Raja Kamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya, siaplah juga 3 ebook saya yang ingin diberikan secara PERCUMA kepada para penggiat bisnes online.

Alhamdulillah, segala puji bagi tuhan langit dan bumi, yang membenarkan agar pelancaran ini berjalan dengan lancar.

Ebook ini pada mulanya ditulis sebagai mengisi masa lapang sahaja, namun begitu, isteri saya telah mencadangkan agar ebook-ebook ini disebarkan kepada umum agar mendapat manfaat daripadanya.

Jutaan terima kasih kepada isteri dan anak saya, tanpa sokongan kalian, mungkin ebook ini tidak dapat dilancarkan.
Seterusnya, terima kasih juga kepada Ummi dan Abah yang sentiasa menyokong Kamil dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.
Tak lupa juga, Mama dan Abah yang sanggup datang dari jauh hanya semata-mata untuk memberi dorongan untuk terus menulis.

Kepada para sponsor, Saudara Jamal, Saudara Razif, Sr. +kool+, arasis, Syed Akil dan lain-lain individu yang menolong secara langsung atau tidak langsung.

Tanpa kalian, mungkin ebook ini tidak dapat dilancarkan

Pengenalan

Saya sering mendapat aduan daripada pelajar-pelajar saya bahawa mereka mengalami simpton tidak berdaya.  Ada juga yang mengadu kepada saya, bisnes internet ini memerlukan start up modal yang agak tinggi untuk berjaya.

Justeru, segala persoalan di atas, saya muatkan di dalam ebook yang bertajuk Ikan Kecil Untuk Ikan Besar. Ianya merupakan sebuah ebook kategori motivasi. Di dalam ebook ini, saya memuatkan 3 buah cerita. Cerita Atan, asal usul saya dan kisah saya ke kedai.

Ikan Kecil Untuk Ikan Besar

Ada juga yang bertanyakan saya, bagaimana caranya buat duit secara online. Mereka bertanya bertubi-tubi hingga ada yang tanyakan saya, di manakah saya mula-mula mendapat duit dari online.

Akur, dengan soalan yang bertubi-tubi itu, saya keluarkan ebook yang bertajuk Duit Pantas Dari Lelong.com.my. Ya, duit pertama saya dari online ialah daripada lelong.com.my, sebuah laman bidaan Malaysia.

Bukan seringgit, bahkan RM150 adalah jumlah yang saya terima ketika mula-mula menerima duit daripada online ini.

Dalam ebook Duit Pantas Dari Lelong.com.my, saya menceritakan stratergi-stratergi yang saya ambil sehingga berjaya menghasilkan duit dari sana.

Duit Pantas Daripada Lelong.com.my

Bila orang lain buat blog, saya pun buat blog. Mula-mula, biasalah guna blogspot.com, lepastu ada terbaca daripada sebuah blog ni, dia kata, kalau nak serius kena guna nama dot com sendiri.

Mahal woo, mana mahu cekau duit. Korek punya korek, dapatlah beli domain dan hosting sendiri.

Masalah sekarang, blog dot com tadi, jadi bebanan (liabiliti) pula. Adeh :(

Daripada pembacaan dan pengalaman, saya dapat jadikan blog saya sebagai sumber kewangan. Duit yang dapat daripada blog, bukan sahaja dapat membayar harga domain dan hosting, malah dapat juga menampung kos internet dan sedikit kos beli gula-gula.

ebook yang bertajuk 3 Idea Buat Duit Dengan Blog mendedahkan 3 cara yang saya gunakan untuk menghasilkan pendapatan dengan blog.

3 Idea Buat Duit Dengan Blog sebenarnya merupakan sebahagian daripada ebook yang bakal saya keluarkan nanti ;)

3 Ideabuatduit_diblog

Alhamdulillah, dengan izin Allah juga, saya telah berniat untuk menginfaqkan ilmu ini secara PERCUMA kepada anda.

BUKAN ITU SAHAJA

Anda juga boleh mengedarkan ebook-ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja, malah anda juga boleh MENJUAL SEMULA pada harga yang anda suka.

Insya Allah, saya tak kisah, asalkan ilmu ini dapat dinikmati semua orang maka itu sudah baik bagi saya.

Jangan berlengah lagi, dapatkan 3 ebook ini secara PERCUMA dengan mengisi nama dan email di bawah.

Masukkan email yang sebenar ya, tak baik tipu-tipu, TUHAN marah.

Nama Panggilan:
Alamat Email:

PERHATIANEbook-ebook ini akan dihantar terus ke email anda. Setelah mendaftar, pastikan anda cek semula email anda dan klik pada link pengesahan yang diberi.