Saya ada seorang adik.

11073970_10204894394173810_7490066540260554004_n

Saya ada seorang adik.
Dia rajin buat nota.
Kawan-kawan puji nota dia.
Cikgu pun puji nota dia.
Dia hasilkan lebih banyak nota.
Dia juga, kumpul nota orang lain (dengan kebenaran).
Dia compile nota-nota tu.
Dia jual pada kawan-kawan.
Dia jual pada junior.
Sekarang, dia baru terbitkan nota tersebut, dalam bentuk buku.
Sebelum ni, hanya dalam bentuk spiral binding.
Lebih pro kata dia.
Pejam celik pejam celik, sudah 2 tahun dia jual nota.
Dapat idea buat duit?
Adik saya seorang pelajar u.
Mungkin tahun depan, dia nak belanja abang sulung dia melawat stesen angkasa lepas NASA di US. (ini saya reka, kot-kot dia baca post ni)

ps : gambar buku nota. Ehsan Google

Inferiority complex.

11050781_10204847191353769_716292458718029558_n

Tolong baca ni, kalau anda nak jadi lebih maju daripada sekarang !
.
? Inferiority complex
.
? Saya suka definition daripada Wikipedia…
.
“An inferiority complex is a lack of self-worth, a doubt and uncertainty, and feelings of not measuring up to standards. It is often subconscious, and is thought to drive afflicted individuals to overcompensate, resulting either in spectacular achievement or extreme asocial behavior.”
.
? Point penting :-
– a lack of self-worth (rasa rendah diri)
– a doubt and uncertainty (ragu-ragu)
.
? Inferiority complex & Facebook
.
? Saya nak tanya anda beberapa soalan :-
– pernah tak, post-post kawan anda buatkan anda rasa ketinggalan jauh kebelakang?
– pernah tak, post-post kawan anda, buatkan anda rasa, pencapaian anda, tiada apa-apa nilai?
.
? Jika ya… teruskan bacaan. Kerana saya akan bagi satu ‘ANTIBIOTIK’ untuk penyakit ini.
.
? Yeap, Inferiority complex merupakan satu penyakit, dan ia boleh dirawat.
.
??ANTIBIOTIK
.
Ini antibiotik bagi penyakit ini…… UNFOLLOW !
.
Yeap, unfollow kawan anda yang buatkan anda mempunyai Inferiority complex.
Kawan anda yang buat anda, rasa ketinggalan jauh kebelakang.
Kawan anda, yang buat anda, hilang keyakinan diri.
Kawan anda, yang buat anda, rasa tak capai apa-apa langsung.
.
Itu ubatnya…..
.
? Jangan keliru dengan mereka yang buat anda maju.
Kerana, ia sepatutnya, tak buat anda tak yakin, sebaliknya, tambah ilmu.
.
Wallahua’lam
.
Kalau anda baca sampai sini, sila reply “rk.” (ada titik lepas rk tu).
So, saya boleh tahu, berapa ramai kawan FB saya yang baca post ni….
.
?Kes Studi :-
Anda mungkin bukan seorang yang gagal. Anda telah mencapai kejayaan demi kejayaan. Namun, anda bukan jenis orang yang suka menghebahkan setiap perkara di Facebook atau media sosial yang lain.
.
Tapi, lain pula halnya dengan Ahman (bukan nama sebenar).
Website, baru masuk ranking bawah 10,000,000 di Alexa, sudah post macam-macam.
“Bersyukur bla bla bla”
“Tak sia-sia usaha bla bla bla”
“….penat lelah bla bla bla”
” bla bla bla bla join kelas saya”
.
Bila anda baca post Ahman. Anda rasa lemah semangat.
– Seolah-olah, ranking First page untuk keyword “Perniagaan Internet” tu, macam takde apa-apa.

– Seolah-olah, “jana RM1 juta dalam setahun pada tahun ke 3 buat perniagaan internet macam takde apa-apa”

– Seolah-olah, “anak didik anda yang jana RM30,000 sebulan, dalam 3 minggu, macam takde apa-apa”
.
Saya pernah tulis dulu-dulu….
“Buat bisnes, sampai jadi XIFU”
.
Hari ni, saya nak tulis….
“Buat bisnes, sampai boleh beza intan atau kaca”
.
Be wise, move on, don’t be moron. Jangan putus asa….!
.
ps : katakan kawan FB anda tu, memang betul-betul bagus pun, percayalah cakap saya, you simply are the best in your on way.
.
pps : jangan syok sendiri sudahlah !

Apa Yang Kita Dapat Dan Apa Yang Orang Lain Dapat.

10682197_10204809272085811_5125454071943895392_o (1)

Comparison :-
1. kita selalu compare apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat
2. tapi, kita jarang nak ambil tahu keseluruhan cerita
3. contohnya kes makan
—lakonan semula—
Kawan telefon,
..
Kawan – “kau buat apa?”
RK – Aku tengah makan

Kawan – “Makan apa tu?”
RK – Salmon

Kawan – “Pergh, makanan orang kaya. Untunglah kau. Kaya raya”
RK – Kau dah makan?

Kawan – “Dah, aku makan nasi campur je tadi. Tak macam kau, bla bla bla……”
RK- berapa harga makanan tu?

Kawan – “sekali dengan air, RM10”
RK – Kos aku makan ikan Salmon ni, tak sampai RM5 je. Hari tu, ada orang jual murah kat pasar malam. Pastu, masak sendiri. Sekarang siapa lagi kaya? Kau ke aku?
Kawan – “ok lah, aku nak masuk ofis dulu…. k bye….”

—- lakonan tamat—-

Adaptasi daripada kisah sebenar. hehe

Itu sebuah contoh, banyak lagi perkara yang berlaku. Orang tengok surface dan buat comparison. “kau bolehlah buat bisnes berjaya, kau dah ada nama”

Mungkin orang tu lupa kot, masa saya lahir, nama pun takde.

ok lah … nak makan dulu. Cuba teka, saya makan apa?
Kalau betul, belanja makan sendirik… ngeh ngeh ngeh…

Kredit gambar : Google