lemak, takkan nak jual RM20 kan?
Sebenarnya boleh.
Jangan jual satu, tawarkan servis katering untuk kenduri atau majlis.
Minimum order, 50 bungkus.

Langkah 3 : Tulis offer anda !

Tulis tau, bukan taip.
Kenapa bukan taip? Kerana, taip adalah mainstream.
Kita ingin buat sesuatu yang legend, yang orang jarang buat.
Dalam offer anda tu, terus terang je, bagitahu, anda perlukan duit

untuk ____(isi tempat kosong)_____ .

Bagitahu, anda tidak suka berhutang sebaliknya, ingin menggunakan

tulang empat kerat anda, untuk berniaga dan menjana kewangan sendiri.
Itu dekat bahagian atas. Kita main emosi sikit. Jahat?
Saya tanya anda balik? Anda perlukan duit ke tak? Sanggup berhutang?
Nah… anda tak menipu, ana hanya cerita yang benar sahaja.
Dalam bahagian isi, beritahu tawaran anda dengan jelas.
Anda, jual apa? Pizza? Tusyen? Nasi lemak? Karipap?

Beritahu harga sekali. Kalau servis, beritahu, harga serendah RM____ .

Kalau servis, takut, pelanggan anda tu, demand sesuatu yang melebihi

servis yang anda tawarkan. Contohnya, anda tawarkan, servis cuci tangki,
RM150. Rupa-rupanya, rumah dia ada banyak tangki air.
Sedangkan, tawaran anda, sebenarnya untuk 1 tangki air sahaja.
Masak anda… kalau macam tu.
Selepas isi, penutup.
Pada bahagian penutup ni, anda kena masukkan cara nak hubungi anda.
Pastikan, nama dan no telefon anda tu, tulis terang-terang.
Pada bahagian bawah, tulis ayat ni.
(Jikalau kenal sesiapa yang perlukan (servis/nama produk anda), sila berikan
iklan ini, kepada mereka.

Langkah 4 : Fotostat dan lipat.

Fotostat dalam 100 keping., kemudian lipat.

Langkah 5 : Edarkan di kawasan anda tinggal.

Tidak, perlu edarkan, di luar kawasan anda. Bukan apa, takut, nanti,
anda tak larat nak layan customer yang jauh.
Kalau boleh, edarkan pada waktu siang.

Langkah 6 : Tingkatkan amalan-amalan rohani untuk murah rezeki.

Kalau Allah berkehendakkan kebaikan kepada anda, tidak ada sesiapa
yang boleh menghalang anda, mendapat rezeki yang terbaik.
ps : mungkinkah email ini, adalah jawapan Allah, kepada doa anda tempoh hari,
yang meminta “buka jalan” ? Wallahua’lam

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kisah saya.

Bukan nak angkat diri. Tapi, nak berkongsi.
1. Dulu mak saya jual Pizza
2. Mak tak kerja, suri rumah sepenuh masa
3. Ayah, bukan tak bagi duit belanja, bagi.
4. Tapi, biasalah, anak ramai. Mak jenis layan permintaan anak-anak.
6. Berniaga pizza, untuk duit poket.
7. Kami tinggal di taman perumahan.
8. Mak, tulis atas kertas, iklan buat pizza, yang sedang RM10, yang besar, RM15
9. Mak fotostat kertas iklan
10. Saya dan adik-adik, edarkan, sekeliling perumahan.
11. Ada dekat 50 buah rumah juga.
12. Alhamdulillah, ada orang tempah pizza
13. Delivery, saya dan adik-adik yang hantar, jalan kaki.

14. Sekadar berkongsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *