Selsema Babi yang menyenangkan dan kelebihan affiliate

Selsema Babi

Salam hormat dan selamat tahun baru saya ucapkan kepada kaum Muriat yang tinggal di tenggara Kelantan πŸ™‚

Masalah demi masalah yang menimpa saya menyebabkan ke’update’an blog ini agak terganggu. πŸ™

Setelah talk di MMU tempoh hari, saya hampir tidak dapat menggunakan internet. Hanya sekali dua kali ke cyber cafe untuk selesaikan tempahan produk.

Masa yang amat singkat dirasakan apabila saya terpaksa travel ke beberapa tempat yang sederhana jauh antara satu sama lain sebelum ini.

Memang memenatkan. πŸ™‚

Tapi, demi masa depan agama,diri, keluarga dan masyarakat, itu semua saya buang jauh-jauh. Alhamdulillah, masih ada masa lagi untuk saya membuat sebuah lagi post pada kali ini.

Post ini saya tuliskan khas buat para pelawat Raja Kamil dot biz.

Seperti yang hampir semua kita ketahui, kita telah dikejutkan dengan serangan sejenis virus selsema haiwan (lagi) ke atas manusia.

Nama yang boleh kira saintifiknya, Influenza A1, atau nama komersialnya ialah Selsema Khinzir afka* Babi.

Saya tidak mahu ulas mengenai punca-punca penyakit ini tersebar dan kesannya pada kita. (Dalam akhbar kan ada banyak).

Saya cuma ingin mengatakan bahawa selsema ini merupakan kesan dari perbuatan-perbuatan kita semua. Inilah hukum Allah kepada kita. Peringatan buat yang beriman agar segera bertaubat.

Tidak mustahil selepas ini, akan ada pula selsema badak air ataupun tapir liar :P.

Walau apa pun nama yang diberi, semua ini adalah dari Tuhan.

*afka = also famously knows as

–renungkanlah–

Sistem Affiliate yang menyenangkan.

Itulah ungkapan yang saya rasa sangat sesuai bagi sistem affiliate.

Bagi yang baru tahu apa itu affiliate, affiliate lebih kurang dengan wakil jualan atau agen bagi perniagaan offline.

Apa yang membezakan affiliate dengan agen jualan ialah, ia adalah satu sistem untuk perniagaan online.

Seperti yang kita patut ketahui, apa-apa perniagaan boleh dijadikan ‘online’ . Jual ikan masin kita boleh jual secara online, jual topup pun boleh, jual laksa penang, kedah siam dan sumatera pun boleh. Pendek kata, semua pun boleh.

Kelebihan sistem Affiliate

  1. menjimatkan masa
  2. menjimatkan kos pengiklanan
  3. meningkatkan produktiviti
  4. meningkatkan jualan
  5. mendapat keuntungan yang tidak terjangkau dek kudrat kita

Kelemahan sistem Affiliate

  1. perlukan pengurusan ahli yang cekap
  2. persediaan yang rapi perlu dibuat semasa permulaan pelancaran
  3. perlu sediakan bahan promosi, banner dan surat jualan yang baik

Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kelemahan sistem Affiliate ini.

Secara ringkasnya, sistem Affiliate dapat membantu sebarang perniagaan online untuk mendapatkan jualan.

Cara kerja sistem affiliate :

Laman Web Jualan

V

Laman Pembayaran

V

Sistem Affiliate merekodkan jualan dari ahli affiliate

V

Pembayaran dibuat

V

Webmaster terima wang dan email memberitahu bahawa jualan tadi adalah dari ahli Affiliate

V

Pembayaran komisen , biasanya 20% hingga 75%

Webmaster dapat duit, ahli affiliate pun dapat duit (win-win situation)

Dua-dua untung. Webmaster untung, ahli affiate untung. πŸ™‚

Bagaimana meningkatkan jumlah ahli affiliate ?

Setelah mengetahui konsep sistem affiliate ini, saya boleh rumuskan dalam sebuah formula matematik yang mudah.

Lebih ramai ahli affiliate = Lebih tinggi keuntungan yang diterima

Masalahnya, bagaimana nak tingkatkan jumlah ahli affiliate. Berikut adalah cara-cara untuk meningkatkan jumlah ahli affiliate bagi produk anda. – berdasarkan pengalaman sebenar saya

1. Tidak menghadkan penyertaan ahli affiliate kepada pembeli produk sahaja

2. Meletakkan pautan atau link ke laman penerangan affiliate di muka hadapan web jualan. Terutamanya di bahagian atas atau bawah

3. Memberikan komisen yang tinggi

4. Merendahkan ‘treshold’ pembayaran. Kadang-kadang, anda boleh menetapkan jumlah bayaran yang tertentu untuk pembayaran dibuat. Sebagai contoh, untuk mendapatkan wang komisen, seseorang ahli affiliate perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 5 jualan terlebih dahulu. Lebih mudah syarat yang anda tetapkan, lebih ramai yang akan menyertai anda

5. Membuat pembayaran tepat pada waktu yang dijanjikan kepada ahli affiliate yang layak. Dengan cara ini, ahli affiliate berkenaan akan memberitahu rakan-rakannya yang lain dan seterusnya akan meningkatkan jualan anda

6. Menggunakan interface, atau sistem affiliate yang mudah difahami. (eringgit.com merupakan contoh sistem affiliate yang SUSAH difahami :P)

7. Menyediakan ‘sales letter’ yang mengiurkan sesiapa yang membaca. Sales letter atau surat jualan ialah , ayat-ayat yang dikarang khas untuk menerangkan barang-barang jualan. Masukkan sebanyak mungkin elemen 5W 1 H (nak tahu kena tanya Yoji ;)) di dalam sales letter anda. Gunakan ketiga-tiga media dalam sales letter anda.Β  Video, audio dan tulisan yang memikat. (video di www.duitmania.com merupakan satu contoh elemen video. Ia boleh meningkatkan jumlah ‘conversion’ atau sebaliknya. Ammar, kamu punya adalah sebaliknya, better fix it now)

8. Sediakan bahan promosi selengkapnya. Banner, newsletter, artikel dan lain-lain

9. Didik ahli affiliate anda agar berjaya membuat jualanΒ  dengan memberikan mereka bahan-bahan rujukan

Sebenarnya banyak lagi tip-tip dan teknik yang dapat meningkat jumlah ahli affiliate anda. Segalanya akan diperolehi apabila anda melaksakannya nanti.

Sistem Affiliate saya !

Saya sebenarnya masih lagi dalam tempoh menguji keberkesanan sistem affiliate yang saya guna. (sama denganΒ  yang www.duitsurvey.com gunakan).

Untuk itu, saya ingin mengajak sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan jumlah keuntungan perniagaan mereka untuk menggunakan sistem affiliate yang saya syorkan.

1. Skrip sahaja – RM30 (sold out)
2. Skrip + pemasangan – RM50 (lagi 7 sahaja)
3. Skrip + pemasangan + bahan promosi (5 banner, 3 newsletter dan 3 blog advertorial) – RM370 (1 sahaja lagi)

————-tamat post mengenai kelebihan affiliate————

Tips Saya

Dah lama saya tak buka surat khabar. Terutama yang berbahasa Inggeris. Baru-baru ini, ketika saya dalam ‘malas mode’, saya selak-selak lah sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Sungguh mengujakan

Sebabnya, dalam keratan akhbar yang saya baca itu, ada sebuah kolum khas yang memberitahu apakah carian yang tertinggi di Malaysia menggunakan internet. Jika tidak salah, akhbar ini memaparkan 10 perkataan yang paling popular di cari oleh rakyat Malaysia

So What !

Hurm, masih tak tahu lagi ? Dengan carian yang tinggi, anda akan mendapat trafik yang sungguh banyak. Saya masih ingat, ketika saya membuat ulasan mengenai nabi palsu di www.rajakamil.com dulu, dalam sehari sahaja saya telah memperoleh 200+ pelawat yang ingin mengakses ‘keyword’ tersebut.

Ok, Jadi bagaimana ?

Bagaimana nak memanipulasikan maklumat ini ? Sangat mudah. Selitkan 4 hingga 5 kali perkataan yang ‘hot’ tadi. Sebagai contoh, saya menggunakan keyword ‘selsema babi’ untuk mendapatkan trafik bagi post kali ini. Terima kasih Allah kerana menjadikan aku SMART

——penat nya menulis—–

Twitter

  • Saje nak update. Saya sebenarnya agak susah nak menggunakan internet sekarang ini.
  • Kepada peserta komentator terbanyak, saya mohon maaf tak dapat nak update keputusan untuk minggu lepas. (tapi saya dah ada keputusannya)
  • Cerita kun fayakun dari Indonesia mengenai tawakkal sungguh menginsafkan. Cuba lah cari di youtube πŸ™‚
  • Tak habis tonton Laskar Pelangi di youtube
  • Saya ada 4 ebook yang masih tergendala, lalalalalala
  • Wanmus, Zul, Yoji mari kita ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Bilgo dan Md Yaakub πŸ˜€
  • Hairy, jangan ‘basah-basah’ tau. Hari bersejarah dah hampir πŸ™‚
  • Jawz, study week ni tak yah lah susah-susah donlod movie baru πŸ˜› . Tak ke mana dc++ tu. Hahaha
  • Saya tak tahu, korang perasan ke tak, tapi saya macam rasa lain macam je baca post ni semula. Seolah-olah bukan RK yang dulu. πŸ™ Adakah aku sudah matang πŸ™
  • Say no to tidak !!!!!

Puas hatiku !!! Dapat juga buat sebuah post yang mempunyai 1080Β  patah kata !


Mari sertai Hazwan. Bakal usahawan Vemma

Vemma Hazwan

Nama : Hazwan
Motto : Kejayaan Orang Lain Tanggungjawabku
Cita-cita : Membantu semua downline mendapat pendapatan RM10k sebulan
Kelebihan : Pakar MLM

Review ini ditaja oleh saudara Hazwan, Usahawan MLM tempatan

Vemma. Siapa yang tidak pernah mendengar nama produk ini. Dengar sahaja, sudah terbayang akan khasiat produk ini. Berasaskan ratu buah, Vemma menerajui produk kesihatan tempatan dan antarabangsa. US,Australia, Singapura dan sekarang ini di Malaysia. Sudah merata-rata Vemma menjelajah memberikan peluang menikmati kesihatan yang optimum kepada sesiapa sahaja.

Alang membeli, menang memakai. Itu lah yang berlaku terhadap Vemma. Walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal, namun kesihatan yang diperolehi tidak dapat terbayar dengan emas dan perak.

Sabda Nabi S.A.W (mafhum). Dua nikmat yang sering dilupai oleh manusia. Waktu lapang dan kesihatan.

Bila sakit, benjo special pun tak rasa sedap. Begitulah penangan kesihatan yang tidak diperolehi.

Selain daripada itu, Vemma juga didatangi dengan pakej pemasaran yang mengujakan. Menggunakan sistem pemasaran berangkai yang efektif, Vemma merupakan antara pelan MLM yang terbaik di Asia.

Lihat sahaja di akhbar-akhbar arus perdana, banyak berita yang terpampang menceritakan kelebihan produk dan pelan pemasaran Vemma.

2 perkara yang utama untuk berjaya dalam sebarang perniagaan MLM, sistem marketing yang mudah difahami dan upline yang supporting

Betullah kata pepatah, di manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan MLM ini, di manakah tumpahnya kekayaan kalau tidak ke downline.

Justeru, sebelum saya bersetuju untuk membuat review mengenai produk Vemma yang terkenal ini, saya ada borak-borak dengan Hazwan.

Kata beliau, beliau amat yakin dengan sistem yang disediakan Vemma. Tambahan pula, Hazwan menjanjikan sesuatu yang tidak ada pada semua upline, SUPPORT.

Biasanya, semua nak makan sendiri. Head Hunter. Tapi, menurut Hazwan, beliau tidak akan tamak untuk ‘makan sorang’. ‘Kaki-kaki’ yang diperolehi akan di letakkan di bawah downlinenya.

Mendengar kata-kata beliau itu, saya tidak banyak soal bersetuju untuk membuat review. (saya ni cerewet orangnya:P)

Jadi anda jangan tunggu lama-lama, sertai Hazwan sekarang. Vemma boleh dipercayai ? Sudah tentu. Tapi pastikan bersama dengan orang yang betul ya.

Daftar PERCUMA di Vemma

Kesihatan Terjaga, Duit Pun Terjana πŸ˜€

Iklan Percuma

Tidak cukup dengan Komen-komen, saya kini memberikan peluang kepada anda semua untuk membuat pengiklanan. Percuma sahaja !!!

Beruntung betul anda. Masa saya baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet ini dulu, jangan mimpilah nak ada peluang sebegini πŸ˜€

Kalau anda perasan, di blog saya ini, pada bahagian link ada satu link baru, yang bertajuk “Iklan Percuma“.

Lihat gambarajah di bawah.


3 iklan yang terkini, akan ditunjukkan di muka depan. Selebihnya di ruangan pengiklanan.

Dalam ruangan pengiklanan ini, saya telah sediakan 6 kategori

Kategori-kategorinya ialah :

-Buat Duit Offline
Buat Duit Online
Lain-lain
-Promot Blog Anda (Khas untuk blogger)
-WTB : Perkhidmatan Bebas
-WTS : Pengiklanan & Pemasaran

Secara ringkasnya, Buat duit offline atau online adalah khusus untuk mempromosikan program-program menjana duit yang anda sertai. Samada untuk dapatkan downline atau affiliate.

Manakala, kategori Promot Blog Anda adalah khusus untuk para blogger. Tunjukkan blog anda kepada umum. Boleh juga tawarkan untuk “exchange link” πŸ™‚

Kategori WTS adalah khusus kepada anda yang ingin menjual sebarang produk. Tidak kisah samada ianya adalah produk digital mahupun fizikal. Nak jual ebook ke, laptop 2nd hand ke, handphone ke, boleh dibuat di sini.
Untuk keselamatan, anda boleh menggunakan khidmat saya sebagai orang tengah. Hantar kepada saya barang, dan pembeli bayar kepada saya. Saya akan postkan barang tersebut. Tiada yuran tambahan dikenakan, hanya bayar duit post dan kos minyak sahaja.

Pada bahagian WTB pula. Anda boleh mengiklankan sebarang perkara yang anda inginkan. Samada anda perlukan handphone jenama tertentu, laptop jenama tertentu atau khidmat membina laman web, artikel writer dan kerja-kerja lain.

PS : WTS ialah ringkasan untuk Want To Sell. WTB pula ialah Want To Buy

Untuk beriklan, ikuti langkah di bawah.

Klik pada “iklan percuma”.

Klik pada “Place an ad”



Masukkan maklumat pengiklanan anda !

Klik “continue”

Klik buatang “Finish”

Selesai. Mudah sahaja bukan ?

Baiklah, timbul satu lagi persoalan. Buat apa nak beriklan di sini ?

Saya tidak mahu tulis panjang-panjang, biar gambar yang berbicara.

Berikut adalah statistik pelawat blog ini untuk bulan Mac yang lalu