Cara buka pintu rezeki automatik setiap minggu !

Nota : Tips ini, untuk mereka yang beriman dengan sebuah ayat Al-Quran ini, yang maksudnya kira-kira…
.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – Surah al-Baqarah, ayat 261
.
.
1. cari mana-mana badan kebajikan, badan dakwah, minta no akaun diorang
2. Set Standing Instruction – RM7 seminggu
3. Kenapa RM7? Sebab, seminggu ada 7 hari. So, 1 hari = RM1
4. Kenapa tak set je Standing Instruction sehari sekali?
5. Sebab, standing instruction, takde daily, yang ada weekly, monthly dan annually
6. Kenapa RM1 sehari? Nak lebih sikit daripada tu boleh, nak lebih banyak pun boleh. Duit anda, suka hati anda.
7. Kenapa seminggu sekali? Kenapa tak sebulan je terus?
8. Kalau boleh, hari-hari. Tapi, standing instruction paling singkat ialah seminggu.
9. Lagi pula, saya tak tahu, ajal saya bila. Jadi, bersegeralah buat kebajikan
10. Inilah tip murah rezeki automatik
11. Balasannya apa? Insya Allah, jika ikhlas, 700 kali ganda kebaikan yang akan diberi.
.
.
Ada extra 5 minit?
Jemput baca artikel ini pula…
Modal RM28.57, dapat RM20,000
Klik sini >>> http://rajakamil.biz/2014/12/02/modal-rm28-57-dapat-rm20000
.
.
Sharing is caring !
Tag orang nombor 2 yang paling anda sayang….

Kisah seorang suami berpendapatan RM3000.

04

Bukan Tak Boleh.
Kisah seorang suami berpendapatan RM3000 di Zaman Sekarang.
*TERKINI, Mei 2015

25/26hb…Suami dapat gaji bersih RM3000
Terus buat internet banking bayar :
– bil air – 0 (dok Selangor, air Free)
– duit rumah – RM600
– duit kereta – RM200
– bil elektrik – RM80 (tak pakai aircond)
– bil internet – RM117
– ansuran motor kapcai- RM150
– perbelanjaan sekolah anak – RM150
– duit belanja anak – RM150

