Jauhi 2 Golongan Ini.

12

Bawah ofis saya, ada kedai tayar.
Tengah hari tadi, borak dengan Bangla pekerja kedai tu.

“Bang, kedai ni, yang ramai datang orang Melayu. Orang Cina tak datang”

Saya tanya, Tokey siapa, Cina ke Melayu?

“Cina.”

Sebelum sempat saya tanya lagi…dia sambung

“Orang Melayu, setiap 2 bulan tukar sport rim. Diorang tak pandai simpan wang. Membazir”

Kagum saya dengan obversion Bangla tu.

“Diorang tukar sport rim, tambah wang RM500. Belakang, itu sport rim lama, taukey kasi jual balik. Diorang juga beli”

Tambah beliau lagi mendedahkan ke-sengalan pelanggan kedai dia.

ps: mentor saya pesan, jauhi 2 orang ini. Orang kuat membazir dan orang bodoh sombong.

Bisnes Yang Lancar.

1

Kalau kereta takde minyak enjin, kereta akan rosak.

Itu kereta. Bagi bisnes, minyak enjin-nya ialah, networking.

Bila tiada networking, satu hari nanti bisnes kita  akan stuck, atau lebih malang lagi, rosak dan tak boleh digunakan lagi.

Jaga Margin.

2

Jaga margin.

Walaupun produk anta harga rendah. Tapi margin tinggi, insya Allah, boleh pergi jauh.

Tapi, kalau produk anta harga tinggi, tapi margin kecil, payah sikit nak bertahan lama bisnes tu.

– Pesan seorang Syeikh kepada saya.