“see to believe”.

07

Tidak semua orang mempunyai kuasa minda yang kuat.

Rata-rata, mempunyai minda “see to believe”.
Maksudnya, rata-rata, nak tengok dulu satu-satu kejayaan depan mata, baru percaya, yang kejayaan itu, boleh tercapai.

Contohnya :-
1. seorang itu, tidak yakin, bahawa bisnes itu boleh membuatkan dia menjadi jutawan
2. penyelesaiannya, lihat orang lain yang telah buat bisnes itu, dan menjadi jutawan
3. contoh lain. Orang yang pernah tengok duit RM1 juta depan mata
4. lebih mudah mendapatkan RM1 juta, daripada yang tidak pernah

Penyelesaian :-
1. berkawan dengan orang yang dah berjaya dalam bidang ingin diceburi
2. bergaul dengan mereka
3. bercakap macam mereka
4. makan macam mereka
5. Kalau anda nak jadi orang kaya tak beriman, berkawanlah dengan orang kaya tak beriman
6. Kalau anda nak jadi orang kaya beriman, berkawanlah dengan orang kaya yang beriman
7. Nak tahu tempat lepak orang kaya beriman?
– cari mereka pada waktu Subuh di Masjid
– atau datang 2 jam awal sebelum masuk waktu Solat Jumaat

tak percaya?
Tiada masalah…. kerana seperti orang ramai, anda mempunyai minda “see to believe”.

Bayar Dengan Doa?

08

” tuan, berapa harga ni”

RM100 sahaja.

” alamak, duit tak cukup. Tapi saya bayar dengan doakan kebaikan untuk tuan. Bolehlah ya”

(pura-pura tak dengar) eh. Kejap, dahaga pulak. Boleh tolong belikan teh tarik dekat kedai tu.

“eh. Boleh2.”

(dia berdiri lama kat situ tak gerak2)

Er… Awat tak pergi lagi ? (senyum)

“tuan tak bagi saya duit lagi”

Oh lupa. Kejap… Ya Allah, murahkan rezeki pembuat teh tarik ini. Amin.

Ok. Bayar guna doa ni kat pembuat teh tarik tu ya.

ps: orang tadi tu pun blah menahan marah campur malu

10 Tahun Yang Kritikal

09

10 Tahun Yang Kritikal

Ini adalah 10 tahun yang kritikal.. selepas itu, masa untuk menuai hasil.

Mentor memberikan garis panduan, bagaimana memiliki pendapatan RM240,000 setahun, atau RM20,000 sebulan :-
1. tanpa bekerja
2. tanpa jumpa ramai orang
3. tanpa formality
4. tanpa birokrasi
5. tanpa buat apa-apa
6. Yeap, literally tak buat apa-apa

Tapi, syaratnya, 10 tahun yang pertama kena kerja keras.
Ready dengan ______ .

Kemudian, insya Allah, RM240,000 tanpa buat apa-apa, setiap tahun !