Buat Bajet.

ig

Sebelum dapat gaji – buat bajet.
Bukan, buat bajet selepas dapat gaji.

Biasa, orang buat bajet, untuk awal bulan.
Boleh juga.

Kalau dapat gaji dekat-dekat hujung bulan, cuba berjimat sikit.
Memang tempting, nak belanja sana, belanja sini.
Tapi, cubalah control sikit.

Lagi Banyak Daripada GST.

ih

Niaga online. Beli hosting oversea.tak kena GST. So tak naiklah kos. Hehe….
Betul ke salah?
Buat masa ni salah, sebab USD naik.
Lagi banyak daripada GST. Hehe

Kenaikan Harga.

vx

Kenaikan harga.
1. buat kira-kira, sekarang juga !
2. yeap, SEKARANG !
3. Cuba kira, for past month, berapa perbelanjaan anda
4. Within few months, perbelanjaan anda akan meningkat 10 ke 20%
5. mungkin lebih bagi sesetengah orang
.
Contoh :-
Belanjawan “Kamil” (bukan nama sebenar)
.
.
Perbelanjaan Bulan Februari :-
1. Tol, Minyak dan maintenance kereta : RM400
2. Makan minum : RM600
3. Bil & utilities : RM300
4. Hutang dan hutang bank : RM1000
5. Hiburan dan kelalaian : RM300
6. Hilang & Misteri : RM100
.
Total : RM2700
.
Expect, kenaikan pada semua item, kecuali #4
So, total item #1 + #2 + #3 + #5 + #6 = RM1700
.
20% daripada RM1700 = RM340
.
So, pertambahan sebanyak 20%
bersamaan = RM1700 + RM340 = RM2040
.
woo… banyak tu.
.
? Bagaimana nak kurangkan? Mudah sahaja.
Kasi sailang mana-mana item yang tak perlu.

Contoh…..
“Hiburan & kelalaian”, saya kurangan separuh.
Asal : RM300
Sekarang : RM150
.
.
“Hilang & Misteri”, saya elakkan daripada hilang dengan ubah sikap cuai.
Asal : RM100
Sekarang : 0
.
Yang lain-lain, sukar saya nak kurangkan.
.
.
Setelah ubah suai tabiat berbelanja saya, ini yang akan berlaku.
Bajet Baru …

1. Tol, Minyak dan maintenance kereta : RM400
2. Makan minum : RM600
3. Bil & utilities : RM300
4. Hutang dan hutang bank : RM1000
5. Hiburan dan kelalaian : RM150
6. Hilang & Misteri : RM0
.
Total : RM2450
.
Total item yang bakal naik harga : RM1450
Kenaikan 20% = RM290
.
Total kenaikan harga barang = RM1450 + RM290 = RM1740
.
.
.
.
— Perbandingan —
Selepas jangkaan kenaikan 20%
1. Kalau tak potong perbelanjaan = RM2040
2. Kalau potong perbelanjaan = RM1740
.
perbezaan jimat = RM300

Nampak gayanya, kenaikan harga tak dapat dibendung lagi.
Hidup tetap perlu diteruskan juga.
Suruh balik kampung, tak nak, nak dok bandar juga.
Jadi, hadap je lah.

Sambil, fikirkan pelan untuk ‘menyerang’ (tambah pendapatan)
Kita ambil stratergi ‘bertahan’ (berjimat cermat)

Bukan kerajaan je yang naikkan harga, tu hah, mamak kedai makan tu, naikkan harga juga, tapi, kita ni bodoh, tak guna kuasa pengguna, pergi makan juga, walaupun time kita nak bayar, merungut harga naik.

Ibarat, kepala dah kena stalait, tapi, masih datang lagi kedai tu, mintak kena stalait lagi.

Benda ni penting. Nak guna bahasa lembut, tunggu saya jual barang nanti. Masa tu saya guna bahasa intan payung, intan payung je…..

Tak kira, samada anda otak pikap ke tak…. sila digest benda ni cepat-cepat.
Lagi lambat anda digest, lagi lah kepala anda ditunjal-tunjal si peniaga dan penguasa cekik darah.

ps : tiba-tiba saya teringat post Dr. Rosli.
Tetang musim kenduri kendara.
Kata beliau. Time cuti sekolah, ramai orang kita buat kenduri kendara.
Itu luarannya, yang sebenarnya, yang kena kenduri ialah, diri kita sendiri.

Mana taknya, gula, beras, plastik, beg hadiah bla bla bla, beli kedai….

korang pepandai lah cari post tu kat wall Dr. Rosli (jutawan senyap).

Ok lah……banyak sangat baca keluhan sana, keluhan sini.
Nak down kejap….

k bye….

Ingat, tak nak kena stalait dengan mamak, kurang-kurangkanlah pergi kedai mamak. Bukan nak rasis, tapi harga makan kat kedai melayu, lagi murah apa.
Lantaklah muka ketat ke apa, balik makan, balik minum, senyumlah depan cermin tu, buat ubat hati……

end of my rant!

RK