Jumlah keseluruhan – RM1447
.
.
? Berbekalkan duit baki gaji RM1553 balik ke rumah,
ajak isteri keluar makan.
Terus disambut dengan isteri satu soalan,
“Hari ni hari haji abang kan? Dah simpan duit dalam Tabung Haji?”
.
Suami tepuk dahi. Terlupa pulak rutin bulanan. Hari gaji, mesti,
simpan RM100 ke RM200 dulu sebelum belanja macam-macam.
Pergi Bank Islam sat, bank in RM100. Bulan, ni budak-budak
cuti sekolah, nak pakai duit nak pergi bercuti.
.
? Baki sekarang, RM1347
.
Suami mengangguk lemah, baru nak boros sikit bulan ni, untung
dapat isteri yang prihatin dan berjimat cermat.
.
Sambung drive, niat dihati, nak belanja isteri makan special.
Sebab tu, tadi ambil dia dan anak-anak kat rumah.
.
.
Tiba-tiba si bongsu cakap, ‘Ayah ….. hari tu kata, nak bagi
hadiah, kalau adik dapat nombor 1 dalam peperiksaan’
.
.
Belum sempat suami menjawab, isteri tolong jawabkan,
“Ni nak pergi beli hadiah untuk adik lah. Nanti, kita pergi
shopping kat Mydin ya. Malam ni, mama masak sedap-sedap,
hadiah untuk adik”
.
.
Sambil itu, anak yang sulung pun mencelah….
“Ayah, kakak pun dapat nombor 1. Bukan dalam kelas tau,
tapi dalam daerah. Markah kakak paling tinggi dalam daerah”
.
Si suami terus memandang isteri…
“Ok ok…. kakak pun dapat hadiah. Malam ni, mama masak
special untuk adik, dan kek istimewa untuk kakak”
.
.
Dalam hati si suami, berfikir, “Untung hantar isteri pergi
kolej komuniti. Kelas RM10 sehari, tapi, pandai masak macam-macam”
.
.
Malam tu, Suami pergi Mydin, shopping dengan isteri dan anak-anak.
Alang-alang, beli sekali barang dapur.
.
Semua sekali, RM347.
.
? Baki sekarang, RM1000.
.
.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri minta suami belikan tepung nak
buat roti canai. Semalam terlupa beli.
Pergi ke kedai, beli tepung, dan ternampak muka hadapan akhbar
yang menarik.
.
Balik rumah, sambil menunggu isteri siapkan roti canai,
si suami baca berita yang menarik tadi, daripada internet.
.
Kos tepung sekilo, RM4
.
? Baki sekarang, RM994
.
.
Manakala menjelang petang, isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan
di Pasar Malam Jalan TAR sempena malam minggu.
Sebelum bertolak, Si suami, berikan RM20 kepada isteri.
“Ni buat belanja kat pasar malam nanti”, terang suami kepada isteri.
.
Minyak dah ‘E’ pulak. Isi minyak, RM50.
.
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga
RM15. Si suami sempat pesan kat isteri,
“kat rumah tu, banyak lagi. Elok-elok pulak tu”
.
Si isteri senyum je. Dan terus ke depan lagi.
‘Ha ah lah bang, lagipun, tadi saya dah janji, nak window shopping
je. Abang dah bawa jalan-jalan ni pun, saya dah bersyukur
sangat. Terima kasih ya bang”.
.
Malam tu, isteri window shopping Tudung Bawal, Baju Kelawar,
baju kanak-kanak dan macam-macam lagi.
.
Isteri pulangkan semula duit yang si suami bagi tadi.
.
? Baki sekarang, RM954.
.
.
Esoknya hari Ahad. Isteri masak nasi lemak. Mujur, dah beli bahan
awal-awal masa shopping kat Mydin tempoh hari.
.
Malamnya pulak, suami bagi duit dapur kat isteri.
Walaupun isteri berkeras tolak, tapi Suami nak bagi juga.
.
Suami berikan isterinya, RM200.
.
? Baki sekarang, RM754
.
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami, dengan berbekalkan modal
gaji yang tinggal, RM754.
Dicongak-congak, belanja seminggu lebih kurang RM50.
Ada 4 minggu lagi, so, perlu sediakan RM200 untuk perjalanan
pergi balik kerja.
.
Setelah reserve belanja pergi balik kerja,
baki sekarang, RM554.
.
.
.
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, isteri ajak
balik kampung melawat ibu ayah dia. Suami senyum gembira.
“Jom, malam ni juga kita balik. Sambil congak-congak, duit yang
ada, lebih daripada cukup”
.
Total belanja balik kampung campur beli buah tangan untuk mertua,
RM200.
.
? Baki sekarang, RM354.
.
.
.
Terpinga-pingan isteri, Confused … !! Blurred !!.
Mana tidaknya, dah belanja macam-macam, jalan sana sini,
tapi suami macam
tak pernah putus duit.
.
“Abang sebenarnya ada buat kerja part time ke? Jiran sebelah tu,
baru seminggu hari gaji, dah gaduh macam nak perang dunia ke-3”
.
.
Suami jawab dengan tenang,
“Takdelah sayang, kita belanja apa yang perlu je.
Dan abang bersyukur sangat, awak tak demanding dan
selalu ingatkan saya untuk selalu berjimat cermat.
Terima kasih ya sayang.
.
.
Insya Allah, bulan ni, kita boleh simpan lebih banyak sikit
daripada bulan sebelum ni.
.
Abang kira-kira, kita boleh simpan RM200 lagi dalam Tabung Haji”
..
..
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang tidak diros__kan si isteri.
Bertanggung jawab demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab, bukan
sahaja sebagai suami, tetapi hamba Allah, yang tidak membazir dan berbelanja
sekadarnya.
.
.
p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk berkahwin?
Perkahwinan itu indah, jika kita ikut apa yang disarankan Allah dan Nabi.
.
** kesian jiran sebelah, gaji sama banyak, anak sama ramai, isteri
sorang jugak, tapi gaji tak cukup.
.
Hidup itu adalah pilihan. Anda pilih nak jadi macam jiran sebelah,
atau macam brother dan isteri ni? **
.
p/p/s : kalau diorang ada side income, lagi cepatlah, duit
diorang cukup nak pergi haji nanti.
.
Tentang penulis.
“Salam, saya Raja Kamil. Saya yang tulis cerita ni. Ia, berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri.
Ketika orang lain ketawakan saya sebab tak belanja mewah macam mereka, saya senyum je. Isteri pun, pesan kat saya supaya bersabar.
.
Sekarang, dah makin murah rezeki, tapi, belanja secara cermat itu, masih lagi saya lakukan. Bukankah Allah ada berfirman dalam Al-Quran,
.
Maksud ayat 27 dalam surah al-Israa “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
.
.
Ok lah… renung-renungkan.
Cuba bandingkan dengan cerita ‘jiran sebelah’ dengan yang ini.
Hidup ini adalah satu pilihan.
.
Iklan :
Nak bercuti? Tempah dan jimat di www.tempahan.com
.
.
pps : “Menangguh Kepuasan” adalah satu skill.

Miskin & Kaya.

03

Orang kaya jadi kaya, sebab dia menyimpan dahulu, belanja kemudian.

Orang miskin jadi miskin, sebab dia belanja dahulu, tak dan nak simpan.

PS: Miskin ke, kaya ke, bersyukurlah, semuanya adalah daripada Allah.