Isi Minyak Dapat 8% dan Tiket Air Asia Percuma?

Assalamualaikum wbt;

Dalam post kali ini, saya ingin kongsikan, strategi saya menjimatkan 8% kos isi minyak !

Ha … mesti berminat kan.

“Ops… dalam tajuk, RK kata, dapat 8% ? Macam mana tu?”

Ada pepatah inggeris kata, “Money save is money earn”. Duit yang kita jimat tu, (seolah-olah), duit yang kita dapat.

Mungkin ada yang akan cakap, “Alahai, 8% je pun …. bukan banyak sangat”

Jika anda bukan seorang investor, anda akan rasa, 8% tu kecil.

Tapi, bagi seorang investor, 8% tu, jumlah pelaburan yang ok.

Mana taknya, letak duit kat dalam ASB atau Tabung Haji pun, belum tentu dapat dividen 8% setahun.

Ok … ini caranya. Saya terangkan Step by Step

 

Langkah 1 : Daftar Shopback. Klik sini

Dengan daftar Shopback, kita akan dapat 1 ke 10% rebet tunai.

Shopback

 

Langkah 2 : Dah daftar, login ke dalam Shopback, dan search Lazada (atau klik je banner Lazada)

 

Nanti, akan keluar popup, tentang berapa % shopback tawarkan rebet ikut kategori.

Takpe, detail tu penting sangat, yang penting, cuba cari ‘Shop Now’
dan klik situ.

Nanti, anda akan dibawa ke website Lazada

 

Langkah 3 : Taip “Petronas Gift Card”

Nanti, dia akan keluar suggestion seperti di bawah,

 

Klik dan anda akan dibawa ke page di bawah

 

Beli kad tersebut (seperti produk2 lain di Lazada)

 

Langkah 4 : Claim point BIG Air Asia

Setelah buat pembelian, anda akan diminta untuk masukkan nombor akaun BIG Air Asia.

 

 

 

Itu sahaja step dia.

Nanti tunggulah, dalam 2,3 hari bekerja, nanti dah dapat kad tu, anda boleh isi minyak di mana-mana stesen Petronas.

Penjelasan.

  1. Bila anda, beli Petronas Gift Card, anda akan dapat isian minyak berjumlah RM100. Tapi, perasan tak, anda hanya bayar RM95. Sini sahaja, dah jimat 5%
  2. Sebelum tu, anda klik link Lazada ikut Shopback. (saya sarankan, guna PC, kalau guna phone, takut tak track link Shopback). Hari tu saya cek, saya dapat rebet 3% daripada belian Petronas Gift CardAnda patutnya akan dapat email, daripada Shopback, kalau pembelian tadi, dikira di bawah mereka.Email dia bertajuk “Your latest transaction”

    Dalam email tersebut, akan diberitahu  berapa cashback yang anda dah terima.

    Rebet ini, kita dapat tunaikan selepas 90 hari, kalau tak silap. Yeap, saya dah guna Shopback, lama dah, untuk dapatkan rebet bila membeli barang2 di Lazada.

    Duit, terus masuk ke dalam akaun bank.

  3. Bila isi minyak guna kaedah ni, kita dapat gunakan features Redeem Point Big Air Asia. Ibaratnya, isi minyak, dapat terbang free. (bila cukup point, boleh claim tiket flight free)

Itu sahajalah kot, perkongsian setakat ni. Siapa dah cuba, boleh komen di bawah.

Minyak ni, nak tak nak kena isi jugak. Kalau ada cara yang bijak untuk isi minyak (dapat diskaun dan terbang free), why not !

 

Oh ya, secara peribadi, saya tak rasa, tawaran ini akan dijalankan sampai bila-bila.

Mungkin akan datang, tektik ni dah tak jadi. So, sementara menjadi, buat lah ….. ada rezeki, hujung tahun, dapat tiket pergi Jepun free. Siapa nak bagi kan? Isi minyak je pun … haha

 

PS : Tolong share kepada Tokwan, Ayah, Pak Menakan, Abang, pasangan, dan mereka-mereka yang anda kenal, yang isi minyak setiap minggu.

3 Replies to “Isi Minyak Dapat 8% dan Tiket Air Asia Percuma?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *