Isteri seorang usahawan, belum tentu seorang usahawan.

Isteri seorang usahawan, belum tentu seorang usahawan.

Ini adalah kisah benar. Tak lain dah tak bukan, kisah saya sendiri. Ya, isteri saya bukan seorang usahawan.

Pernah lah juga cuba jadi usahawan, dan sekarang pun masih lagi berusaha untuk menjadi usahawan. (Selepas kena bebel dengan laki dia 

 

Saya pernah berselisih pendapat dengan isteri dalam topik, “Usahawan bukanlah genetik”

Saya kata, siapa-siapa pun boleh jadi usahawan, asalkan dia berusaha, dia boleh jadi usahawan.

Isteri saya kata, tak, usahawan ni genetik. Sejak lahir lagi Allah dah tulis rezeki dia, samada menjadi seorang usahawan, atau menjadi isteri usahawan. (cis … )

Kiranya, nak cerita betapa isteri saya ni, bersungguh-sungguh tak nak jadi usahawan.

 

Saya masih ingat lagi, ada satu masa tu, waktu kewangan kami sempit, isteri membantu dengan menjual nasi lemak, mihun goreng, dadih.

Bawa 10, terjual 1. Lagi 9 sedekah. Bertuah punya bini. 

 

Baru-baru ni, saya tunjuk ‘impian’ baru kat isteri. Saya cakap kat dia, kalau nak dapat ‘impian’ ni, kena buat bisnes.

So, kitorang pun buat research, produk apa nak dijual. Tengok demand, tengok FB, insta, google, dan lain-lain.

So, isteri saya decide nak jual pakaian wanita. Lepas dah decide nak jual apa, step seterusnya, cari kat mana boleh ‘sourcing’ produk tu.

Bukak 1688, Taobao, Lazada, Shopee dan lain-lain. Lepas tengok kos dan semua yang patut, isteri bagitau, dia berkenan design itu, design ini.

 

Disebabkan, saya ni mesin ATM dia, dia mintak tolong saya beli barang2 tu. Saya cakap, nanti dulu, kita cuba cari dekat-dekat sini dulu. Plaza GM ke, Kenanga ke.. mahal pun takpe.

Kita nak test market je dulu. Nanti, dah import barang banyak-banyak, tak laku satu hal lah pulak.

Isteri saya pun akur.
So, lepas hantar anak-anak sekolah, kitorang pergi GM Klang.
Lepas tawaf bangunan tu, barulah isteri jumpa produk yang dia seronok nak jual.

Saya biarkan je isteri deal dengan tuan kedai. Bagi dia rasa pengalaman negotiate. Lepas dah bayar, balik rumah.

 

Balik je rumah, isteri saya tu tak sabar-sabar nak tangkap gambar produk.

Tengok dia excited, saya pun ok je lah.
Lepas tangkap gambar, nak setup page pulak.

Dia bagi nama apa entah, tapi saya cakap, “Ha, sedap nama tu”.
Haha ….

Lepas tu, buat posting.
Dah siap posting, dia bagitau. “Okay, okay …”. Saya jawab, macam gaya kebanyakan suami. Lepas tu lupa nak tengok. (sorry yang …)

 

Mula-mula tu, nampaklah excited orang rumah saya tu belek-belek produk. Kejap tangkap gambar. Kejap lipat. Kejap buka balik. Lepas tu lipat balik. Gaya macam budak kecil baru dapat mainan lah. Belek bukan main.

Saya yang nak pupuk keusahawan kat isteri saya ni, seronoklah, tengok perubahan macam tu.

Bisnes ni, berjaya ke tak. Tak kisah. Sebab saya yakin, isteri saya akan belajar sesuatu daripada ni.

Lepas beberapa hari, saya perasan. Isteri macam dah tak kisah dah dengan produk dia tu.

 

Saya baru teringat nak tengok Fanpage yang dia buat tu.
Bila buka, tengok dah ada post.

Ada post sharing, ada post iklan. Macam saya ajar dia.

“Awak okay ke, buat bisnes ni?” Saya tanya.

Dia jawab, “Takde orang responlah”
Oh, rupa-rupanya, saya belum bagitau, sekarang ni, kat FB, nak orang tau pasal produk kita, kenalah buat iklan (FB Ads).

So, saya pun boost post FB tu.

 

Mula-mula, wifey ni, seronoklah, “Bang, ada orang like dah”. Lepas berpuluh orang Like, dia dah tak kisah dah.
Tengok muka mencuka je, saya tanya, “Ha, ada apa lagi?”
Dia jawab, “Takde pun orang contact”

Haha ….

So, saya ceklah copywriting iklan tu. Hmm … memang takde apa-apalah.
Ayat biasa2 je.

 

Saya cakap kat isteri, “Nah, pakai komputer abang, kat desktop tu, ada software FB Copywriting Generator. Awak isi je tempat kosong tu, lepas tu tekan generate”

Kebetulan, malam tu, saya dah nak keluar. Saya nak ajar copywriting daripada A sampai Z, mahu terberanak dulu baby dalam perut tu, baru isteri faham.

Sekarang ni, guna jelah shortcut yang ada. Mujur ada software tu.

Lepas explain, saya keluar rumah. Isteri masuk dapur.
Nak siapkan makanan kat anak. (Huhu … hebatkan orang perempuan ni, multi tasking).

Balik rumah, isteri dan anak-anak dah tidur.

Tengok kat komputer, nampak isteri saya dah guna software tu. Saya tak cek detail sangat masa tu, nak tidur dah.

 

Esok pagi, lepas hantar anak sekolah, isteri cakap kat saya.
“Semalam guna software tu. Isi tempat kosong, lepas tu tekan butang tu (sambil dia tunjuk butang ‘generate’).”

Saya dengar je…. mata saya kat skrip laptop. Mungkin sebab nampak saya tak respon,
isteri diam je. Bila dia diam, saya toleh lah, pandang muka dia. “Ha, lepas tu?”

“Lepas tekan butang tu, saya tengok ayat iklan tu. Fuh, memang bestlah. Saya copy tiga terus iklan tu”

Haha …. terkembang kempis hidung saya, bila isteri cakap macam tu.
Tak sia-sia belajar buat software tu berbulan-bulan. haha

Daripada malas nak ambil kisah, saya cakap kat orang rumah, “Ha, nanti abang boost kan posting tu”.

 

Hari ni, dah 2 hari boost iklan tu. Masih lagi takde orang contact, tapi, jumlah engagement, lebih banyak daripada sebelum ni. Hopefully, adalah orang contact wife saya tu.

Kasi boost balik semangat dia. Haha …

Bukan senang nak bagi orang yang tak suka bisnes, jadi suka.
Kena sabar.

 

Kalau projek kali ni gagal, saya ok je. Saya pun dah bagitau kat isteri, bisnes ni tak mudah. Banyak cabaran. Dah bagitau awal-awal haritu lagi. Kali ni, bagi mental bersedia betul-betul.

Saya ada gak bagitau, kalau tak berjaya nanti, jangan give up, kita buat lagi sampai berjaya.

Sekianlah dulu, coretan daripada suami kepada seorang isteri yang cekal.

 

Doakan esok lusa, dah ada orang contact isteri saya.
Contact minta diskaun pun takpe. haha …..

ps : software yang isteri saya pakai tu
ialah software ni => http://rkurl.com/fbcw1

UPDATE : baru kejap tadi dah ada orang komen post baru isteri saya tu. Haha. Makan sedaplah nampaknya harini 
Sekian;
Raja Kamil

Leave A Response

* Denotes Required Field