Step by step untuk yang Baru nak mula buat bisnes online, tapi tak tahu nak jual apa.

Step by step untuk yang Baru nak mula buat bisnes online, tapi tak tahu nak jual apa.

 
1. Cuba tengok senarai group/forum/komuniti yang anda dah sertai
2. Kalau belum sertai mana-mana group, join dulu mana-mana komuniti online yang kena dengan minat dan jiwa anda
3. contoh paling simple, “Alumni Sekolah”
4. Cari orang yang ada masalah kat situ.
5. Cuba tengok, anda boleh tak bantu selesaikan masalah tu
6. Atau, anda kenal tak sesiapa yang boleh bantu selesaikan masalah tu
7. Antara ayat masalah yang saya cari ialah, “Weh, korang tau tak, kat mana….”, atau “…. siapa yang boleh buat ….” dan lain-lain
8. Itu petanda ada demand.
8. Cari beberapa orang lagi, yang mempunyai masalah yang sama.
8. Tidak semestinya daripada satu komuniti yang sama.
8. Anda bantu orang tu.
10. Bila masalah dia dah selesai, anda update, ucapkan terima kasih, kerana beri kepercayaan kepada anda, untuk bantu dia.
11. Kalau boleh dapatkan testimoni lagi bagus
12. Buat perkara di atas berulang kali.
13. Untuk permulaan, tidak perlu fokus untuk keuntungan yang tinggi
14. Fokus untuk membina reputasi dahulu
15. Ini contoh bagaimana saya sendiri lakukan :-
 
– Dalam komuniti yang saya sertai, ramai yang beritahu, mereka mempunyai masalah nak update fanpage mereka
– takde idea, takde masa, tak sempat, tak pandai dan lain-lain
– apa saya buat ialah, saya hasilkan content yang evergreen, yang boleh digunapakai untuk pelbagai niche
– Saya bantu mereka hasilkan content
– mereka bayar servis saya
– win-win situation, saya ada kepakaran, mereka ada duit
– tukar value
– saya dapat buat sales, customer dapat selesaikan masalah
 
🙂
 
Faham ke? 🙂
Kalau post ni dapat 10 komen, saya akan buat satu entri lagi, kali ni, bagi orang yang dah ada produk, tapi tak tahu cara nak jual produk online 🙂
 

Formula RM100k dengan buat FB Ads

1. 3 hari promot free content 1 – ambil email
– Jangan lupa masukkan kod retargeting FB dan remarketing Google dalam borang email.
– Nanti boleh buat retargeting dan remarketing
2. 3 hari promot free content 2
3. 3 hari promot free content 3
4. 1 hari buka jualan dengan harga diskaun banyak
5. 30 hari buka jualan dengan harga diskaun sikit
6. Setel

 

Ada soalan? Tanya kat komen di bawah.

Tq 🙂

Pesanan Jack Ma (Alibaba.com) ini, akan buat orang miskin SENTAP.

Pesanan Jack Ma
Jack Ma, pengasas Alibaba berkata,
“Orang paling teruk nak dilayan ialah, orang miskin (minda).
Apabila bagi free, mereka akan kata, itu perangkap.
Apabila diberitahu, ini perlukan pelaburan kecil, mereka jawab, pulangan sikit sangat.
Apabila diminta untuk buat pelaburan besar, mereka jawab, tiada duit.
 
Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata, tiada pengalaman.
Apabila diberitahu, ini bisnes tradisional, mereka kata, susah.
Apabila diberitahu, ini model bisnes yang baru, mereka akan kata, ini MLM.
Apabila diminta buka kedai, mereka kata, tiada kebebasan.
 
Mereka ini, mempunyai beberapa persamaan :-
– mereka suka bertanya di Google
– suka dengar cakap kawan yang miskin macam mereka juga
– berfikir lebih banyak daripada seorang professor
– tetapi sedikit buat kerja, lebih sedikit daripada orang buta
 
Cuba tanya mereka, “Apa mereka boleh buat?”
Mereka tiada jawapan.
 
Kesimpulan yang saya boleh buat,
“daripada jantung anda berdegup kencang,
apa kata, buat je kerja laju-laju.
Daripada berfikir tak habis-habis,
lebih baik buat sesuatu”
 
Orang miskin ini, ada satu persamaan.
Hidup mereka hanya tunggu dan lihat.
 
– Jack Ma, Alibaba.com