Rahsia Otai IM Seantero Dunia !
Daftar PERCUMA di bawah, masukkan Nama dan Email Utama Anda
Bismillah. Nama penuh saya ialah Raja Mohd Kamil bin Raja Rosli. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana di Adelaide, saya membesar dengan penuh kasih dan sayang. Saya merupakan anak sulung dari enam adik beradik. Ayah saya dan ibu saya keua-duanya tidak bekerja.
Pendidikan
Pendidikan saya bermula dari rumah lagi. Ummi dan abah sentiasa mengajar tentang kehidupan, sehingga kini, masih tidak grad-grad lagi. Seterusnya, pada umur 5 tahun saya dihantar ke Tadika Ihkam Taman Jasa, Selayang. Pada umur 6 tahun, saya ke PASTI dan kemudian ke Tabika Kemas. Dari tahun 1 hingga 3, saya bersekolah di SKTS 1 dan tahun 4 di SKTS 2. Seterusnya, saya sekeluarga berpindah di Ulu Yam Bharu. Langsung, saya habiskan persekolahan rendah darjah 5 dan 6 di SKUYB. Kemudian, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maahad Al-Manar sehingga awal ting. 3. Dari ting. 3 hingga 5 saya bersekolah di SMKSM. Dengan keputusan SPM biasa-biasa, saya mendapat tawaran membuat matrikulasi di KMM,London Londang. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan melayakkan saya ke menara gading di UTP. Perancangan saya ialah, ingin mengambil ijazah dalam jurusan IT. Walaupun sekarang sedang mengambil Ijazah dalam Kej. Awam, tapi tak hapening lah
.
Mungkin sebab tu, saya nak belajar lagi dalam kursus yang saya minati pula.
Pencapaian
Saya tidak pernah kenal dengan perkataan gagal. Bukan saya ingin riyak tapi sekadar untuk berkongsi cerita. Dari tadika hingga matrik, saya merupakan seorang scorer. Sehinggalah suatu ketika, di UTP, saya mula mengalami simpton-simpton drop out.
Tapi, saya masih tidak keluar dari UTP. Lagipun tinggal setahun je lagi. Dah habis UTP ni, nak sambung lagi belajar. Saya aktif dalam persatuan semasa di sekolah. Jawatan tertinggi yang saya pegang adalah, Ketua Murid, Pengerusi itu dan ini, ketua itu, ketua ini kalau nak cerita jawatan, tak payah lah. Walaupun begitu, saya rasa itu tiada apa-apa, kerana saya adalah jaguh. Jaguh kampung. Sukan? Tak banyak sangat. Saya ini serba boeh tau. Saya boleh sepak bola. Kutip bola, pam bola pendek kata segalanya berkaitan bola saya boleh buat kecuali, main bola. Saya taklah handal dalam bermain ping pong tapi, dapatlah juga mewakili insititusi pengajian saya. Kalau nak cuba, call lah. Owh, boleh dikatakan semua permainan yang menggunakan tangan dan alatan, telah saya kuasai. ![]()
Karier IM
Saya mula terlibat dengan IM atau internet marketing ini pada pertengahan tahun 2006. Ketika itu, saya sedang menjalani peperiksaan akhir tahun. Saya masih ingat lagi, saya sedang menunggu bidaan saya menang 1 jam sebelum paper saya bermula. Saya bermula dengan lelong.com. RM pertama saya di internet adalah RM150. Jual hp rosak. Daripada lelong sahaja, saya berjaya pungut 2,3 ribu. Kemudian saya cuba dalam program-program yang bayar kita untuk siapkan sesuatu task. Gagal. Setelah itu, saya mula berjinak-jinak dengan penjualan produk fizikal. Saya menjual kitab maksurat secara online. Saya masih ingat yang pelanggan saya adalah dari search engine, Yahoo. Dia borong habis. Itu merupakan produk fizikal saya sendiri yang pertama dijual. Apabila mengetahui kepentingan berblogging., saya mula jinak-jinak dengan blogging. Apa lagi kalau bukan platform percuma yang femes, blogger.com lah. Sehingga kini, saya mempunyai lebih dari 30 blog yang tidak dipantau
Adsense? Ada buat. Tapi sampai sekarang tak pernah dapat payout. Pada Jun 2008, saya mula aktif dalam wangcyber.com.
