Bisnes online, nak buka kedai?

Tadi saya dapat soalan ni di email,

 

Saya Bisnis accecoris muslimah..?

Saya xpernah ikut kelas matketing,dsbbkan ade baby kecik kat rumah.. tp Alhamdulillah sebulan saya dapat 10-15k alhamdulillah..
Tp serabutlah sikit.. sbb saya kejekan smua sensorang ade staf sorg je.. plane nak buka Kedai lepas raya ni.. tapiiiii mac x cukop ilmuuu…  Teringin nak belajar nak kembangkan lagi bisnis ni..
Apa yg perlu saya buat ya

Ini jawapan saya :

Tahniah kepada puan.

Ini saranan saya sebelum puan buka kedai.

Kira kos dahulu :-

1. Cuba kira, berapakah kos untuk sewa kedai dan renovasi kedai

2. Pastikan kedai tersebut, berada di laluan orang ramai

3. Jangan lupa masukkan juga kos elektrik, air, internet untuk kedai. Boleh tanya kawan-kawan yang buka kedai

Simulasi :-
1. Cuba buat simulasi, perjalanan kedai tersebut
2. Berapa orang staf yang akan jaga kedai tersebut
3. Bagamaina nak promosikan kedai nanti
4. Bagaimana nak maintain jualan online serentak dengan nak hidupkan kedai
Persoalan untuk difikirkan
1. Andai kata dalam tempoh 15 bulan tiada sale, bolehkah puan bertahan?
2. Kenapa 15 bulan?
– sewa 12 bulan, adalah sewa minimum dalam kebanyakan contract sewa kedai
– 2 bulan deposit
– 1 bulan deposit bil elektrik dan air
3. kos renovasi RM20,000 ke RM50,000 (untuk renovasi sederhana)

Kawan-kawan saya, ramai yang berniaga online dan kemudian cuba buka kedai.
Namun, tak ramai yang bertahan.
Bukan sahaja kedai tutup, bisnes online yang asalnya maju pun, tak jalan juga.

Banyak kelebihan bila buka kedai ni, untuk buka kedai, pergilah belajar dengan pekedai yang dah berjaya.

Itu sahaja jawapan saya untuk persoalan puan.

Terima kasih;
Raja Kamil

About The Author

Raja Kamil

...

Leave A Response

* Denotes Required Field