Tutorial Auto Reply Komen/PM Fanpage Automatik

Salam hormat usahawan.

Pernah tak dalam situasi begini, anda buat iklan di Fanpage, kemudian, ramai yang komen “PM”

 

Mula-mula, anda excited lah nak balas komen dan PM satu-satu. Lama-lama, anda jemu, dan mula balas komen lambat-lambat.

Mana taknya, pergi toilet pun kena bawa henfon, sebab nak PM sorang-sorang.

Idea #1

Kemudian, anda terfikir, anda buat skrip je lah. Kemudian copy paste je.

Tada ….. anda pun rasa diri anda genius. Lalu, anda copy dan paste ke setiap komen yang anda terima.

 

Tak jadi jugak … sama juga macam tadi, awal-awal je, lepas tu, anda komen dah lambat.

Lagi sakit hati, pelanggan tu reply “Lambatlah awak PM, saya dah beli kat tempat lain. Sorry ek”

 

Adoi …

 

Ni situasi sebenar. Saya pun online seller juga, dan selalu terkena macam tu.

 

Idea #2

Lalu, anda pun terbaca, tentang staf. Anda pun carilah staf, walaupun bajet anda ciput. Cari staff budak U, kononnya part time.

Tada ….. masalah #2. Dia pun sama, 2 kali 5 je dengan anda.

haha … apa dia? Dia pun lambat PM, bila tegur, dia cakap dia nak kumpul banyak komen sekali gus, dan malam nanti, baru nak reply/pm satu per satu.

 

“What the fish” ….. anda upah dia, supaya dia boleh PM cepat-cepat.

 

Akhir sekali, anda give up, anda pun cakaplah ungkapan ni kat diri sendiri,
“Rezeki tak pernah salah alamat” Konon-konon nak sedapkan hati, sebab banyak sales terlepas, ekorang anda lambat respon !

 

 

Dalam hati kecil anda, mungkin anda pernah berdoa, agar satu hari nanti, ada software jawab reply dan PM customer secara automatik !

 

 

Doa Anda Termakbul!

Alhamdulillah, doa anda termakbul !

 

Hari ni, ada sebuah software, anda invest sekali ja, tapi dia dapat selamatkan bisnes anda.

Software ni, buat apa yang anda idamkan selama ini.

 

Apa dia buat?

Dia reply komen, dan PM customer, secara AUTOMATIK !

Dengan pelaburan sebanyak RM397/tahun (lebih kurang RM34/bulan)

Pergi je terus dekat website depa ni, www.SoftwarePM.info

 

 

Ok, dalam post ni, saya nak buat tutorial sikit, macam cara nak guna software ni.

 

 

Langkah pertama : Anda kena beli software tersebut

 

Langkah kedua : Login

Selepas pembelian anda disahkan, biasanya ambil masa dalam 24 jam je.

Nanti, anda akan di bawa ke tempat nak login. Anda kena login guna akaun Facebook anda. Nanti, software ni, akan dapat akses semua FANPAGE anda. Yeap … software ni, boleh manage lebih daripada 10,000 fanpage (anda ada ke 10,000 fanpage?)

Jangan risau, ianya selamat !

 

Dah login, anda akan dapat lihat senarai page yang anda jadi admin.

 

Langkah 3 : Pilih fanpage

Pilih mana fanpage anda, yang nak jadikan automatik, kemudian klik ‘Configure’

Nanti, anda akan di bawa ke page berikut :-

Klik Turn On

 

Langkah 4 : Pilih post

Sekarang, anda pilih post mana satu yang nak guna fungsi autoreply ni. Ye lah, bukan semua post dalam tu, adalah post menjual kan? 🙂

Klik ‘configure’ untuk post yang anda pilih tu.

 

Kemudian, klik ‘Turn On’

 

Langkah 5 : Setting

Keyword : Bahagian ni, anda set keyword yang akan trigger auto reply dan auto PM

Anda boleh masukkan banyak keyword.

 

Private Reply Message : Masukkan skrip PM anda di sini. Pelanggan anda, akan dapat PM yang anda set di sini.

 

 

Comment Reply : Masukkan skrip reply anda di sini. Ini adalah skrip yang akan reply komen pelanggan anda.

Akhir sekali, Save !

 

Sekarang, anda cuba komen ‘pm’ di post ini, untuk LIVE demo.

Klik sini >>> LINK INI

 

Ini contoh reply yang pelanggan akan dapat.

 

Manakala, ini contoh PM yang pelanggan dapat.

 

Macam mana? Senang kan? 🙂

 

Anda juga boleh tonton video demo di bawah, untuk tutorial auto PM/Reply ni.

Guna Pareto Law Tingkatkan Sales Online !

Salam hormat

Pernah dengar tentang Prinsip Pareto atau 20-80  Rule ?

Prinsip Pareto kata, dalam banyak keadaan, 80% hasil (result), datang daripada 20% usaha (cause).

Saya terangkan dalam bentuk contoh ya.

Katakan, sales anda sebulan, secara purata, RM10,000

Secara kasar, ada 5 aktiviti promosi/marketing yang anda jual, katakan

  1. Jawab PM
  2. Jawab Whatsapp
  3. Buka Booth
  4. Balas email
  5. Reply komen FB

Ikut Pareto, RM8000, datang daripada SATU aktiviti promosi di atas.

80% hasil daripada RM10,000 = RM8000

20% usaha daripada 5 jenis usaha = 1 usaha (katakan, jawab Whatsapp)

Dalam erti kata lain, kalau, anda Tak jawab PM, Tak buka booth, Tak balas email, Tak reply komen, tapi anda hanya FOKUS jawab whatsapp je, setiap bulan, anda boleh dapat RM8000.

Jimat masa & tenaga, buat kerja lagi sikit daripada sebelum ni, tapi, anda dapat maintain income 80% daripada kebiasaan.

 

SO …. bagus ke tak bagus?

MESTILAH bagus, sebab apa?

Ingat, sebelum ni, anda hanya spend 20% sahaja usaha untuk Jawab Whatsapp (ini contoh je ya, tak semestinya jawab whatsapp), sekarang, anda tak buat benda lain, so, ada 80% lagi usaha tu, boleh tak tumpu benda yang effective ni sahaja?

 

SUDAH tentu bolehkan ? 🙂

Bayangkan, anda baru usaha 20%, dapat RM8000

Kalau anda berhenti buat benda yang kurang berkesan (selain 20% tu), dan anda ubah yang 80% lagi, semua buat yang berkesan tadi,
berapakah income yang anda boleh dapat?

Ikut kira-kira straight forward je,

20% = RM8000

100% = RM40,000

Barangkali lebih lagi 🙂

 

So, anda nak mana satu? Buat 5 jenis promosi, dapat RM10,000

Atau, fokus 1 jenis promosi, dapat RM40,000 ?

 

Mestilah nak yang RM40,000 tu kan?

Yang bestnya, makin lama anda dalami, makin banyak anda dapat gandakan income.

Contoh,

Katakan, selepas 3 bulan, anda fokus jawab whatsapp je, tak buat dah benda lain.

Dalam jawab whatsapp tu, ada 5 elemen anda buat.

Kita namakan elemen tu A, B, C, D, E

Anda dapati, 80% penyumbang kepada income anda sekarang ialah E,

so, sekarang ni,

20% usaha = menghasilkan RM32,000 (80%)

Bila anda fokus buat E sahaja,

100% usaha = RM160,000

 

Dan akan datang, sama juga, anda kenal pasti, antara E1, E2, E3, E4, E5,

E4 rupanya, yang bertanggungjawab dapat 80% income.

20% usaha = hasilkan 80% daripada RM160,000 = RM128,000

bila anda fokus buat E4 100%, hasilnya boleh jadi = RM640,000

 

 

Dan, begitulah seterusnya.

Kita assume, Pareto Law adalah benar pada semua keadaan, dan kita pertingkatkan hasil daripada semasa ke semasa.

 

=====

Itu, secara teorinya. Dan, adakah benar dalam dunia sebenar?

Dalam kebanyakan keadaan, saya sendiri ada pengalaman, mengatakan ianya benar.

 

 

 

======
Saya dan jualan

======

Pernah, satu hari tu, saya membantu syarikat, menjana RM40,000 dalam masa seminggu.

Apa saya buat?

Ada beberapa option untuk buat promosi, tapi, saya fokus kepada 1 option sahaja.

Hasilnya, berjaya dapatkan jualan RM40,000 tu.

Jika tidak, mungkin bulan tu, hanya dapat RM10,000 ke bawah sahaja.

 

======

Apa anda perlu buat sekarang?

