Tutorial Auto Reply Komen/PM Fanpage Automatik

Salam hormat usahawan.

Pernah tak dalam situasi begini, anda buat iklan di Fanpage, kemudian, ramai yang komen “PM”

 

Mula-mula, anda excited lah nak balas komen dan PM satu-satu. Lama-lama, anda jemu, dan mula balas komen lambat-lambat.

Mana taknya, pergi toilet pun kena bawa henfon, sebab nak PM sorang-sorang.

Idea #1

Kemudian, anda terfikir, anda buat skrip je lah. Kemudian copy paste je.

Tada ….. anda pun rasa diri anda genius. Lalu, anda copy dan paste ke setiap komen yang anda terima.

 

Tak jadi jugak … sama juga macam tadi, awal-awal je, lepas tu, anda komen dah lambat.

Lagi sakit hati, pelanggan tu reply “Lambatlah awak PM, saya dah beli kat tempat lain. Sorry ek”

 

Adoi …

 

Ni situasi sebenar. Saya pun online seller juga, dan selalu terkena macam tu.

 

Idea #2

Lalu, anda pun terbaca, tentang staf. Anda pun carilah staf, walaupun bajet anda ciput. Cari staff budak U, kononnya part time.

Tada ….. masalah #2. Dia pun sama, 2 kali 5 je dengan anda.

haha … apa dia? Dia pun lambat PM, bila tegur, dia cakap dia nak kumpul banyak komen sekali gus, dan malam nanti, baru nak reply/pm satu per satu.

 

“What the fish” ….. anda upah dia, supaya dia boleh PM cepat-cepat.

 

Akhir sekali, anda give up, anda pun cakaplah ungkapan ni kat diri sendiri,
“Rezeki tak pernah salah alamat” Konon-konon nak sedapkan hati, sebab banyak sales terlepas, ekorang anda lambat respon !

 

 

Dalam hati kecil anda, mungkin anda pernah berdoa, agar satu hari nanti, ada software jawab reply dan PM customer secara automatik !

 

 

Doa Anda Termakbul!

Alhamdulillah, doa anda termakbul !

 

Hari ni, ada sebuah software, anda invest sekali ja, tapi dia dapat selamatkan bisnes anda.

Software ni, buat apa yang anda idamkan selama ini.

 

Apa dia buat?

Dia reply komen, dan PM customer, secara AUTOMATIK !

Dengan pelaburan sebanyak RM397/tahun (lebih kurang RM34/bulan)

Pergi je terus dekat website depa ni, www.SoftwarePM.info

 

 

Ok, dalam post ni, saya nak buat tutorial sikit, macam cara nak guna software ni.

 

 

Langkah pertama : Anda kena beli software tersebut

 

Langkah kedua : Login

Selepas pembelian anda disahkan, biasanya ambil masa dalam 24 jam je.

Nanti, anda akan di bawa ke tempat nak login. Anda kena login guna akaun Facebook anda. Nanti, software ni, akan dapat akses semua FANPAGE anda. Yeap … software ni, boleh manage lebih daripada 10,000 fanpage (anda ada ke 10,000 fanpage?)

Jangan risau, ianya selamat !

 

Dah login, anda akan dapat lihat senarai page yang anda jadi admin.

 

Langkah 3 : Pilih fanpage

Pilih mana fanpage anda, yang nak jadikan automatik, kemudian klik ‘Configure’

Nanti, anda akan di bawa ke page berikut :-

Klik Turn On

 

Langkah 4 : Pilih post

Sekarang, anda pilih post mana satu yang nak guna fungsi autoreply ni. Ye lah, bukan semua post dalam tu, adalah post menjual kan? 🙂

Klik ‘configure’ untuk post yang anda pilih tu.

 

Kemudian, klik ‘Turn On’

 

Langkah 5 : Setting

Keyword : Bahagian ni, anda set keyword yang akan trigger auto reply dan auto PM

Anda boleh masukkan banyak keyword.

 

Private Reply Message : Masukkan skrip PM anda di sini. Pelanggan anda, akan dapat PM yang anda set di sini.

 

 

Comment Reply : Masukkan skrip reply anda di sini. Ini adalah skrip yang akan reply komen pelanggan anda.

Akhir sekali, Save !

 

Sekarang, anda cuba komen ‘pm’ di post ini, untuk LIVE demo.

Klik sini >>> LINK INI

 

Ini contoh reply yang pelanggan akan dapat.

 

Manakala, ini contoh PM yang pelanggan dapat.

 

Macam mana? Senang kan? 🙂

 

Anda juga boleh tonton video demo di bawah, untuk tutorial auto PM/Reply ni.

17 Replies to “Tutorial Auto Reply Komen/PM Fanpage Automatik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *