Pesanan Jack Ma (Alibaba.com) ini, akan buat orang miskin SENTAP.

Pesanan Jack Ma
Jack Ma, pengasas Alibaba berkata,
“Orang paling teruk nak dilayan ialah, orang miskin (minda).
Apabila bagi free, mereka akan kata, itu perangkap.
Apabila diberitahu, ini perlukan pelaburan kecil, mereka jawab, pulangan sikit sangat.
Apabila diminta untuk buat pelaburan besar, mereka jawab, tiada duit.
 
Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata, tiada pengalaman.
Apabila diberitahu, ini bisnes tradisional, mereka kata, susah.
Apabila diberitahu, ini model bisnes yang baru, mereka akan kata, ini MLM.
Apabila diminta buka kedai, mereka kata, tiada kebebasan.
 
Mereka ini, mempunyai beberapa persamaan :-
– mereka suka bertanya di Google
– suka dengar cakap kawan yang miskin macam mereka juga
– berfikir lebih banyak daripada seorang professor
– tetapi sedikit buat kerja, lebih sedikit daripada orang buta
 
Cuba tanya mereka, “Apa mereka boleh buat?”
Mereka tiada jawapan.
 
Kesimpulan yang saya boleh buat,
“daripada jantung anda berdegup kencang,
apa kata, buat je kerja laju-laju.
Daripada berfikir tak habis-habis,
lebih baik buat sesuatu”
 
Orang miskin ini, ada satu persamaan.
Hidup mereka hanya tunggu dan lihat.
 
– Jack Ma, Alibaba.com

Miskin & Kaya.

03

Orang kaya jadi kaya, sebab dia menyimpan dahulu, belanja kemudian.

Orang miskin jadi miskin, sebab dia belanja dahulu, tak dan nak simpan.

PS: Miskin ke, kaya ke, bersyukurlah, semuanya adalah daripada Allah.

‘Tabayyun’

02

Ini mafhum Hadis yang kami belajar dan wajib hafal masa Form 1,

“Cukuplah (berhenti) seseorang itu,
– Berbohong
– Dengan bercakap tentang
– Apa yang dia dengar”

Dalam arab dia,
‘Kafal mar.a kaziban, an yuhaddisa, bikulli ma samia’

Ini mafhum hadis Nabi.
Kami wajib hafal masa form 1.

Masa tu tak nampak apa relevannya.
Sekarang, baru nampak.

Orang kita, baru baca headline, dah boleh karang ulasan 3 buah buku.

Lepas tu, jenis tak double check.

Kalau melibatkan 2 pihak, tak dengar story 2 pihak.

Dalam Al-Quran, Allah guna perkataan ‘Tabayyun’

Kita tak tabayyun berita yang kita dapat. Kemudian terus share. Kemudian damage berlaku. Rupanya, berita tu tak betul.

Tapi, ada pihak telah mengalami kerugian.
Mungkin melibatkan harta, maruah dan mungkin juga nyawa.

Saya nak ingatkan satu je. Kita hidup, bukan kat dunia je. Allah yang Maha Teliti, tidak akan lepas daripada menghisab setiap perbuatan kita.
Termasuk, menyebarkan berita2 tak benar ni.

Sempena hari guru ini, saya kongsikan satu lagi mafhum hadis murobbi Agung kita, Nabi s.a.w,
“…kalau tak dapat berkata yang elok-elok, lebih baik senyap”

Wallahua’lam

Nak klik share tu mudah.
Agak2 tak takut api Neraka, tekanlah share tu banyak2.