Saya nak kongsi sedikit rahsia dengan anda, sehingga hari ini, saya telah berjaya membuat jumlah jualan RM2-ke 3 ribu dari forum wangcyber.com semata-mata. ![]()
Dari blog? Belum lagi. Insya Allah ada. Asyik manis je, pahit lah pulak Hehe, siapa kata tiada pahitnya. Sebenarnya banyak yang pahit dari yang manis. Ada satu produk tu, saya hanya dapat buat 1 jualan sahaja. Ditipu banyak kali. DItuduh menipu pun ada. 1001 macam peristiwa pahit berlaku untuk saya sampai ke tahap sekarang (atas sikit pada newbie). Nasihat Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Nak cari duit mana-mana pun ada, cuma kena fokus lagi dan lagi.
Sekian buat masa ini. Salam kejayaan. Assalamualaikum
Incoming search terms:
- belajar di utp (7)
- kelebihan belajar di utp (2)
- dapat tawaran utp 2012 (1)
- menjual hp rosak (1)
- tak dapat utp may 2012 (1)
- umur tujuh tahun dihantar ke maahad (1)

semoga sucess
Cita-cita punyalah pelik, hahaha….
haha
salam Raja Kamil.leh bagi alamat email tak?
rajakamil @rajakamil.biz
Salam…..bro Raja Kamil….rase cam knal arr…abang ni blajar kat Perak kan….??? saya 1 U….saya member Amin Omar….dia knal abang….rase cam nak blaja drpda abg wat internet biz ni….ye arr…U kite ni kan mahal…saya ade prob dgn duit skit…..
Salam hafiz. Hurm, Amin mana ek ? Ramai Amin kat uTP tu yg saya kenal.
Hoho, masalah kewangan ? Biasa ar, UTP. Pet ke ?
Tu ar..tanye sape pun, semua akan jawab takut mati..saya pun..huhu
betol bro wanmus.semua orang takut mati.tapi kita kena sentiasa mengingati.ajal maut di tangan Tuhan
susah sebenarnya kita nak jumpa orang yang bercita-cita untuk mati..sebab ramai orang kini takut mati..renungan untuk diri sendiri dan kita semua
Haha… banyak2 detail RK saya tertarik kat bujan 3 keh2 tau la quorum xpenuh lagik
hehe
p/s: typo la plak.. hee Bujang 3
xlama kot nak penuh… hehehe.:D
shh…hasrat tu ada. Duit je takde
hahahahahah..:D … kiranya cam xlama dah la nie… heheheheh ;D
haha… nnt jadi jemput ktorg ahli VIP RKb nih.. hee :p
salam bro kamil….
pertama kali melawat blog bro ni sy trus jatuh cinta dan berhasrat nak belajar ngan bro tentang dunia IM ni..so kalo bro sudi email sy kay….
jgn8972@gmail.com
Salam..
Hai.. tak sangka dapat baca blog Raja Kamil ni..Saya kenal isteri Kamil. Nor Fadhilah.Kami berjiran ketika dia belum berkawin dulu. Ayahandanya (sensored by admin) kn? Kirim kan salam saya pada dia.
@Ctiey ha ah, betul lah tu….tapi isteri saya tanya nama sebenar. Dia tak ingat sape ni….:D
Bro.. bile nk update page ni?
ayat default tu padam2 la..hehe
thanxzs RK bg sedikit ilmu pada kami…
sebenarnye saya merupakan salah seorang pelajar IPTA dan kini mengalami masalah kewangan yang besar….
maklum lah belajar kat k.l nie banyak nak pakai duit…dengan sara hidup nye…yuran lagi….
Same like me.. There is always the ways… Pelan2 la cari.. Saya pun amik masa 2tahun lebih nak biasa kan dengan dunia IM nie