Iklan anda perlu dilihat 20 kali, sebelum pelanggan membeli

Ini cuma salah satu teori berkaitan “Effective Frequency”.

Ramai lagi pakar pengiklanan, berkongsi teori mereka.

Boleh cuba google “Effective Frequency” untuk membaca teori2 lain.

 

Salah satu teori yang saya suka dan agak setuju ialah, di bawah.

Thomas Smith dalam sebuah panduan yang ditulisnya,
“Successful Advertising”, memberitahu

Kali pertama, seseorang itu tengok iklan, mereka tak nampak pun iklan tu.

Kali ke-2, mereka tak perasan pun.

Kali ke-3, mereka baru perasan.

Kali ke-4, mereka rasa, pernah nampak iklan tu sebelum ni.

Kali ke-5, baru mereka baca iklan tu.

Kali ke-6, mereka pegang hidung dengan ibu jari (seolah2 berfikir)

Kali ke-7, mereka rasa menyampah

Kali ke-8, mereka mula berfikir, “Jumpa lagi iklan ni”

Kali ke-9, mereka rasa mereka terlepas sesuatu

Kali ke-10, mereka tanya kawan/jiran samada dah cuba produk tu (dalam iklan)

Kali ke-11, mereka hairan, mana company ni dapat duit nak iklan banyak2 ni

Kali ke-12, mereka dah start fikir, ini mesti produk yang bagus

Kali ke-13, mereka rasa, produk ni ada nilai

Kali ke-14, mereka baru teringat, yang dah lama cari produk ni

Kali ke-15, mereka nak sangat-sangat produk ni, tapi tak mampu nak beli

Kali ke-16, mereka terima kenyataan yang mereka akan beli produk ni akan datang

Kali ke-17, mereka tulis nota, nak beli produk ni

Kali ke-18, mereka menyumpah diri sendiri, kerana kemiskinan buat mereka tak beli produk yang best ni

Kali ke-19, mereka mula kira duit yang ada dengan hati-hati

Kali ke-20, mereka beli produk tu

6 Replies to “Iklan anda perlu dilihat 20 kali, sebelum pelanggan membeli”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *