Iklan Percuma

Tidak cukup dengan Komen-komen, saya kini memberikan peluang kepada anda semua untuk membuat pengiklanan. Percuma sahaja !!!

Beruntung betul anda. Masa saya baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet ini dulu, jangan mimpilah nak ada peluang sebegini 😀

Kalau anda perasan, di blog saya ini, pada bahagian link ada satu link baru, yang bertajuk “Iklan Percuma“.

Lihat gambarajah di bawah.


3 iklan yang terkini, akan ditunjukkan di muka depan. Selebihnya di ruangan pengiklanan.

Dalam ruangan pengiklanan ini, saya telah sediakan 6 kategori

Kategori-kategorinya ialah :

-Buat Duit Offline
Buat Duit Online
Lain-lain
-Promot Blog Anda (Khas untuk blogger)
-WTB : Perkhidmatan Bebas
-WTS : Pengiklanan & Pemasaran

Secara ringkasnya, Buat duit offline atau online adalah khusus untuk mempromosikan program-program menjana duit yang anda sertai. Samada untuk dapatkan downline atau affiliate.

Manakala, kategori Promot Blog Anda adalah khusus untuk para blogger. Tunjukkan blog anda kepada umum. Boleh juga tawarkan untuk “exchange link” 🙂

Kategori WTS adalah khusus kepada anda yang ingin menjual sebarang produk. Tidak kisah samada ianya adalah produk digital mahupun fizikal. Nak jual ebook ke, laptop 2nd hand ke, handphone ke, boleh dibuat di sini.
Untuk keselamatan, anda boleh menggunakan khidmat saya sebagai orang tengah. Hantar kepada saya barang, dan pembeli bayar kepada saya. Saya akan postkan barang tersebut. Tiada yuran tambahan dikenakan, hanya bayar duit post dan kos minyak sahaja.

Pada bahagian WTB pula. Anda boleh mengiklankan sebarang perkara yang anda inginkan. Samada anda perlukan handphone jenama tertentu, laptop jenama tertentu atau khidmat membina laman web, artikel writer dan kerja-kerja lain.

PS : WTS ialah ringkasan untuk Want To Sell. WTB pula ialah Want To Buy

Untuk beriklan, ikuti langkah di bawah.

Klik pada “iklan percuma”.

Klik pada “Place an ad”



Masukkan maklumat pengiklanan anda !

Klik “continue”

Klik buatang “Finish”

Selesai. Mudah sahaja bukan ?

Baiklah, timbul satu lagi persoalan. Buat apa nak beriklan di sini ?

Saya tidak mahu tulis panjang-panjang, biar gambar yang berbicara.

Berikut adalah statistik pelawat blog ini untuk bulan Mac yang lalu

Pecahbeling.com satu kajian !

Pelbagai perkara berlaku semenjak dua menjak ini.

Survey dah buat.
Tukar theme/template dah buat.
Ruang Iklan dah dibaik pulih.
Contest sedang berjalan. 

Adalah sedikit penambah baikan akan berlaku dari semasa ke semasa. Antara yang sedang saya usahakan untuk para pengunjung rkb ini ialah, ruang komen. Kalau perasan, ruang komen sekarang ini lebih mudah. Boleh terus reply komen tersebut. Semua ini adalah sumbangan Intense Debate. Terima kasih sis !

Berbalik pada tujuan asal blog ini, menyebarkan maklumat mengenai perniagaan internet, saya tertarik untuk berkongsi salah satu blog yang saya managed.

PecahBeling.com merupakan sebuah blog berbentuk maklumat yang saya uruskan sebelum ini. Saya telah diminta untuk memasarkan produk berasaskan daun pecah beling.

Justeru, saya memikirkan kekuatan dan kelemahan yang saya ada terlebih dahulu dalam pemasaran internet. Blogging.

Setelah kajian secara sederhana dibuat. Saya mendapati, saya dapat memasarkan produk pecah beling melalui method blogging . Ada sesetengah orang mahir dalam email marketing, forum marketing, video marketing dan macam-macam lagi.

Langkah seterusnya ialah, memberi maklumat ke dalam blog. Oleh kerana saya ingin memasarkan produk yang berasaskan daun pecah beling, maka saya harus beritahu apa itu pecah beling, kenapa kena daun pecah beling bukan daun mengkudu. Apa kelebihan daun pecah beling dan 1001 soalan yang membantu saya menghasilkan pos-pos diblog pecahbeling.com

Saya menggunakan pendekatan, 5W 1 H . What,where, why, who, when dan how untuk menghasilkan setiap pos. 

Oleh kerana saya tiada langsung pengetahuan mengenai pecah beling sebelum, saya menggunakan google.com sebagai bahan rujukan. Tak lupa juga, saya ada mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak yang mempunyai maklumat mengenai daun ini.

Terbantut

Walaubagaimanapun, usaha menghidupkan blog pecahbeling.com terbantut setelah pihak yang meminta saya untuk membangunkan projek ini terpaksa dibatalkan.

Sebab tu, kalau anda lihat di blog pecah beling dot com tu, anda lihat dah lama saya tak update. 🙂

Peluang

Mungkin jika ada rezeki di lain hari, saya dapat menjumpai mereka yang berminat untuk meneruskan projek ini. 😉

Peluang mengusahakan niche yang jauh daripada “buat duit online” merupakan satu peluang yang sangat cerah. Mengapa saya katakan demikian?

Ini kerana, bersepah blog yang mengaku diri mereka otai bisnes internet menghasilkan blog-blog berbentuk demikian (termasuk saya….? ). 

Pesaingan sangat banyak untuk peluang yang terhad. Tak “sihat”.

Nasihat

Nasihat saya kepada anda yang masih baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet ini, cuba-cubalah untuk “lari” daripada niche perniagan internet ini.

Anda mungkin boleh menghasilkan ebook,blog,forum dan lain-lain yang berkaitan dengan cara berhenti merokok*, amalan ibu mengandung, cinta Allah atau cinta insan?, dunia herba dan pelbagai lagi tajuk yang kurang dieksplore.

Berkenaan dengan pecah beling tadi, kenapa saya katakan ianya mempunyai potensi yang besar ialah, setiap hari ada sahaja pelawat yang datang dari search enjin mencari-cari maklumat mengenai daun pecah beling. Hurm, bukan senang nak dapat trafik yang konsisten daripada search engine ni 😛

 

*cara berhenti merokok :

Tawaran kepada Ahli VIP:

Saya ingin mencari mereka yang :
1. Berkebolehan menterjemahkan artikel daripada bahasa inggeris ke bahasa Malaysia

2. atau yang sanggup melabur RM500

3. atau yang mempunyai kelebihan dalam designing

untuk satu projek JV mengenai cara berhenti merokok. Idea, pemasaran saya akan uruskan. Mana tahu ini adalah rezeki anda. Jika anda salah seorang daripada di atas, beritahu ye 🙂

————the.end————-

Jalan-jalan di KL dan perniagaan internet

Alhamdulillah, saya baru sampai ke rumah. Dari tengah hari tadi sehinggalah ke petang, saya telah ke KL. Untuk jadikan hidup ini mencabar, saya membuat keputusan untuk menaiki pengangkutan awam sahaja.

Walaupun lama dah tak sampai KL ni, takdelah gelabah masa nak beli tiket komuter tadi. Cuma, ada sekali saya bertanya di kaunter untuk memastikan saya berada di platform yang betul.

Pengiklanan

Sesak sungguh tadi. Mungkin program MATTA di PWTC juga menyumbang kepada kesesakan tadi. Masa naik komuter dari Kepong ke KL Central, tiba-tiba ada bau macam familiar menusuk kalbu. ( aka kentut )

Hampeh !

Takpelah, mungkin tak tahan sangat. Continue reading “Jalan-jalan di KL dan perniagaan internet”