======

Langkah 1 : Audit aktiviti bisnes

Anda perlu dapatkan data terlebih dahulu. Audit aktiviti rutin bisnes anda.

Katakan, anda banyak habiskan masa buat 5 perkara ni,

  1. reply komen FB
  2. jawab PM
  3. jawab whatsapp
  4. hantar email
  5. jumpa client

Langkah 2 : Track jualan

Sekarang, anda kena track jualan.

Kenal pasti, jualan anda dapat tu, datang daripada reply komen ke? jawab PM ke? jawab whatsapp ke? hantar email ke, atau jumpa client?

Track jualan ni, untuk 3 bulan

Langkah 3 : Analisa

Sekarang, analisa data jualan tadi tu.

Cuba tengok, aktiviti mana satukah yang bagi paling sedikit jualan.

Katakan dah jumpa, contohnya reply komen FB, cuba buat kajian sikit, kalau stop reply komen FB, aktiviti lain terjejas tak?

Contohnya, kalau tak reply komen, customer tak PM atau tak whatsapp.

 

So, untuk aktiviti yang akan bagi impak kepada aktiviti lain, anda jangan berhenti buat, tapi cuba cari penyelesaian lain, tapi dalam masa yang sama, tenaga, masa dan duit untuk aktiviti yang bawa sedikit jualan ni, dapat kita kurangkan.

Contohnya,

Katakan reply komen FB tadi, kita boleh upah je orang untuk reply, instead of kita sendiri yang buat.

Atau, guna je software auto komen seperti www.SofwarePM.info

 

So, sekarang, kita dah kurangkan satu aktiviti yang kurang hasilkan jualan.

 

Langkah 4 :  Rinse & repeat

Ulang semula langkah #2 & #3

Proses Track & Analyse ni, memang ambil masa sedikit.

Kita kena hati-hati, takut, terbuang aktiviti yang salah.

Sebab tu kita track dan pantau jualan setiap kali kita buat perubahan.

 

Akhir sekali.

Kadang-kadang, nak tingkatkan jualan, tak semestinya kita buat benda baru.

Boleh jadi, dengan baiki apa yang kita dah sedia buat sahaja, dah cukup.

 

Macam Pareto Law ni lah. Rupanya, 80% income kita, datang daripada 20% usaha kita.

Tugas kita, nak kenal pasti, 20% tu.

Dah jumpa, fokus lah 100% buat benda tu.

Amacam?

Dapat ilmu baru hari ni?

Sharekan ilmu ni dengan kawan anda. Boleh jadi, anda kurang faham, tapi kawan anda lebih faham, dan akan bantu anda memahami apa yang nak disampaikan.

 

 

Eksperimen Raya – 1000 jualan

Eksperimen raya
Situasi : setelah 1000 jualan, ini kesimpulan saya.
 
1. Harga Produk yang RM7, RM8 dan RM10, tidak memberi impak conversion yang besar, kerana conversion rate lebih kurang sama
2. Namun, upsell produk untuk harga RM dan RM8, conversion adalah JAUH lebih rendah berbanding upsell apabila produk harga RM10
3. Harga upsell ialah RM150, jadi teori saya ialah, untuk produk berharga RMX, nak upsell kena RMxx, untuk produk RMxx nak upsell kena RMxxx
4. Dalam kata lain, upsell produk harga 2 angka lebih mudah untuk produk harga 1 angka. Upsell produk harga 3 angka, lebih mudah untuk produk harga 2 angka
5.Daripada 1000 jualan, hanya seorang yang minta refund
6. Daripada 1000 jualan, tak sampai 50 orang tak buat bayaran
7. Daripada 1000 jualan, tak sampai 30 orang salah isi email (contoh, sepatutnya, gmail.com, tapi dia isi gnail.com)
8. Daripada 1000 jualan, tak sampai 10 orang, ingat ebook ini adalah buku fizikal
 
Semua jualan ini, datang daripada Facebook secara langsung atau tidak langsung.
 
Data ini valid untuk jualan produk digital.
Menjual produk digital, lebih sukar daripada produk fizikal, daripada sudut nak meyakinkan pelanggan
 
Sekian hasil eksperimen saya!
 
 
ps : siapa ada RM7999, dan nak Private Coaching jual ebook anda melalui Facebook, sila email statistik jualan ebook anda ke rk@rajakamil.biz