Maksud Ayat Seribu Dinar dan penerangannya

Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.


Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal.

Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.

Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.


p/s: Sebaik2nya anda simpan ayat ini dan jadikan doa. untuk besarkan, klik atas ayat.
Penulis: wanmus 

Artikel dipetik daripada http://balliqul-ilm.blogspot.com/2010/02/maksud-ayat-seribu-dinar-dan.html

 

Secara peribadi, ini apa yang saya nampak dalam Ayat 1000 Dinar.

Sekali lagi, ini maksud terjemahan ayat 1000 dinar.

Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

 

Dalam ayat ini, disebut 2 golongan iaitu :

  1. mereka yang bertakwa
  2. mereka yang bertawakal

Ini ganjaran bagi mereka yang bertakwa :-

  1. mendapat jalan keluar bagi masalah yang dihadapi
  2. memberi rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka

Ini pula ganjaran bagi mereka yang bertawakal :-

  1. Allah akan memenuhi segala keperluan mereka.

Selain menjadi amalan sebagai zikir, seharusnya kita jadikan ia amalan secara praktikal dalam kehidupan.

Wallahua'lam

Belajar tawakal dari seekor burung wahai manusia berakal

Belajar Tawakal Dari Seekor Burung Wahai Manusia Berakal

Post ini saya buat, ilham daripada seorang rakan Facebook.

Belajar tawakal dari seekor burung wahai manusia berakal


Alhamdulillah. Subuh tadi, gerak satu keluarga bangun. Daripada Nasuha yang berumur 4 tahun, Azzam 2 tahun dan Nusrah 3 bulan.
🙂

Nasib lah korang… hehe


Signifikannya?

Signifikannya, setiap anak adam telah dijanjikan mereka pintu rezeki masing-masing.

Berpagi-pagi itu akan murahkan rezeki. Kalau hanya si ayah atau si ibu sahaja yang bangun pagi, yang murah rezeki ialah, ayah atau ibu sahaja.
Bagaimana pula dengan anak-anak?

Ok, saya biarkan itu sebagai tanda tanya.

Tadi saya terjumpa sebuah post mengenai rezeki burung.

Saya copy dan paste sahaja artikel itu di sini ye. (post asal : klik sini)


"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR. At-Tirmidzi).

Ternyata ada beberapa sifat dan sikap yang dilakukan oleh burung dalam mencari makanannya, iaitu:

1. Burung selalu bangun pagi

Tidak ada burung yang bangunnya waktu pagi, kecuali burung sakit, atau burung malam (burung hantu). Namun jika dilihat secara umum, burung selalu bangun pagi. Ia bangun dengan penuh optimis, riang dan gembira tanpa ada rasa khuatir sedikitpun akan makan apa hari ini, tidak pernah khuatir akan rezeki yang pasti sudah disiapkan oleh Allah. Bahkan di celah persediaan, dia sambil sibuk bernyanyi dan membangunkan manusia, seolah-olah menunjukkan kepada kita akan rezeki Allah yang selalu siap kita jemput. Seolah ia menunjukkan kepada kita bagaimana ia bertasbih kepada Allah, melalui kicauannya.
Contohlah burung semasa ia bangun pagi, burung selalu untuk bersyukur, memuji Allah yang Maha Pemurah, dan bertasbih kepada Allah melalui nyanyiannya. Kita diberi infrastruktur jauh lebih istimewa daripada burung, mari kita gunakan masa kita untuk bangun pagi, bersyukur, bertasbih dan bermunajat kepada Allah, seperti yang dilakukan oleh burung.

2. Burung berusaha berdiri, persiapan. sblm terbang

Dalam usaha mencari rezeki, kita juga harus melakukan "pemanasan", persiapan fizikal mahupun mental, mahupun fikiran untuk kesempurnaan ikhtiar kita.

3. Burung terbang dan mengepakkan sayap melawan graviti bumi.

Dalam usaha mencari rezeki, jarang sekali tanpa halangan ataupun kesulitan yang kita hadapi, seperti burung semasa terbang berusaha sekuat tenaga untuk melawan graviti bumi, agar tidak terjatuh.
Seperti kita, dalam setiap usaha ada saja penolakan, keletihan, kesulitan, kebuntuan berfikir yang kadang kita temui, namun yakinlah, bahawa semua itu akan membuat kita menjadi lebih taft, lebih tempoh, lebih ahli di kemudian hari, seperti otot-otot sayap burung, kerana setiap hari melawan daya graviti bumi, burung akan menjadi lebih kuat dan kuat lagi, hingga jika dalam cuaca ekstrim sekalipun, burung telah terbiasa. Jika kita telah terbiasa dengan "hujan badai" sukarnya semasa mencari rezeki, maka ketika keadaan cuaca yang baik, semua keadaan biasa, kita akan dengan mudah menakluk cabaran kehidupan tersebut.


4. Semasa terbang selalu yakin dan tidak pernah rasa ragu

"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya." (Surah At-Tholaq: ??3)
Setelah kita berdoa, dan bertawakal kepada Allah, maka jangan meragui  hasilnya, kerana yakinlah, Allah telah menyediakan rezeki untuk kita. Burung tidak pernah ragu semasa terbang, dia selalu yakin bahawa, di sana ada harapan, yang telah disediakan oleh Allah.

5. Terbang dgn naluri, ke tempat yang subur dan subur

Dalam usaha mencari rezeki, diperlukan "ilmu" yang relevan, guna untuk berikhtiar. Jikalau burung hanya dibekalkan naluri oleh Allah, untuk mencari tempat-tempat yang subur dan subur makanan, maka kita diberi deria dan akal fikiran yang luar biasa oleh Allah, yang boleh kita gunakan untuk menganalisis di mana tempat-tempat yang subur dan rimbun akan rezeki Allah


6. Setelah makan, dia bawa pulang sebahagian rezekinya

Ketika mencari rezeki, jangan pernah lupakan beban amanah keluarga, anak isteri yang selalu menanti hasil ikhtiar yang kita lakukan

7. Jika mengambil makanan, burung tidak pernah merosakkan

Ketika mengambil makanan, burung selalu dengan cara yang indah dan lembut, tidak pernah melakukan kerosakan dalam proses pencarian makanan, bahkan ada beberapa jenis burung yang membantu proses persenyawaan beberapa tanaman.
Malu rasanya, jika kita dalam proses mencari rezeki kita, harus merugikan orang lain, harus merosakkan hak-hak orang, harus menyakiti dan mengecewakan orang lain.

"Barang siapa yg merasa letih di petang hari kerana mencari rezeki dgn tangannya, maka akan diampuni dosa dosanya." (HR Tabroni) – terjemahan dari republika.co.id

Belajar Tawakal Dari Seekor Burung Wahai Manusia Berakal