3 Idea Untuk Dapatkan Modal (berdasarkan pengalaman sendiri)

Salam hormat;

Salah satu masalah yang kerap dialami oleh usahawan, ialah kekurangan modal.
Saya bahagikan kepada dua kategori orang yang kurang modal ni.

Pertama : Orang yang baru berniaga, dan kurang modal
Kedua : Orang yang sudah lama berniaga, dan kurang modal.

Untuk orang yang baru berniaga dan kurang modal,
perkara yang perlu diberi perhatian ialah,
Cara nak dapatkan modal !

Untuk orang yang dah lama berniaga tapi kurang modal,
dia kena tambah satu lagi perkara,
PENGURUSAN !

Untuk pengurusan,, kita cerita lain kalilah kot.

Ok. Dalam email ni, saya ingin kongsikan, bagaimana saya mula bisnes dengan tanpa modal !

Sebelum tu, saya ingin nyatakan …. di bawah ini, adalah idea-idea cari modal, yang tak keluarkan duit ringgit, yang saya sendiri pernah lakukan !

Ia tak perlukan modal ringgit, tapi, mungkin perlukan masa/tenaga !

Satu lagi, idea-idea di bawah ini, tujuannya hanya untuk cari modal berniaga !
Kalau nak kaya raya, mungkin kena ubah suai sikit.

Cara saya, mula-mula, cari modal. Dah ada modal, buat bisnes. Duit bisnes tulah jadi modal untuk hidup kaya raya. ahakz…

Idea 1 : Jual barang terpakai !

 

barang terpakai

Masa saya mula-mula terlibat dalam bisnes, saya memang takde modal.
Duit nak makan/minum tu adalah.

Tapi, nak buat modal niaga, memang takde.
Masa tu, saya buntu memikirkan idea untuk berniaga tanpa modal, sehinggalah, pada satu hari,
henfon yang saya guna masa tu, rosak.

Apa yang saya buat ialah, saya pinjam kamera kawan,
dan tangkap beberapa gambar, kemudian, jual di internet.

Saya iklankan henfon saya tu,
dan dipendekkan cerita, ianya terjual !
Duit tu, saya jadikan modal awal bisnes saya.

ps : dulu, saya guna Lelong.com.my,
sekarang saya rasa Mudah.my lagi senang
nak jual barang-barang 2nd hand ni.

Idea 2 : Kerja-kerja Digital

Kerja Digital
Satu lagi, kaedah saya cari duit modal, ialah dengan membuat kerja-kerja digital.

Bagaimana?
Saya ambil servis bina laman web, edit gambar, tulis artikel kat blog-blog.
Kat mana nak cari orang yang nak servis ni?
Simple, saya guna Fiverr.com je.

Ok lah … servis yang saya tawarkan tu pun, tak susah sangat. Kalau tak reti, saya search tutorial kat FB.
Masa saya rajin dulu, pernahlah juga dapat sehingga 50 usd sehari.

Idea 3 : Tawarkan ruang pengiklanan

Ha … ini saya selalu buat.
Saya buat satu ebook, kemudian, saya tawarkan ruang iklan dalam ebook tu.

Cara lain pula, ialah, saya tawarkan ruang iklan di post saya di FB.

Tapi, ada ke orang nak iklan kat wall kita?

Ha … ini apa yang saya buat, kalau FB tu, saya banyakkan Friends.
1 akaun, boleh Friends 5000 orang.

Nak friends dengan orang, simple je… join group ramai orang, lepas tu, carilah friends kat situ.

Janganlah baru jadi friend, terus buat iklan, memang orang menyampah, dan akan unfriend kita.

Selain FB, saya juga guna Twitter, Instagram dan lain-lain platform.

Kalau terdesak sangat, saya akan tawarkan Iklan Bundle kat semua platform social media yang saya ada, pada harga yang rendah !

 

Boleh rujuk post ni.
Post ni, saya saje je buat demo, untuk anda lihat sendiri potensinya….
https://www.facebook.com/rajakamil/posts/10211487865366469

 

Modal saya?
Mana ada modal, FB free, Instagram free, Twitter free, Fanpage free, Group FB Free …
hehe …..Dapat idea?

Saya ada kawan, dia buat Fanpage, kemudian dapatkan Like banyak2, lepastu, buat servis iklan kat Fanpage dia.

Dia buat benda tu Fulltime …..

Ok … sebenarnya banyak lagi caranya untuk idea nak cari modal ni.
Tapi, ini 3 cara yang saya teringat sekarang ni.

Dan, ketiga-tiga cara ni, saya sendiri pernah buat,
dan memang betul-betul membantu saya,
dapatkan modal !

Dalam ketiga-tiga cara di atas, anda suka yang mana satu?
Komen sikit kat bawah ni …..

13 Replies to “3 Idea Untuk Dapatkan Modal (berdasarkan pengalaman sendiri)”

  1. Terima kasih tuan RK. Tiga2 cara ni memang best. Tapi, paling mudah cara yg pertama tu. Okay, dah boleh korek2 used item utk dijual ni ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *