Guna Pareto Law Tingkatkan Sales Online !

Salam hormat

Pernah dengar tentang Prinsip Pareto atau 20-80  Rule ?

Prinsip Pareto kata, dalam banyak keadaan, 80% hasil (result), datang daripada 20% usaha (cause).

Saya terangkan dalam bentuk contoh ya.

Katakan, sales anda sebulan, secara purata, RM10,000

Secara kasar, ada 5 aktiviti promosi/marketing yang anda jual, katakan

  1. Jawab PM
  2. Jawab Whatsapp
  3. Buka Booth
  4. Balas email
  5. Reply komen FB

Ikut Pareto, RM8000, datang daripada SATU aktiviti promosi di atas.

80% hasil daripada RM10,000 = RM8000

20% usaha daripada 5 jenis usaha = 1 usaha (katakan, jawab Whatsapp)

Dalam erti kata lain, kalau, anda Tak jawab PM, Tak buka booth, Tak balas email, Tak reply komen, tapi anda hanya FOKUS jawab whatsapp je, setiap bulan, anda boleh dapat RM8000.

Jimat masa & tenaga, buat kerja lagi sikit daripada sebelum ni, tapi, anda dapat maintain income 80% daripada kebiasaan.

 

SO …. bagus ke tak bagus?

MESTILAH bagus, sebab apa?

Ingat, sebelum ni, anda hanya spend 20% sahaja usaha untuk Jawab Whatsapp (ini contoh je ya, tak semestinya jawab whatsapp), sekarang, anda tak buat benda lain, so, ada 80% lagi usaha tu, boleh tak tumpu benda yang effective ni sahaja?

 

SUDAH tentu bolehkan ? 🙂

Bayangkan, anda baru usaha 20%, dapat RM8000

Kalau anda berhenti buat benda yang kurang berkesan (selain 20% tu), dan anda ubah yang 80% lagi, semua buat yang berkesan tadi,
berapakah income yang anda boleh dapat?

Ikut kira-kira straight forward je,

20% = RM8000

100% = RM40,000

Barangkali lebih lagi 🙂

 

So, anda nak mana satu? Buat 5 jenis promosi, dapat RM10,000

Atau, fokus 1 jenis promosi, dapat RM40,000 ?

 

Mestilah nak yang RM40,000 tu kan?

Yang bestnya, makin lama anda dalami, makin banyak anda dapat gandakan income.

Contoh,

Katakan, selepas 3 bulan, anda fokus jawab whatsapp je, tak buat dah benda lain.

Dalam jawab whatsapp tu, ada 5 elemen anda buat.

Kita namakan elemen tu A, B, C, D, E

Anda dapati, 80% penyumbang kepada income anda sekarang ialah E,

so, sekarang ni,

20% usaha = menghasilkan RM32,000 (80%)

Bila anda fokus buat E sahaja,

100% usaha = RM160,000

 

Dan akan datang, sama juga, anda kenal pasti, antara E1, E2, E3, E4, E5,

E4 rupanya, yang bertanggungjawab dapat 80% income.

20% usaha = hasilkan 80% daripada RM160,000 = RM128,000

bila anda fokus buat E4 100%, hasilnya boleh jadi = RM640,000

 

 

Dan, begitulah seterusnya.

Kita assume, Pareto Law adalah benar pada semua keadaan, dan kita pertingkatkan hasil daripada semasa ke semasa.

 

=====

Itu, secara teorinya. Dan, adakah benar dalam dunia sebenar?

Dalam kebanyakan keadaan, saya sendiri ada pengalaman, mengatakan ianya benar.

 

 

 

======
Saya dan jualan

======

Pernah, satu hari tu, saya membantu syarikat, menjana RM40,000 dalam masa seminggu.

Apa saya buat?

Ada beberapa option untuk buat promosi, tapi, saya fokus kepada 1 option sahaja.

Hasilnya, berjaya dapatkan jualan RM40,000 tu.

Jika tidak, mungkin bulan tu, hanya dapat RM10,000 ke bawah sahaja.

 

======

Apa anda perlu buat sekarang?

======

Langkah 1 : Audit aktiviti bisnes

Anda perlu dapatkan data terlebih dahulu. Audit aktiviti rutin bisnes anda.

Katakan, anda banyak habiskan masa buat 5 perkara ni,

  1. reply komen FB
  2. jawab PM
  3. jawab whatsapp
  4. hantar email
  5. jumpa client

Langkah 2 : Track jualan

Sekarang, anda kena track jualan.

Kenal pasti, jualan anda dapat tu, datang daripada reply komen ke? jawab PM ke? jawab whatsapp ke? hantar email ke, atau jumpa client?

Track jualan ni, untuk 3 bulan

Langkah 3 : Analisa

Sekarang, analisa data jualan tadi tu.

Cuba tengok, aktiviti mana satukah yang bagi paling sedikit jualan.

Katakan dah jumpa, contohnya reply komen FB, cuba buat kajian sikit, kalau stop reply komen FB, aktiviti lain terjejas tak?

Contohnya, kalau tak reply komen, customer tak PM atau tak whatsapp.

 

So, untuk aktiviti yang akan bagi impak kepada aktiviti lain, anda jangan berhenti buat, tapi cuba cari penyelesaian lain, tapi dalam masa yang sama, tenaga, masa dan duit untuk aktiviti yang bawa sedikit jualan ni, dapat kita kurangkan.

Contohnya,

Katakan reply komen FB tadi, kita boleh upah je orang untuk reply, instead of kita sendiri yang buat.

Atau, guna je software auto komen seperti www.SofwarePM.info

 

So, sekarang, kita dah kurangkan satu aktiviti yang kurang hasilkan jualan.

 

Langkah 4 :  Rinse & repeat

Ulang semula langkah #2 & #3

Proses Track & Analyse ni, memang ambil masa sedikit.

Kita kena hati-hati, takut, terbuang aktiviti yang salah.

Sebab tu kita track dan pantau jualan setiap kali kita buat perubahan.

 

Akhir sekali.

Kadang-kadang, nak tingkatkan jualan, tak semestinya kita buat benda baru.

Boleh jadi, dengan baiki apa yang kita dah sedia buat sahaja, dah cukup.

 

Macam Pareto Law ni lah. Rupanya, 80% income kita, datang daripada 20% usaha kita.

Tugas kita, nak kenal pasti, 20% tu.

Dah jumpa, fokus lah 100% buat benda tu.

Amacam?

Dapat ilmu baru hari ni?

Sharekan ilmu ni dengan kawan anda. Boleh jadi, anda kurang faham, tapi kawan anda lebih faham, dan akan bantu anda memahami apa yang nak disampaikan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *