Kerugian : Kesilapan Bukan Kegagalan.

3

1. Dalam bisnes, kerugian adalah satu kesilapan, bukan kegagalan.

2. 1000 kesilapan kecil lebih baik daripada 1 kesilapan besar.

3. Kita boleh belajar dan recover daripada kesilapan kecil

4. Namun, kesilapan besar akan buat kita sukar bangun semula

5. Start small, scale up, scale up, scale up, then become big.

6. Jangan tergesa-gesa dalam bisnes.

7. Nak cepat kaya antara contoh tergesa-gesa dalam bisnes

8. Start bisnes dengan loan bank, juga contoh tergesa-gesa dalam bisnes

Rahsia Perbelanjaan.

fv

Ok. Rahsia ni, sebenarnya, tak lah rahsia sangat.
Sebab, benda ni, kita buat hari-hari, cuma, mungkin kita tak perasan.


Pernah dengar ungkapan, “ikat perut”.

Maksudnya, kurangkan perbelanjaan. Tapi, bagi kebanyakan orang, ikat perut, literally ikat perut, iaitu, menahan lapar, atau mengurangkan perbelanjaan makan (dapur).

Daripada jawapan di atas, rata-ratas, perbelanjaan untuk makanan, bagi sebuah keluarga, tak lebih daripada RM1500 pun.

So… nampak tak kat sini….
1. kalau sebulan, anda tak makan apa-apa pun (mustahil lah kan… hehe)
2. penjimatan anda, tidak terlalu signifikan
3. Lebih parah, ada sesetengah keluarga, bayar Astro sahaja, cecah RM100 ke RM200. Ada yang lebih (kot).
4. So, kalau belanja dapur, RM1000. Bayar Astro sahaja, 10% ke 20% daripada belanja makan.
5. Wow. banyak tu.
6. Itu tak ambil kira lagi, belanja perkara2 yang kurang mendatangkan faedah
7. seperti, selalu tukar gadget, selalu tukar perabut
8. Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah
9. Utamakan perut !
10. biasanya, kalau ada masalah kewangan, kita biasa akan ikat perut
11. kurangkan, makanan berkhasiat, mula makan, benda2 yang tak sihat seperti mi segera
12. takdelah, saya suruh, anda jadi gelojoh, makan sampai tak ingat dunia
13. tapi, utamakan yang utama
14. antara Raja Lawak dengan susu anak, mana lebih penting?
15. antara perlawanan sukan Live dengan makanan isteri yang sarat mengandung, mana lebih penting?
16. kita selalu, buat benda yang kurang efficient
17. kalau betul nak berjimat cermat, bukannya, kurangkan perbelanjaan dapur
18. tapi, kurangkan perbelanjaan benda lagho
19. cuma satulah, bila dah kata macam ni
20. janganlah pula, membazir kat makanan pulak
21. bersederhanalah dalam makanan
22. bersederhanalah juga, dalam perbelanjaan

 

Cara Letak Harga.

hyry

Siapa tak tahu nak letak harga barang/servis?

Penyelesaiannya : Kira berapa kos untuk hasilkan barang tu. Gaji untuk diri sendiri, adalah kos. Bil-bil yang berkaitan, adalah kos. Jika melibatkan pengangkutan, ia juga kos. Sewa ofis/rumah adalah kos. Senaraikan semua kos.